CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: liya71a

Hidupku MilikMu

  [Copy link]
Post time 25-6-2010 09:11 AM | Show all posts
amboi fareez... laju je ko
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 25-6-2010 12:13 PM | Show all posts
Post Last Edit by liya71a at 26-6-2010 19:45

Beribu pasir di pantai, beribu batu pula jaraknya

Seronok sungguh nampaknya Alia. Mandi-manda di pesisir pantai. Hendak pergi lebih jauh, takut pula dengan ombak. Padahal ombak di Teluk Kemang bukan lah sekuat ombak di pesisir pantai timur. Laguna Biru yang sangat indah. Dengan Teluknya yang redup di teduhi pokok-pokok besar dan batu-batu besar sempadan darat dan air. Di atas sana terlihat banglo mungkin hasil peninggalan penjajah British, kini telah dijadikan pusat peranginan peribadi. Mungkin milik orang kaya-kaya di Negeri Sembilan. Di jadikan tempat persinggahan waktu hujung minggu.

Alia berlari-lari anak di pesisir pantai dengan pelampung kartun garfield terletak di pinggangnya. Persekitaran di situ masih belum ramai, tambahan pula bukan waktu cuti hujung minggu. Pagi yang masih dingin, sengaja Dato' Shukor mengambil hari Isnin membawa keluarga berehat di Laguna Biru dan menetap di Hotel Ancasa yang baru dirasmikan. Salah satu kemudahan dari Syarikat Dato' Shukor.

'Alia! Alia!... Jangan lah pergi jauh sangat, penat atok nak kejar ni' Dato' Shukor berlari-lari anak mengejar cucu kesayangannya.

'Biarlah daddy, Alia sengaja tu, nanti dia pusing balik, dia takkan berani pergi jauh tu..' Fareez menyampuk dari belakang. Alia Antasha satu-satu nya anak tunggal hasil perkahwinan Fareez lima tahun dahulu. Hasil percintaan dan perkahwinan di Universiti of Leed, UK. Walaupun Fareez nampak bergaya dan seperti orang muda yang sentiasa hendak berpoya-poya, namun sebaliknya buat Fareez. Dia menghargai pengorbanan ayahnya Dato' Shukor, yang bersusah-payah sewaktu dia dalam kesusahan. Hasilnya Alia Antasha berjaya dibawa kembali ke Malaysia. Lima tahun bukan lah jangkawaktu yang lama. Pejam-celik, Alia Antasha sekarang sudah mula bersekolah tadika. Itu pun Dato' Shukor memastikan Alia ditunggu oleh Pak Mat sebelum waktu sekolah tamat. Bimbang kehilangan Alia.

Fareez menapak menuju ke Datin Masriah, ibunya. Kali ini Fareez sengaja mengenakan topi Merah Nike, dan hanya bert-shirt putih, masih dengan jenama Polo. Berjeans hitam, dan berkaca mata hitam, siapa pun tidak akan menyangka yang Fareez sudah mempunyai seorang cahaya mata yang cilik dan keletah.

'Ummi, Iz pergi dulu ye, abah minta Iz tengok client yang dekat Kem Tentera kat sini' Fareez menyalami Datin Masriah yang sedang berehat di atas kerusi malas. Bibik Nung pula sedang sibuk mengemas nasi lemak di atas meja lipat yang dibawa dari hotel sebentar tadi. Hotel Apartment Ancasa, 2 unit dari padanya dimiliki oleh Dato' Shukor. Bibik Nung dan Bibik Tik siap masak nasi lemak dan karipap di dapur apartment tersebut.

'Eh minum lah dulu ni Iz. Ummi dah bancuhkan kopi panas tadi, dalam termos.' Sambil Datin Marsiah menghulurkan cawan dan termos.

'Sudah minum lah ummi, kan tadi Iz turun awal, temankan Alia. Ummi kan baru saja tiba'.

'Papa nak gi mana?' tegur si cilik Alia yang berbaju renang berwarna pink, barbie dan tangan nya yang penuh berpasir, sebelah tangan memegang penyodok plastik mainan dan sebelah tangan cuba mencapai karipap di atas meja.

'Ish, Alia, nak makan kena basuh tangan, tengok tu pasir? nanti Alia sakit tau. Ada kuman' Fareez menyangkung di sebelah Alia. Sambil menyapu-nyapu pasir di tangan anaknya, dia mengambil air dari botol mineral, lalu melalukannya pada tangan yang kecil mungil. Tampak kebapaannya terserlah.
'Ni, karipapnya. Alia jangan nakal-nakal, dengar cakap atok,  papa nak pergi kerja, nanti papa datang lagi ye?' sambil mencubit pipi Alia yang tembam. Wajah Alia kemerah-merahan, dengan rambutnya yang hampir blond, memang nampak Alia pan-asian. Comel bagaikan dalam foto model anak kecil.
'Daddy, Iz pergi dulu ye?'
'Ok, Iz jangan lupa tau, pesanan daddy semalam.'
'InsyaAllah'
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

--------
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2010 12:25 PM | Show all posts
bestnye...ade citer baru...nak N3, plzzzzz....
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2010 12:27 PM | Show all posts
Rupanya si Fareez anak dato Syukor. Patutlah dia tahu nama Intan.
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2010 12:44 PM | Show all posts
wah..best liya smbg la lg...
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2010 01:02 PM | Show all posts
Ohh fareez duda terhangat dipasaran he he he he
ex wife fareez minah saleh
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-6-2010 01:04 PM | Show all posts
go..fareez go..
kejar intan tu...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-6-2010 01:42 PM | Show all posts
memandai jer aku wat jalan citer ni... heheheheheh  tu la intan dgn Fareez, tak tau la macam mana ne nak kasi intan suka kat Fareez, kan kat mata dia asyik si Luqman jer..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-6-2010 01:59 PM | Show all posts
memandai jer aku wat jalan citer ni... heheheheheh  tu la intan dgn Fareez, tak tau la macam mana ne ...
liya71a Post at 25-6-2010 13:42



luqman buat hal bengan la si intan tuh...
tak pun matikan watak luqman....
(jangan ikut idea neh..ni idea takleh pakai...
chengkeh saje jek nak merapu neh)
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2010 02:05 PM | Show all posts
memandai jer aku wat jalan citer ni... heheheheheh  tu la intan dgn Fareez, tak tau la macam mana ne ...
liya71a Post at 25-6-2010 13:42

Fareez kena berusaha bersungguh-sungguh
dgn ikhlas hati yg pasti fareez kena ada kelebihan yg
luqman x ada baru intan blh terpikat n buka mata besar2.
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2010 02:13 PM | Show all posts
Fareez kena berusaha bersungguh-sungguh
dgn ikhlas hati yg pasti fareez kena ada kelebihan yg
l ...
qimi08 Post at 25-6-2010 14:05



stujuk....luqman jadik penghalang si fareez skang neh....
luqman tuh baik tak???
kalau baik kesian plak kat luqman tuh....
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2010 02:15 PM | Show all posts
Reply 111# chengkeh


Kalau baik kesian plak kat luqman tuh....

Chengkeh akak sambungkan ayat tu
Klu baik pas je kat chengkeh......
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2010 02:27 PM | Show all posts
Napelah wat hero dua2 baik...nanti susah plak nak wat pilihan cam fazril ngan irfan...

Fareez blh gunakan anak dia tuk tackle Intan...suh anak dia rapat ngan intan...nanti intan mesti tak sampai hati nak kecewakan budak kecik tuh...klu nadim leh jd babah tiri paling  mithali...intan plak jd mama tiri paling mithali....
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2010 02:42 PM | Show all posts
Reply  chengkeh


Kalau baik kesian plak kat luqman tuh....

Chengkeh akak sambungkan aya ...
qimi08 Post at 25-6-2010 14:15



kak...nadeem mana nak letak????
nadeem ngan nadeer kena sentiasa bersama...

pura!!!!
lukman neh bakal2 free....
takde orang chop lagik....
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2010 02:44 PM | Show all posts
Napelah wat hero dua2 baik...nanti susah plak nak wat pilihan cam fazril ngan irfan...

Fareez blh gunakan anak dia tuk tackle Intan...suh anak dia rapat ngan intan...nanti intan mesti tak sampai hati nak kecewakan budak kecik tuh...klu nadim leh jd babah tiri paling  mithali...intan plak jd mama tiri paling mithali....

allamanda Post at 25-6-2010 14:27



tq allamanda...sbb puji nadeem.....
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2010 08:32 PM | Show all posts
memandai jer aku wat jalan citer ni... heheheheheh  tu la intan dgn Fareez, tak tau la macam mana ne ...
liya71a Post at 25-6-2010 13:42



    kasi cair hati intan...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-6-2010 02:52 PM | Show all posts
kasi cair hati intan...
amandaatika Post at 25-6-2010 20:32



    ya betol tu..... sambung lagi ye
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-6-2010 07:54 PM | Show all posts
Post Last Edit by liya71a at 26-6-2010 23:58

hmmm n3... ni reka lagi
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-6-2010 08:28 PM | Show all posts
Post Last Edit by liya71a at 26-6-2010 23:56

Episod 9: Angin bayu menghembus lembut, selembut sutera di pasar payang?
Myvi hitam meluncur laju membelah kesunyian pagi yang dingin di PutrAjaya. Sejenak selepas selsainya azan yang berkumandang dari surau presint 9, aku terus tanpa lengah lagi mengangkat takbir solat subuh. Sengaja aku mengunci jam 5 pagi, aku ingin berkemas biar tiada satu apapun yang tertinggal. Padahal aku balik ke rumah sendiri di Kg Tanjung Batu 1 itu. Aku jenis yang tidak suka bersiap disaat terakhir. Akhir solat aku berdoa memohon agar Allah permudahkan perjalanan aku yang mungkin akan mengambil masa paling cepat 5 jam. Tambahan pula aku bejalan seorang diri sudah tentu lebih cepat dari biasa.

Jam kusam di pergelangan tanganku menunjukkan 2:30petang. Myvi hitam ku ini sudah ku isi sepenuh-penuhnya ketika di Petronas Persint 9 malam tadi. Sekarang jarum oil sudah hampir ke penanda E. Mujur juga aku sudah pun tiba di bulatan yang dulunya patung penyu tersergam di tengah-tengahnya, namun setelah pemerintahan PAS. ia ditukar ke monumen batu bersurat Terengganu dan baguslah biarlah ianya begitu. Memasuki sempadan negeri Terengganu tadi melalui lebuhraya baru LPT, lalu keluar ke tol Sungai Lembing dan memasuki jalan dalam Felda Jerangau-Jabor memang ternyata berbeza cuacanya. Tambahan Kg Tanjung memang terletak behampiran pantai. Memang panasnya lain macam terasa. Sesampai di perkarangan rumah, ku lihat papa sedang berehat di kerusi malas dekat hujung anjung sambil mengembuskan rokok gulung yang dibuat sendiri. Aku tersenyum sendirian melihat gelagat papa yang seperti hanyut dalam angan-angannya hinggakan tidak menyedari keretaku memasuki laman rumah.

'Assalamualaikum papa.. Apa khabar?' Aku mengulurkan tangan mencium erat tangan tua yang telah membesarkan ku.
'Waalaikumussalam.. Sihat aje nak' dia tersenyum. Polis pencen sejak 5 tahun yang lalu, dia memang menikmati saat tuanya dengan sepenuh-penuhnya.
'Sudah makan ke sue? Kalu belum ma ada di dapur nu, basuh pinggan barangkali'
'Belum Pa. Waah mesti Pa dah makan ni, releks je dekat anjung ni...' aku tersengih sambil menjinjit beg aku lalu ke ruang tamu dan terus mendaki tangga menuju ke bilikku.
Sebaik menolak pintu bilik, kelihatan katil baru yang dihias indah, siap dengan cadar dan comferter putih krim yang sangat lembut. Dengan wangian ambi pur. Meja solek yang jarang aku gunakan pun sudah bertukar ke model baru dan juga berwarna putih krim.
'Su dah sampai?' kedengaran suara mama di bawah. Mungkin bertanya papa selepas terdengar perbualan aku dengan papa tadi. Aku meletakkan beg baju di luar bilik lalu meluru turun ke bawah.

'Assalamualaikum mama' aku terus memeluk mama dari belakang dan menyalaminya. Rinduku pada mama saat itu juga terubat. Tetapi sesuatu yang musykil dalam fikiran ku adalah bilik yang di hias indah dari biasa itu. Tak mungkin apa yang aku takutkan itu akan berlaku tanpa pengetahuanku?.anak-anak mama dan papa cuma aku seorang sahaja. Sepupu yang berada sekeliling rumah pun semuanya sudah punya anak isteri. Adakah benar?

Aku sengaja mendiamkan persoalan dalam fikiranku ini. Sengaja menunggu penjelasan dari mama maupun papa.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-6-2010 08:35 PM | Show all posts
Jeng jeng jeng...  Biar suspen... Menulis dari handphone ni la baru budak2 x kacau.. Kalo kat laptop kejap je diorang nak rebut hmmmm ... Maaf kalo typo error, nanti2 akak betulkAn balik
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 11:33 AM GMT+8 , Processed in 0.075906 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list