CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: DarlingDeary

perempuan smoking buruk ke??

  [Copy link]
Post time 5-9-2011 08:57 PM | Show all posts
haremm
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-9-2011 09:56 AM | Show all posts
kurang berkenan tengok kaum sendiri merokok -.-''
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2011 01:56 PM | Show all posts
buruk yang amat!
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2011 07:03 PM | Show all posts
Rokok kan haram. Memudaratkan org gak. Nyusahkan org shj.
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2011 10:15 AM | Show all posts
aku tak kisah kalau siapa pun nak merokok baik lelaki/pompuan
cuma jgn merokok dpn aku sbb aku tak tahan bau asap rokok
nanti aku asyik bersin & boleh batuk
aku tak kisah pompuan smoking. tak ada nak pandang rendah etc kat dorang
mungkin sbb aku ada kawan2 pompuan yg merokok
even sorang manager pompuan umur almost 50 kat opis aku ni pun smoking
pakai tudung lagi uols...
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2011 11:51 AM | Show all posts
buruk sebenar-benar buruk.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-9-2011 02:30 PM | Show all posts
tak manis.. tak baik utk kesihatan.. dan hukumnya haram dalam islam..  sekian mekacih..
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2011 04:06 PM | Show all posts
hukum mhisap rokok kan haram...so,kena jauhi lah..tp burok bnar kalu de pompuan hisap rokok..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-9-2011 07:56 AM | Show all posts
Merokok Dari Pandangan Islam
Keputusan:

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-37 yang bersidang pada 23 Mac 1995 telah membincangkan Hukum Merokok Dari Pandangan Islam. Muzakarah telah memutuskan bahawa merokok adalah haram dari pandangan Islam kerana padanya terdapat kemudharatan.
Keputusan (English):

Smoking From The Perspective Of Islam


Decision:


The 37th Muzakarah (Conference) of the Fatwa Committee National Council of Islamic Religious Affairs Malaysia held on 23rd March 1995 has discussed on smoking from the perspective of Islam. The Committee has decided that smoking is prohibited in Islam because it is harmful.

Keterangan/Hujah:


1.  Keputusan yang telah diputuskan oleh Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia tersebut adalah bersandarkan kepada hujah-hujah berikut:

i. Rokok mengandungi pelbagai jenis racun. Fakta daripada kajian-kajian perubatan telah membuktikan bahawa setiap batang rokok mengandungi 6-8 mg. nikotian dan pelbagai bahan kimia lain. Setiap sedutan asap rokok sebenarnya kita telah menghidu sebanyak 4,000 jenis bahan kimia yang boleh memudharatkan badan.

ii. Ketagihan tembakau bukan hanya menimbulkan masalah kepada perokok, malah ia berada di tempat keempat dalam senarai faktor risiko bagi penyakit serius yang menular di seluruh dunia. Tabiat merokok dikaitkan dengan risiko barah, penyakit jantung dan masalah pernafasan. Terdapat beberapa jenis penyakit yang berpunca dari merokok, antaranya ialah kanser kerongkong, kanser mulut, katarak (sejenis kerosakan mata yang menyebabkan kanta mata berselaput dan rabun), ulser perut, penyakit jantung, strok, penyakit paru-paru, emfisema paru-paru dan banyak lagi.

iii. Pada masa kini jumlah perokok sama ada dinegara maju atau negara membangun masih begitu besar, walaupun berbagai usaha telah dibuat oleh Kerajaan serta badan-badan sukarela bagi menyedarkan orang ramai tentang bahayanya merokok kepada orang ramai. Di Malaysia, merokok menyumbang kepada lebih 10,000 kematian setahun; 30% daripadanya disebabkan 10 jenis kanser, iaitu paru-paru, mulut, esophagus, tekak, pankreas, pundi kencing, buah pinggang, serviks, kolon dan perut. Sebanyak 50% kematian berpunca daripada sakit jantung dan strok. Kerajaan telah membelanjakan banyak wang untuk merawat berbagai jenis penyakit yang dikaitkan dengan tabiat merokok dan negara juga mengalami kerugian kira-kira RM 20 billion setahun bagi menanggung kos rawatan dan kehilangan produktiviti.

iv. Imam al-Syafi’e telah mengeluarkan fatwa dalam kitabnya yang masyhur al-Umm iaitu:” Jika mereka mengambil (sesuatu makanan, minuman atau sesuatu yang dihisap, dihidu dan disedut) yang boleh memabukkan, maka perbuatan itu adalah jelas haram. (Termasuklah) yang mengandungi racun yang menyebabkan kematian. Aku tetap menganggap (menfatwakan) ia adalah haram. Allah swt mengharamkan (apapun jenis) pembunuhan kerana pembunuh bermakna membunuh diri sendiri”.

v. Para ulama’ sepakat menyatakan bahawa merokok hukumnya haram kerana ianya jelas memudharatkan kesihatan, membazir dan mensia-siakan harta serta dikategorikan sebagai satu perkara keji, berdasarkan nas-nas berikut:

a. Firman Allah swt dalam Surah al-Baqarah, ayat 195 yang bermaksud: “Dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan”.

b. Firman Allah swt dalam Surah al-A’raf ayat 157 yang bermaksud; “ Dan ia menghalalkan bagi mereka segala benda yang baik dan mengharamkan kepada mereka segala benda yang buruk”.

c. Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: “ Tidak boleh memberi mudharat dan membalas dengan kemudharatan”. (Hadith riwayat Ahmad, Malik, Ibn Majah dan al-Daraqutni)

d. Kaedah Usul Fiqh: درء المفاسد مقدم على جلب المصالح yang bermaksud “ menolak kerosakan adalah didahulukan daripada mencari kemaslahatan”

e. Imam Ibn. Hazm dalam kitabnya al-Muhalla, jilid 7, halaman 503 (masalah no. 1027) menegaskan bahawa : “Pemborosan adalah haram”. Yang dimaksudkan dengan pemborosan di sini ialah:

i. Membelanjakan wang untuk perkara yang diharamkan oleh Allah swt, samada banyak atau sedikit, walaupun sebesar sayap nyamuk sekalipun.

ii. Pembaziran yang tidak ada keperluannya.

iii. Membuang wang, betapa kecilpun jumlahnya kerana dengan membuang tanpa tujuan itu menjadikannya sia-sia.

vi. Beberapa negara Islam dan beberapa ulama’ muktabar telah mengeluarkan fatwa tentang amalan merokok.

Antaranya seperti berikut:

a. Kerajaan Arab Saudi mengeluarkan fatwa bahawa merokok, menanam tembakau dan memperniagakannya adalah hukumnya haram kerana daripadanya terdapat kemudharatan.

b. Ulama’-ulama’ semasa Mesir seperti Dr. Abdul Jalil Shalaby mengatakan merokok adalah haram kerana ia boleh mendatangkan kemudharatan kepada kesihatan masyarakat.

c. Al Imam Abdul Halim Mahmud dalam kitabnya “Fatawa al-Imam Abdul Halim Mahmud” telah memberi fatwa merokok hukumnya makruh jika ia tidak mendatangkan kemudharatan kepada kesihatan. Sebaliknya adalah haram jika ia mendatangkan kemudharatan kepada kesihatan.

2. Hukum pengharaman arak dan khinzir tidak boleh disamakan dengan hukum haram merokok kerana hukum pengharaman terhadap arak dan khinzir telah dinyatakan secara jelas dan qat’ie oleh Allah swt dalam kitab suci al-Quran. Manakala hukum pengharaman terhadap perbuatan merokok telah diistinbatkan oleh para jumhur ulama’ terdahulu dan masa kini bersandarkan hujah-hujah kepada nas-nas syarak yang jelas dinyatakan seperti al-Quran, al-Hadith, Ijma’ Ulama’, Qaedah-qaedah Fiqhiyah dan sebagainya. Ayat-ayat al-Quran dan hadith seperti yang dinyatakan di atas jelas telah memperincikan isu ini.

3. Al-Syeikh Hasanain Muhammad Makhluf, bekas Mufti Mesir dalam Kitabnya Fatawa Syariyyah Wa Buhuth Islamiyah menyatakan:

“ Sesungguhnya tumbuhan (tembakau) ini dahulunya belum dikenali. Apabila ia diperkenal dan digunakan oleh manusia untuk merokok, maka ulama’-ulama’ fiqh daripada pelbagai mazhab Islam telah membincangkannya untuk menetapkan hukumnya berdasarkan prinsip (qaedah fiqhiyyah) yang telah ditetapkan.”

“Sesungguhnya berdasarkan hukum asal sesuatu itu harus. Tidak akan terkeluar daripada prinsip asal melainkan adanya perkara-perkara yang mengubah hukumnya menjadi haram atau sebagainya.”

Dalam isu merokok ini, sebab yang menjadikannya haram ialah kesan mudharat dan bahayanya sehingga meruntuhkan lima asas utama (al-Kulliyatul Khams) yang wajib dipelihara oleh setiap manusia iaitu agama, jiwa, maruah keturunan, akal dan juga harta.
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2011 04:03 PM | Show all posts
ntah laa..dulu mmg aku smoke, kejablah sbb environment keje aku mostly lelaki n byk gurls smoking. satu kelebihan smoke ni kalo tgh run event bley 'take5' jab konon nak release stress..mmg stress pun
pastu dah back to nature 'gurls yg jaga kecantikan' haha mmg aku tgk buroklah. nak2 yg baru nak berjinak2 tu haha poyooo je lebih. tp aku wat dek je lah. buat bodo x buat muka apa pun. harap2 one day derang berubah cam aku gak
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2011 11:08 AM | Show all posts
eii buruk sungguh... jgn le anak2 aku ngikut perangai gini.. sekang ni dah jd trend pompuan merokok.. bukan cam dulu .. nenek2 ade yg merokok.. melenteng.. sekang konon nak moden la piirah
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2011 11:09 AM | Show all posts
eii buruk sungguh... jgn le anak2 aku ngikut perangai gini.. sekang ni dah jd trend pompuan merokok.. bukan cam dulu .. nenek2 ade yg merokok.. melenteng.. sekang konon nak moden la piirah
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2011 06:09 PM | Show all posts
huduh perangai.....spesis yang tak akan aku pilih untuk buat bini..
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2011 08:24 AM | Show all posts
ak smoke bile kt obersee je...xde org kesah pn...klu kt sini ko smoke, org pndg ko da mcm taraf pelacur....
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2011 08:42 AM | Show all posts
Reply 154# prairehell


    skrg pun normal je kat sini yg nampak girls smoking.... especially kat KL ni
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2011 12:10 PM | Show all posts
kalau boleh elakkan la dr merokok ni..

bnyk buruk dr baiknye...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-12-2011 12:51 PM | Show all posts
kalo kat oversea memang ler....dah nama orang putih tu orang barat...hak semua sama rata laki dan pompuan...malaysia ni ketimuran pulak kebanyakan org melayu agama islam....moden-moden jgk tp agak-agak...lu fikirla sendiri....jgn semua benda org barat buat semua nak ikut....identiti krisis....sian2...
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2011 02:29 PM | Show all posts
lelaki pun buruk smoking, pompuan lagilah buruk
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2011 02:52 PM | Show all posts
btul tu perempuan smoking xsesuai la dgn budaya kita..
lain la kat barat..
tp aku xde la pndang hina kt perempuan yg smoking tp rs janggal/pelik je tgk
tu hak diorang

aku pnh je nmpak prmpuan ayu berbaju kurung tapi free hair la smoking
mayb student kot...g kelas kn pki bju kurung..
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2011 12:32 PM | Show all posts
slalu kt klcc rmai je yg betenggek kt park tu smoking...lantak la hak masing2..lg2 klu yg da ada kerjaya duit sndri, rupa pn xde la x semenggah mna...wlupn x manis d pndang tp da dorg stress kot as long x kaco org, xpe la...

tp aku bebulu mata klu tgk budak2 student skolah lg tu kemain hembus asap mcm naga...tu sah2 la bkn guna duit usaha sndri kn, ntah2 duit mak bapak bg blanja skolah....plg xleh lupa time blk keja kt stsn LRT budak pompuan ni da la x lawa, gemuk itam naik motor pakai suar pendek dpn2 aku duk hembus asap rokok mcm ape je...muka penuh blagak tu..yg ni xku rsa mcm nk simbah ngn air je...trus hati aku mengutuk2 :@
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 08:42 AM GMT+8 , Processed in 0.331144 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list