CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 37159|Reply: 227

Tiga D'Aqua...

 Close [Copy link]
Post time 1-6-2010 10:21 PM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by adabintang at 26-11-2010 17:14


HADIAH SAGUHATI









Tiga D' Aqua  (Lavender_Aqua)




4 Hadiah Saguhati
Thread Terbaik Board BORAK 2009





Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 1-6-2010 10:22 PM | Show all posts
Post Last Edit by lavender_aqua at 4-6-2010 16:15


kenapa thread ni dinamakan Tiga D'Aqua???

sebab bermula dari post #3 hingga #24, Aqua akan menyenaraikan 3 perkara atau benda yang Aqua miliki atau paling suka...

Aqua memilih untuk menyenaraikan hanya 3 sebab Aqua berpegang kepada prinsip

KISS: keep it short and simple...

3 perkara atau benda yang pada pandangan mata Aqua menarik untuk dikongsi bersama forumers bod Borak...

semoga terhibur membaca bingkisan Aqua dalam Tiga D'Aqua...  

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-6-2010 10:22 PM | Show all posts
Post Last Edit by lavender_aqua at 5-6-2010 00:15

DONUT




Bila dikenang kembali, donut ialah antara kuih yang Aqua suka...

Dari kecil sampai ke peringkat U...

Sama ada untuk sarapan pagi ataupun sebagai juadah berbuka puasa...

Donut ialah antara makanan pilihan Aqua...




BIG APPLE…


Sebut sahaja nama Big Apple, bagi kebanyakan pencinta donut pasti tahu…

Big Apple merupakan salah 1 tempat yang menjadi kegemaran Aqua untuk membeli donut2 dengan pelbagai perisa…

Kegemaran Aqua dah tentulah apa sahaja yang ada coklat…

Big Apple kini menjadi kegemaran kami sekeluarga, dari orang tua Aqua sampailah kepada anak2 saudara Aqua…





DUNKIN’DONUT…

Kalau tak silap kali pertama Aqua makan Dunkin’ Donuts ialah pada tahun 1996…

Aqua berada di KL masa tu, rasanya masa cuti sekolah bulan September…

Bagi budak kecil macam Aqua, dapat donut yang lain daripada donut gula yang biasa dijual oleh makcik2 kuih begitu menggembirakan Aqua…





KRISPY KREME DOUGHNUTS…

Aqua pernah makan donut dari Krispy Kreme sekali je, tu pun pada pertengahan tahun lepas sebab kawan sebilik Aqua belanja...

Aqua rasa tak boleh makan selalu sebab pada Aqua donut ni rasanya manis sangat…

Nak komen banyak pun rasanya macam tak adil sebab pernah makan sekali, tapi Aqua kalau ada peluang untuk makan lagi donut dari Krispy Kreme, Aqua sangat berbesar hati…

file:///D:/DOCUME%7E1/Liyana/LOCALS%7E1/Temp/moz-screenshot-38.jpg


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-6-2010 10:22 PM | Show all posts
Post Last Edit by lavender_aqua at 11-6-2010 18:50


AIS KRIM…


   



Apa itu ais krim???

Ais krim ialah frozen dessert yang dibuat daripada hasil tenusu seperti susu dan krim dan dicampur dengan buah-buahan atau bahan lain dengan perisanya sekali…

Hampir semua orang suka dengan ais krim, tapi mungkin ada juga sekumpulan kecil yang tak makan aiskrim…

Namun kesedapan aiskrim sebenarnya telah memikat hati ramai orang…

Kalau tanya Aqua, dah tentu perisa kegemaran ialah coklat, vanilla dan strawberry…

Anda bagaimana pula???

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-6-2010 10:23 PM | Show all posts
Post Last Edit by lavender_aqua at 11-6-2010 19:17



MINUMAN…

Pagi, petang atau pun malam, mesti ada minuman panas kan???

Sama ada ia teh, kopi atau nescafe pasti ada yang menjadi pilihan…


KOPI…

Bagi Aqua, kalau bangun pagi mesti minum kopi…

Bila sentuh pasal kopi, sejak kecil Aqua suka celup roti bakar ke dalam kopi…

Kadang2 tu celup biskut Cream Crackers, macam iklan Oreo…


TEH O…

Masuk waktu petang, dah tentunya kena ada teh o…

Minum petang selalunya tak lengkap tanpa kuih…

Pisang goreng atau cekodok dengan teh, hmmm memang terliur bila teringat…


NESLO…

Sejak tinggal di hostel, ada masanya Aqua perlu berjaga untuk siapkan kerja atau masa revision final exam dan teman yang setia ialah Neslo…

Disebabkan Neslo lagi berkesan pada Aqua berbanding Nescafe, Aqua cuma ambil bila betul2 perlu berjaga untuk jangka masa yang lama…

Lagipun sesetengah minuman tidak elok diambil selalu sebab takut ada kesan sampingan suatu hari nanti, baik beringat sebelum kena…

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-6-2010 10:23 PM | Show all posts
Post Last Edit by lavender_aqua at 20-6-2010 00:10


WARNA…


Warna memainkan peranan penting dalam hidup kita…

Bayangkan hidup tanpa warna, dunia di sekeliling kita pasti nampak suram…



UNGU…


Dari nickname Aqua rasanya ada yang boleh agak, mungkin Aqua sukakan warna ungu…

Ya, ungu merupakan warna yang paling Aqua suka…

Dari baju kurung ke bilik ungu, perhiasan bilik di hostel, dari stationary ke barang perhiasan rambut,semuanya ungu…

Impian yang belum tercapai:kereta warna ungu…



PINK DAN BIRU MUDA…


Pink dan biru muda pun Aqua suka…

Nak cerita banyak2 pun tak boleh sebab Aqua sebenarnya lagi gilakan ungu…

Tapi bagi Aqua senang nak beli barang, pink untuk anak sedara perempuan, biru untuk anak sedara laki...

Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 1-6-2010 10:23 PM | Show all posts
Post Last Edit by lavender_aqua at 11-6-2010 21:24

LOONEY TUNES…




Dalam Looney Tunes ada banyak watak2 yang menarik…

Ada yang comel, ada yang agak jahat dan ada yang gila2…

Antara semua watak2 kartun ni, 3 watak ni yang Aqua paling suka…

Malah Aqua ada koleksi anak patung dari ketiga-tiga watak ni…




BUGS BUNNY…


Bagi peminat kartun, siapa yang tak kenal arnab yang suka makan lobak ni???

Terkenal dengan dialog ‘What’s up Doc?’, Bugs memang comel…

Aqua teringat lagi masa kecil dulu, hati akan rasa terhibur melihat keletah Bugs…




SYLVESTER & TWEETY BIRD…


Kalau ada Sylvester mesti ada Tweety Bird…

Tanpa kehadiran salah 1 daripadanya, memang rasa tak cukup je hidup…

Dah memang lumrah, kucing akan mengejar burung…

Seperkara yang mama pernah kata pada Aqua dulu, macam mana Tweety boleh angkat kepalanya yang besar sedangkan badannya kecil je…

Dah namanya kartun,yang tak logik pun nampak logik…

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-6-2010 10:23 PM | Show all posts
Post Last Edit by lavender_aqua at 2-7-2010 23:35

HANDPHONE…

Quote yang tak dapat dilupakan, ‘abah tau apa yang L nak tapi L tak minta’…

Dan barang tu ialah handphone, sebab masa tu ramai kawan2 Aqua kat sekolah dah ada…



NOKIA…

29.9.2004, tu tarikh Aqua dapat handphone pertama, Nokia 6100…

Jasa handphone ni agak lama juga, sampai bulan 8 2007…

Lepas tu Aqua beli handphone baru, Nokia 3110c tapi handphone ni tak tahan lama…

Entah kat mana silapnya, asyik kena hantar repair je…

Aqua bersabar sampai bulan 12 je, lepas tu beli handphone baru…



SONY ERICSSON…


Selepas handphone ke-2 asyik rosak, handphone ke-3 tukar ke Sony Ericsson Z558i…

Nasib baik SE tahan agak lama, sebelum buat perangai off secara tiba2 beberapa kali menjelang penghujung 2009…

Tapi SE ni masih boleh digunakan walaupun sekarang Aqua dah ada pengganti baru…



SAMSUNG…


Dan pengganti tu ialah Samsung Corby, mula jatuh hati bila terpandang kat billboard…

Mula2 kekok juga nak pakai touch screen, tapi sekarang dah mahir…

Target seterusnya,mungkin Blackberry???


*Sementara nak tunggu Aqua kerja, ntah2 ada handphone lagi canggih dari Blackberry…

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 1-6-2010 10:24 PM | Show all posts
Post Last Edit by lavender_aqua at 3-7-2010 00:49

RANGKAIAN PENGENDALI…


Antara rangkaian pengendali yang ada di Malaysia ialah Celcom, Maxis dan Digi…

Setiap satunya mempunyai kelebihan yang tersendiri dan kumpulan sasarannya…

Di sini, Aqua kongsi secara ringkas pengalaman menggunakan khidmat rangkaian pengendali ini…




CELCOM…

Mula2 masa beli handphone, mama yang cadangkan guna Celcom sebab mama dan abah juga guna Celcom…

Dan sampai sekarang Aqua masih simpan nombor yang sama cuma tukar pelan saja, dulu guna pelan Xplore, sekarang pelan Xpac…

Banyak kelebihan yang Aqua dapat, terutama menjelang hari jadi, dapat sms secara percuma selama 7 hari dan kredit percuma…




MAXIS…

Masa kat PJ, ramai kawan2 guna Maxis…

Pernah sekali tu kelas dibatalkan dan Aqua tanya kawan2 kenapa tak sms, jawapannya sebab Aqua guna Celcom…

Sejak kejadian hari tu, Aqua pun beli nombor Maxis untuk memudahkan kawan2 menghubungi Aqua…

Satu yang menarik tentang Maxis ialah Campus Zone, memberikan kadar yang jauh lebih rendah kepada pelajar U untuk berhubung…


  

DIGI…

Aqua tak ada pengalaman menggunakan Digi, tapi dari pemerhatian Aqua rasa Digi kurang popular sikit…

Tapi tu 4 tahun dulu,tak tahulah sekarang macam mana sebab dalam phonebook Aqua
tak ada kawan2 yang guna Digi…

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-6-2010 10:24 PM | Show all posts
Post Last Edit by lavender_aqua at 3-7-2010 00:46

SUBJEK KEGEMARAN…


Masa di sekolah, setiap orang mesti ada pelajaran yang digemari…

Dan yang pasti, kita akan cuba sedaya upaya untuk dapat markah yang tinggi bagi subjek yang kita suka tu…

Ini subjek2 yang Aqua suka masa di sekolah…



  

MATEMATIK…


Masa Aqua dulu, ramai yang tak suka maths, mungkin sebab kena kira kot~

Aqua mula suka maths sejak dapat markah tinggi dalam kelas…

Masa tu secara tak langsung timbul keyakinan, tiada yang mustahil untuk dicapai…

Dan kejayaan tu berterusan hingga sekolah menengah…

Siapa sangka,sekarang ni Aqua ambil ijazah dalam Matematik…




GEOGRAFI…


Aqua mula minat dengan Geografi sejak belajar masa tingkatan 1…

Lebih2 lagi bab kena lukis peta dan melabel…

Antara semua silibus,rasanya Geografi Dunia masa tingkatan 3 yang paling seronok…

Dapat belajar tentang muka bumi, kesesuaian tanaman dan cuaca dunia…

Sesuatu yang pastinya berbeza daripada Malaysia…



  

ENGLISH…


Kawan2 sekolah menggelar Aqua kamus BI-BM, kawan2 di U pula berkata Aqua seorang yang spontan, tak perlu skrip atau bawa kertas semasa membentangkan hasil kerja berkumpulan…

Apa jua yang Aqua dapat hari ni hasil usaha dalam mempelajari BI…

Yang seronok tentang belajar BI dah tentu sasteranya, terutama karya klasik dan sajak2…


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-6-2010 10:24 PM | Show all posts
Post Last Edit by lavender_aqua at 6-6-2010 16:05

PENGANGKUTAN…





Teringat kenangan masa Aqua kecil, pergi ke tadika jalan kaki…

Seingat Aqua ada la dalam 20 minit jalan kaki dengan mama hari2…

Sekarang ni, seakan putaran hidup tu kembali ke 0 sebab kadang2 di kampus pun Aqua jalan kaki dari hostel ke kuliah…

Cuma yang bezanya, 15 minit saja dah sampai…

Tapi itulah kehidupan, bermula dengan hanya berjalan kaki sekarang ada pelbagai cara untuk kita sampai ke destinasi...






1.KERETA POLIS…


Aqua masih ingat lagi masa tu Aqua darjah 2…

Nak dijadikan cerita, ada satu hari tu kereta abah Aqua rosak…

Yang Aqua pulak lepas habis kelas, pandang keliling sekolah cari manalah kereta abah…

Sekali abah datang, bawa Aqua naik kereta polis...

Tapi memang seronok sebab itulah kali pertama Aqua naik kereta polis dan kali terakhir harapnye…







2.KAPAL TERBANG…


Aqua pernah naik kapal terbang sekali je, masa tu umur Aqua 4 tahun…

Ala takdelah jauh sangat, cuma dari Bayan Lepas ke Subang je…

1 yang Aqua ingat dari flight tu, ada seorang pramugari bagi sticker colouring book...

Dan Aqua masih simpan buku tu sampai ke hari ni...






3.KERETA API…


Kisah naik kereta api dalam hidup Aqua terlalu banyak sebenarnya…

Naik kereta api waktu siang, malam, kereta api rosak la dan macam2 kisah lain…

Tahun lepas Aqua juga dapat naik kereta api di KL Central, selepas 10 tahun lebih tak naik kereta api…

Kelebihan berada di ibu kota sewaktu cuti sekolah dan kemudiannya sambung belajar di Selangor memberikan Aqua peluang untuk kerap naik Komuter, LRT dan Monorail…

Dan pengalaman ni Aqua lalui dengan keluarga dan juga kawan2 sekuliah...

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-6-2010 10:25 PM | Show all posts
Post Last Edit by lavender_aqua at 3-7-2010 01:05

CITA-CITA…


1.SEKOLAH RENDAH…

Kalau cikgu tanya pasal cita2, jawapannya mesti doktor…

Tapi tu tak faham betapa susahnya nak mencapai cita2 sebagai doktor…

Perlukan kecekalan, kesabaran dan komitmen untuk menjadi seorang doktor…


2.SEKOLAH MENENGAH…

Di peringkat ni Aqua dah mula faham tentang kehidupan, dan masa ni Aqua berminat nak jadi lawyer…

Aqua pilih nak jadi lawyer sebab dalam keluarga kami belum ada lagi yang berkelulusan undang2...

Lagipun cikgu kata kalau dah pandai berdebat tu baik ambil bidang yang banyak cakap...


3.UNIVERSITI…

Apa jua impian kita, bila dapat tawaran untuk sambung belajar Aqua yakin ramai akan terima walaupun bukan kursus yang diminati…

Sekarang dah 2 tahun Aqua di U, dalam jurusan Matematik dan Pengurusan Perniagaan…

Yang pasti, kita hanya boleh merancang perjalanan hidup kita tapi Allah S.W.T. Maha Mengetahui dan bagiNya inilah yang terbaik buat diri Aqua…

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-6-2010 10:25 PM | Show all posts
Post Last Edit by lavender_aqua at 13-6-2010 01:47



FAST FOOD RESTAURANT…


Restoran fast food sekarang dah makin popular…

Walau bagaimanapun, tak elok juga makan fast food selalu…

Kalau Aqua dah jemu dengan makanan di café kat kampus, dah tentu fast food yang menjadi pilihan…


KFC…


Dulu hidup biasa2 je, memang jarang kami makan KFC…

Tapi bila dapat beli tu, memang seronoklah sebab dapat makan KFC pun sebulan atau 2 bulan sekali…

Sekarang dah senang, bila teringat je boleh pergi beli…

Pilihan utama dah tentu la ayam goreng, nama pun KFC…


McD…


Rasanya semua menu yang ada kat McD Aqua dah cuba…

Kalau pergi McDselalu beli burger sebab burgernya lain dari KFC…

French fries McD pun sedap, tambah kalau dapat yang panas dan masin…


SUBWAY…


Subway ni masih baru lagi bagi Aqua…

Mula mengenali dan tahu pasal Subway pun dari kawan...
Buat masa ni, pilihan Aqua cuma Chicken Teriyaki…

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-6-2010 10:25 PM | Show all posts
Post Last Edit by lavender_aqua at 12-6-2010 21:55

PEMINAT SUKAN…

Nak kata peminat setia sukan2 yang ada di dunia ni taklah sangat…

Tapi bila berkesempatan memang Aqua akan mengikuti perlawanan2 yang ada...

Ini antara sukan yang Aqua tengok di kaca tv...



BOLING…


Aqua memang suka dengan boling sejak kecil lagi…

Tambah2 lagi kalau bintang kegemaran Aqua, Shalin Zulkifli bermain…

Sekali tengok nampak ringan je bola tu, tapi bila dah main sendiri baru tau susah…




TENNIS…


Dulu Aqua tengok tennis ni macam main badminton sebab sekali imbas nampak sama…

Tapi selepas merasai sendiri, tennis ni susah jugak naik main, last2 jadi penonton lagi baik…


  

CYCLING…


Le Tour de Langkawi merupakan permulaan minat Aqua terhadap sukan ni…

Nampak senang, sebab cuma kena kayuh basikal tapi bila kayuh lama2 baru tau susah…

Memang meletihkan tapi seronok…

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-6-2010 10:25 PM | Show all posts
Post Last Edit by lavender_aqua at 4-7-2010 03:05

TEMPAT KEGEMARAN…

Setiap daripada kita mesti mempunyai tempat yang kita suka kunjungi…

Dan berkemungkinan juga, jika seseorang itu ‘hilang’ carilah di tempat yang dia selalu pergi…

Sebab kebiasaannya,tempat itu akan memberikan ketenangan kepada mereka…

Dan ini ialah 3 tempat yang Aqua paling suka pergi…



  

KEDAI BUKU…


Walaupun sibuk dengan kuliah, tapi bila berkesempatan pasti Aqua akan mengunjungi kedai buku…

Kedai buku kegemaran dah tentu Kinokuniya di KLCC…

Selalunya kalau ke Kino dah tentu jenguk bahagian novel, kemudian buku2 Bisnes…

Menghabiskan masa di tempat kedua senyap selepas perpustakaan memang menyeronokkan…



PAWAGAM…


Kalau ada filem yang menarik untuk ditonton dah tentu Aqua dan kawan2 akan ke pawagam…

Selalunya kami banyak menonton filem2 dari Walt Disney, siri Harry Potter dan cerita seperti 2012 dan Knowing…

Paling seronok dah tentu part kongsi popcorn dengan kawan2 sambil menonton wayang…




HUTAN…


Sejak melibatkan diri dengan perwakilan pelajar 4 tahun lalu, kami banyak dihantar menjalani kursus kepimpinan di kawasan2 seperti hutan rekreasi…

Mula2 tu memang kekok, tapi lama2 Aqua mula jatuh hati dengan keindahan alam…

Nak buat macam mana,18 tahun tinggal di bandar tak pernah masuk hutan, tapi bila dah dapat peluang beberapa kali terus suka…

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-6-2010 10:26 PM | Show all posts
Post Last Edit by lavender_aqua at 3-7-2010 03:13


RANCANGAN TV…


Sekarang ni kat kaca televisyen ada banyak rancangan2 yang disajikan untuk tatapan kita semua…

Antaranya drama,kartun, rancangan realiti, siri penyiasatan dan banyak lagi…

Sepanjang cuti 3 bulan lebih sejak April yang akan berakhir pertengahan Julai ni, ini antara rancangan yang Aqua selalu tonton…


THE BIGGEST LOSER AUSTRALIA…


Ni adalah siri dari rancangan
yang Aqua tonton dari episod 1 sehingga ke finale…

Rancangan ni sedikit sebanyak telah membuktikan bahawa senaman boleh membantu kita mendapatkan berat badan yang ideal tanpa menggunakan pil2…

Yang pasti lepas ni Aqua akan menonton musim2 lain TBL secara online…


MENTOR MUSIM KE-4…


Aqua telah menonton mentor ni sejak dari sesi pemilihan…

Dan inilah satu2nya rancangan realiti tv berunsurkan nyanyian yang Aqua ikuti dari awal sampai ke akhir…

Alang2 tengah ada kat rumah ni, tengok je la sampai ke final walaupun protégé kegemaran Aqua dah terkeluar…


SHOWDOWN 2010…


Showdown 2010 ni pada mulanya Aqua cuma tengok sebab boring tak ada cerita yang seronok kat channel lain…

Lepas tengok top 12 lebih kurang 2 bulan lepas, terus suka…

Nampaknya Aqua cuma sempat tengok sampai top 4 saja sebab masa top 3 nanti Aqua dah ada di kampus…

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 1-6-2010 10:26 PM | Show all posts
Post Last Edit by lavender_aqua at 12-6-2010 23:20

BUAH-BUAHAN…


Aqua bukan nak cerita pasal kebaikan dan khasiat yang terkandung di dalam setiap buah-buahan…

Cuma nak berkongsi kisah bila sebut tentang 3 buah di bawah ni…




PISANG…

Dulu masa kecil, tiap hari Jumaat mesti pergi pasar beli barang termasuk pisang…

Masa tu penjual pisang akan bagi Aqua pisang percuma, tak termasuk pisang yang mama beli…

Sekarang dah besar, takdenye nak dapat free2 macam dulu2…




EPAL…


Sebut epal mesti ingat abang2, sebab abang2 la Aqua mula makan epal…

Mula belajar makan dengan sepotong akhirnya jadi sebiji epal…

Aqua suka epal merah berbanding epal hijau yang masam…




TEMBIKAI…

Mama pernah cerita masa dia tinggal di Johor, tembikai dipanggil semangka…

Betul ke orang Johor,kalau salah minta maaf ye…

Kami sekeluarga hidang tembikai ni macam biasalah, dipotong kecil dan ada yang dibuat jus tembikai…

Yang pasti nikmat makan tembikai ni lagi terasa masa cuaca panas dan lepas berbuka…

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-6-2010 10:26 PM | Show all posts
Post Last Edit by lavender_aqua at 13-6-2010 00:11

BUNGA…


Dalam banyak2 bunga yang ada, ini antara jenis2 yang Aqua suka kalau ditanam di rumah...

Ada yang berbau harum dan ada yang tahan lama...



ORKID…


Orkid ni unik sebab ia antara bunga yang tahan lama…

Rumah arwah nenek dulu pun penuh dengan orkid semata-mata…

Yang banyak sekali orkid berbunga kecil warna kuning…

Nama tu entah, Aqua tak tahulah pulak…


MELUR…


Bunga melur ni wangi, memang harum baunya kalau diletak dalam almari baju…

Waktu masih bersekolah, pagi2 Aqua akan ke laman nak tengok kalau ada bunga melur…

Yang sedihnya sejak masuk U, dah takde sape nak petik bunga melur…



MAWAR…


Bunga mawar ni istimewa, ramai suka walaupun berduri…

Cuma masalahnya, bunga ni cepat kecut…

Dalam banyak2 warna, yang mana satu pilihan anda???

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-6-2010 10:27 PM | Show all posts
Post Last Edit by lavender_aqua at 3-7-2010 01:21



MEMBACA…

Kita memang disarankan membaca untuk menambahkan pengetahuan, di samping mengetahui perkembangan semasa yang berlaku di luar…

Selain itu kita membaca sebagai satu cara untuk bersantai, merehatkan fikiran selepas seharian berhempas pulas bekerja atau belajar…

Yang pasti apa jua bahan bacaan yang kita pilih, ia secara tidak langsung telah mempamerkan keperibadian dan perwatakan kita…

Bagi Aqua, jenis bahan bacaan yang Aqua suka ialah novel, majalah dan surat khabar…

Aqua membaca novel kerana minat, majalah sebagai satu cara untuk merehatkan minda dan surat khabar untuk mengetahui perkembangan semasa...

Pilihan bahan bacaan anda bagaimana???

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-6-2010 10:27 PM | Show all posts
Post Last Edit by lavender_aqua at 3-7-2010 02:03


KOLEKSI…


Setiap daripada kita mempunyai barang tertentu yang kita suka kumpul…

Koleksi barang itu ibarat harta karun kepada si pengumpul,tak hairanlah jika seseorang tu sangat menjaga koleksinya...


KEY CHAIN…


Dulu2 masa kecil bila pergi jalan2 kalau ada kedai yang jual key chain, mama mesti beli…

Lama2 tabiat tu menjadi satu hobi kepada Aqua…

Kalau pergi cuti2 ke pulau2 mesti beli key chain, sebagai tanda Aqua dah ke tempat tersebut…


KAD PRABAYAR…


Mungkin kedengaran agak aneh, tapi sejak 2004 Aqua dah kumpul hampir 150 keping kad prabayar…

Ini adalah koleksi daripada Celcom dan Maxis…

Tambah menarik kalau kad prabayar ni ada edisi istimewa macam gambar pelakon2 filem Star Wars di kad prabayar Celcom suatu masa dahulu…


EDISI KHAS…


Antara yang Aqua pernah kumpul ialah koleksi kad 3D Tarzan, anak patung Looney Tunes sempena filem Space Jam suatu ketika dahulu dan yang terbaru gelas Coca Cola sempena Piala Dunia…





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Lawak & Santai


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 06:20 AM GMT+8 , Processed in 0.270135 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list