CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Fieza-mira

Ilmu Malaikat 44

  [Copy link]
 Author| Post time 8-6-2010 04:52 PM | Show all posts
Nak berdamping dengan mana mana entiti, bukan process mudah, tak kisah lah sama ada nak berdamping d ...
St.Yeepi Post at 8-6-2010 16:43


Itulah gunanya ilmu supaya kita tak boleh ditipu...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-6-2010 04:53 PM | Show all posts
Allah memberikan kelebihan kepada malaikat antaranya mereka boleh berupa dalam pelbagai rupa....tp kita x pernah tau bila malaikat itu berupa. mungkin menjadi kawan kita atau sesiapa sahaja..........betulkan kalau salah ye.......
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2010 04:54 PM | Show all posts
Elop TT dan geng MPS...

aku x pernah dengar ilmu Malaikat 44 ni.. tapi seorg hamba Allah pernah memberikan aku ilmu yg mudah untuk di amalkan.. tapi setakat ni aku x berjaya jadikan ia amalan..

Hamba Allah ni aku kenal org nya.. dah kembali kerahmatullah.. umur die 80+.. bile jumpe die.. sentiase tasbih tuh di tangan die duduk beramal.. Alhamdullillah aku dapat jumpe dengan seorg hamba Allah.. aku ni pulak mmg bertentangan ngn Hamba Allah.. Al-Fatihah untuk hamba Allah ni..

Jadi aku nak share ngn korang.. ape yang Hamba Allah ni ajar kat aku.. Amalkan bace surah Al-Fatihah 11 kali setiap kali bangun tidur dan sebelum tidur.. senangkan.. tapi nak amalkan setiap hari bukan nye mudah...

Insya Allah.. Kite sentiasa dalam perlindungan Allah SWT dan Mailaikat Allah akan sentiasa menjaga dan mendoakan kita..

Hamba Allah yg ajar aku ni.. die amalkan 1000 kali setiap hari.. kalo korang bole mengamalkan sebagaimana Hamba Allah yang aku kenal amalkan.. Alhamdullillah..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-6-2010 04:56 PM | Show all posts
agaknya berkaitan ke dgn isu  bagaimana timbul  panggilan malaikat 44...?

* tapi ni sumbe ...
ea208964 Post at 8-6-2010 16:50


Sangat2 terima kasih....ea208964. Info yang sangat menarik!

Macamana nak bagi kredit ye?? Saya tak retilah ataupun moderator jer ke yang boleh bagi??
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2010 05:08 PM | Show all posts
Sangat2 terima kasih....ea208964. Info yang sangat menarik!

Macamana nak bagi kredit ye?? Say ...
Fieza-mira Post at 8-6-2010 16:56



mod aje yang boleh bagi kredit..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-6-2010 05:26 PM | Show all posts
mod aje yang boleh bagi kredit..
ninja9 Post at 8-6-2010 17:08



oooh....ok. tq
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 8-6-2010 05:40 PM | Show all posts
Elop TT dan geng MPS...

aku x pernah dengar ilmu Malaikat 44 ni.. tapi seorg hamba Allah pernah m ...
Nocturna Post at 8-6-2010 16:54


Memang banyak ilmu pendinding nih.....ilmu malaikat 44 ni hanyalah salah satu cabang je.
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2010 06:47 PM | Show all posts
Sayang Rasulullah tak sempat nak terangkan ilmu malaikat 44 ni dalam khutbah2 dia dan hadith2 dia, Rasulullah pun tak dapat kot ilmu malaikat 44 ni huhuhuhu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-6-2010 06:56 PM | Show all posts
kata2 saudara shiri dan saudara st. yeepi sangatlah hamba setuju benar pada page 2.... heheh....  

hamba nihh nak kata berilmu tu tak lahh.... tapi kalau tak keberatan... boleh saudara berikan nama penuh atuk saudara itu berbintikan ibunya..... jeng...jeng...jeng.... just nak tgk2 btol ke malaikat tuhh..... walaupun jawapan yang jelas mmg dah diketahui pon....

selama hamba berkecimpung dalam bidang perawatan... dan selama berbelas tahun berGURU dari perihal HAKIKAT dan MAKRIFAT serta asal kejadian manusia......

first time ada orang yang TERLALU YAKIN didampingi oleh MALAIKAT walaupun dah diberitahu kebenarannya.....

ok... no problem..... kasi itu nama dulu laa.... saje nak 'tgk2' jerr......

kalau saudari rasa tak keberatan, jom kita pergi rujuk dengan mana2 orang GURU dalam bidang HAKIKAT.... hamba nihh percakapan tak boleh dijadikan sandaran.... bukan ustaz laa katakan, apatah lagi nak jadi GURU.....

bila free bitau ehh..... tak pon saudari tinggal di mana??? boleh kita bersua muka....saje nak berkenalan lebih lanjut...... nak tau kebenaran kena investigate laa ekk.... so, kalau jumpa tuhh lagi elok... sebab hasil keturunan..... takpe laa... maybe kamu kurang faham....

kalau segan P.M. hamba.... insyaallah, hamba berminat nak jumpa atau nak tahu sangat pasal Malaikat yang dikatakan sebagai PENDAMPING MANUSIA..... oopps.... bukan, PENDAMPING ATUK KAMU.....

Assalamualaikum~
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-6-2010 07:03 PM | Show all posts
Dalam ilmu sufi,sifat kejadian manusia dilambangkan secara makrifat melalui keempat-empat unsur. Di setiap penjuru pula dibahagikan lagi kepada 44 dimensi dan di setiap dimensi dijaga pula oleh 44 malaikat dan mungkin inilah juga sebabnya kita sering mendengar lumrah masyarakat Melayu dahulu menyebut ‘selisih malaikat 44’ atau ‘simpang malaikat 44’.

Ilmu makrifat turut menyatakan perkaitan kejadian alam dan pergerakan cakerawala di mana 4 penjuru alam yang mengandungi 44 dimensi itu berhubung langsung dengan alam nyata. Kejadian manusia,berasal daripada tanah, bermula daripada perjalanan roh melalui 44 dimensi. Tanah ialah makam ketujuh daripada peringkat petala bumi. Justeru,deria rangsang manusia berkait rapat dengan pergolakan kejadian alam.

Kalau ikutkan kenyataan diatas ni, ilmu ni berkait rapat dengan ilmu makrifat (ilmu ketuhanan). Maka betullah telahan saya pasal ilmu malaikat 44 ialah cabang dari ilmu ketuhanan....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-6-2010 08:09 PM | Show all posts
Setiap kali kita mendengar berita tentang musibah yang dashyat berlaku sebagai orang melayu mulut spontan akan cakap mintak "diselisihkan @ disimpangkan  malaikat 44" sebagai menunjukkan betapa takutnya kita dan mintak dijauhkan dari musibah tu.

Tapi tahu ke kita akan makna sebenar ucapan kita tu??

Tak sangka bila saya bukak cerita ni, rupa2 yang ramai yang tak tahu asal usul ucapan/doa itu. Ada pulak yang tersalah tafsir mintak malaikat 44 nih dijauhkan dari kita.

Lebih sedih lagi ada yang mengejek2 & menyindir2 sebab tak tertulis dalam AlQuran dan kononnya tak pernah diajar oleh Nabi.

Kalau nak tahu tak semua ilmu Allah Nabi ajarkan kepada umatnya banyak lagi rahsia yang Nabi simpan & bawa balik. Ilmu2 rahsia ni hanya diajar kepada kerabat & sahabat yang terdekat dan disampaikan secara berbisik2.

Kan saya dah bagi hints tadi, macamana pandai pun kita mengaji & mengkaji Al-Quran ilmu kita takkan boleh sama tinggi dengan ilmu Nabi!

Jadi ungkapan 'selisih @ simpang malaikat 44' yang diwariskan dari datuk nenek kita sebenarnya ialah ilmu Allah yang sangat berguna dan bukannya ungkapan kosong.

Tapi kepada orang yang jahil, dia  hanya ucapan takde makna sekadar penyedap mulut.....
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2010 08:21 PM | Show all posts
Setiap kali kita mendengar berita tentang musibah yang dashyat berlaku sebagai orang melayu mulut sp ...
Fieza-mira Post at 8-6-2010 20:09

Bukan ilmu itu yang dipertikaikan, tetapi konsep ilmu itulah yang dipertikaikan. Saya dah beri sebab musabab kenapa Manusia tidak dapat atau tidak boleh berdamping dengan Malaikat:

1. Perbezaan alam.
2. Cara penciptaan.
3. Unsur penciptaan.

Mungkin saya tersilap dalam penghuraian saya, tapi dimanakah penghuraian anda untuk mengjustifikasikan pendapat anda?
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2010 08:24 PM | Show all posts
Ooooo utk sahabat dan kerabat terdekat, bukan utk umat la ye

Rasulallah (s.a.w) memberitahu dalam as-Sunnah: 'Taraktu fikum 'amraini lan tadillu ma tamasaktum bihima, wahua kitabullahi wa-sunnati nabiyi' [Maksud: Aku tinggalkan kepada kamu sekelian (umat Islam) dua hazanah yang sekiranya kamu sekelian berpegang dengannya, tidak akan sesat kamu selama-lamanya, iaiatu Kitab Allah (a.w) (i.e. al-Quran) dan Sunnah NabiNya (i.e. as-Sunnah)

Nak jugak belajar sebab Rasulullah cakap suruh ikut Quran dan Sunnah dia, sahabat Rasulullah rajin dokumenkan apa yang Rasulullah bagi kat depa, tapi sebab tak jumpa lagi dalam sunnah baginda, tak dapek nolong, mana tahu ada kawan2 leh bagi kat kitab mana nak carik, nak belajar sesangat ni
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-6-2010 08:41 PM | Show all posts
Bukan ilmu itu yang dipertikaikan, tetapi konsep ilmu itulah yang dipertikaikan. Saya dah beri sebab musabab kenapa Manusia tidak dapat atau tidak boleh berdamping dengan Malaikat:

1. Perbezaan alam.
2. Cara penciptaan.
3. Unsur penciptaan.

Mungkin saya tersilap dalam penghuraian saya, tapi dimanakah penghuraian anda untuk mengjustifikasikan pendapat anda?
St.Yeepi Post at 8-6-2010 20:21


Kalau kamu jadikan 3 alasan ini untuk menafikan hujah saya maknanya kamu tak kenal MANUSIA. Bukan setakat malaikat, manusia dengan ALLAH sentiasa beserta!

Kamu pertikaikan manusia boleh berdamping dengan malaikat tapi kenapa tak pertikaikan manusia boleh berdamping dengan jin/setan puaka, jembalang?? Siap boleh tolong menolong lagi sesama diorang! Padahal manusia dengan makhluk2 ni pun berbeza 3 perkara tu jugak.

Kerana terlalu mustahil untuk berdamping dengan malaikat agaknya orang melayu kita nih lebih memilih berdamping dengan kaum yang satu lagi tu....agaknyalah!!
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2010 08:59 PM | Show all posts
deyy... heheh... sorii.... saudarii.... malaikat tidak akan menakutkan haiwan dalam hutan. jgn nak putar belitkan cerita.....

kalau kamu benar dah mendalami HAKIKAT atau MAKRIFAT tak mungkin kamu masih lagi yakin akan ilmu dampingan MALAIKAT tersebut...... jeng...jeng...jeng....

minta nama atuk kamu tapi kamu cuba abaikan posting hamba tersebut.... mcmane tuhh.... ajak bersua muka pon taknak... mcmane kite nak buat investigation nihh  

macamane.... ada berani???? atuk saudari masih hidup kaa... kalau masih hidup lagi senang nak tau..... hamba nak jumpa dengannya..... atau ada ahli keluarga yang dah lebih 10 tahun tak yang amalkan..... kalau ada senang nak kantoikan kat situ.....

hamba akan buktikan mengikut amalan yang hamba pelajari... insyaallah kita cuba buktikan ianya bersama..... itupon kalau berani laa!!!!
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2010 09:03 PM | Show all posts
Kalau kamu jadikan 3 alasan ini untuk menafikan hujah saya maknanya kamu tak kenal MANUSIA. Buka ...
Fieza-mira Post at 8-6-2010 20:41
Saya pertikaikan sebab faktor di atas tu, manusia boleh berdamping dengan jin/syaitan/puaka/jembalang, kerana mereka berada di alam yang boleh di access oleh segelintir manusia.


Yerp, saya mungkin tak kenal Manusia, tapi adakah anda disini ada cuba memperkenalkan manusia kepada saya?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-6-2010 09:05 PM | Show all posts
deyy... heheh... sorii.... saudarii.... malaikat tidak akan menakutkan haiwan dalam hutan. jgn nak p ...
edy137 Post at 8-6-2010 20:59

Itulah yang memusykilkan saya. Sedangkan orang yang mengamalkan ilmu hitam pun sesenang nak berburu, tak kan bila berdamping dengan malaikat, tetiba haiwan jadi takut plak. Tak kan malaikat tu tak boleh membantu orang nak mencari rezeki halal??
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2010 09:17 PM | Show all posts
Kalau kamu jadikan 3 alasan ini untuk menafikan hujah saya maknanya kamu tak kenal MANUSIA. Bukan setakat malaikat, manusia dengan ALLAH sentiasa beserta!

Kamu pertikaikan manusia boleh berdamping dengan malaikat tapi kenapa tak pertikaikan manusia boleh berdamping dengan jin/setan puaka, jembalang?? Siap boleh tolong menolong lagi sesama diorang! Padahal manusia dengan makhluk2 ni pun berbeza 3 perkara tu jugak.

Kerana terlalu mustahil untuk berdamping dengan malaikat agaknya orang melayu kita nih lebih memilih berdamping dengan kaum yang satu lagi tu....agaknyalah!!
Fieza-mira Post at 8-6-2010 20:41


uiks.... jgn marah cik akak... awal lagii nak marah2..... banyak lagi kita boleh bincangkan dan hujahkan...... kan tgh nak investigate nihh...    relax arr.... pasukan CSI yang lain blom sampai nihh... diorang sampai time siang2 ajerr....  

ok,

BEZA JIN dan malaikat....... maleh laa eden nak nulis panjang2.... btoi kaa dah kaji habis nihh bab JIN ngn Malaikat nihh.... tapi takpe.... bagus juga ada ruang perdebatan mcm nihh.... heheh....

berdamping dgn JIN lain beb dengan berdamping dengan malaikat.... mmg laa JIN boleh didampingi tapi walau ianya boleh tetap SALAH dari hukum SYARIAT..... berdamping dgn Malaikat pulak lain ceritanya cik akak......

macamana dan bagaimana yang kamu YAKIN sangat ianya adalah MALAIKAT yang berjumlah 44.... kamu adalah atuk kamu kerr???? tak mungkin rasenye..... jawab dulu dan hamba akan huraikan nanti dengan panjang lebarnye.... ecehhh.... mcm yerr2 jekkk ekk..... heheh....
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2010 09:19 PM | Show all posts
ada team CSI laa mlm nihh.... ingatkan semua team CSI online siang ajerr.....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-6-2010 09:19 PM | Show all posts
deyy... heheh... sorii.... saudarii.... malaikat tidak akan menakutkan haiwan dalam hutan. jgn nak putar belitkan cerita.....

kalau kamu benar dah mendalami HAKIKAT atau MAKRIFAT tak mungkin kamu masih lagi yakin akan ilmu dampingan MALAIKAT tersebut...... jeng...jeng...jeng....

minta nama atuk kamu tapi kamu cuba abaikan posting hamba tersebut.... mcmane tuhh.... ajak bersua muka pon taknak... mcmane kite nak buat investigation nihh  

macamane.... ada berani???? atuk saudari masih hidup kaa... kalau masih hidup lagi senang nak tau..... hamba nak jumpa dengannya..... atau ada ahli keluarga yang dah lebih 10 tahun tak yang amalkan..... kalau ada senang nak kantoikan kat situ.....

hamba akan buktikan mengikut amalan yang hamba pelajari... insyaallah kita cuba buktikan ianya bersama..... itupon kalau berani laa!!!!
edy137 Post at 8-6-2010 20:59


Awak ada baca ke tidak posting saya yang awal tu?? Atau awak terlepas pandang??

Saya ada sebut arwah atuk & arwah emak. Maknanya 2 2 dah takde dan saya ada cakap ilmu dia tak pernah diturunkan kepada saya & saya tak tahu siapa2 dalam keluarga saya yang amalkan ilmu dia ni. Cerita berburu tu adalah dari secebis cerita yang disampaikan oleh mak saya bukan dari mulut atuk saya. So, tak dapatlah saya nak sahkan sebab 2  2 dah takde. Saya dengar masa saya kecik lagi jadi ingatan pun tak berapa clear.

Saya malas nak sahut cabaran awak sebab saya kat sini nak bertukar2 info bukan nak dedahkan ID. Saya rasa mana2 forumer kat sini pun serupa.

Kenapa awak begitu berminat nak buktikan 'penipuan' saya???

Beginilah saya bagi cadangan. Kalau awak nak tahu sangat kebenarannya awak buatlah sembahyang hajat mintaklah dengan ALLAH S.W.T akan kebenaran sebab itu lebih afdal daripada cabar mencabar.

Awak nak tahu kebenaran bukan?? Maka mintaklah kepada yang HAK.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 08:35 AM GMT+8 , Processed in 0.082348 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list