CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 205410|Reply: 607

MISTERI LEBUHRAYA KARAK: Urban Legend -MERGED

  [Copy link]
Post time 22-5-2010 11:48 AM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by medangmru at 21-6-2011 19:44

Hai guys!

Ada sapa-sapa boleh cerita detail pasal makhluk misteri yang makan orang di Karak Highway tu yang jadi urban legend tu tak?

Saya dapat sikit2 infonya seperti senarai ni:-

1) Lokasi - Karak Highway selepas terowong dari arah KL.
2) Tarikh - Sekitar 1984
3) Mangsa - Keluarga cina. Suami (Mati), Isteri & anak kecil (baby).
4) Saksi - Isteri mangsa, orang awam yang terserempak dengan kereta & makhluk tu serta 2 orang polis peronda yang menyelamatkan isteri & anak lelaki malang tu.
5) Rupa makhluk - Seakan2 kelawar tapi besar & boleh terbang.
6) Bukti - Gambar mayat tak berkepala ada dalam fail simpanan polis.
7) Kes - x-file (Unsolved mistery)
8) Teori - Ia angkara manusia, pontianak, pengganas kominis, harimau & binatang buas lain.

Cerita ni ada berbagai versi iaitu cerita seakan sama tapi lokasi dan jalan cerita berubah2. Ada yang kata bukan polis tapi askar yang jumpa keluarga tu. Ada pulak kata lokasi di jalan Bentong lama dan macam2 lagi. Tak payahlah saya ulang cerita tu sebab saya rasa ramai yang dah tahu.

Diceritakan juga oleh : lengkuas8883

KISAH KARAK.....

Sebenarnya Karak ada dua jalan,satu jalan lama Karak(KL-Bentong) dan satu lagi Lebuh Raya Karak(baru)
Apa yang menariknya dalam banyak-banyak tempat yang dikatakan berhantu,pasti Karak akan tersenarai,malah di Karak ini lah bagi aku tempat segala hantu…Mana tidaknya seingat aku hampir 10 jenis hantu yang ada kat Malaysia ini ada di Karak..
Antara Hantu Yang Pernah Dikaitkan Dengan Karak.
Langsuir

Budak Sekolah (merayau-rayau)

Wanita Tua

Bas Lama

Penunggang Motor (Kepala ada badan tak ada)

Perempuan Bawa Anak (batu nisan)

Pontianak

Hantu Pocong

Hantu yang Makan orang (Paling popular)

Volkswagen kuning(dah lupa ada dekat karak @ lebuh Raya Jelapang).



MAKA TERSEBUTLAH KISAH….

Semasa ingin menulis artikel ini ada la tanya kawan-kawan aku tentang jalan lama Karak ni…dan antara cerita yang aku dapat kumpulkan..
Lebuhraya Karak
Lebuhraya karak mula dibina pada 1970 dan mula dibuka kepada orang ramai pada 1977. Lebuhraya ini menghubungkan Kuala Lumpur dengan Karak dan jaraknya lebih kurang 60.0 km. Lebuhraya ini mempunyai sepasang terowong di kawasan peranginan terkenal iaitu Genting Highland.



1.
Antara kemalangan yang paling popular adalah pada 20 Januari 1990, di mana 17 orang terbunuh termasuk 11 orang anggota FRU bilamana berlaku pertembungan diantara kenderaan FRU dengan sebuah lori, sebuah bas dan 10 biji kereta.
2.
Kalau korang perasan dekat Genting Sempah (berdekatan perniaga lemang) Banyak Lori berenti pada waktu malam(tidur)..dikatakan tidak sah kalau tidur disitu tapi tidak kena “tegur”.
3.Volkswagen kuning..
selalunya pemandu akan dikacau selepas terowong karak..dia akan potong kereta korang ,dan selepas itu dia akan bawa perlahan..ada yang kata jangan potong kereta kuning itu,kalau potong juga…..
Dan apa yang menarik tentang Volkswagen kuning ini,seingat aku pada tahun 1998 masa itu aku diasrama tengah dengar radio Era (masa tu Era baru je wujud).Seorang pemanggil call Era dan cerita pasal Volkswagen kuning ni dari A sampai Z,dan bila deejay tu tanya mana tahu tentang cerita ini,pemanggil dari Jelapang(Perak) itu dengan selamba kata dialah pemandu kereta itu dan talian terus putus….
4.Kereta Misteri

KARAK – Penemuan sebuah kereta Kia Optima yang terbenam ke dalam selut dari ketinggian 100 meter di Kilometer 35.4 Lebuh Raya Karak, berhampiran terowong Genting Sempah menghala ke ibu negara kelmarin menimbulkan pelbagai misteri.
Kereta berwarna perak itu dipercayai terjatuh dari Jalan Bentong Lama, Batu 18 di sini sebelum ia ditemui oleh penunda kereta, Wong Kam Wai, 31, pada pukul 3 petang.
Namun Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah berkata, sehingga semalam polis menolak wujudnya unsur jenayah atau kemalangan yang boleh dikaitkan dengan penemuan kereta itu.
“Kalau berlaku kemalangan, mesti pembahagi jalan sudah remuk seperti dilanggar.
Jika ada jenayah mesti ada mangsa di sekitarnya,” kata beliau ketika dihubungi.
Kereta Kia Optima yang berharga lebih RM100,000 itu ditemui ketika Kam Wai sedang menaikkan sebuah kereta Satria Neo yang terbabas di Kilometer 35.4 Lebuh Raya Karak.
Dalam pada itu, satu sumber berkata, ketika ditemui kunci kenderaan ada pada kereta itu namun enjin tidak dihidupkan..
Bagaimanapun,usaha untuk mengangkat kereta ini tidak berjaya.
Apabila di pertengahan, dua buah kembalik yang mengangkatnya tiba-tiba mengalami masalah mekanikal dan kerosakan pada sistem hidrolik.Ketika itu,kereta ini hanya beberapa meter sebelum sampai di tepi tembok lebuhraya.

Usaha mengangkat



Ketika kembalik kedua membantu, ia turut menerima nasib sama apabila tiba-tiba mengalami masalah mekanikal pula.Akhirnya, kereta misteri ini terpaksa di”semadikan” semula di bawah jambatan tersebut!
(sumber dari kosmo!)

  


Jalan Lama Karak
1.
Seorang polis, satu hari naik motor ikut jalan lama ni….nak dijadikan cerita sampai satu kawasan tu,dia nampak banyak kereta paking tepi jalan,tapi yang peliknya kat situ gelap gelita,seorang manusia pun tak ada dan yang paling pelik,semua kereta yang paking tu jenis kereta lama tapi masih cantik…Apa lagi rempit la sambil pegang pistol sampai genting sempah(petronas).

Jalan Lama Karak



2.
Menurut cerita ramai juga yang ingin mengelak kesesakan lalu lintas ikut jalan lama karak(nak balik KL).Tetapi hampir 80% orang yang lalu disini bukan sahaja waktu malam,tengah hari siang buta pun akan berpatah balik..Sebab dah tak tahan menanggung seram!
3.
Dalam satu cerita lain,pemandu bas di situ pernah bercerita pada satu malam selepas bas terakhir dari KL ke bentong lebih kurang pukul 9 mlm, dia telah mengambil penumpang di kawasan tersebut yang kebiasaanya sunyi..Seperti biasa kondaktor bas memberi tiket.Riuh rendah la dlm bas tu sebab ramai penumpang..Bila hampir sampai di Bentong penumpang-pemunpang turun di satu kawasan hutan@kampung….Sampai di stesen Bentong bila konduktor bas tu nak kira duit balik terkejut tengok dalam beg dia penuh dengan daun saja, mana perginya duit tadi?..
4.
Pernah juga terbaca ,beberapa orang polis pernah terserempak dengan Rashid Maiden (Bekas ketua Komunis Pahang)bersembahyang berlapitkan daun pisang  ditepi jalan,tetapi mereka hanya tergamam melihat kelibat Rashid Maiden sehingga la selesai sembahyang..selepas itu..hilang..
5.
mengikut cerita dan laporan akhbar, mangsa menghantar isterinya yang bekerja sebagai Manager McDonalds di Genting Sempah.Masa perjalanan pulang, si suami tetiba hilang di Jalan Lama Bentong- Gombak disyaki kemalangan di salah satu gaung. Si isterinya berjalan menyusuri jalan lama tu selama seminggu untuk mencari suaminya malangnya tak berjumpa.
Kemudian, dalam sebulan lepas tu orang asli dan pihak polis menjumpai  kereta si suami dalam gaung di KM 40 Bentong tetapi tiada pemandu di dalam.  dalam lebih kurang seratus meter dari kereta itu, mereka terjumpa tulang manusia yang lengkap berbaju Melayu tapi tiada langsung daging pada badan mangsa. Baju Melayu tu masih lagi elok, dan jika dikatakan mayat dimakan binatang liar, tiada sebarang kesan kecederaan dan tulang semuanya lengkap.
6
.Tentang hantu yang makan orang ni pula berlaku pada era 80’an..si suami ni pergi mencari air kerana kereta dia “temperature”naik.Si isteri tunggu di dalam kereta,lama juga dia tunggu suaminya….lepas tu datang kereta peronda polis,si polis suruh isterinya keluar dari kereta  dan terus ke kereta polis dan polis tu cakap “jangan pandang belakang”..bila dengar polis cakap macam itu,si isteri ni terus pandang..Apa yang memeranjatkan ialah si suami ada dekat atas bumbung kereta dengan anggota  badannya hancur!


  

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-5-2010 12:07 PM | Show all posts
pernah dengar....siap ada dak 1 ofis dulu..(india) bgtau, menda tuh happen kat makcik dia..tp kunun jadik kat jalan templer park..hutan banat kan dolu2..keta rosak, pkcik dia turun nk tgk..masa tuh ujan lebat..then ada menda terhempas atas bumbung keta..n darah meleleh kt cermin..mkcik dia takut..x turun keta..smpailah ada trak askar brhenti n mintak mkcik dia n anak turun dr keta ikut naik trak, tp jngan dok pndang blkg..tp mkcik dia toleh gak pasal nk cari mana laki dia..tup2 pkcik dia yg terbaring atas bumbung keta..n yg sadisnya kapla dh ilang.. konfiden jer dia citer..x tau nak caye ker x..
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2010 12:17 PM | Show all posts
Rupa makhluk - Seakan2 kelawar tapi besar & boleh terbang.


Jersey Devil???
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-5-2010 12:27 PM | Show all posts
pernah dengar....siap ada dak 1 ofis dulu..(india) bgtau, menda tuh happen kat makcik dia..tp kunu ...
kuzaime Post at 22-5-2010 12:07


Kalau betul cerita tu, maknanya ada 2 kes lah ye? 1 polis jumpa & 1 lagi askar jumpa. 1 keluarga cina & 1 lagi keluarga india pulak.
Yang keluarga india tu berlaku tahun bila??
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2010 12:30 PM | Show all posts
MOTHMAN? <<<----------betul x eja ni?
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2010 12:36 PM | Show all posts
heran la plak!yg aku dgr citer berlaku kat hiway Grik yg ke Kelantan tu.....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-5-2010 12:43 PM | Show all posts
mcm2 versi citer ni. ada dengar kt genting. haha so xtau mna satu betul..
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2010 01:22 PM | Show all posts
nmpaknya macam byk je kes ni. objek sama ke? kelawar besar?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 22-5-2010 01:46 PM | Show all posts
Ingat tak kes penjual nasi lemak yang hilang kat jalan Bentong lama tu?? Yang mayat di dijumpai tinggal tulang takde secebis daging pun tu??

Ada yang kata ia angkara makhluk tu jugak.
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2010 01:56 PM | Show all posts
heran la plak!yg aku dgr citer berlaku kat hiway Grik yg ke Kelantan tu.....


dengar mak citer pon kat hutan grik ..
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2010 01:57 PM | Show all posts
wah wah...betul2 wujud ke ni?
ngeri lak..
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2010 02:06 PM | Show all posts
dengar mak citer pon kat hutan grik ..
iyanie Post at 22-5-2010 13:56

ermmmmm.....knp aku xpenah dgr ek???kt kg aku 2????
owhhh.....sory...aku xlahir lg....hehehe

   
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2010 03:03 PM | Show all posts
menarik ni. ceritalah lagi.

ada masuk dalam paper ke? tak tau pun
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-5-2010 03:27 PM | Show all posts
Cerita ni memang famous dikalangan masyarakat cina sebab yang mati tu lelaki cina. Kalau sesiapa yang baik dengan polis Bentong mungkin boleh korek cerita lama ni dari diorang sebab 2 polis peronda tu dari balai polis Bentong & fail kes ni pun ada dekat balai polis sana. Agaknya.....lah saya pun tak pasti. Ada jugak yang dakwa dah tengok gambar mayat tak berkepala tu atas bumbung kereta.

Kalau dapat tempek kat sini kan bagus.......
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2010 03:53 PM | Show all posts
ade aku dengo kate cik ponti yg keje kan si suami tu..tp ni kes aku dngo kt muo..happened kt fmily melayu..wallahualam..
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2010 04:11 PM | Show all posts
versi  JEEPERS KREEPERS nh......
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-5-2010 04:28 PM | Show all posts
eeeeeeeeeeeeee...seram giler klu btl2 penah jd citer camni....
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2010 04:39 PM | Show all posts
Tak pernah dgr..Pestime nie...Seram beb..
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2010 06:23 PM | Show all posts
komunis???kan 1984 komunis ade lgk.area bentong tu komunis ramai
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2010 06:24 PM | Show all posts
dengar mak citer pon kat hutan grik ..
iyanie Post at 22-5-2010 13:56



   mane ade kat gerik!kampung mak aku sane x penah dengar cite pun!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 07:17 PM GMT+8 , Processed in 0.073174 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list