CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: pinklollipop

✿Chillax Corner by pinki-lolli✿

 Close [Copy link]
 Author| Post time 19-5-2010 09:42 AM | Show all posts
Post Last Edit by pinklollipop at 5-7-2010 23:56

Nak kurangkan stress?

Boleh saje....

Aktiviti untuk kurangkan stress ketika di pejabat mahupun di sekolah/kolej:

Senaman




Sila lakukan senaman berikut, sekiranya anda terpaksa melakukan kerja pejabat dalam satu tempoh yang lama:

1) Sentiasa bergerak bebas selepas setiap jam bekerja dengan mengubah posisi duduk, berdiri atau berjalan selama 1 – 5 minit
2) Minum air suam atau air mineral yang secukupnya kerana ia membantu badan menyingkirkan toksin dan membantu mengangkut nutrien dan oksigen ke seluruh badan.
3) Melakukan senaman pernafasan dengan menarik dan menghembus nafas secara perlahan 5 – 10 kali kerana ia membantu mengurangkan ketegangan otot dan meningkatkan pengaliran darah bernutrien dan beroksigen.

Rujukan: http://epanduan.wordpress.com/2009/10/06/tips-kurangkan-stress-di-pejabat/

Berinteraksi dan berkomunikasi dengan rakan-rakan sekerja


Stress juga boleh berlaku disebabkan oleh masalah komunikasi antara pekerja dengan pekerja mahupun pekerja dengan pihak majikan.

Jika ada masalah komunikasi, silalah bertanya kepada rakan-rakan anda yang lebih arif dalam bidang yang ingin tahu tersebut atau bertanya terus kepada 'bos' anda tentang kerja yang kurang fahami itu. Jangan bertindak anda tahu segalanya!

Selain bertanya, anda boleh berkongsi masalah dengan rakan sekerja dengan anda. Pastikan anda pilih rakan yang memahami anda dan tidak akan 'tikam belakang' anda di kemudian hari. ;)


Rujukan: pengalaman saya sendiri termasuk dari bahan bacaan dan menghadiri kuliah.

Jika di rumah, anda boleh lakukan aktiviti berikut:

Keluar dengan kawan-kawan mahupun keluarga




Anda juga boleh keluar bersama rakan-rakan mahupun keluarga bagi mengurangkan tekanan dengan melakukan aktiviti makan-makan dan juga bersosial secara positif.


Berjenaka



Bila anda stress, anda juga boleh berjenaka dengan rakan-rakan dan juga keluarga anda. Anda juga boleh membaca bahan bacaan yang mempunyai unsu-unsur 'sense of humour' untuk mengurangkan stress. Kini, anda boleh membaca bahan lawak jenakan secara maya (online) di internet secara percuma.


Rujukan: http://www.essortment.com/lifestyle/stressreduction_sdba.htm


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 19-5-2010 09:44 AM | Show all posts
Post Last Edit by pinklollipop at 5-7-2010 12:42

Bagi sesentengah individu, bila mereka stress pasti mereka akan makan dengan acap kali!

Katanya, dapat mengurangkan tekanan bila nampak makanan.

Kepada golongan yang makan banyak di kala stress....diharapkan anda dapat mengamalkan diet yang seimbang ketika stress.

Untuk pengetahuan semua, SARAPAN PAGI merupakan waktu makan yang paling penting dan disarankan agar sekali-kali tidak meninggalkan sarapan pagi. Ini kerana apabila anda 'skip breakfast', badan anda sukar untuk mengekalkan kadar gula yang stabil dalam badan dan mengganggu fungsi badan anda untuk berfungsi secara berkesan di kala anda sibuk pada waktu pagi.

Tips: Anda boleh minum segelas fresh orange atau segelas susu sebelum keluar.


Rujukan:http://stress.about.com/od/dietandsuppliments/a/goodnutrition.htm


Selain daripada tu, ada juga kaum Hawa yang makan coklat bila stress! Mereka juga berpendapat makan coklat merupakan terapi stress dan juga ketika mereka sedih atau emotionally down. ;)

dan...........


MAKAN COKLAT BAGUS UNTUK MENJAWAB SOALAN MATEMATIK!

Menurut kajian daripada Northumbria University, UK., 'dark chocolate' mempunyai kandungan flavanols yang membantu dalam pemprosesan mental termasuk membuat pengiraan secara komplex dalam matematik. Flavanols menggalakkan dan menjadi pengaktif pelbagai bahagian dalam otak untuk berfungsi secara serentak dan efektif dalam menyelesaikan tugas yang komplex! Tugas yang komplex menggunakan bahagian otak yang berlainan, makan para saintis membuat perhitungan bahawa 500mg = 5 coklat bar!

Rumusannya? Sila berfikir! Buatlah pilihan yang tepat dan berfikiran jauh supaya tidak memudaratkan diri sendiri!


Rujukan: http://www.newsandreviews.in/index.php/KnowNow/?title=eat-chocolate-improve-your-maths&more=1&c=1&tb=1&pb=1

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-5-2010 09:44 AM | Show all posts
Post Last Edit by pinklollipop at 5-7-2010 23:59


Bila anda stress.....

Aktiviti yang melibatkan spiritual juga mendorong untuk mengurangkan stress.

Ini kerana faktor rohani juga perlu dititik beratkan bagi menjamin kesihatan mental dan fizikal yang berterusan keran tanpa kesihatan rohani yang mantap, jiwa manusia pasti 'kosong' dan sering terganggu.

Tidak kira sama ada anda beragama Islam, Buddha, Kristian atau apa-apa sahaja, cuba berbalik kepada rohani dan spiritual kita.

Adakah kita 'rohani' kita sihat?

Apa-apa jua pegangan kita, kita kena kembali kepada Pencipta kita. Ini bagi menjamin kesejahteraan dan kejayaan yang berterusan sepanjang hayat kita.



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-5-2010 09:44 AM | Show all posts
Post Last Edit by pinklollipop at 5-7-2010 13:22

Stress....Apa lagi yang patut anda buat bila stress? Kalau dah tak larat sangat....

TIDUR la penyelesaian yang mudah tanpa berfikir panjang.

Menurut Eve Van Cauter (2001), sesiapa yang selalu mendapat kurang tiduar menyebabkan golongan tersebut kurang sesensitif kepada insulin. Mereka juga akan berisiko mendapat penyakit diabetes dan tekanan darah tinggi (HBP) yang merupakan serangan merbahaya kepada otak.

Mengikut kajian Dr. Van Cauter yang lepas. profesor dalam bidang perubatan di Universiti Chicago, membuat kesimpulan bahawa metabolisme dan sistem endokrin berubah disebabkan oleh masalah tidur yang semakin berkurangan dan menjadi faktor kepada masalah penuaan. Beliau juga berpendapat masalah tidur yang berkurangan secara kronik juga menyebabkan pelbagai penyakit yang berbahanya seperti diabetes, hyptension, obesiti, dan 'memory loss'.

Rujukan: http://www.fi.edu/learn/brain/sleep.html



Jadi lepas ni, kalau stress....Tidur je. Tak yah pening-peningkan kepala. Kalau banyak kerja nak buat, tidur la kejap lepas tu sambung la buat kerja tu semula. Just nak cakap "bila dah sakit, satu kerja pun tak boleh buat".

Oleh itu, selamat tidur dan selamat kurangkan stress~


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-5-2010 09:44 AM | Show all posts
Post Last Edit by pinklollipop at 5-7-2010 14:19

Kesimpulannya, kepada sesiapa yang stress tu....Diharapkan thread ✿ Chillax Corner ✿ ini dapat membantu anda sedikit sebanyak dalam mengurangkan stress yang anda hadapi.

Apa-apa pun, saya nak mengakhiri thread saya dengan serangkap pantun.


Nak merokok tiada api,
Nak masak tiada santan;
Sepuluh jari disusun rapi,

Sebagai tanda mohon kemaafan.

Nak share pantun yang dah selalu kita dengar suatu masa dahulu dan semakin kurang kita dengar kini:

Tenang-tenang air di laut,
Sampan kolek mudik ke tanjung;
Hati terkenang mulut tersebut,
Budi yang baik rasa nak junjung.
Tingkap papan kayu bersegi,
Sampan sakat di Pulau Angsa;
Indah tampan kerana budi,
Tinggi bangsa kerana bahasa.
Buah berangan masaknya merah,
Kelekati dalam perahu;
Luka di tangan nampak berdarah,
Luka di hati siapa yang tahu.

Inderagiri pasirnya lumat,
Kerang berjemur dengan lokan;
Bagaimana nabi kasihkan umat,
Begitulah saya kasihkan tuan.
  
Pisang emas dibawa belayar,
Masak sebiji di atas peti;
Hutang emas boleh dibayar,

Hutang budi dibawa mati.
Puas sudah kutanam padi,
Nenas juga ditanam orang;
Puas sudah kutanam budi,
Emas juga dipandang orang.
Dari mana punai melayang,
Dari paya turun ke padi;
Dari mana datangnya sayang,
Dari mata turun ke hati.

Kalau tuan jalan ke hulu,
Carikan saya bunga kemboja;
Kalau tuan mati dahulu,
Nantikan saya di pintu syurga.
Tanjung Katong airnya biru,
Tempat mandi si dara jelita;
Sama sekampung lagikan rindu,
Inikan lagi jauh dimata.
Asal kapas menjadi benang,
Asal benang menjadi kain;
Barang yang lepas jangan dikenang,
Sudah menjadi hak orang lain.

Nasi lemak buah bidara,
Sayang selasih saya lurutkan;
Buang emak buang saudara,
Sebab kasih saya turutkan.
  

Tudung periuk pandai menari,
Menari lagu putera mahkota;
Kain yang buruk berikan kami,
Buat menyapu si air mata.

Tanam pinang rapat-rapat,
Biar senang puyuh berlari;
Kupinang-pinang tetapi tak dapat,
Kupujuk-pujuk kubawa lari.

Buah langsat kuning mencelah,
Senduduk tidak berbunga lagi;
Sudah dapat gading bertuah,
Tanduk tidak berguna lagi.
  
Sayang laksamana mati dibunuh,
Mati dibunuh datuk menteri;
Tuan umpama minyak yang penuh,
Sedikit tidak tertumpah lagi.

Nyiur gading puncak mahligai,
Sayang ketupat berisi inti;
Hancur daging tulang berkecai,
Belum dapat belum berhenti.
  


Pucuk pauh delima batu,
Anak sembilang di tapak tangan;
Tuan jauh di negeri satu,
Hilang di mata di hati jangan.

Kalau roboh kota Melaka,
Papan di Jawa saya dirikan;
Kalau sungguh bagai dikata,
Badan dan nyawa saya serahkan
  
Buah cempedak di luar pagar,
Ambil galah tolong jolokkan;
Saya budak baru belajar,
Kalau salah tolong tunjukkan.

Kajang tuan kajang berlipat,
Kajang saya mengkuang layu;
Dagang tuan dagang bertempat,
Dagang saya bertumpang lalu.
  


Halia ini tanam-tanaman,
Ke barat juga akan condongnya;
Dunia ini pinjam-pinjaman,
Akhirat juga akan sungguhnya.

Berburu ke padang jajar,
Dapat rusa berbelang kaki;
Berguru kepalang ajar,
Bagai bunga kembang tak jadi.
  
Padi muda jangan dilurut,
Kalau dilurut pecah batangnya;
Hati muda jangan diturut,
Kalau diturut salah datangnya.

Kalau mengail di lubuk dangkal,
Dapat ikan penuh seraga;
Kalau kail panjang sejengkal,
Jangan lautan hendak diduga.
  


Anak dara menumbuk pandan,
Membuat kuih hidangan kenduri;
Ilmu yang baik jadikan teladan,
Segala yang buruk letak ke tepi.

Rumah kecil tiang seribu,
Rumah besar tiang sebatang;
Kecil-kecil ditimang ibu,
Sudah besar ditimang gelombang.
Kalau ada jarum patah,
Jangan simpan di dalam hati;
Kalau ada silap dan salah,
Jangan simpan di dalam hati.

Malam ini merendang jagong,
Malam esok merendang serai;
Malam ini kita berkampung,
Malam esok kita bercerai.
  
   
Kalau ada sumur di ladang,
Boleh kita bersama mandi;
Kalau ada umur yang panjang,
Boleh kita berjumpa lagi.

Tuai padi antara masak,
Esok jangan layu-layuan;
Intai kami antara nampak,
Esok jangan rindu-rinduan




Sekian, terima kasih.

Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2010 02:34 PM | Show all posts
wow mcm ensklopedia
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-7-2010 02:36 PM | Show all posts
wow mcm ensklopedia
hunt_fear Post at 6-7-2010 14:34


Wow.. Hunt dah potong dulu...

Goodluck Superloli...

Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2010 02:38 PM | Show all posts
Reply 27# sourplum


    hebat kan ai

kan kan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 6-7-2010 02:41 PM | Show all posts
Reply 27# sourplum

thank you, laling SP

p.s: hunt ni mane2 mst dia dulu.....no 1 giteww.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-7-2010 02:42 PM | Show all posts
Reply 28# hunt_fear


    mmg yu hebat pon.

cuma masih bergaharu dan bercendana.

ala mcm pantun tu

sudah gaharu,
chendana pula,
sudah tahu,
bertanya pula.

Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2010 03:01 PM | Show all posts
lolli

-G O O D    L U C K-
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2010 03:06 PM | Show all posts
Reply  hunt_fear


    mmg yu hebat pon.

cuma masih bergaharu dan bercendana.

ala mcm ...
pinklollipop Post at 6-7-2010 14:42




ai tunggu dari semalam
nak melihat thread2 ini dibuka
haruslah serbu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-7-2010 03:08 PM | Show all posts
lolli

-G O O D    L U C K-
masarju Post at 6-7-2010 15:01



    thanks, kak mas!

rajin2 la buat lawatan ke sini yer...

bak kata mod hunt kita...lawatan muhibbah gituuu.
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2010 03:08 PM | Show all posts
Post Last Edit by ea208964 at 6-7-2010 17:44

pinkloli ....betul  mcm hunt cakap ..mcm versi Britannica  for color ... mmg menarik

Good Luck juga..

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-7-2010 03:09 PM | Show all posts
ai tunggu dari semalam
nak melihat thread2 ini dibuka
haruslah serbu
hunt_fear Post at 6-7-2010 15:06



    semalam yu tidur nyenyak tak?

    manu tahu excited punya pasal, sampai tidur tak lena, mandi tak basah cuma makan je yang kenyang.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-7-2010 03:21 PM | Show all posts
Reply 34# ea208964


    terima kasih ea
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-7-2010 03:41 PM | Show all posts
salam pinkilolli
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2010 03:59 PM | Show all posts
thanks, kak mas!

rajin2 la buat lawatan ke sini yer...

bak kata mod hun ...
pinklollipop Post at 6-7-2010 15:08



    hi loli..
kita ni pn dtg nak wat lawatan muhibah..
wahh..rajin tol..
thanks 4 info2 tu..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-7-2010 04:26 PM | Show all posts
Reply 37# LelaRentaka7


    waalaikumussalam lela. thanks for visiting my thread.

lela...all the best to u too~
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-7-2010 04:28 PM | Show all posts
hi loli..
kita ni pn dtg nak wat lawatan muhibah..  

fara_5836 Post at 6-7-2010 15:59



    hi fara. salam perkenalan!

terima kasih keran sudi buat lawatan muhibbah.

nah, a rose for u:

harap perkongsian ini dpt membantu anda dan semua yg membaca ke arah stress-free di pejabat mahupun di mana jua.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Lawak & Santai


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 11:20 PM GMT+8 , Processed in 0.516584 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list