CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: cmf_tongkatali

Puteri Saadong VII Raja Tengku Putri Anis

    [Copy link]
Post time 13-7-2010 03:14 PM | Show all posts
Post Last Edit by tarumanegara at 13-7-2010 15:16

This picture shows the princesses and queens who had ruled at the past with their own serving to their people. The tradition clothes will not guarantee us for everything we had done. The most important is where you give the whole efforts to serve and doing good to others especially to the people in need. Sincerity is the place for you to be more patient with God's tests. Tradition and culture is man-made while the nature and the natural attitude is determined by God.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-7-2010 05:56 PM | Show all posts
Tengku Putri Anis Tak Diiktiraf Pewaris Saadong
BACHOK: Pertubuhan Kerabat Raja Jembal Kelantan ti ...
dynaz_zhalia Post at 13-7-2010 08:27


kan 7 keturunan tak boleh jejak sini tapi all her family ade kat sini kan???in fact dia lahir pun kat kelantan kan??
semalam time phiya cite kat abah pun dia kate macam mane dia ade kat sini sebab sumpah dah abes ke??
wuaahhh!!!makin tak paham
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2010 11:07 AM | Show all posts
biarlah dia jadi puteri ... takde maknernya
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2010 11:57 AM | Show all posts
She's not taking another properties because she'd already have her own wealthy n was born in gold spoon. tarumanegara Post at 28-6-2010 19:18



    gila upgrade.bukan biasa anak raja guna silver spoon je ke?
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2010 12:45 PM | Show all posts
Raja Tengku Putri Anis Binti Raja Sazali or hold the title of Sri Ratu Saadong VII, was  ...
tarumanegara Post at 28-6-2010 19:18



  stakat bergambo dgn bekground london pun dah boleh rasa hebat?????????????
muahahahahaha typikal malay
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2010 01:23 PM | Show all posts
naik air asia dh leh sampai london laaa
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-7-2010 01:33 PM | Show all posts
yang pelakon raja farah tu keturunan raja jembal khenn
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2010 02:56 PM | Show all posts
dah mcm kes Anastasia (the last of four daughters born to the Tsar of Russia, Nicholas II)..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-7-2010 02:09 AM | Show all posts
sebaik-baik manusia ialah yg bertaqwa... jadi baka apa sekali pun kalau tak bertaqwa...tak ada nilai disisi Allah swt...kita akan bawa amal dan kebajikan.. yang lain2 kita akan tinggalkan..zuriat yg baik ialah yg sentiasa berdoa akan kesejahteraan ibubapa dan datuk nenek dia.
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2010 05:05 AM | Show all posts
Post Last Edit by tarumanegara at 15-7-2010 05:11

'Biarlah apa orang cakap, saya tak kisah'

MACHANG 13 Julai - Ibu kepada Raja Tengku Putri Anis Raja Sazali, 24, yang mengaku sebagai pewaris keturunan Puteri Saadong ketujuh di Kota Bharu baru-baru ini tidak mengendahkan penafian pihak tertentu mengenai salasilah keturunannya.


Raja Fauziah Syed Yaacob sebaliknya menganggap penafian pihak berkenaan mengenai kedudukan anak perempuannya itu sebagai pewaris Puteri Saadong sebagai satu promosi dalam memperkenalkan Raja Tengku Putri Anis kepada masyarakat.


"Penafian yang dikeluarkan oleh sesiapa pun tidak berbekas atau memberi kudis kepada pendirian kami yang mengalir titis darah keturunan Puteri Saadong.


"Tidak ada sesiapa pun yang terkena tempias atau terhukum dengan susur galur yang didedahkan kerana pemasyhuran Raja Tengku Putri Anis sebagai waris ketujuh Puteri Saadong tidak meminta pengurniaan pangkat atau takhta kerajaan negeri," tegasnya.


Raja Fauziah yang ditemani suami, Raja Sazali Raja Hasan berkata demikian ketika ditemui di rumah salah seorang saudara mereka di Kampung Pek, Machang di sini hari ini.


Raja Tengku Putri Anis bagaimanapun tidak hadir kerana kini berada di Vietnam untuk menghadiri program amal di negara itu.


Pertubuhan Kerabat Raja Jembal Kelantan semalam tidak mengiktiraf gadis itu yang mengaku sebagai keturunan ketujuh Puteri Saadong berasal daripada keturunan Raja Jembal kerana terdapat keraguan dalam dakwaan itu.


Pengerusi pertubuhan itu, Nik Yusuf Nik Muhamad berkata, mereka sudah mengenal pasti latar belakang dan nama sebenar gadis itu yang disyaki bukan keturunan sebenar Puteri Saadong.


Kata Raja Fauziah, beliau tampil bukan untuk menafikan kenyataan yang dikeluarkan pertubuhan itu.


"Saya tidak berminat untuk membalas kenyataan Pertubuhan Kerabat Raja Jembal Kelantan kerana kami berbeza keturunan. Puteri Saadong berkahwin dengan Raja Abdullah (keturunan Raja Jembal) tetapi tidak mempunyai zuriat.


"Kami menghormati pendirian kerabat tersebut, namun Raja Tengku Putri Anis juga mempunyai hak untuk memartabatkan keturunannya selepas lebih 10 tahun membelanjakan jutaan ringgit merantau ke serata pelosok dunia bagi melengkapkan pencarian keturunannya," jelas Raja Fauziah.


Tambahnya, apa yang lebih penting kini ialah usaha keluarganya mencari kebenaran dan kesahihan salasilah telah terjawab.


"Biarlah apa orang nak cakap, saya tidak kisah kerana tidak ada apa yang hendak direbut atau muslihat di sebaliknya, yang penting hak dan kebenaran mengenai sejarah Puteri Saadong telah ditegakkan," ujarnya.


Raja Fauziah percaya spekulasi dan penafian yang dibuat akan lenyap selepas segala bukti mengenai kaitan Raja Tengku Putri Anis dengan Puteri Saadong dikeluarkan kelak.


"Dalam bulan ini satu seminar diberi nama Seminar Titih Saadong diadakan untuk menjelaskan mengenai susur galur Puteri Saadong dan kaitannya dengan keluarga kami.


"Orang ramai dijemput hadir termasuk yang meragui kesahihan hak keturunan kami kerana di seminar itu nanti kita akan mengadakan sesi dialog dan soal jawab supaya orang ramai mendapat gambaran jelas," ujarnya.


Sebagai kesinambungan, katanya, Galeri Sri Ratu Saadong Ketujuh-Trisulaputri akan dibina di Gua Musang iaitu kawasan terakhir Puteri Saadong dikatakan menghilang diri lebih 400 tahun lalu, menjelang tahun hadapan.


"Galeri tersebut akan menempat dan mempamerkan pelbagai khazanah peninggalan Puteri Saadong dan waris keturunannya, namun ia memerlukan masa bagi menjayakan serta mengumpul dana.


"Buat masa ini peninggalan khazanah itu adalah sebanyak dua kontena dan antara yang akan dibawa ialah kalung Trisula yang merupakan milik Puteri Saadong dan kini tersimpan di Muzium Mulawarman di Kalimantan Timur, Indonesia," dakwanya.


Menurut Raja Fauziah, tahun lepas mereka sekeluarga dibawa oleh pihak muzium dengan disaksikan oleh beberapa keturunan kerabat nusantara dalam satu majlis pemakaian kalung kepada keturunan puteri tersebut.


"Hakikatnya ada keturunan diraja yang mencuba untuk mengalungkan ke leher tetapi kalung tersebut tidak muat dipakai, namun apabila Raja Tengku Putri Anis memakainya, ia terletak di lehernya dengan cantik.


"Semua yang melihat terpegun dengan 'kelebihan' yang dimiliki oleh Raja Tengku Putri Anis malah berita tersebut tersebar luas di Kalimantan kerana turut disaksikan oleh pihak media," dakwanya.

-Utusan Malaysia-
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2010 10:36 AM | Show all posts
harp mereka yg btanggungjwb selesaikan isu ni cepat2
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2010 12:46 PM | Show all posts
Hok sengoti nyo zb po kkejut tau dia asal Mache mugo zb po asal situ jgk....
Meme tak nafi Mache ghama turunan raja samaada Jembal maupun LG......zb pon turunan ni jgk...
Tp bila mak raja anis oyak abih jutaan Rm round donia koz nk cari kebenaran tu terlopong gak ambo......   

Sokmo idup ambo dok Mache tk tau po situ ada org gitu skali kayo....kami ore mache kalu psl jtwan msti tau Yamud je....ghupo nyo ada lg jtwn lain.....

Pah ni buleh la pkt gi mtok zakat umoh dia.....
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2010 10:31 PM | Show all posts
tumpang lalu
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2010 03:09 AM | Show all posts
makin akhir zaman makin ramai yang gila..
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2010 10:59 AM | Show all posts
ini lah saya pun keliru jugak sebab dia dari pertubuhan "K.A.S.U.T" iaitu pertubuhan kesenian. Macam yang dok perform rata riti tu la.. sebab tu ada pakaian berkerlip kelipan. Rupa rupanya ianya hanyalah suatu pementasan.
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2010 11:23 AM | Show all posts
Reply 112# zahirbatin


    laaa....zb, teman pun nak tanya benda yang sama...sampai jutaan ringgit tuh...kayo ko depa tu? fuhhh...jutawan tu...
tp betui jugak mcm mak dia kata, apa yg jadi kat anak dia tu tak akan ada effect kat org lain...so , ignore je la..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-8-2010 05:57 PM | Show all posts
busy keje dan meeting sana sini, so tak sempat nak belek isu puteri saadong ni.  dengar gitu2 je. dengar pasal org tu ngaku, org ni nafi, orang tu lawan balik, orang ni bangkang balik.  so skang bos outstation, kurang sikit task baru la aku merasa nak membelek walaupun isu dah tak hangat langsung kekdahnya...adeeehhhh...sedey!

bila diteliti gamba kat link page memula tu, baru ku perasan. katanya kek 7 tingkat tp tak sampai pun 7 tingkat keknya. ke mata aku yang dah korup?! mak dia punya crown sebesor2 alam tp takde nampak seri pun.

sultan2 yg datang tu...awat pakaianya rope itu?? lain macam je nengoknye ha!  udah macam team silap mata estet sungai labu! mcm pirate dalam citer kartun peter pan tu pun ye gak!

majlis pun ala2 majlis syok sendiri je aku tengok...ada lak istiadat pertabalan disertai ngan nyanyi2 bagai! adehhhhhh......

jawapan mak dia dalam artikel 'Biarlah apa orang cakap, saya tak kisah' tu pun mcm...haih! tah la! mcm ni punya orang pun ada!

kalau betul 'puteri' tu dikatakan sedang berkhayal....doakan la dia kembali berpijak di bumi yang nyata...
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2010 09:24 AM | Show all posts
tol 2 tol...berpijakla di bumi yang nyata wahai Puteri Saadong wannabe oiiiiiiiiiiiiiiii..... huhuhu
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2010 04:03 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2010 04:54 PM | Show all posts
Apasal Puteri Sa'dung pi London......?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 06:25 PM GMT+8 , Processed in 0.099591 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list