CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: cmf_azure

HINGGA SAAT INI...[U]

   Close [Copy link]
 Author| Post time 17-7-2010 07:02 PM | Show all posts
salam...& morning
amandaatika Post at 17-7-2010 09:18



    salam & good evening...
    {:1_144:}
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 17-7-2010 07:04 PM | Show all posts
cerita yang best dan menarik.......
teruskan...
cme kekurangan en3.......letak la n3nyk2 sket..... ...
sheely Post at 17-7-2010 18:05



    terima kasih sheely;
    n3 dah ada...
    pasal bf tu; jom kita tanya Nazrin..
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2010 07:17 PM | Show all posts
sambung lg arrr....
xpuas ni....
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2010 09:19 PM | Show all posts
nak lagi!!!!!bila agaknya??
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2010 10:43 PM | Show all posts
nape firasatku mengatakan nazrin suka pd nini lebey dr seorg abg..
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2010 10:56 PM | Show all posts
nape firasatku mengatakan nazrin suka pd nini lebey dr seorg abg..
mijot Post at 17-7-2010 22:43


  Nini hendak kenalkan Nazrin kepada siapa ye
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-7-2010 10:57 PM | Show all posts
Azure, kalau free letak entry lagi ... ok
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2010 11:19 PM | Show all posts
ada n3...
thanks azure
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-7-2010 11:20 PM | Show all posts
tapi cam x puas
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2010 03:27 PM | Show all posts
Reply 239# cmf_azure
TK... N3 baru...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-7-2010 05:35 PM | Show all posts
Post Last Edit by cmf_azure at 18-7-2010 19:25

10.

Wajah Nazrin di tempat pemandu dipandang.  Sejak keluar dari Restoran KFC, Nazrin tidak bersuara.  Senyap saja. Sepatah ditanya, sepatah dijawabnya. Jika tidak hanya emm... yang keluar.  Mata hanya memandang ke depan dengan penuh asyik. Berhenti di lampu merah pun dia masih senyap.  Macamlah dia seorang saja dalam kereta tersebut.  Nini di sebelah tidak dihiraukan. Entah apa yang merasuk Nazrin, Nini pun kurang mengerti.  Akhirnya Nini pun mengambil sikap berdiam diri.  Malas nak melayan karenah Nazrin yang macam menahan sakit perut tu. Monyok saja.  Hanya lagu menemani Nini sepanjang perjalanan itu.  Mujurlah DJ radio pandai memilih lagu di petang tersebut, semuanya kena dengan jiwa Nini.

Sampai di porch, menonong saja Nazrin keluar, tidak menoleh sedikit pun ke arah Nini. Pagi tadi pandai pula bukakan pintu kereta. Petang ini tak ada pula sifat 'gentleman' dia. Memang benarlah Nazrin sedang marah!

"Kenapa pula tu..." Puan Suraya menegur setelah mereka berada di dalam rumah.  Nazrin terus saja naik ke tingkat atas setelah bersalam dengan ibunya.

"Angin puting beliung dari mana tah; masa beli baju ok saja..."

"Nini ada buat perkara yang menyinggung perasaan abang ke?"

"Rasa tak, tapi lepas jumpa dengan kawan Nini tadi..  dia berubah pula.  Tak kan itu pun dia nak marah."

"Nini ada beritahu tak yang Nini nak kenalkan dia dengan seseorang?"

"Tak..  Nini nak buat kejutan.  Kebetulan hari ni abang jadi driver Nini. Nini cuma ambil kesempatan yang ada."

"Biarlah.. nanti-nanti sejuklah hati abang Nini tu.  Tak perlu difikirkan sangat.." Puan Suraya mententeramkan Nini.

"Abangkan ada beritahu yang dia tak ada girlfriend, Nini cuma nak tolong saja.. "

"Dia tak sukalah tu.."



Nini mengimbas kembali kejadian di Restoran KFC..  Setelah melihat seorang perempuan melambainya, Nini terus mengajak Nazrin ke meja tersebut.  Nazrin yang mencari-cari meja kosong hanya menurut saja.

"Abang, kenalkan kawan Nini, Aida.. "

"Hai.." Aida menegur sambil tersenyum. Nazrin menganggukkan kepala.  Wajahnya serius.  

"Nini... Abang pergi kaunter dululah nak buat pesanan..."

"Eh.. tak payahlah, Nini saja pergi.  Abang duduklah, berbual dengan kawan Nini.." Nini ingin memberi peluang kepada Nazrin dan Aida untuk berkenalan. Nazrin hanya memandang Nini tanpa suara. Dengan rasa berat hati, dia duduk berhadapan dengan Aida. (Bukan berhadapan sebenarnya, di sebelah kerusi yang berhadapan dengan Aida. Kerusi sebelah dikhaskan untuk Nini.

"Nak makan apa?"

"Snack plate & juice orange.." Aida memberikan pesanan.

"Nini belikan abang coffee.."

"Makan.."

"Abang kongsi dengan Nini saja.."

"Boleh pula macam tu..  Nini makan banyak!"

"Order lebihlah.." Aida hanya memerhati perbualan antara Nazrin dan Nini.  Mesra sekali...  Nazrin pula macam endah tak endah dia yang berada di depan mata. Nak menegur terasa malulah pula, nanti dikatakan yang dia desperate sangat nak cari teman lelaki.  Dia datang pun atas permintaan Nini yang ingin memperkenalkan dengan abangnya.

Aida mati kutu bila ditinggalkan berduaan dengan Nazrin.  Macam tidak berminat saja Nazrin untuk memulakan perbualan.  Nini pernah menceritakan bahawa abangnya itu seorang yang peramah dan kelakar. Tapi mengapa berlainan pula sikapnya bila berhadapan dengannya.  Pemalu?  Aida berfikir sendiri.

Nini datang membawakan hidangan yang dipilih. Dia melihat ke arah Aida sambil menggerakkan keningnya. Aida cuma tersenyum.

Mereka makan dalam keadaan senyap.  Nazrin pula terus menjadi pendiam.  Yang kedengaran hanya suara Nini dan Aida. Sesekali baru Nazrin menyampuk bila Nini mengajukan pertanyaan kepadanya.  Kemudian dia menyambung makan.  Makanan yang Nini pesan habis dimakannya.

"Nini jom balik...  dah lama kita kat sini." Nazrin berbisik di telinga Nini. Risau jika Aida mendengar.  Itu alasan terbaik untuk dia cepat beredar dari situasi yang tidak digemarinya.

"Sekejap lagilah bang... "

"Nanti ibu risau, dia pesan suruh balik awal tadi, ada orang nak datang..." Masih lagi berbisik. Nini terpinga-pinga, siapa pula nak datang.  Tak ada pun Puan Suraya berpesan apa-apa.  

"Aida, Nini minta diri dululah..  Ada orang nak datang rumah."  Dalam serba salah Nini meminta diri.  Mujur mereka sudah habis menikmati makanan.

Setelah bersalaman mereka pun keluar dari restoran.

***

Di luar restoran dalam perjalanan menuju ke parkir.

"Siapa nak datang rumah bang..."

"Tak ada sesiapa.."

"Tadi abang cakap ada orang nak datang?" Nini inginkan penjelasan.

"Saja.."

"Tak baik tau, tipu-tipu orang.."

"Lain kali kalau Nini nak kenalkan abang dengan sesiapa, beritahu dahulu.  Jangan nak memandai-mandai!" Nazrin terus memuntahkan peluru kemarahan setelah mereka hampir ke kereta.

"Abang ingatkan memang betullah Nini teringin sangat nak makan di KFC rupanyaada agenda lain.  Kalau abang tahu tadi, baik tak payah masuk kat situ, lepas beli baju terus saja balik!"  

"Abang yang cakap, tak ada girlfriend tapi bila orang kenalkan... marah pula! Entah apa-apalah abang ni.  Nini nak tolong saja..."

"Abang boleh cari sendiri, tak perlu Nini susahkan diri!" Nini mendiamkan diri.  Tak mahu dia bertekak di khalayak  ramai.

Lepas itulah Nazrin mendiamkan diri sehinggalah mereka sampai ke rumah.  Marah sungguh dia.  Silap Ninikah abang?
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2010 06:07 PM | Show all posts
Kesian Nini ............. kan dah kena marah
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2010 09:10 PM | Show all posts
amboi nini. pandai-pandai je nak jadi telangkai
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2010 09:11 PM | Show all posts
thanks azure 4 d n3...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-7-2010 12:34 AM | Show all posts
Kesian Nini ............. kan dah kena marah
mertua Post at 18-7-2010 18:07



    Nini tengah sedih,
    niat suci tidak diterima
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-7-2010 12:36 AM | Show all posts
amboi nini. pandai-pandai je nak jadi telangkai
amandaatika Post at 18-7-2010 21:10



    percubaan pertama
    dah kecundang
    Nazrin :@
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-7-2010 08:34 AM | Show all posts
tak pe nini
wat je...lagi...
biarlah nazrin tu..:@
mesti tak lamanyr dia nak marah..
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2010 09:01 AM | Show all posts
x elok marah2 nanti lekas tua...
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2010 09:08 AM | Show all posts
mekasih azure bb letak n3...klu blh nak lagi
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2010 10:02 AM | Show all posts
usaha nini x berbaloi...
yg mcm mana la yg si nazrin tu nak agaknya
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-5-2024 06:41 AM GMT+8 , Processed in 0.063663 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list