CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 21984|Reply: 114

xxxHoLic (New OVA: xxxHoLic Rou)

[Copy link]
Post time 29-5-2010 08:54 PM | Show all posts |Read mode
Ok, aku search, kuar xxxholic kat thread Epistemologi, Idea dan Pemikiran. Since takde thread pasal ni, so aku create satu thread pasal cite ni, dan seterusnya memperkenalkan OVA yg terbaru iaitu xxxHoLic: Rou.



Introduction
xxxHoLic(sebutan:Holic) adalah sebuah manga (kemudian di adaptasi ke dalam anime) oleh CLAMP. Storyline xxxHoLic ni ada bnyk reference/crossover kepada karya-karya CLAMP yang lain seperti Cardcaptor Sakura dan Tsubasa Chronicle (Chronicle of the Wings). xxxHoLic merujuk kepada masalah addiction yang dihadapi oleh manusia seperti workaholic, shopaholic, alcoholic dan lain-lain.


Plot
Watanuki Kimihiro adalah seorang pelajar sekolah menengah yang dibebani dengan masalah hantu2 yang sering mengganggu hidupnya. Hanya dia seorang sahaja yang mampu melihat hantu2 tersebut, dan itulah yang membuatkan hidupnya sentiasa menyusahkan. Sehingga pada suatu hari Watanuki terjumpa sebuah kedai mistik di mana kedai tersebut akan menunaikan apa sahaja permintaan dengan bayaran yang ditetapkan oleh tuan punya kedai, dan bayaran bukan dalam bentuk wang tunai tetapi mestilah setimpal dengan permintaan yang diminta. Tuan punya kedai tersebut adalah Ichihara Yuuko. Yuuko berjanji akan menghapuskan masalah yang dihadapi oleh Watanuki. Bayarannya ialah Watanuki mestilah bekerja sambilan di kedai tersebut. Sesiapa yang tiada masalah, tidak akan nampak kedai tersebut, hanya nmpk satu lot kosong.

Mulai hari tersebut, Watanuki bekerja di kedai tersebut. Kerja yang perlu dibuat ialah dia mesti menolong Yuuko dalam menangani masalah yang berkaitan dengan perkara-perkara mistik dan kerja rumah biasa seperti memasak dan mengemas. Watanuki meminati seorang pelajar perempuan yang bernama Kunogi Himawari dan mempunyai seorang 'rival' iaitu Doumeki Shizuka, walaupun Doumeki kadang-kala menolong Watanuki dalam melaksanakan kerjanya, tetapi Watanuki sentiasa menganggap Doumeki seorang 'rival' dan sentiasa rasa 'berbulu' dengan Doumeki, kerana Doumeki selalu berkelakuan menjengkelkan. Lama-kelamaan mereka bertiga menjadi rapat.

Media
Manga ini mula disiarkan di dalam Kodansha Young Magazine pada 2003 sehingga kini.
Manga ini telah diadaptasi kepada anime, iaitu

Season pertama - xxxHoLic (24 episod)
Season kedua - xxxHolic: Kei (13 episod)
Movie - xxxHolic: A Midsummer Night's Dream
OVA 1 - xxxHoLic: Shunmuki (2 episod)

dan yang terbaru

OVA 2 - xxxHoLic: Rou (1 episod)

Watak

Kimihiro Watanuki


Ichihara Yuuko


Doumeki Shizuka























Kunogi Himawari


Tsuyuri Kohane


Mokona Modoki


Maru dan Moro


Kalau ada sesiapa yang meminati karya CLAMP, especially Cardcaptor Sakura n Tsubasa Chronicle, xxxHoLic ni adalah disarankan untuk tengok, sbb akan lebih kenal lagi tentang watak Ichihara Yuuko + ada Mokona kaler itam.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 29-5-2010 09:23 PM | Show all posts
Post Last Edit by cmf_cluesan at 29-5-2010 22:40






xxHoLic OVA yang baru da keluar iaitu xxxHoLic: Rou. OVA ini menceritakan tentang 10 tahun selepas kehilangan (kematian?) Yuuko. Cerita ini dimulakan dengan Yuuko muncul di dalam mimpi Watanuki. Apa yang diberitahu Yuuko dalam mimpi, tu kena tengok sendiri la.



Selepas kehilangan Yuuko, Watanuki telah menggantikan peranan Yuuko di dalam kedai tersebut sebagai tuan kedai yang mengurniakan hajat kepada orang lain. Walaupun sepanjang 10 tahun tersebut, tiada seorang pun pelanggan yang datang.



Mokona, Maru dan Moro masih lagi menceriakan kedai tersebut.

















Doumeki telah bekerja sebagai seorang professor cerita rakyat (folklore) di sebuah kolej. Dan kedatangannya mengundang sebuah misteri apabila dia memberitahu Watanuki mengenai seorang wanita yang hendak menjual barang-barang purba milik ibu mertuanya kepada Doumeki dan rakan professornya, tanpa pengetahuan suaminya.



Kemudian anak kepada wanita tersebut meminta hajat kepada Watanuki untuk mencari seutas 'tali'. Apa guna 'tali' tersebut? Tu kena la tgk.



Permintaan itu dipersetujui oleh Watanuki, dan meminta Doumeki dan kawan lamanya, yang juga anak murid Doumeki di kolej iaitu Kohane untuk mencari 'tali' tersebut serta dibantu oleh Kudakitsune ataupun Pipe Fox miliknya.


















Di akhir cerita anak wanita tersebut membayar ganjaran yang sangat bermakna kepada Watanuki. Apa bayarannya? Mcm biasa, gi tengok sendiri.

Scroll bawah untuk hint kepada bayaran tersebut...

o


o


o


o


o




Untuk link download :

Versi MKV 316MB
http://www.megaupload.com/?d=KFH5NCIA
atau
http://www.zomgupload.com/mxdaifmg3o0p.html
atau
http://hotfile.com/dl/45289364/bbc637d/II-Subs_xxxHOLiC_Rou_73F0B8B3.mkv.html

Versi AVI 170MB
http://www.zomghacks.com/dl/13629cbd/
atau
http://hotfile.com/dl/45327666/97e79e8/EkatEminaII-SubsxxxHOLiC_Rou_OVA.avi.html
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2010 08:13 AM | Show all posts
perghhhhhhhhhhhhhh!!!...clue-chann... best giler nihhhh!!>..
harus ai layan nihhh!!!

tak aci...ko dah layan duluuu...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-5-2010 09:34 PM | Show all posts
Reply 3# ibuKA

Aku da layan dlu la, baru aku leh wat review. BTW, aku mmg sangat suka ending utk OVA ni.
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2010 08:52 AM | Show all posts
ada link utk tgk streaming tak?...
aku tak jumpa la...
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2010 09:38 PM | Show all posts
macam best jer.. nak donlod dulu...
tenks clue..
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 3-6-2010 08:27 PM | Show all posts
Reply 5# ibuKA

Aku jarang stream anime... selalu donlod je.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-6-2010 08:28 PM | Show all posts
Reply 6# Kia_picanto

Klu ko minat xxxHolic, OVA ni mmg best.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-6-2010 11:14 AM | Show all posts
clue-chan..aku sedey niiiiiii..
apsal aku punya tak kuar gambaaaa...apsal kuar sore jeeee....

aku donlod versi AVI yg hotfile punya...
version MKV ada yg dah kene remove...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-6-2010 12:58 PM | Show all posts
Reply 9# ibuKA

Uninstall codec yg lama, dan install K-Lite Codec Pack. --> K-Lite
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2010 01:02 PM | Show all posts
nti aku try...
maceh clue-chan...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-6-2010 09:10 PM | Show all posts
Reply 11# ibuKA

Amacam? da bole?
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2010 09:36 PM | Show all posts
aku tgk kat umah bole pulak...
apsal kat opis dpt dgr sore jek?...

tgh tgk nih..eheheee...seiyuu watanuki nih cam biasa je aku dgr...dimana yer?...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-6-2010 09:43 PM | Show all posts
Reply 13# ibuKA

Ohh....enjoy. {:1_144:}

Dia seiyuu Takanashi dlm Working!. Tgk la senarai watak yg dia bawak.

http://en.wikipedia.org/wiki/Jun_Fukuyama
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2010 09:45 PM | Show all posts
aku mmg minat ngn ichihar yuko ni...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-6-2010 09:47 PM | Show all posts
Reply 15# cmf_shiwari

Deshou...

Dia ni contoh a very mature and elegant woman.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-6-2010 10:11 PM | Show all posts
Reply  ibuKA

Ohh....enjoy.

Dia seiyuu Takanashi dlm Working!. Tgk la senarai watak  ...
cmf_cluesan Post at 4-6-2010 21:43


jun ker?? patutla cam penah dgr...citer uragiri pon dia ada...dia bwk watak tsutomo tuh...
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2010 10:13 PM | Show all posts
uuuuu...syahdu ending dia...
kiranya hajat dia nk jumpa yuuko balik tercapai la....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-6-2010 10:14 PM | Show all posts
Reply 17# ibuKA

Haha, berbakat tul seiyuu ni.
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2010 10:25 PM | Show all posts
memula aku tekejut sbb tgk watanuki tido ngn maru n moro...huhu...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 07:36 PM GMT+8 , Processed in 0.093717 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list