B-Bot Milik Siapa?
Pada musim lepas, kita dapat menyaksikan Akim berjaya membawa pulang motorsikal. Ganjaran ketika itu kerana Akim berjaya mencipta ‘jingle’ terbaik untuk Modenas. Namun, siapakah pelajar Akademi Fantasia 8 yang akan membawa pulang motorsikal yang diberi nama B-bot itu? Semuanya dalam Diairi Akademi Fantasia, 7.30 malam ini hanya di Astro Ria (saluran 104)
Sebelum lima finalis ini merebut gelaran Juara, secara eksklusif pihak Astro memberi satu lagi pendedahan awal sebelum mereka melangkah ke dunia hiburan yang sebenar. Mereka telah melakukan lawatan media ke pejabat Utusan dan News Straits Times untuk bertemu mesra dengan pihak wartawan. Pelbagai rekasi ditunjukkan pelajar memandangkan inilah kali pertama mereka di bawa di pejabat akhbar utama negara ini
Paling menarik tentunya untuk kita melihat reaksi pelajar ini ketika mengunjungi pejabat News Straits Times (NST). Kebanyakan mereka tentunya masih kurang mahir berbahasa Inggeris. Adakah mereka mampu menjawab pertanyaan wartawan akhbar berbahasa inggeris? Ikuti pengalaman berharga calon juara Akademi Fantasia 8 dalam Diari AF8 7.30 malam ini hanya di Astro Ria (saluran 104)
Kini, Konsert Akhir Akademi Fantasia 8 boleh ditonton dalam visual berdefinisi tinggi (HD) di saluran 124. Untuk melanggan, layarilah laman web www.astro.com.my/byond. Untuk yang ingin menonton secara langsung di Stadium Putra, tiket konsert akhir juga sudah mula dijual. Dapatkan di www.axcess.com.my atau telefon di talian Hotline: 03-77115000
Buat pertama kalinya juga, peminat Akademi Fantasia boleh memiliki album pertama pelajar AF8 - dari Iwan, Adira, Shahir, Ain, Maulana, Nad, Daus, Farina, Shah, Ema, Alif dan Anum di pasaran sekarang. Anda juga boleh memiliki album ini di Karnival Gempak Selebriti Astro sempena Konsert Akhir, Akademi Fantasia 8, bermula 10.00 pagi, Sabtu ini bertempat di perkarangan Stadium Nasional Bukit Jalil
SHAHIR AF8 FANPAGE So,kepada semua fans,dah ready utk tarian menuju puncak pada malam konsert akhir nanti? Tempat adalah terhad utk 30 orang sahaja,training akan diadakan pada hari Khamis & Jumaat dari pukul 8.00-10.00 pm bertempat di Stadium Putra Bukit Jalil.Sila hubungi Helmi Basir untuk maklumat lanjut.
macam best je nanti masa kunset... tak sabar nak tgk...harap2 diorg nyanyi beramai2 lagu biru mata hitamku... camni..hiihihihhihihihi