CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: jingga007

TOP 10 NOVEL PILIHAN KORG serta REVIEW TTG NOVEL DI BOD INI !

[Copy link]
Post time 4-6-2010 08:55 AM | Show all posts
tq nera

tq mijot

okay jgk kalo kasik review cmgitu  asalkan bg sbb ...
jingga007 Post at 3-6-2010 21:35



hasil karya penulis m'yentuh perasan seolah2 turut b'ada sama dlm situasi t'sebut...cukup perasa...sedih, gembira, geram..smua nye ada...pandai m'olah hasil karya m'ikut p'edaran masa...xt'lalu skema dlm p'gunaan ayat n xt'lalu shortform sgt...sbb 2 suka bc hasil karya penulis2 sperti blingbling, detox, bunick, sang_arjuna. n t'baru yg nera bc sorg beginner yg br kenal WR ni....babyyana or babyhana...hasil beliau pun best msih bleh dip'tajamkn lg...pendek kata best la novel2 penulis kat WR ni ...cuma de sesetgh penulis xm'hbs kan hasil karya mereka... . utk blings2, detox, bunick n sang_arjuna....terus kan b'karya n congrat....

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 9-6-2010 05:49 PM | Show all posts
xda sape2 nk kasik komen lagi ke?
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2010 10:11 PM | Show all posts
Post Last Edit by yasmin08 at 9-6-2010 22:30

Reply 1# jingga007

(1)Bercinta lagi..  karya Detox

(a)Gaya bahasa yang santai tetapi menghiburkan dan plot cerita tersusun.

(b) Ada nilai2 murni - cth kesabaran Nadira dalam menghadapi orang tua seperti mak Hang Nadim, tidak mencemuh peribadi2 di depan anak2, mendidik anak bercakap benar selalu walaupun pahit

(c)Kisah masyarakat biasa yang mungkin berlaku juga di kalangan kita cth kepercayaan yang teramat kepada kekuasaan bomoh, motif2 masyarakat yang negatif  seperti matlamat menghalalkan cara di mana sepatutnya matlamat TIDAK sama-sekali menjd syarat utama untuk menghalalkan cara..

(2)Bercinta lagi 2... karya Detox

(a) Sama seperti di atas

(b) Yang menarik adalah di mana penulis bijak memanupilasi watak2 sebelumnya dalam karya penulis dan menggabung jalin watak2 tersebut dalam cerita ini...cth mak Nadim yg dah insaf, kehidupan remaja Ensha & zaman kanak2 Imran& Ijal yang sungguh haru-biru & meng ujakan bagi N& N (Nadim& Nadira..hah..hah..)

(c) Berjaya menghidupkan watak2 sehingga pembaca merasakan watak2 tersebut memang betul2 wujud di sekeliling/ dalam kehidupan kita di Malaysia.


Nanti sambung lagi ulasan karya penulis2 lain pula , esok, insya Allah... ada kerja lain sekarang..
Moga penulis2 di sini terus menghasilkan karya yang punya nilai tambah..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2010 11:58 PM | Show all posts
Bila disebut nama BlingBlings, siapalah yang tidak mengenalinya di Bod ini.  Dia adalah seorang penulis yang prolifik. Banyak cerita yang telah dihasilkan di sini.  Antara yang menjadi pilihan ialah Sebuah Natijah Terindah.

Dia di dalam kesedihan kerana ibu yang dikasihi menyambut panggilan Ilahi. Kini suami yang diharapkan menjadi pelindungnya pula berkahwin lain. Bahkan si suami tidak datang menziarahi tatkala ibunya dibawa pergi ke tanah perkuburan.  Kepada siapa harus dia mengadu?

Inilah dilema yang dihadapi oleh Leha yang terpaksa menerima Wazir sebagai suami, padahal dia lebih menyintai Wahi abang kepada Wazir. Namun perkahwinan mereka tidak berpanjangan.  Leha memohon dibebaskan apabila Wazir menduakannya.

Rasa tertekan dan pandangan orang sekeliling kerana dia bergelar "J" dalam usia yang muda membuatkan Leha terlantar sakit beberapa bulan.  Anak yang dikandung dikhabarkan telah tiada.  Leha bangkit daripada kesedihan tersebut. Dia cuba untuk menjauhi keluarga bekas suaminya, namun rasa kasih kepada Wahi dan dua orang anaknya membuatkan Leha menerima Wahi sebagai suami. Lalu bertemulah "J" dan "D".

Untuk mencapai bahagia dengan keluarga baru, Leha harus berhadapan dengan Atiqah, bekas isteri Wahi yang membenci perkahwinan Leha dengan bekas suaminya.   

Terselit beberapa pengajaran di dalam kisah keluarga ini.  Apa pun yang berlaku semalam, seseorang perlu meneruskan kehidupan. Yang lepas itu dijadikan pengajaran untuk mengharungi hari depan.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2010 09:58 AM | Show all posts
Reply 23# yasmin08

Sambung ulasan e-novel kat BOD ni..

(3) Ailebbiulah.. karya Sang Arjuna

(a) Gaya bahasa penulis yang penuh dengan unsur2 komedi itu yang menjadikan jalan ceritanya makin menarik

(b) Kisah cinta tiga segi di mana Acap sukakan Fuyah tapi Fuyah sukakan Uzir dan datang pula Shamil yang juga sukakan Fuyah tetapi ber watak jahat.

(c) Gelagat Fuyah yang kelam-kabut / kalut menambah rencah cite ni..   Tidak 'kering gusi ' kita menghadapai kelakuan Fuyah ni..


(4) Hani..Oh Hani..... karya Sang Arjuna
   
(a) Cite2 penulis termasuk cite ni yang di kenal pasti- watak utama wanita nya adalah seorang yg kalut dan kelakar.
Watak lelaki pula sama & gila2 sikit... Rasanya , ciri2 inilah kekuatan kepada cite2 Sang Arjuna selama ini di samping gaya bahasa Sang Arjuna yang bersifat 'lawak selamba'...

(b) Hani di gambarkan sebagai remaja yang berdikari, wanita biasa yang di minati jejaka2 tampan walaupun dia bukannya wanita yg lemah-lembut sangat pun /ataupun ada ciri2 "perempuan melayu terakhir"..

(c) Pengajaran cite- cth menghormati& memuliakan orang tua kita, belajarlah memaafkan orang lain supaya kehidupan kita menjadi tenang, harta & kekayaan tidak dapat membeli kebahagiaan , kebahagiaan perlu di bina kan (earned) bukannya di paksakan ke atas seseorang- ianya mestilah di usahakan seperti yg berlaku kepada keluarga Hani & keluarga Nazrin


Ok, jika berkesempatan akan ulas pula karya2 penulis2 lain di BOD ni esok, insya Allah.. Moga penulis2 terus menyumbangkan karya2 yg punya nilai-tambah... Terus maju semua..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2010 03:32 PM | Show all posts
Post Last Edit by yasmin08 at 14-6-2010 14:22

Reply 25# yasmin08
Sambung ulasan karya… Baru hari ini berkesempatan..

(5)Lara di hati karya Fizziany


Kisah sekitar watak utama iaitu Alisya & Aril….


Watak Alisya@ Alis , di gambarkan sebagai gadis remaja yg datang daripada keluarga yang susah tetapi bahagia. Walaubagaimanapun, Alis mempunyai ibu& bapa yang berwawasan jauh di mana ilmu pengetahuan dan menjalani kehidupan yang bernilai murni yang tinggi sangat di beratkan di dalam kehidupan keluarga ini. Alis dikuatkan nilai peribadinya di dalam kisah ini sebagai remaja yang matang , sangat berdisiplin tinggi , ber prinsip, dan punya matlamat hidup yang jelas. Juga, daripada watak yang di tonjolkan oleh Alis,pembaca juga dapat mempelajari bahawa kita sepatutnya mengutamakan yang utama-cth. Walaupun punya perasaan halus cinta remaja kepada Aril, beliau dapat mengawal perasaan ini di zaman persekolahannya di mana beliau mengutamakan yg utama iaitu pelajaran dahulu daripada mengejar cinta remaja. Beliau yakin, jika ilmu di utamakan , insya Allah, hidup akan lebih terbela dan cinta sesama insan yang ikhlas boleh di bina bila tiba masanya, bukannya
semasa zaman persekolahan di sibukkan dengan perkara2 remeh spt cinta yang jika silap percaturan akan memusnahkan masa hadapan.

Watak Aril pula di gambarkan sebagai remaja lelaki- anak orang berada – yang sudah terbabas dari landasan yang betul rentetan drpd jiwa remaja lelaki yg sangat kuat memberontak, berkawan dengan kumpulan yang salah,
akhirnya kembali ke pangkal jalan dan dapat di bentuk semula hala tuju hidupnya setelah di hantar oleh ibu bapanya balik kerumah neneknya di kampung .

Kesimpulan, Sesuai sebagai novel remaja. Pengajaran /mungkin boleh menjadi bahan panduan bagi jiwa2 remaja yang sering/ cepat memberontak tanpa menghalusi/ memikirkan implikasi tindakan2 mereka untuk masa depan mereka sendiri. Karya ini baik/sesuai  sebagai pengajaran kepada remaja agar belajar / asuh diri bersikap rasional, bina jati diri dan punya matlamat hidup yg jelas . Remaja mestilah belajar konsep “ short term pain, long term gain” atau dalam peribahasa melayunya, “bersusah2 dahulu, bersenang2 kemudian” supaya
segala pertimbangan adalah dalam ruang lingkup yang rasional dan masa hadapan lebih cerah dan bermakna. Walaupun, akhirnya agak sedih tak macam kebiasaan cerita Hindustan (hah..hah..), itulah kehidupan, tak semuanya selalu indah kan…

Itu sahaja ulasan bagi karya Fizzianny ini yang saya kira penuh dengan rona tauladan terutama bagi remaja yang mengalami fasa2 ‘pemberontakan’ jiwa..
   Emak2& bapak2 remaja rasanya, bagus juga jika cuba menghayati cerita ini di mana sedikit-sebanyak boleh belajar membaca jiwa2 remaja, kalau mereka adalah kat BOD ini..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-6-2010 03:47 PM | Show all posts
Post Last Edit by yasmin08 at 14-6-2010 14:24

Reply 26# yasmin08

   
Sambung ulasan karya di BOD ini…

(6) Tegar karya Fizziany


Kisah Alia & Karl Iskandar


Sebenarnya kisahnya bermula sekitar percubaan perniagaan keluarga Karl Iskandar untuk membeli tanah2 di kampong Alia untuk di buat pembangunan.


Alia adalah seorang gadis terpelajar/ berkelulusan tinggi
yang membuat keputusan untuk balik mengerjakan tanah2 bendang kampung halamannya& berhasrat menyambung warisan zaman- berzaman mengekalkan identiti kampung di samping meng applikasikan penemuan2 baru & moden di dalam memajukan industri dan kehidupan kampung.

Pembaca di dedahkan cara & strategi perniagaan pembinaan di dalam membangunkan sesuatu kawasan spt perkampungan Alia ini. Pembaca sama2merasakan bahawa prosesnya mestilah teliti dan bijak sebab bukan mudah sebenarnya menguruskan emosi manusia. Penulis berjaya membentuk plot2 spt Shahrul, Sarah& Mimi sebagai watak tambahan bagi menambah perencah keberkesanan cerita ini.


Kisah dua hati antara Karl & Alia di mana salah faham menyebabkan Alia bersetuju bertunang dengan Annuar tetapi walaupun akhirnya Alia mengetahui kebenaran, penulis mencorak watak Alia sebagai seorang yang tidak mementingkan diri sendiri dan amat menjaga perasaan dan maruah orang lain di dalam tindakan2& keputusan2  beliau.


Walaupun kita nampak isu yang hendak di ketengahkan tidaklah begitu berat tetapi sebenarnya adalah realiti kehidupan masyarakat kampung yang semakin lama semakin tipis identiti ke kampungan nya. Cth. Sawah
bendang yang terbentang luas semakin kurang keluasannya dimana telah di ganti dengan pembangunan rumah2 teres ataupun rumah2 kedai untuk di jadikan pusat perniagaan baru ataupun di dirikan rumah2 banglo, sawah2 bendang tidak lagi di kerjakan oleh anak2 muda di mana anak2 muda majoritinya berhijrah ke bandar bukan sahaja dengan keinginan untuk bekerja di bandar tetapi berkeinginan untuk menetap terus & bermastautin di bandar. Kampung2 semakin sunyi bilamana penduduknya semakin berkurangan, yang setia tinggal di kampung akhirnya kebanyakannya golongan2 tua.

Saya berpandangan, kekuatan karya2 Fizziany adalah di segi plotnya & jalan ceritanya yang agak lain daripada penulis2 lain di BOD dimana saya rasalah beliau melihat isu masyarakat dahulu, kemudian baru menambah kisah2 lain sekadar untuk menambah perencah kepada isu asal.


Tapi, sayangnya beliau sudah lama tidak berada di BOD ini untuk menambah bilangan karya2 yang mempunyai nilai tambah . Karya terakhir beliau di BOD ini adalah Andai Kau Tahu yang masih belum tamat. Semoga Allah swt memudahkan urusan2 beliau.


Apapun, tahniah kepada penulis Fizziany yang sudah menyumbang beberapa karya yang tidak ‘cliché’…di mana lain dari yang lain isu yang ingin di ketengahkan tetapi tetap menarik dan kreatif..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2010 05:07 PM | Show all posts
Dosa Semalam - Adilla
Kisah derita Seorang gadis bernama Hanim yg jatuh cinta dengan bos sediri, Tuan Ariff. Akibat kecewa dgn kecurangn bekas kekasihnya, Tuan Ariff telah merogol Hanim yang disangka bekas kekasihnya. Hanim ditinggalkan terkapai2 mengharungi kehidupan penuh ranjau pabila dia mengandung anak luar nikah. 6 tahun dibuang keluarga, Hanim menumpang kasih dgn keluarga Izan, dan pertemuan semula dgn Tuan Ariff sebagai bos di tempat kerja yg baru telah mengharu birukan kehidupan Hanim dan keluarga kecilnya.

Komen: Tak sangka ni tulisan kak Adilla. Best masa mula2 baca.. sedih.. ada konsep keluarga dan persepsi masyarakat.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 29-6-2010 04:02 PM | Show all posts
mek jing harap korg semua buat ulasan utk novel2 dlm bod ni ye...sbb mek takut terlepas pandang utk beri tacang yg sepatutnya kepada mereka yg buat novel yg bagus dan best ni..
kalau nk suh mek , kak anon ke kak ct baca rasa smpi koma lah kitaorg baru boleh abis


so , kepada yg dh baca tu , sila2 lah bg komen kt sini nnt boleh lah mek kasi tacang yg sepatutnya kt diorang + mek akan baca jgk la sikit2 sblm kasik tu

so , tq
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2010 04:44 PM | Show all posts
aku menulis..bukan kerna tacang...
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2010 02:51 AM | Show all posts
Reply 30# rezal_khan


    tacang tu apa sebenarnya?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-6-2010 04:50 AM | Show all posts
Reply 31# babyanah


    tacang tu = credit
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2010 06:14 PM | Show all posts
Post Last Edit by sukahatiku at 3-7-2010 18:15

Reply 32# jingga007

Ulas e-novel...


Kerana Dia oleh Adilla


Kisah Adilla & Zareq Haikal


Kisah suka -duka Adilla & Zareq Haikal dlm melayari bahtera rumahtangga. Adilla, pekerja kilang –jaga stor-kerani bawahan sambil belajar secara separuh masa dan secarakebetulan bertemu Zareq Haikal – anak hartawan. Zareq Haikal terpikat dgn gadisbiasa ini di mana sikap Adilla yg tulus- tidak ber minat terhadap kekayaan yg dimilikinya. Akhirnya mereka bernikah. Walaubagaimanapun,  salah –faham menyebabkan rumahtangga yg baru dibina berantakan. Dalam masa yg sama Zareq kemalangan, koma . Adillah denganrela hati melawat suaminya yg koma , membantu perniagaan suaminya yg hampir musnah& menerima baik mak mertuanya(meskipun dulu mak mertuanya juga menjadidalang dlm perselilihan rumahtangganya dengan Haikal). Pengakhiran ceritaadalah gembira di mana Zareq Haikal bahagia akhirnya dengan Adillah.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2010 11:01 AM | Show all posts
karya detox spt bercinta lagi, miss minnie @ DRA4 telah berjaya menarik ramai pengunjung ke WR dan ceritanya seperti berlaku didalam kehidupan kita seharian.  adakalanya membaca cerita yg ditulis detox tidak akan ada penghujungnya. tambahan pula setiap watak didalam cerita tersebut sentiasa mencuit hati dan adakalanya menyentuh perasaan.  terima kasih kepada detox krn telah berjaya menghidupkan watak2 dalam novelnya sehingga menjadi igauan setiap pembaca WR terutamanya watak nadim yg mana semua org mengharapkan pasangan masing2 spt nadim yg sentiasa romantik, caring dan bertanggungjawab kpd keluarga yg dibina. tahniah kpd detox dan harap dapat menghasilkan karya2 yg lebih hebat lagi.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2010 11:19 AM | Show all posts
penulis2 di WR spt detox, bling, sang arjuna, nazurah-aishah,adilla, bintang, bunick dan ramai lagi  memang berbakat dan harus diberi peluang untuk menterjemahkan karya mereka dalam bentuk buku. karya2 mrk tlh berjaya menarik ramai pengunjung ke WR dan sentiasa menerima komen2 yg membina drpd para pembaca.  tambahan pula hasil karya mereka sentiasa dinantikan oleh pengunjung WR even sanggup bersengkang mata ke pagi utk membaca cite2 mrk. sehingga kini hanya nazurah dan adilla shj yg dikenal pasti tlh berjaya menterjemahkan novel di sini ke buku.  karya2 mrk menjadi pilihan krn bahasa digunakan cukup santai  dan mudah untuk difahami disamping itu apa yg hendak disampaikan oleh penulis dapat diterima oleh pembaca.  tambahan pula karya2 yg dihasilkan juga mempunyai pengajaran/cerita di sebaliknya malahan cukup segala perencahnya. sbg cth karya nazurah iaitu LBN telah berjaya membuatkan ramai pembaca mengalirkan air mata setiap kali membacanya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2010 06:22 PM | Show all posts
mostly suma ai suker...especially karya bling2, detox, arjuna. terima kasih lah sbb sudi berkongsi ngan we all kat WR nih.

En King...ai really admire your Kisah Ham, totally different.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-7-2010 09:51 AM | Show all posts
semua citer kt WR ni best...penulis pun berbakat besar...watak2 semua bagaikan wujud di alam nyata nie...jalan cerita menarik dan penuh dengan suspen...memang enjoy baca semua cerita kat board WR nie...semoga blings...adilla...sang arjuna...bunick...detox dan semua penulis di WR ni teruskan menulis kerana penulisan anda semua sangat2 dinantikan...
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2010 11:58 AM | Show all posts
Kerana Dia = oleh Adilla

Kisah Adilla & Zareq Haikal

Cerita ni mengisahkan Adila & TnZareq Haikal.
Pertama kali mereka bertemu semasa Adila nak melintas jalan didepan kereta Zareq, Mereka sama-sama tidak perasan, Adila melintas tanpa toleh kiri dan kanan dan Zareq pula tanpa memandang ke depan, terus menekan minyak, tapi sempat lagi break, Adila terkejut terus jatuh didepan kereta Zareq, semua bekal yang dibawa Adila jatuh bertarabur di jalanraya. Dari pertemuan pertama hingga Zareq sudah terpikat pada Adila dan nekad untuk dijadikan pasangan hidup.
Bermula di sini kisah suka-duka Adilla & Zareq Haikal dlm kehidupan mengenali hati budi Zareq dan seterusnya melayari bahtera rumahtangga. Sebagai pekerja kilang yang biasa, kerani bawahan biasa dan sebelah malam mengambil kelas tambahan dan di masa yang sama Zare terpikat dengan budi bahasa Adilla yg tulus dan ikhlas yang tidak memandang kekayaan Zareq Hail. Selepas mereka berkahwin, timbulnya salah faham menyebabkan rumahtangga mereka dilanda ribut taufan (dengan cemburu buta Zareq). Selepas Adila di halau, Zareq tertekan ditambahkan lagi dengan hasutan ibunya yang tidak berkenan pada Adila dan sentiasa menyalahi Adila atas apa jua yang berlaku. Dalam keadaan Zareq yang tertekan, Zareq kemalangan dan koma . Akhirnya Adill habis belajar dan bekerja di tempat yang sama dengan jawatan sebagai Pegawai Atasan. Dalam kekecohan di tempat kerjanya dia ditemukan dengan mak mertuanya dan meminta bantuan agar merawat Zareq dan seterusnya membantu perniagaan suaminya yg hampir hancur. Setelah dirawat, akhirnya  Zareq telah sembuh semula dan ingin menermui Adila dan meminta maaf dari Adila dengan cara membawa Adila ke sebuah tempat peranginan seperti berbulan madu leeerr gitu....
Akhirnya mereka berbaik semula....

Itulah saja ulasan wwanurr.
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2010 12:06 PM | Show all posts
pls letakkan link juga, supaya senang nak refer
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2010 03:56 PM | Show all posts
Post Last Edit by jingga007 at 15-7-2010 20:37

bagi book khaki, paling best so far tak lain tak bukan tapi buku ini.. saya pun melayu.






amaran 1 : tak payah nak letak link2 semua tu kt sini...- jingga007
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 06:27 PM GMT+8 , Processed in 0.125651 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list