CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: hantukiller

Alam Jin bersama Hantukiller

   Close [Copy link]
Post time 4-5-2010 03:43 PM | Show all posts
hamba tolong jawabkan sket laa... nak tau tuhh susah nak describe menggunakan kata2 dan gaya bahasa.... hanya orang yang mengalaminya akan merasainya....

sama seperti perawat.... ada yang berguru, dapat dari laduni, keistimewaan, karomah, dan lain2.... so, senang kata bagi seorang perawat, mereka ada teknik tertentu untuk mengetahui hal ehwal JIN atau dampingan sekalipon....  kena belajar dan sebagainya, senang kata menggunakan teknik2 tertentu dan khas....

Assalamualaikum
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-5-2010 03:44 PM | Show all posts
yap bahasa mudah... kalo melalut panjang aku pon malas nak membaca...
tapi mcm kak ea ckp tu... tul ...
nagaijau Post at 4-5-2010 15:30


aha..  bahasa mudah dan teratur kan naga..  berbeza dgn postingTT kat cnih ...
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2010 03:48 PM | Show all posts
Tu dah paling ringkas le tu, pun dah panjang berjela... kalau lagi ringkas, tak de penjelasannya p ...
hantukiller Post at 4-5-2010 15:40


figura itulah yg daku nampak...sbb tu aku mcm tak percaya... dewa like...
so skrg aku dah tau la...


satu soklan... actually dewa nih spesis apa actually...
dalam golongan jin jugak ka...?
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2010 03:49 PM | Show all posts
Benda tu u ikat kat badon ko buat tangkal

khurafat le tangkal2 sumer ni
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2010 03:51 PM | Show all posts
Post Last Edit by nagaijau at 4-5-2010 15:54

mcm nak tergelak plak bila aku tgk gambo tu....
lubang idung mu tatap jadi pujaan hatiku kakaka....
a lil bit mcm katun pon ada...
mata dia pandang kamera kan...belah bawah yg nampak tebal tu bibir tebal ke dagu ke apa..?
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2010 03:55 PM | Show all posts
ni haa..aku tolong tepek..

JIN : KELEBIHAN DAN KELEMAHAN JIN

KELEBIHAN JIN

Jin ni ada sedikit kelebihan dibandingkan manusia. Pertamanya umurnya panjang dan keduanya jasadnya yg tak kelihatan oleh manusia.
Umur jin yg panjang membolehkan mereka menimba banyak ilmu terutama kaedah untuk mengganggu manusia. Ada beberapa kes yg aku jumpa (jin yg masuk tubuh pesakit) bercerita walaupun jangan dipercaya, mengatakan umur mereka telah jutaan tahun. Banyak kelemahan manusia diketahuinya untuk memudahkan mereka mengganggu manusia. Banyak pengalaman mereka dalam memudharatkan manusia kerna pengalaman dan ilmu tersebut boleh digunakan berbilang kali. Ada diantara mereka telah menggoda malah ada yg mengaku telah menyebabkan kematian (menggunakan sihir) sehingga berpuluh puluh orang sepanjang hayatnya sebelum aku bunuh.

Jasadnya yg ghaib juga memudahkan ia mengganggu manusia, bayangkan kalau depa tu nyata, pastinya depa dekat je kita dah prepare segala senjata untuk melawan mereka. Contohnya kalau kita dikacau semut api/ nyamuk/ lalat, dgn segera kita bunuh mereka. Tapi oleh kerna jin ni kita tak nampak, depa makan sama kita, tidur sama kita, bergurau dan bermain sama kita, malah kalau jin dampingan/saka tu, kemana kita pergi, depa ikut sekali, kita mancing pun depa ada, kita shopping pun depa join sama!

Kelebihan yg tersembunyi dari kalangan jin ini pula ialah depa di punya tali persaudaraan yg kukuh dikalangan mereka walau depa berlainan agama maupun yg tak beragama, mereka bantu membantu terutama dalam menyesatkan/mengacau manusia.... Contohnya katalah kita ada jin dampingan/saka, jangan haraplah jin jin dampingan atau saka ni nak bantu kita jika adanya jin sihir yg dihantar untuk menyihir kita, dibuat bodoh aje malah ada yg membantu menyakitkan kita pula! Sebab tu bebaskan diri kita dari didampingi jin dan dari saka!!!! Takde pekdahnya mereka!!!

Tu aje kot kelebihan jin yg kebanyakkannya ditugaskan kedunia memang untuk mengganggu manusia! Tugas tu diberi Allah tu! Kalau Allah tak beri kelebihan tu sedangkan Allah tugaskan mereka mengganggu manusia macamana? Allah tu kan adil!!! Dan Maha Bijaksana dlm perancangannya!
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-5-2010 03:56 PM | Show all posts
KELEMAHAN JIN

Jin ni memang lemah pun, macam asap je, kalau depa geram kat kita, depa tumbuk ke terajang ke kita, pasti kita tak rasa punya! Tu yg depa geram sangat kat manusia ni, kita diberikan terlalu banyak kelebihan dibandingkan mereka, kita diberi rupa paras yg hensem(aku le tu) dan manis (aku juga tu hehe), tubuh yg kuat, akal yg sempurna, ketua kepada makhluk yg ada (khalifah) dan macam macamlah...

Khalifah???Kita diberikan kebolehan mentadbir dunia! Macamana tu? Kalau kita buat kerosakan dunia spt sewenangnya hapuskan hutan belantara, korek segala yg tersimpan dlm dunia, gondolkan segala bukit dan gunung yg jadi paksi dunia, tak menjaga persekitaran yg merosakkan udara dan pencemaran air didarat maupun laut...itulah peranan khalifah didunia
Jin tak diberi tugas tu! Kalau diberi pun depa tak larat kot, ialah depa bukan boleh mencangkul tanah pun, malah nak suruh tanam pokok pun tak reti! Kalau ada jin yg pandai, aku dah suruh utk curi senjata nuklier negara negara kuasa besar dunia tu untuk aku pulak yg simpan supaya aku yg jadi pulak pemegang kuasa besar tu..hehehe, suruh semua negara didunia bayar ufti kat aku!!!
Oleh kerana jin tak de tenaga pun nak tumbuk kita, depa hanya boleh kacau kita dgn memasuki tubuh kita, sapa kat sini mengaku jin tak leh masuk tubuh kamu? Angkat tangan! Hehehe

Jangan berlagak le! Hampir semua manusia senang senang je dimasuki tubuhnya oleh jin, Cuma jin tu tak nak sebab tiada sebab! Kalau ada sebab seperti disuruh manusia (sihir), mufti mufti dan pak kiai pun rata rata mudah je dimasuki walaupun tak dikuasai mereka! Ingat dimasuki tak semestinya dikuasai, ada jin masuk tubuh kita (sihir) untuk hantar santau, untuk menyekat aliran darah dibahagian tertentu, menyakitkan bahagian bahagian tertentu, memasuki qarin(jantung) untuk membisikkan kejahatan, menggelapkan pandangan mata ketika sesaorang memandu untuk berlakunya accident dll.....(Para ni aku pun tak pasti kelemahan jin atau kekuatan jin.. ah hantam ajelah)
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2010 03:57 PM | Show all posts
Kelemahan jin selain itu ialah kalau manusia membaca kitab kitab Allah spt AI Quran dll, jin akan kepanasan malah ada yg boleh terbakar, Suara azan juga boleh melemahkan mereka tetapi mereka amat kalah jika mendengar manusia berzikir memuji Allah terutama yg Amat Ikhlas kerna Allah sahaja.

Kelemahan ini membolehkan manusia memilih beberapa potongan ayat AQ yg dipanggil ayat ayat ruqyah untuk melemahkan/menghalau jin yg memasuki tubuh manusia.. Ko orang tau kan ayat ayat tu? Banyak dah dijelaskan oleh perawat islam dlm buku atau laman web.. cari sendiri
Masaalahnya ada jin yg tak heran dgn bacaan tersebut, yg ada boleh mengajar lagi bacaan yg salah oleh perawat terutama jika yg mengacau tu jin islam. Baca lah ayat apapun depa buat dek je... Oleh itu jika terjumpa kes sebegini, rawatan secara ruqyah bukanlah jalan penyelesaiannya
Kalau jumpa kes yg susah nak settlekan, janganlah guna kaedah yg sama, cuba cari perawat lain yg guna kaedah yg berlainan kerana jin adalah makhluk yg lemah malah amat mudah dihapuskan, itupun kalau tau le, hehe.... Biasanya pelbagai kaedah mandian amat berkesan untuk mengalahkan jin ditubuh ni malah ada jenis mandian yg mampu menghapuskan betapa besar pun jin itu atau betapa kuatpun jin itu... itu tanya perawat le.... hehehe sebab aku tak leh mengajar (tak de tauliah pun)

Membunuh jin diluar tubuh manusia sebenarnya jauh lebih mudah dibandingkan yg dah memasuki tubuh terutama jin jin saka yg menghuni rumah kita. Selalunya jin saka ni bukan sekor, malah puluhan, ratusan malah ribuan ekor disetiap rumah yg ada sakanya... Kalau tak de yg leh buang atau hapuskan tu, mintalah bantuan aku...hehehe (kalau percaya le, kalau tak percaya lagi bagus, tak nyusahkan aku!!!) So kesimpulannya, jin tu amat le lemahnya dia!!! Oleh itu janganlah bergantung pada jin untuk menjaga kita, kita manusia jauh lebih sempurna...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-5-2010 03:59 PM | Show all posts
aku enjoy gaya penulisan...

kita nantikan pengalaman misteri dari tt lak....hehe
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2010 04:24 PM | Show all posts
Dah tua ni bbanyak dah lupa  haha...
hantukiller Post at 4-5-2010 15:23

tua 2 pun berisi..si wak hantukiller nie.macam2 pengalaman gitew
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-5-2010 05:32 PM | Show all posts
ko ni jin killer ke?  mcm mana nak tau kalau org tu berdamping dgn jin? maksudnya jin tu suka deka ...
puteri_rania Post at 4-5-2010 15:31
Hampir semua orang didampingi jin, samada jin islam atau kafir, juga tak kira apa pun taraf sesaorang, jin akan sentiasa menghampiri bertujuan untuk mengacau atau menyesatkan. Kalau dampingan saka atau dampingan sebab menuntut sesuatu ilmu, tujuan baik jin tu biasanya untuk sementara, tetapi pada jangkamasa panjang dia akan membuat kerosakan terutama pada keturunan. Ulama atau nabi sekalipun ada jin mendampingi yg disebut Jin Qarin, apa lagi macam kita manusia biasa ni.

Kalau ada jin yg suka pada kita, baik minta dia jauhkan diri dari kita, jangkamasa panjang merosakkan juga walau islampun mereka..

Ni ada 1 kisah, lebih kurang 3 tahun yg lepas... manusia didampingi jin islam!!
Aku ada merawat sorang budak pompuan, tingkatan 3 masa tu... dipendekkan cerita... setelah aku bunuh jin jin saka dan sihir sebelum tu, masuk lagi jin lain, jin islam pulak... aku tanya laaa apa pasal ko pulak masuk? dia kata saja suka sebab dia tengok aku dah bunuh banyak jin sebelum tu... aku cakap lagi, ko ni dari dekat dekat sini je kan... ye, lat 1 rumah je, katanya... kebetulan rumah yg dimaksudkan tu rumah kawan aku juga, pak sedara pulak dgn budak tu, duduk pulak kat sebelah aku masa tu! so terkejutlah dia... so aku tanya jin tu, kenapa pulak ko berada kat rumah dia, kan aku pernah clearkan tumah tu dulu? jin tu kata alah, sambil tangan dia tunjuk member aku tu, dia tu yg panggil aku!!!

Terkejut member aku tu sebab dia tak pernah panggil jin pun malah dia adalah ahli zikir dan sorang yg kuat Tabligh! Member tu sergah jin tu, bila masa aku panggil ko? jin tu kata selalu, tiap kali ko baca (zikir) ko baca salah, jadi alam jin (jin islam) seolah diseru untuk berkumpul dirumah ko, beribu-ribu tu jumlah kawan kawan aku kata jin tu lagi! Setiap kali ko baca datang 10-20 ekor begitu seterusnya...

Aku tanya balik member tu, ko baca apa kat rumah? dia kata biasa je zikir zikir tu, aku cakap balik, ada ni ko baca lain ni.. baru dia cakap dia amal 1 potong ayat AlQuran tu, ayat lazim yg selalu orang baca. Pelik kan?

Ya pelik sebab baca ayat AQ pun jin boleh berkumpul cam tu banyaknya! nak tau apa sebab sebenarnya? haha
Sebab dia baca bukan ikhlas kerana Allah tapi baca agar diberi perlindungan Allah! tu yg aura bacaan bukan berwarna putih...yg memanggil jin kononnya untuk melindungi mamat ni huhu

So aku suruhlah jin islam tu keluar, tapi dia tak nak, aku ugut kalau ko degil, segala kawan ko tu (yg kat rumah member aku tu) aku hapuskan? dia kata peduli apa aku.. ko nak bunuh bunuhlah! so aku rembat kat rumah tu, banyak ge yg lari bertempiaran sebab tak dikepung! tapi dapat ge aku habiskan! sebab kalau tak abis, leh masuk menggantikan yg kat dlm badan budak tu!

Bila dah abis tu, aku pun bunuhlah jin kat badan budak tu..... settle 1 cerita

Kesimpulannya disini, walau kita berzikir apapun, tapi niatnya bukan kerana Allah iaitu kerana diri kita sendiri seperti perlindungan, keselamatan, kesihatan, rezeki, penyeri dll, akan menghasilkan aura yg memanggil jin (JIN islam) dan ingat walau jin islam sekalipun mereka, jin tetap jin.... Jahat tu!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-5-2010 05:34 PM | Show all posts
khurafat le tangkal2 sumer ni
carly_lah Post at 4-5-2010 15:49
Takat khurafat tak pe lagi! ni kesan lebih buruk iaitu didampingi jin dan gerenti susah dikemudian hari
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2010 05:35 PM | Show all posts
aku pnh bace kt mane ek..

katenye jin ni tmpt die adlh tmpt yg sejuk n gelap,that's why kt tandas byk jin duduk..

sape2 bole sahkn perkara nih?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-5-2010 05:36 PM | Show all posts
aku enjoy gaya penulisan...

kita nantikan pengalaman misteri dari tt lak....hehe
ninja9 Post at 4-5-2010 15:59

Ninja... rajinnya ko pastekan kat sini! hehe.... aku suruh orang masuk blog aku tu tu yg aku tak tepek kat sini! haha sebab ada info lain tu hehe
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2010 05:38 PM | Show all posts
Reply 43# forfavor


tak silap terbaca satu lagi di tempat pertembungan antara sejuk dan panas  ..maksudnya apa yea... antara tmpet  redup dan panas ..klu gitu bawah  tmpt berbumbung tapi kat hujung2 bumbung tu bahaya ke...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-5-2010 05:39 PM | Show all posts
tua 2 pun berisi..si wak hantukiller nie.macam2 pengalaman gitew
ilahkhatibrani Post at 4-5-2010 16:24

Biasalah Ilah, orang dah tua... sedikit sebanyak pengalaman mestinya ada terutamanya bab bab rawatan ni... macam macam kes dah jumpa....

Aku pun saja suka suka bercerita bab bab ni untuk kesedaran kita semua betapa tak eloknya bersahabat atau berdamping dgn jin tu....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 4-5-2010 05:41 PM | Show all posts
aku pnh bace kt mane ek..

katenye jin ni tmpt die adlh tmpt yg sejuk n gelap,that's why kt tandas ...
forfavor Post at 4-5-2010 17:35
Jin banyak jenis... ada yg suka tempat yg bersih terutama jin islam.... tapi kalau golongan hantu, dewa, Iblis, ifrit memang suka tempat yg kotor...

Kat mesjid pun banyak jin... Kat kuil banyak dewa....kat pokok sembahan banyak hantu!!!
Kawasan yg selalu accident pun banyak hantunya!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-5-2010 05:43 PM | Show all posts
Reply  forfavor


tak silap terbaca satu lagi di tempat pertembungan antara sejuk dan panas  ..m ...
ea208964 Post at 4-5-2010 17:38
Yg ni tak tau pulak.... kalau kat hujung bumbung tu jangan pulak ko duduk, jatuh tergolek nanti..hehe
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2010 05:47 PM | Show all posts
opss ..silap tulis  ...bawah bumbung .. tapi sipi2 je antara  teduh campur panas...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-5-2010 05:53 PM | Show all posts
opss ..silap tulis  ...bawah bumbung .. tapi sipi2 je antara  teduh campur panas...
ea208964 Post at 4-5-2010 17:47
Kalau kat situ tak de laaa

Jin yg menjadi saka, paling banyak duduknya kat bilik utama kita... siap tidur baring pun sama...kekadang sampai beribu jumlahnya penuh 1 bilik... bilik yg lain pun ada cuma tak seramai itu...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 10:54 PM GMT+8 , Processed in 0.067055 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list