CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Fieza-mira

MISTERI LEBUHRAYA KARAK: Urban Legend -MERGED

  [Copy link]
Post time 21-9-2011 04:34 PM | Show all posts
blk raya arituh lalu ikut jln lama....best sbb leh singgah mndi kat jeram...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-9-2011 03:39 PM | Show all posts
takde cite lg ker..huhuhu
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2011 06:17 PM | Show all posts

take a break - Kisah benar Karak....

Kalau dah ade boleh delete ye...

TQ

ORG MELAYU KATAKAN.HUHU

         
        KISAH KARAK.....
        
        Sebenarnya Karak ada dua jalan, satu jalan lama Karak (KL-Bentong) dan satu lagi Lebuh Raya Karak (baru)
        Apa yang menariknya dalam banyak-banyak tempat yang dikatakan berhantu, pasti Karak akan tersenarai,malah di Karak ini lah bagi aku tempat segala hantu. Mana tidaknya seingat aku hampir 10 jenis hantu yang ada kat Malaysia ini ada di Karak.
      
        Antara Hantu Yang Pernah Dikaitkan Dengan Karak :-
        Langsuir
        Budak Sekolah (merayau-rayau)
        Wanita Tua
        Bas Lama
        Penunggang Motor (Kepala ada badan tak ada)
        Perempuan Bawa Anak (batu nisan)
        Pontianak
        Hantu Pocong
        Hantu yang Makan orang (Paling popular)
        Volkswagen kuning(dah lupa ada dekat karak @ lebuh Raya Jelapang).
        
        
        MAKA TERSEBUTLAH KISAH....
        Semasa ingin menulis artikel ini ada la tanya kawan-kawan aku tentang jalan lama Karak ni...dan antara cerita yang aku dapat kumpulkan..

        Lebuhraya Karak
        Lebuhraya karak mula dibina pada 1970 dan mula dibuka kepada orang ramai pada 1977. Lebuhraya ini menghubungkan Kuala Lumpur dengan Karak dan jaraknya lebih kurang 60.0 km. Lebuhraya ini mempunyai sepasang terowong di kawasan peranginan terkenal iaitu Genting Highland.

        

      
        1. Antara kemalangan yang paling popular adalah pada 20 Januari 1990, di mana 17 orang terbunuh termasuk 11 orang anggota FRU bilamana berlaku pertembungan diantara kenderaan FRU dengan sebuah lori, sebuah bas dan 10 biji kereta.
      
        2. Kalau korang perasan dekat Genting Sempah (berdekatan perniaga lemang) Banyak Lori berenti pada waktu malam(tidur)..dikatakan tidak sah kalau tidur disitu tapi tidak kena "tegur".
      
        3. Volkswagen kuning
        Selalunya pemandu akan dikacau selepas terowong karak..dia akan potong kereta korang, dan selepas itu dia akan bawa perlahan..ada yang kata jangan potong kereta kuning itu,kalau potong juga.....
        Dan apa yang menarik tentang Volkswagen kuning ini,seingat aku pada tahun 1998 masa itu aku diasrama tengah dengar radio Era (masa tu Era baru je wujud).Seorang pemanggil call Era dan cerita pasal Volkswagen kuning ni dari A sampai Z,dan bila deejay tu tanya mana tahu tentang cerita ini,pemanggil dari Jelapang(Perak) itu dengan selamba kata dialah pemandu kereta itu dan talian terus putus....
      
        4. Kereta Misteri
        KARAK - Penemuan sebuah kereta Kia Optima yang terbenam ke dalam selut dari ketinggian 100 meter di Kilometer 35.4 Lebuh Raya Karak, berhampiran terowong Genting Sempah menghala ke ibu negara kelmarin menimbulkan pelbagai misteri.
      
        Kereta berwarna perak itu dipercayai terjatuh dari Jalan Bentong Lama, Batu 18 di sini sebelum ia ditemui oleh penunda kereta, Wong Kam Wai, 31, pada pukul 3 petang.
        Namun Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah berkata, sehingga semalam polis menolak wujudnya unsur jenayah atau kemalangan yang boleh dikaitkan dengan penemuan kereta itu.
        "Kalau berlaku kemalangan, mesti pembahagi jalan sudah remuk seperti dilanggar.
        Jika ada jenayah mesti ada mangsa di sekitarnya," kata beliau ketika dihubungi.
      
        Kereta Kia Optima yang berharga lebih RM100,000 itu ditemui ketika Kam Wai sedang menaikkan sebuah kereta Satria Neo yang terbabas di Kilometer 35.4 Lebuh Raya Karak.
        Dalam pada itu, satu sumber berkata, ketika ditemui kunci kenderaan ada pada kereta itu namun enjin tidak dihidupkan.
      
        Bagaimanapun,usaha untuk mengangkat kereta ini tidak berjaya. Apabila di pertengahan, dua buah kembalik yang mengangkatnya tiba-tiba mengalami masalah mekanikal dan kerosakan pada sistem hidrolik.Ketika itu,kereta ini hanya beberapa meter sebelum sampai di tepi tembok lebuhraya.

   
        Usaha mengangkat

      
        Ketika kembalik kedua membantu, ia turut menerima nasib sama apabila tiba-tiba mengalami masalah mekanikal pula.Akhirnya, kereta misteri ini terpaksa di"semadikan" semula di bawah jambatan tersebut!
        (sumber dari kosmo!)
         

        Jalan Lama Karak
        1. Seorang polis, satu hari naik motor ikut jalan lama ni....nak dijadikan cerita sampai satu kawasan tu,dia nampak banyak kereta paking tepi jalan,tapi yang peliknya kat situ gelap gelita,seorang manusia pun tak ada dan yang paling pelik,semua kereta yang paking tu jenis kereta lama tapi masih cantik...Apa lagi rempit la sambil pegang pistol sampai genting sempah(petronas).

         

        Jalan Lama Karak

      
        2. Menurut cerita ramai juga yang ingin mengelak kesesakan lalu lintas ikut jalan lama karak(nak balik KL).Tetapi hampir 80% orang yang lalu disini bukan sahaja waktu malam,tengah hari siang buta pun akan berpatah balik. Sebab dah tak tahan menanggung seram!
      
        3. Dalam satu cerita lain, pemandu bas di situ pernah bercerita pada satu malam selepas bas terakhir dari KL ke bentong lebih kurang pukul 9 mlm, dia telah mengambil penumpang di kawasan tersebut yang kebiasaanya sunyi..Seperti biasa kondaktor bas memberi tiket.Riuh rendah la dlm bas tu sebab ramai penumpang..Bila hampir sampai di Bentong penumpang-pemunpang turun di satu kawasan hutan@kampung....Sampai di Stesen Bentong bila konduktor bas tu nak kira duit balik terkejut tengok dalam beg dia penuh dengan daun saja, mana perginya duit tadi ?.
      
        4. Pernah juga terbaca ,beberapa orang polis pernah terserempak dengan Rashid Maiden (Bekas ketua Komunis Pahang) bersembahyang berlapitkan daun pisang  ditepi jalan,tetapi mereka hanya tergamam melihat kelibat Rashid Maiden sehingga la selesai sembahyang..selepas itu..hilang..
      
        5. Mengikut cerita dan laporan akhbar, mangsa menghantar isterinya yang bekerja sebagai Manager McDonalds di Genting Sempah.Masa perjalanan pulang, si suami tetiba hilang di Jalan Lama Bentong- Gombak disyaki kemalangan di salah satu gaung. Si isterinya berjalan menyusuri jalan lama tu selama seminggu untuk mencari suaminya malangnya tak berjumpa.
      
        Kemudian, dalam sebulan lepas tu orang asli dan pihak polis menjumpai  kereta si suami dalam gaung di KM 40 Bentong tetapi tiada pemandu di dalam.  dalam lebih kurang seratus meter dari kereta itu, mereka terjumpa tulang manusia yang lengkap berbaju Melayu tapi tiada langsung daging pada badan mangsa. Baju Melayu tu masih lagi elok, dan jika dikatakan mayat dimakan binatang liar, tiada sebarang kesan kecederaan dan tulang semuanya lengkap.
      
        6. Tentang hantu yang makan orang ni pula berlaku pada era 80'an..si suami ni pergi mencari air kerana kereta dia "temperature"naik.Si isteri tunggu di dalam kereta,lama juga dia tunggu suaminya....lepas tu datang kereta peronda polis,si polis suruh isterinya keluar dari kereta  dan terus ke kereta polis dan polis tu cakap "jangan pandang belakang"..bila dengar polis cakap macam itu,si isteri ni terus pandang..Apa yang memeranjatkan ialah si suami ada dekat atas bumbung kereta dengan anggota  badannya hancur!
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2011 10:44 PM | Show all posts
He....he...he..
Aku baru nak cerita pasal nih...tapi dah ada...
semasa aku di Temerloh 3 tahun dulu , aku ada minum di sebuah gerai kopi.
Bila berbual ngan owner tu dia confirmed dengan apa yang di ceritakan oleh aku...
terutamanya makhluk yang makan orang tuh...
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2011 11:54 PM | Show all posts
Seram baca. Malam ni dah la malam jumaat
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2011 12:20 AM | Show all posts
pasal yg antu mkn org tu aku penah dgr..mase tuh ckgu aku yg cite mse aku zaman sek rendahh..

mmg seram wehh
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-9-2011 12:42 AM | Show all posts
ada lagi,,teksi tersadai,,,sekelompok mat motor tak dak kepala..langsuir(aku sahkan betui)...kat bukit sebelom masok terowong ada selekoh 3 beradik..situ terkenal ngan pontianak dok bertenggek tepi divider tu......pastu toyol dok main belakang bonet
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2011 01:21 AM | Show all posts
He....he...he..
Aku baru nak cerita pasal nih...tapi dah ada...
semasa aku di Temerloh 3 tahun dul ...
rdzaccess Post at 22-9-2011 22:44



apa yang orang tu citer kat ko? kongsi2la..aku suka dengar part hantu makan orang tu..ada yang kata kelawar, ada yang kata langsuir, ada yang kata mawas..mana satu betul ek
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-9-2011 01:38 AM | Show all posts
jeepers creepers kot tu....
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2011 01:59 AM | Show all posts
* 30 Jun 1995: 21 orang terkorban manakala 23 yang lain cedera dalam kejadian tanah runtuh di jalan susur Genting Highlands. Kejadian itu dipercayai berpunca daripada hujan lebat yang mengakibatkan air turun laju dan menghanyutkan pokok dan tanah berhampiran terowong Karak..

story ni aku ingat sangat3 sebab ada budak kecil yang mati, parents budak tu peluk anak dia tapi at the same time parents dia leh dengar bunyi tengkuk anak dia patah sebab rempuhan air yang sangat dasyat! Innalillah
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2011 03:47 AM | Show all posts
eee seram...dh r pg2 ni..
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2011 07:52 AM | Show all posts
Kalau dapat cete lagi detail lagi best.....nasib baik kg ai kat Perak
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2011 09:54 AM | Show all posts
deejay tu tanya mana tahu tentang cerita ini,pemanggil dari Jelapang(Perak) itu dengan selamba kata dialah pemandu kereta itu dan talian terus putus....

betui ke nie
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2011 11:03 AM | Show all posts
Post Last Edit by azzira at 23-9-2011 11:04

tak penah dengar pasal Volkswagen kuning tu...setahu sy kisah volkswagen ni kt perak...tak tau ler klu dia dah jelajah satu malaysia.. yg sy dgr proton biru, selalu org nampak masa nak naik bukit kt Bukit Tinggi sebelum sampai terowong, jalan kt situ agak lurus so dari jauh boleh nampak kereta tu...perlahan jer jalannya...so of coz ler akan kena potong kan...lepas tu sesaper yg potong kereta proton tu akan nampak lagi kereta yg sama kt depan...kejadian ni akan berulang sampai ler kt terowong....kwn pernah bagi no plate kereta tu tapi sy dah lupa...
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2011 12:10 PM | Show all posts
dah byk sgt i dgr pasal highway karak ni... byk version jugak... kesahihannya x terbukti lagi kot...
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2011 12:31 PM | Show all posts
seram gak..tp setakat ni blk kg ke bentong lalu terowong ok je...lgpun kalo blk pun siang..hehe..mlm2 seriau gak..tp takde ape2 la..bace je doa byk2..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-9-2011 01:00 PM | Show all posts
suroh paranormal buek posmotem..
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2011 01:02 PM | Show all posts
seram lak dgr cite2 ni..tp kg i kat pahang of coz la mmg selalu  lalu jalan KARAK ni bila balik kg kan....
so far x de apa2 yg menakutkan berlaku...klu xcident tepi2 jalan tu mmg byk la jumpa..
En.Hubby kata ada org tuang myk kat jalan..nak bg org xcident...x tau betul x.
tp klu kisah seram x de la lagi setakat ni....bila lalu jalan ni i baca surah2 gak..tkut la juga kan..lgipon ada ank kecik..
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2011 01:07 PM | Show all posts
takut aku
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2011 02:08 PM | Show all posts
Cerita pasal puaka kat Karak ini totally 100% tidak tepat (tapi tak mengarut).

1) Pekan Karak ni tak berpuaka. Karak cuma sama mcm lain2 pekan kecil di Pahang. Yang banyak cerita puaka itu merujuk kepada kawasan Banjaran Titiwangsa yang mana ketinggian melebihi 1500 meter, terletak di sempadan Pahang-Selangor. Memang Banjaran Titiwangsa ni banyak puaka sebab pada waktu malam dingin sampai menggigil, penuh awan. Start daripada selatan Thailand hingga ke sempadan Selangor-Negeri 9 memang kawasan tanah tinggi yang agak 'keras'.

2) Cerita puaka yang ditokok tambah sehingga menyebabkan pembaca rasa takut dengan penuh emosi.

3) Jalan Cameron Highland-Gua Musang-Tasik Kenyir-Kuala Berang lagi berpuaka .... tak kecoh pon
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 05:49 AM GMT+8 , Processed in 0.055603 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list