CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 18672|Reply: 86

MIsteri Mayat bogel di ULU YAM

[Copy link]
Post time 8-6-2010 02:04 PM | Show all posts |Read mode

KUALA KUBU 7 Jun - Penemuan mayat seorang wanita dipercayai keturunan Melayu di Sungai Tembalik dalam keadaan bogel petang semalam menimbulkan persoalan kerana kejadian yang sama juga pernah berlaku sebelum ini.
Wanita yang belum dikenal pasti identitinya itu ditemui terapung di sungai yang terletak berhampiran kawasan tangki air di Jalan Sungai Tua, Ulu Yam Baru dekat sini, dengan keadaan darah mengalir dari hidung.
Bedah siasat yang dilakukan di Hospital Kuala Kubu Bharu hari ini mendapati, kematian wanita itu diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan tiada sebarang unsur jenayah.
Punca kematian pula dikatakan akibat sesak nafas ketika lemas.
Anehnya, sebelum ini dua kejadian yang hampir sama pernah berlaku di lokasi tersebut dan mayat mangsa lemas yang ditemui juga dalam keadaan tanpa berpakaian.
Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Supritendan Norel Azmi Yahya Affendi berkata, mayat yang ditemui kira-kira pukul 4 petang semalam masih belum dituntut sehingga kini.
"Laporan bedah siasat mendapati mangsa mati akibat lemas dan tiada sebarang unsur kejadian jenayah dikesan," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Katanya, mangsa yang mempunyai ketinggian kira-kira 152 sentimeter itu dipercayai lemas dalam tempoh kurang daripada 20 jam.
Sehubungan itu, beliau meminta orang ramai yang kehilangan waris atau mempunyai sebarang maklumat supaya menghubungi mana-mana balai polis terdekat bagi membantu siasatan.

misteri misteri....ade maklok dalam air suke curik baju orang
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-6-2010 02:27 PM | Show all posts
aku suspek die nak bunuh diri... kasi bogel tak nak org tau identiti...

tak pon mangsa mmg dah mati.. org campak kat situ... kasi bogel bg susah org nak cam sape
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2010 02:42 PM | Show all posts
bkn dlm paper ckp die ni mmg mandi bogel ke??
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2010 03:16 PM | Show all posts


dorang mandi bogel kat sungai ke?..
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2010 03:20 PM | Show all posts
gilerr.... scary... hantu pervert..   target pempuan bogel je ni
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2010 03:21 PM | Show all posts
mndi bogel ktsungaiiiiiiiiiiiiiiiiii/??


wowwwwwwwwwwwww
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-6-2010 03:24 PM | Show all posts
hantu tu marah kot..mandi bugel kat tpt die..
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2010 03:39 PM | Show all posts
Reply 2# MengkuduMasam

Kalau bogel kira susah nak cam ke?Wahh..bagus ni..Nanti kalau nak merompak, boleh la bogel supaya org tak buleh cam
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-6-2010 03:41 PM | Show all posts
jarang org suicide nak bogel kat public area.
sbb selalu nya org suicidal ni bersifat penyendiri, closed dan depressed. while nudity related to free, happy dan naturalist.

jarang juga kes suicide di buat dengan lemas dalam air, specially kat kawasan sungai/tempat peranginan. sbb by nature sungai tu tak dlm sngt , and ramai org akan "fail kan cubaan bunuh diri".

kalau diorg klasifiedkan as mati lemas, dgn anggapan autopsi dah di buat. so leh tolak kemungkinan yg dia di bunuh di tempat lain. sbb ada air dalam peparu.

the nearest logical explanation pun will be:
- ada org g rejam the mangsa, dalam keadaan sedated (tp takde trace of harmful chemist pun/untraceable chemist pun mahal)
- sepatutnya ada defensive wound.

from mistik pov.
- hantu air ( but hantu air is famine)
- jin air (logik, tp jin request mangsa annually)

aku rasa.....
ada benda yg tak diceritakan paper.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2010 03:43 PM | Show all posts
Misteriiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2010 03:45 PM | Show all posts
jarang org suicide nak bogel kat public area.
sbb selalu nya org suicidal ni bersifat penyendiri, c ...
kawanlama Post at 8-6-2010 03:41 PM


info yg bagus...aku suker dgn penjelasan yang ni....ada fact....

berkemungkinan Ya ........ada yg tak disebutkan dlm paper tu...
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2010 03:55 PM | Show all posts
kira cam x file la
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2010 03:55 PM | Show all posts
Ok.. jom.. 'pegi' ke tempat tu mase kejadian

- Malam
- Bogel
- Lemas

= Dia pegi, jalan kaki.. or naik kete...
- kalau Jalan kaki.. means, ade 'orang' bawak dia pegi sana...
- kalau naik kete.. means, ade 'orang' tahan dia kat tepi jalan.. lepas tu bawak dia pegi sane

= Bogel
- pakaian dia ade ke tak.... kalau takde, means.. dia jalan bogel dari tempat yang lain, jauh dari situ ATAU PUN... dia hendak di rogol.. lari dari tempat yg jauh.. lalu, jatuh sungai..
- kalau ade.. terlonggok kat situ.. means, dia memang rancang untuk bunuh diri sambil berbogel
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2010 04:04 PM | Show all posts
Reply 8# tungkai


    haha...kalau merompak bogel..
bukan org tak leh cam..org tak nak cam pun..
hahaha
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2010 04:34 PM | Show all posts
Ok.. jom.. 'pegi' ke tempat tu mase kejadian

- Malam
- Bogel
- Lemas
unekspekted Post at 8-6-2010 15:55


Jom!
= Dia pegi, jalan kaki.. or naik kete...
a- kalau Jalan kaki.. means, ade 'orang' bawak dia pegi sana... 
b- kalau naik kete.. means, ade 'orang' tahan dia kat tepi jalan.. lepas tu bawak dia pegi sane

stkt dari paper, takde kenderaan di temui. jadi either a or b lah. or 
c. dia pegi bersama rakan or strangers

= Bogel
- pakaian dia ade ke tak.... kalau takde, means.. dia jalan bogel dari tempat yang lain, jauh dari situ ATAU PUN... dia hendak di rogol.. lari dari tempat yg jauh.. lalu, jatuh sungai.. 
- kalau ade.. terlonggok kat situ.. means, dia memang rancang untuk bunuh diri sambil berbogel




- if jatuh sungai, pengsan lalu lemas, seingat aku mesti ada kesan lebam..
- sungai tu dalam ke? siyes susah woo nak bunuh diri lemas nih. kes jambatan pulau pinang, majoriti mati kepala kena batu tiang tu.


paper tak cukup maklumat. so takleh deduct apa apa........

cuma yg menarik!
- Penemuan mayat seorang wanita dipercayai keturunan Melayu di Sungai Tembalik dalam keadaan bogel petang semalam menimbulkan persoalan kerana kejadian yang sama juga pernah berlaku sebelum ini
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2010 04:36 PM | Show all posts
ni sungai Tua tu ker..
kalau kat situ mmg laa tempat tu keras sket..
kan dah mcm2 bende menganggu kat area nih..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-6-2010 04:39 PM | Show all posts
amacam??? buat lawatan sambil belajar malam jumaat ni??  ade bran??
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2010 04:43 PM | Show all posts
Reply 17# unekspekted



   muahaha, aku di kedah, jauh bro. kalau dkt mmg menarik nak di usya kan.


tp melawat je la, takmo melawat smbil bogel hahahah.....lari tak cukup tanah kang
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2010 04:55 PM | Show all posts
ada pervert serial killer ke kat area tu ...?

setakat  pengsankn  mangsa dan rendamkan dlm air  ...pon kira mati lemas tanpa paksaan gak kan ....

dah pengsan nak struggle mcmana....
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2010 04:57 PM | Show all posts
peh antu suka pompuan bogel ka??
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-1-2025 09:19 AM GMT+8 , Processed in 0.081458 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list