CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 200406|Reply: 2487

Badminton

   Close [Copy link]
Post time 18-6-2010 02:35 PM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by ambok at 18-6-2010 14:39

SUKAN BADMINTON
[size=100%]KENALI SUKAN BADMINTON
[size=100%]
[size=100%]Sejarah[size=100%]

[size=100%]

[size=100%]Permainan badminton sudah lama wujud sekitar dua ribu tahun lalu. Permainan ini dikenali sebagai Battledore dan Shuttlecock yang mula dimainkan pada zaman Yunani kuno, India dan China. Pada tahun 1600 Battledore dan Shuttlecock dimainkan oleh masyarakat kelas pertengahan di England dan beberapa negara Eropah untuk mengisi masa lapang. Permainan badminton juga dikenali sebagai ”Poon” di India pada tahun 1800.                


[size=100%]Badminton diberi nama ”Badminton House” di Gloucestershire iaitu kampung halaman ”Duke of Beaufort”. Duke adalah nama gelaran bagi bangsawan eropah pada zaman dulu.

               
               

                                [size=100%]Kejohanan pertama All England diadakan pada bulan Mac 1898 di Guilford.International Badminton Federation (IBF) ditubuhkan pada tahun 1934 dan dianggotai 9 negara iaitu England, Wales, Ireland, Scotland, Denmark,Belanda, Kanada, New Zeland dan Perancis. Dua tahun kemudian India turut menjadi keluarga IBF.                

               
               

                                [size=100%]Piala Thomas merupakan kejohanan pertama yang dianjurkan oleh IBF padatahun 1948. Piala Thomas adalah kejohanan dunia yang melibatkan pemain lelaki.                 [size=100%]

[size=100%]Selepas Piala Thomas diperkenalkan tahun 1948 beberapa kejohanan dunialain turut dipertandingkan seperti Piala Uber, Sudirman Cup, WorldJunior dan World Grand Prix Finals.                

[size=100%]Perlawanan badminton mula dipertandingkan di Sukan Komenwell pada tahun 1966 di Kingston Jamaica. Selepas menjadi acara demonstrasi di Sukan Olimpik Munich tahun 1972, acara badminton secara rasminya dipertandingkan sebagai salah satu acara sukan di Sukan Olimpik Barcelona 1992.

               
                                               
[size=100%]Permainan badminton dahulunya dikenali sebagai bulu tangkis merupakan satu permainan gelanggang yang menggunakan raket dan amat popular diMalaysia. Di Indonesia istilah bulu tangkis masih digunakan. Ia boleh dimainkan secara individu mahupun beregu.
[size=100%]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 18-6-2010 02:40 PM | Show all posts
Post Last Edit by ambok at 18-6-2010 14:42

[size=100%]Gelanggang

[size=100%]


[size=100%]

                                Gelanggang badminton mempunyai panjang 13.40 meter dan lebar 6.10meter. Setiap gelanggang digarisi dengan garisan servis panjang,garisan luar ganda, garisan tengah, garisan servis pendek dan net yangberukuran 1.55 meter tinggi.

               
               

                                Gelanggang badminton untuk permainan individu berbeza dengan permainanberegu. Untuk permainan individu garisan luar tidak dikira jikashuttlecock jatuh diluar garisan kedua dalam maka ia dianggap keluar.Dalam permainan beregu pula garisan luar dikira jika servis shuttlecockjatuh di luar garisan servis panjang dikira keluar atau long.


               
               
               

                                                              

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-6-2010 02:43 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-6-2010 02:46 PM | Show all posts
bagi memantapkan pencapaian sukan badminton negara di peringkat olimpik dan piala Thomas, kerajaan telah mengeluarkan dana yang agak tinggi

RM24 juta ubah landskap  badminton

PERUNTUKAN awal RM24 juta oleh Kerajaan Persekutuan bakalmengubah landskap badminton negara apabila penubuhan Akademi BadmintonMalaysiamula ditubuhkan tahun ini.

Perancangan awal penubuhan akademi yang dikatakanakan digunakanuntuk program ‘Road to London 2012’ tertangguh selama hampir dua tahunakibat isu pemilikan tanah - tapak asal di Cheras sudah terlerai apabilakerajaan menawarkan tapak baru iaitu di Jalan Chocrane dan Jalan Duta.




Persatuan Badminton Malaysia (BAM) menerusi PengerusiJawatankuasa Bangunan dan Kemudahan, Datuk Syed Abu Bakar Abdullahberkata, BAM sudah memutuskan untuk membina akademi itu di atas bekastapak perumahan kerajaan seluas lapan ekar di Jalan Cochrane, Cheras.


Beliau yang dilantik sebagai pengurus projek terbabit oleh Presiden BAM,Datuk Mohd Nadzmi Salleh memberitahu jawatankuasa projek itusudah dibentuk dan akan mengadakan mesyuarat pertama minggu depan.



“Kita sedar objektif utama projek ini adalah untuk program ‘Roadto London 2012’ tapi agak sukar untuk kita capai sasaran itu dalammasa tidak sampai dua tahun. Bagaimanapun kami komited dengan projek inidan saya sudah membuat cadangan supaya mesyuarat pertamajawatankuasa projek ini diadakan minggu depan,” kata Syed Abu Bakar.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-6-2010 03:05 PM | Show all posts
Hero Malaysia Di All England 2010 , All England Edisi ke 100


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-6-2010 03:11 PM | Show all posts
Baju Team Malaysia

  

Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 18-6-2010 03:15 PM | Show all posts
lagi baju team Malaysia dan Team Indon

      
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-6-2010 03:16 PM | Show all posts
Post Last Edit by ambok at 18-6-2010 15:18

tak ketinggalan baju negara china yg ditaja Li Ning



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 18-6-2010 03:21 PM | Show all posts
pasukan korea ditaja oleh Victor






Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-6-2010 03:38 PM | Show all posts
smash record holder



TBH record smash record breaking poster by Yonex


5. Certificate he was holding

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2010 07:17 PM | Show all posts
umah baru
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2010 08:22 PM | Show all posts
rumah baru ... yeaaaayyy
budak tecit ... sila baca doa selamat ...jgn baca  doa makan ekkk

thank you ambok .... penuh berinformasi gitu ....
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2010 08:32 PM | Show all posts
KENALI SUKAN BADMINTON

Sejarah

Permainan badminton sudah lama wujud sekitar dua ribu tahun lalu. Permainan ini dikenali sebagai Battledore dan Shuttlecock yang mula dimainkan pada zaman Yunani kuno, India dan China

ambok Post at 18-6-2010 14:35



smlm aku tengok variety show korea .... ada sebut pasal badminton asal dari india ....
aku siap kutuk lagi mamat yg cakap tu ..rupanye betul ekkk

tapi aku rasa sedih sikit .... masa nickhun (budak 2PM comel yg main badminton ngan yong dae oppa dulu tu) cakap dia suka main badminton, ada sorang host pompuan tu gelak ....sakit jiwa aku ...nickhun pun nampak cam terperanjat je

hopefully grand slam kat korea next year akan educate rakyat dia tentang sukan badminton yg dimainkan oleh professional ...
aku rasa minah tu gelak sbb dia bayangkan yg dok main pukul2 depan umah tu ....
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2010 08:39 PM | Show all posts
korang ... result SUKMA jgn lupa belek2 ....

http://jk.sukma2010.com.my/RS201 ... p;fid=2&gtype=K

tadi final tuk individual event ....

akhirnye arif berjaya kalah kan chong wei feng di final MS ....
rasanye inilah result terbaik arif dlm 2 tahun ni kot ...

WS : tee jing yi
MD : teo kok siang/tan wee kiong
WD : ng hui lin/ng hui ern
XD : vountus/ marylen

congratulations
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-6-2010 08:46 PM | Show all posts
Post Last Edit by ambok at 10-7-2010 02:09

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-6-2010 08:56 PM | Show all posts
adui..datuk dah kalah ler
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 18-6-2010 08:57 PM | Show all posts
sony adalah antara pemain yg kerap kali juga mengecewakan datuk lcw

Sony KUNCORO [7][INA]
-
[MAS] Chong Wei LEE [1]
7-21 21-19 21-150:55
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-6-2010 08:58 PM | Show all posts
esok takde sorang pun pemain malaysia yg akan beraksi utk semi final singapore ss....esok takleh tengok pemain kita beraksi
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-6-2010 08:59 PM | Show all posts
layan bola la dulu..germany sedang ketinggalan skrg...
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2010 09:27 PM | Show all posts
Reply 19# ambok


datuk kalah ..germany pun kalah ...


aishhhh .... ni kali ke-3 ke datuk kalah ngan sony???
takpelah .... yg penting world championship tahun ni ...datuk ganbatte!!!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 10:13 PM GMT+8 , Processed in 0.081568 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list