CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3755|Reply: 2

banjir kat china semakin buruk!!

[Copy link]
Post time 23-6-2010 05:56 AM | Show all posts |Read mode
Banjir di China makin buruk

KILAT menyambar puncak sebuah bangunan di bandar Foshan di wilayah Guangdong di selatan China, kelmarin. Kawasan berkenaan dilanda musim hujan yang terburuk dalam sejarah, dengan 68,000 orang dipaksa meninggalkan kediaman mereka. – AP



BEIJING 22 Jun – Paras air sebatang sungai di selatan China telah melimpahi tebing dan mengancam nyawa 145,000 penduduk sekitar ketika hujan lebat berterusan di kawasan itu.

Sungai Fu di wilayah Jiangxi melimpahi tebing lewat semalam dan mengancam bandar Fuzhou yang terletak berdekatan, dengan pegawai-pegawai kerajaan bergelut membaiki kebocoran dan memindahkan penduduk ke tebing Changkai menggunakan beg pasir dan bahan lain.

Kira-kira 35,000 orang telah dipindahkan ke tempat selamat, manakala 1,200 yang lain dibawa keluar dari kawasan banjir.

Angka korban akibat hujan lebat di selatan China sejak minggu lalu, setakat ini meningkat kepada sekurang-kurangnya 199 nyawa dengan 123 penduduk lagi dilaporkan masih hilang akibat sungai melimpahi tebing dan tanah runtuh yang merosakkan jalan raya dan landasan kereta api, demikian menurut kenyataan Kementerian Hal Ehwal Sivil, semalam.

Di Guangxi, pegawai bimbang sebilangan daripada beratus-ratus empangan dengan masalah pembinaan akan musnah akibat jumlah air yang banyak.

Wilayah dan kawasan paling teruk terjejas adalah Fujian, Jiangxi, Hunan, Guangdong, Sichuan, Guizhou dan Guangxi, setelah beberapa wilayah tersebut dilanda kemarau panjang beberapa bulan sebelum ini.

Hujung minggu lalu, Perdana Menteri Wen Jiabao melawat petugas penyelamat dan penduduk yang dipindahkan dari Guangxi, dan menegaskan bahawa semua usaha sedang dijalankan untuk menangani bencana alam ini. – REUTE
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 23-6-2010 06:13 AM | Show all posts
Ribuan pindah di China


GAMBAR menunjukkan banjir yang melanda sebatang jalan raya di Fuzhou, selatan China semalam.





BEIJING - Hujan lebat menyebabkan sebuah tambak runtuh di selatan China sekali gus menyebabkan 88,000 orang terpaksa dipindahkan. Keadaan ini mendorong beberapa pemimpin tertinggi China mengeluarkan arahan agar operasi menyelamat dilakukan dengan segera.

Agensi berita Xinhua melaporkan, banjir memecahkan tambak di Sungai Fu di Chungkai, Jiangxi kelmarin sehingga memaksa beberapa penduduk berpindah dari rumah mereka. Menurut agensi berita itu, setakat ini tiada kemalangan jiwa dilaporkan berlaku.

Ribut yang melanda selatan China lebih dari seminggu itu mengorbankan sekurang-kurangnya 199 orang dan 123 orang lagi masih hilang. - AP
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-6-2010 03:11 AM | Show all posts
Friday June 25, 2010

Death toll in China flooding climbs to 377

BEIJING (AP) - The death toll from storms that have pounded southern China for more than a week has climbed to 377, the government said Friday.

The toll is expected to rise as 142 people are missing and more rain is expected, according to the China Meteorological Administration website. That threatens to hamper rescue efforts that have seen 4.4 million people evacuated from their homes.

The death toll climbed from 211 in the past two days as heavy rains fell in the southern regions of Guizhou, Hunan, Jiangxi, Zhejiang, Fujian and Guangxi, the State Flood Control and Drought Relief Headquarters said on its website.

The government says the flooding has caused about $11 billion in damages.

Workers and soldiers began repairing two breaches along the Fuhe river near Fuzhou city in Jiangxi province on Friday, said a report posted on the Jiangxi Flood Control Headquarters website, days after it overflowed its banks and a dike on another portion of the river burst, forcing the evacuation of 100,000 people.

Thousands of soldiers and workers transported stones and sandbags to block and redirect water, with the goal of patching up the breach within the next week, the official Xinhua News Agency reported.

Chinese Premier Wen Jiabao visited Fuzhou to rally rescuers and comfort victims, wearing galoshes and wading through floodwaters in the disaster area, according to footage aired on China Central Television.

Storms have pounded southern China for more than a week, collapsing 368,000 houses, as landslides have cut off transportation and rivers and reservoirs have overflowed.

China sustains major flooding annually along the mighty Yangtze and other major rivers, but this year's floods have been especially heavy, spreading across 10 provinces and regions in the south and along the eastern coast.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 10:11 PM GMT+8 , Processed in 0.142297 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list