CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2133|Reply: 3

Dilema antara KERJA & BISNES...

[Copy link]
Post time 23-6-2010 02:39 AM | Show all posts |Read mode
Salam,

Terima kasih aku ucapkan pada anda yang buka thread saya ni. Tak tahu nak borak ngan sapa soal ni. Cuba nak sembang ngan member tapi mcm sukar sangat. Jadi mengambil jalan lain, ialah berkongsi story saya ni dengan stangers. Iaitu anda yang tengah membaca sekarang. Ok, aku cerita dari mula ya.

Aku abis belajar di sebuah IPTA tempatan dalam bidang Keusahawan. Bapak aku penah tanya aku masa aku mula2 amik kos nih, dia cakap nanti kerja nak jadi apa? Aku cakap, jadi apa lagi kalau bukan jadi usahawan. Kalau anda tengok report card aku dari zaman sekolah menengah (zaman sekolah rendah nk jadi doktor kononnya) . Bahagian cita2 tertulis USAHAWAN. Memang itulah yang menjadi matlamat aku.

Lepas je abis stadi. Aku kerja kejap kat CIMB as personal loan advisor. Sekejap jer aku kat sini sbb job ni perlu aku running merata tempat n aku xder transport. Aku keja pun mmg rasa malas gila sbb ni bukan keja yg aku nak. Dalam malas2 tu aku buat jugalah tanggungjawab aku. Dah nama makan gaji ngan orang. At the last, aku berenti. Tapi aku close sales 100k. Ramai member keja pertikai tindakan aku walhal aku blh buat sale. Aku bagitau, ni bukan apa yang aku mahu. Aku tak suka keja makan gaji dan ikut arahan. Malas sangat.

Aku suka bisnes yang konsep Mentor-Mentee. Sebabnya mudah jer. Sebab pengalaman aku tak banyak. Sikit jer. Nak bukak bisnes, semua orang boleh bukak. Tapi yg nak berjaya tu sikit jer. Salah seorang CEO yg aku kenal pernah ckp pd aku, dari 10 orang yang join bisnes. 9 orang akan fail 5 tahun pertama. Oleh sbb pengalaman yg aku rasa x cukup walaupun aku dah kutip di U dulu. Aku still rasa x cukup. Aku perlukan ilmu yg hands on. Kebetulan plak PUNB tgh cari Siswazah Perantis PUNB. Aku register n pass exam.

6 bulan aku dilatih dengan konsep Mentor-Mentee. Aku dapat training kat kilang produce n export palm oil. CEO ni yg kawan mak aku tadi. Tapi aku xdpt layanan istimewa pun ya. Dan aku hanya berpeluang utk berckp ngan CEO pada hari pertama dan hari terakhir aku disana. Mcm2 aku lalui kat sini dari dept HR & Admin, Marketing, Finance, Production, Quality, Warehouse and Engineering. Bayangkanlah apa yg telah aku sumbat dalam kepala otak aku nih. Sampai satu tahap, aku dpt hypertension. Tapi alhamdulillah aku tabah n habis gak setelah 6 bulan. Dalam 6 bulan ni jugak aku pergi kursus buat RP n masuk kursus BTN.

Setelah habis. Aku buat keputusan utk buat bisnes Trading. Memang ilmu yg aku dpt kat kilang tu pun byk berkaitan trading. Aku lebih menumpukan utk pasaran local jelah. Al-maklum masih baru. Aku pun join satu company yang dah running biz Frozen Food. Company ni pun offer utk jadi distributor kawasan. Aku pun rasa ni peluang aku. Terus aku apply dan hari kursus induksi dan penyediaan RP. Alhamdulillah aku dah abis pun kursus nih. Selepas semua ni, aku nak minta guidance dr company tu nk join diorang as distributor. Sekali company tu minta deposit 5k. Pkr ni normal lah nk wat biz. Utk tunjukkan komitmen. Diorang pun boleh tolong aku siapkan RP dan minta pinjaman pada bank. Dengan syarat sediakan 5k.

Aku pun down skit sbb manalah aku sbg fresh grad ada 5k. Sbb nk sgt perkara ni jadi kenyataan. Aku minta pinjam ngan bapak aku around 5k. So dia setuju. Aku lega sgt bapak aku memahami aku. Dalam masa tuh, aku menunggu sijil aku dikeluarkan sbb dgn ada sijil tu. Baru pihak bank percaya aku ada usahasama dgn company frozen food nih. Tunggu punya tunggu masih tak sampai2.

Dalam masa menunggu tu. Aku menganggur lah. Hidup ngan duit elaun aku masa training yg makin nk abis. Time nih, ayah aku dah ragu2 ngan haluan yg aku pilih. Aku pun berkali kali menyakinkan dia yg biz ni bukannya mudah dan semuanya nk cepat. Ayah aku pun push cari kerja sbb dia tak nmpk biz aku leh bukak dlm masa 2-3 bulan lagi. Aku pun oklah, carilah kerja. Dalam cari punya cari. Kebetulan member ayah aku yg keje bank bagitau bank sekarang tgh cari orang utk position Financial Exec. Bank nk cari org yg ada experience dlm sale. Aku plak dah mmg ada experience, so bapak aku soh update resume. Bbrp hari pastu. Aku interview n aku kemungkinan besar dpt job nih. Sekarang baru ckp mulut aku dpt sebab LO aku x dpt lagi. So x berani nk ckp 100% aku dpt job tu.

Dalam kepala aku, aku ckp. Aku nk keja sampai aku dpt sijil n nk open biz. Tapi lain plak dr pihak ayah aku. Dia look happy sangat aku dpt job ni sbb dia kata bukan senang nk dpt. Masa news aku dpt job ni. Parent aku gi bercuti. Aku kat rumah.Mak aku plak bagitau yg ayah aku excited sgt aku dpt keja sampai call member2 dia masa dlm percutian tu.

Aku tergamam!

Aku terkejut ngan reaksi bapak aku. Tiba2 wujud rasa bersalah. Takkan aku nk keja 3 bulan jer pastu berenti. Aku dpt job ni pun sbb bapak aku. Dan bank yg aku kerja ni ada bank yg sama dengan bapak aku kerja! Cuma x dpt tempat yg samalah. So, kalau aku buat onar atau performance teruk ker. Mmg abis nama bapak aku. AduhhhhhhhHhhh. Stress gila aku. Lps aku dpt call dr HR. Aku terima msj macam ni dari bapak aku. "Sekarang kamu dah ada karier sendiri, dah stabil nnt kalau nk terus buat biz terpulanglah". Jadi, bapak aku nk aku keja sampai aku stabil dulu baru pikir hal biz.

Aku x tahu apa nk ckp. Mmg dalam dilema diantara mengejar cita2 dan impian aku nk jadi bisnesmen dan nak jaga hati dan harga diri bapak aku. Aku bukanlah nak kaya cam Syed Mohktar dan Bill Gates. Mula2 ni aku juz nak financial freedom. Byk pkr aku nk setel ngan duit ni. Antaranya aku nak setel loan PTPTN masa kat kolej dan masa kat IPTA aku wat loan ngan bapak aku jer. Rupa2nya duit yg aku pinjam tu adalah duit tabung haji mak aku. Dlm 10k. Parent aku lak dlm jadual gi haji dlm 2012. So aku kene setel sebelom 2012. Nk harap aku byr balik ngan keje makan gaji? Harapanlah aku ckp. Umur aku pun dah masuk 25. Nak gak pakai keta dan bersosial. Nak gak beli pakaian. Nak gak mendirikan rumah tangga. Mmg x cukup kalau aku makan gaji n nk kasi balik 10 k dlm masa setahun lebih.

Stress aku pikirkan hal nih. Bulan Julai aku dijangka start keja. Tunggu LO n panggilan je. Dalam kepala aku, aku nk keja setahun jer. aku nk saving dlm 3k utk tabung haji mak aku. dan 7k lagi masa aku wat biz nnt dlm 2011. Sapa ada nasihat atau idea. Leh jer bagitau aku ya. Kongsi2 idea. Aku nak nasihat yg membina dan idea yg bernas. Aku sangat-sangat-sangat hargai kerana sudi luangkan masa ko untuk baca problem aku yg taklah besar macam masalah negara ni. Terima kasih aku ucapkan...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-6-2010 01:56 PM | Show all posts
errrrrrr pjgnya
terus terang jer ngan bapak ko..
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2010 02:38 PM | Show all posts
pnjgnyaa..kesimpulanya ko confius la ni nk kerja or bisnes?huhu
apa kata ko wat 2-2 je..keje sambil bisnes..agak2 bisnes tu dh makin maju..baru la ko berenti keje..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-6-2010 07:18 PM | Show all posts
panjang lagi. tapi aku sendiri serabut. huhu. terus terang dah. tapi diam jer. aku pun skrg pokai giler. kalau ckp brp duit aku ada, boleh bukak aib aku depan org ramai. wat masa ni lps discuss, aku akan buat 2-2 skali. tapi mak aku yg handle. tapi, aku ni jenis x suka wat biz n kerja yg ada related family. mcm biz tu, kalau ada sumthing  x kena dlm biz takkan aku nk sound mak aku. agak sukar aku nk be professional...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Cinta & Perhubungan


ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-6-2024 05:41 AM GMT+8 , Processed in 0.726058 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list