|
5.
Semua staff tekun membuat kerja. Boss yang ada di dalam bilik pun tidak keluar-keluar. Jika tidak sekejap-sekejap dia menjenguk ke luar pejabatnya. Ada masanya dia memanggil sendiri staff yang hendak ditemuinya, tidak menggunakan khidmat pembantu peribadi yang bekerja untuknya.
"Eh... belum pergi lagi ke bilik mesyuarat? Tak takut ke terlewat?" Teguran Wati membuatkan Nini berpaling tanpa sedar dia menutup laci meja.
"Aduh..." Laci meja ditarik kembali. Jari yang tersepit ditiup dan diusap lembut.
"Lain kali, cakaplah perlahan.. Terkejut aku tadi! Nampak tak jari aku ini yang dah merah. Susut nilai tau! Siapa nak jawab?" Jari yang merah sedikit ditunjukkan kepada Wati.
"Apalah Nini ni, sikit-sikit nak terkejut!. Tak susutnya...."
"Aku dah lambat!" Nini mencapai fail di atas meja. Masih ada beberapa minit lagi sebelum mesyuarat bermula. Namun Nini tak mahu terlambat. Tambahan pula yang jadi tuan pengerusi hari ini memang agak begitu teliti tentang masa. Pernah dulu Nini diperli bila masuk ke bilik mesyuarat lewat lima minit. Bukan dia sengaja lewat tapi perutnya buat hal. Beberapa kali dia berulang ke tandas.
Tebal juga mukanya waktu itu. Mujurlah mesyuarat dalaman saja. Jika tidak tak tahu di mana nak disorokkan mukanya. Pengerusi merangkap BT (Bujang Terlajak) itu memang agak laser mulutnya. Bukan pernah diperdulikan tentang perasaan orang lain.
"Janganlah jalan laju-laju..." Wati menarik tangan Nini.
"Kau bukan tak tahu penangan BT itu nanti.."
"Relaxlah... Kang jatuh tersembam dengan high heel 4" itu, siapa nak tolong?"
"Cik Watilah.... tak kan aku nak jerit nama BT itu..."
"Apa salahnya, aku rasakan dengan rela hati dia mengangkat kau..." Nini menjegilkan mata ke arah Wati yang tak habis ketawanya. Bukannya kelakar sangat pun! |
|
|
|
|
|
|
|
Perkara yang dibincangkan tidak sebanyak mana, namun mesyuarat memakan masa beberapa jam. Selebihnya ahli mesyuarat kena mendengar bebelan tuan pengerusi. Agenda yang didepan mata pun dilangkah. Cik Setiausaha nak mengganggu sekejap pun takut-takut. Diberi peringatan pun masih nak bercakap tentang hal lain.
Nini yang semakin bosan, menconteng-conteng di buku catatan yang dibawanya. Malas dia nak mendengar suara En. BT itu. Dahlah buat mesyuarat pada hari Isnin.. macam tiada hari lain. Nini mengomel di dalam hati. Ha... kalau aku pandai melukis, dah dilukis muka En. BT itu., tapi apakan daya melukis orang lidi saja yang dia tahu.
"Cik Nini, awak dah buat survey tentang penggunaan accessori komputer tu?" Nini terkejut. Mujur dia tidak melatah. La... dia nampak ke aku tengah menconteng-conteng ni. Duduk pun jauh-jauh. Tak kan dia guna teropong? Semua orang yang ada di dalam bilik mesyuarat memandangnya.
"Sudah En. Badrul, lapuran saya dah serahkan kepada Cik Setiausaha. Saya juga ada e-mailkan kepada En. Badrul..." En. Badrul mengangguk-nganggukkan kepala lalu menghadiahkan senyuman kepada Nini.
Apa kes pulak ni? Selalu lokek nak senyum. Jumpa berselisih kat koridor pun macam tak kenal? Ini boleh pula nak jual senyuman. Entah-entah nak bodek aku kot? Nini membuat serkap jarang. Uish... tak baik mengata! Peringatan diberi kepada diri.
*****
"Kau tahu tak, hari ini mata En. Badrul itu ada magnet. Matanya melekat kat hujung meja saja..." Wati memberitahu setelah mereka keluar dari bilik mesyuarat.
"Suka hati dialah, nak pandang mana. Dia ada mata... Tak ada kena mengena dengan aku.."
"Ada kena mengenalah yang aku cakap ni.." Nini menjungkit bahu.
"Dia duduk kat hujung ini, kat hujung sana bukan kau yang duduk? Orang lain perasanlah kejap-kejap dia pandang..."
"Aku tak rasa apa-apa pun!"
"Memang tak rasa sebab kau asyik menconteng entah apa benda, itu yang tiba-tiba dia panggil nama kau.."
"Wati, dia sedar ke apa aku buat?" Memang tadi dia tidak memberi perhatian kepada apa yang disampaikan oleh En. Badrul.
"Sedar... cuma engkau saja yang tak sedar. Yang peliknya hari ini dia tak lah dia laser bila menegur. Kalau tidak aku rasa mesti kau nak sorokkan muka bawah meja." Wati mencuit pipi Nini. |
|
|
|
|
|
|
|
azure
x ada n3 ke
cerry_ice Post at 25-6-2010 13:38
dah masukkan... |
|
|
|
|
|
|
|
lagikla!!!!
chengkeh Post at 25-6-2010 14:02
|
|
|
|
|
|
|
|
En Badrul ni syok kat nini ke |
|
|
|
|
|
|
|
Nini yang semakin bosan, menconteng-conteng di buku catatan yang dibawanya.
aku pun suka cinteng kalau aku tengah boring....
nini!!!!
kita sama la.... |
|
|
|
|
|
|
|
makin best citer nie...
kalu free letak n3 lagi tau... |
|
|
|
|
|
|
|
ader cter baru...., best juga....,nak n3 lagi... |
|
|
|
|
|
|
|
konpius la plak...watak dalam cete akak ngan cete yang chengkeh tengah baca...
nama nini gak.... |
|
|
|
|
|
|
|
en badrul dah suka kt nini nampaknya |
|
|
|
|
|
|
|
Salam x de n3 ke................... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 110# mie07
En. Badrul tengah belajar nak "usha-usha" Nini |
|
|
|
|
|
|
|
Nini yang semakin bosan, menconteng-conteng di buku catatan yang dibawanya.
aku pun suka cinteng ...
chengkeh Post at 28-6-2010 08:04
chengkeh...
mari kita sama-sama menconteng,
Nini suka sangat tu dapat kawan.. |
|
|
|
|
|
|
|
Salam.. nak n3 lagi... |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|