CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: hazel23

berniaga - antara semangat dan modal

[Copy link]
Post time 17-4-2012 10:05 AM | Show all posts
Post Last Edit by PerintisDidik at 17-4-2012 10:24

Bile baca ruangan ni, saya pun nak berkongsi gak le ttg perniagaan yg saya buat ni. Huh.. memang perit gak tp alhamdullilah, dari tarikh hari ni, pusat tuisyen kendalian saya dah berumur hampir dua tahun. Bulan Julai ni genap dua tahun.

Ntah mana datang semangat saya untuk berniaga. Niat tu dtg ngan sendiri tanpa dirancang rapi. Ibarat masuk perangkap buatan sendiri. Masa tu saya baru usia 27-28 tahun. Tak pernah ada pengalaman niaga sebab lepas grad terus bekerja makan gaji. Cuma berbekalkan sedikit pengalaman ketika menjadi guru tuisyen semasa belajar dulu2 dan minat mendalam dalam industri pendidikan.

Perit??? Huhu.. memang perit! Siang 8.00 - 6.00 saya makan gaji syarikat swasta (tau2 je le swasta ni kerja memang banyak dan kena komited) lepas tu saya berlari ke kedai plak untuk buka tuisyen dalam 7.30 - 10.30 malam. Setiap hari... kecuali Sabtu Ahad.

Modal saya kecik je time tu, saya buat pinjaman dgn bank. Semua urusan saya buat sendiri. Renovate kedai, cari perabot, cari guru, cari pelajar, pentadbiran, promosi, online marketing, design brochure, signboard, update FB dan website dan sebagainya. Nasib baik le saya ni suka bab2 graphic and creative, semua buat sendiri yer! Saya sorang2 dan ditemani adik saya. Sekarang adik saya sambung belajar tinggal saya sorang2. Hehehe.. Saya penah hampir menangis call mak sebab buntu sebab dah terperangkap buat benda ni dan saya tanya mak perlu tak saya cari member/share partner utk kongsi suka duka saya meniaga ni. Mak saya pesan 'JANGAN'. Buat sorang-sorang. Disebabkan mak saya kata begitu, saya akur. Saya yakin ada sebabnya. Tuhan tu mmg maha mengetahui. Nasib baik saya buat sorang2. Kawan2 yang boleh dikatakan rapat pun sebenarnya tidaklah membantu sangat. Segelintir sahaja yg kuat bagi dorongan. Kena plak org yang saya aim sebagai partner rupanya tak boleh diharap. Benar kata mak saya! Buat lah sorang2 sebab kuasa 100% terletak di tangan kita. Agak2 bila bisnes dah besar barulah boleh cari share partner. Tapi kalau untung setakat seribu dua, baik tanggung sorang dulu.. tanak jadi isu dan gaduh2. (Mak saya hanyalah ibu tunggal dan besarkan kami 11 beradik dengan menoreh getah, dia bukan le usahawan ke apa.. Huhu.. )

Saya penah menangis, saya penah salahkan diri kenapa saya 'gedik' nak meniaga?? tak cukup ke makan gaji? (terus saya terfikir dulu saya penah tanam nekad tanak meniaga just nak makan gaji. Kenapa nak menyusahkan diri meniaga, makan gaji kan senang) Tapi sebab nasi da jadi bubur, saya tetap kena teruskan. Saya kena tepis kata2 orang, orang melayu meniaga setakat setahun dua. Saya tak nak jadi golongan tu. Saya cekalkan hati saya. Saya cuba minimisekan sebanyak mungkin penggunaan duit. Tapi tu tak bermakna saya kedekut, saya masih enjoy lagi dengan hidup saya beli itu dan ini. Semua tu saya anggap sebagai rewards untuk penat lelah saya. Tapi berpada2 le dan semua bayaran seperti gaji pekerja, sewa kedai, maintenance, sewa umah kereta dah dibayar:-D

Alhamdullilah, bermula dengan dua pelajar sahaja (tu pun saya rasa parents tersebut simpati ngan saya dan cuba menyokong saya sbb tu hantar anak dia darjah dua dan lima) then ditambah dengan sokongan rakan sekerja dia turut hantar anak dia (saya ingat lagi wajah anak dia monyok and mcm memberontak time daftar sbb tanak tuisyen kat sini sebab takde kawan-kawan). Saya bagi yang terbaik untuk mereka. Dari bulan ke bulan, saya improve segala kelemahan dan kekurangan perkhidmatan saya hingga kini pelajar saya makin bertambah dan bertambah sampai pada satu tahap saya terpaksa menolak beberapa permintaan pelajar dari tahap lain sebab saya ingin bagi perhatian kepada pelajar-pelajar kesayangan saya ni yang nak menduduki UPSR, PMR dan SPM. Ditambah dengan jumlah kelas yg tak cukup jadi saya kena 'ukur baju dibadan sendiri'. Jangan tamak. Insyaallah saya takkan hampakan permintaan pelajar dan ibubapa.. Kena fikir ni macam mana untuk tidak menolak permintaan diorang.

Perniagaan saya ni ada pasang surutnya, saya sangat takut masa cuti sekolah. Tapi saya yakin, saya kena sentiasa buat pembaharuan agar waktu cuti sekolah tidak disia2kan. Saya kena kreatif seperti mewujudkan kelas2 bukan berasaskan akademik semata2. Saya cuba wujudkan program2 yg berfaedah yg boleh bantu anak2 pelajar saya untuk lebih berdikari dan mampu berdiri atas kaki sendiri.

Sampai sekarang, saya masih run bisnes saya sorang2 just ditemani dengan guru2 yang setia dgn saya, yg memahami kedudukan saya. Saya korbankan cuti saya (mak saya kat kampung nasib baik paham:-) saya korban masa enjoy saya ( ye le time umur begini mesti nak bercuti la, nak lepak2 berjalan lah dll). Saya lebih suka buat kajian tentang perniagaan saya, cari ilham di Internet dan kedai buku, kutip sebanyak mungkin formula2 daripada otai2 dan sebagainya.

Saya tanak berada di zon selesa. Saya kena perbaiki dan tingkatkan perkhidmatan saya. Pelajar saya adalah keutamaan saya. Alhamdullilah, bekas-bekas pelajar saya selalu merindui kenangan diorang semasa belajar kat situ. Pelajar yang monyok tu pun bila update dlm FB selalu duk kata rindu bagai.. sampai bergaduh ngan kawan2 kononnya dialah pelajar mula2 yang belajar kat situ. Berebut nak jadi pioneer katanya. Itulah pusat tuisyen saya. Hehehehe...

Actually, banyak lagi nak bercerita tapi takut bosan lak... Huh.. bab2 penat lelah tu memang tak mampu nak diterjemahkan.. Perniagaan saya ni operation cuma dua jam sehari, saya terbayang perniagaan lain yang lagi heavy dan mempunyai risiko, saya doakan kawan2 yang berniaga, kita kuatkan semangat dan tanam motivasi positif supaya perniagaan kita terus maju dan berjaya. Hehe.. Sekarang ni saya tgh buat research untuk mewujudkan jaringan perniagaan baru plak:-) Insyaallah nnt kita kongsi sama2.

Jemputlah lawat website tuisyen saya di www.perintisdidik.com. Mentransformasi Generasi Cerdik Pandai:-) Just simple website, tak mampu lagi nak buat yang hebat2.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-5-2012 10:35 AM | Show all posts
Reply 101# PerintisDidik

ingat baik2 pesan ibu tu.... tak payah laa partner2... cuba buat sendiri...
kalau ada partner... expectation susah nak calibrate... nanti jadi tak tenteram   

tahniah dan selamat maju jaya.......
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2012 12:41 AM | Show all posts
antara semangat dan modal...bagi aq perlu seiring!!jika tiada semangat malapla perniagaan..jika tiada modal matila perniagaan tapi apa yang penting semangat harus kuat kerana ia akan menggerakkan kita untuk mencari modal....
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2012 08:59 AM | Show all posts
moga2 aku pn dpt harungi setiap halangan dgn sabar dan tabah...
walau modal ciput...berkat semanagt yg tiggi..aku teruskan juga...
pejam celik, pejam celik..aku xsgke aku dpt bertahan 2 taun dah...
even perit n byk dugaan....
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2012 06:23 PM | Show all posts
Reply 101# PerintisDidik

First, syabas di atas usaha anda!

   Cikgu, saya ada soalan (sambil angkat tangan). Laman web cikgu cantik. Tapi kalau pakai Wordpress/Joomla/Drupal, lagi banyak plugin dan fungsi yang boleh digunakan. Sebagai contoh, Plug-in macam Jadual Waktu atau 'Event Calender' boleh memudahkan ibu-bapa mengetahui/memantau sistem pembelajaran anak-anak mereka.
   Untuk mempromosikan aktiviti/program tambahan ketika cuti sekolah, aktiviti/program itu boleh diisi ke dalam 'Event Calender' tu so parent akan aware bahawa pusat tuisyen cikgu ada menjalankan aktiviti ketika musim cuti itu.

   Cadangan lain : Untuk menjimatkan kos, sesetengah pusat tuisyen menyediakan sistem di mana pelajar boleh log in dan memuat turun nota tambahannya sendiri untuk dicetak. Contohnya bank contoh kertas ujian untuk latih tubi. Jimatkan kos dalam industri pendidikan bukanlah bermaksud UNTUNG tetapi kos yang dikurangkan itu akan disalurkan kepada dana untuk meningkatkan kualiti pusat tuisyen cikgu.

    Pada pendapat saya, platform Joomla lebih mudah untuk cikgu belajar dan gunakan. Interface tak santik pun tak pa, asalkan laman web itu membawa faedah.

Hope pandangan ini membantu.
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2012 12:38 AM | Show all posts
Saya pulak selalu hilang semangat bila terlampau ramai peniaga yg jual brg yg sy nk jual tu. Try la nk jual brg2 yg x ramai org jual..tp mesti ada jugak peniaga yg sama. So rasa semangat tu pudar sket sb sy akan tnya2..bole laku ke brg tu.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 21-5-2012 08:34 AM | Show all posts
Saya pulak selalu hilang semangat bila terlampau ramai peniaga yg jual brg yg sy nk jual tu. Try la  ...
melaura Post at 20-5-2012 00:38



   kena yakin yang rezeki itu Allah yang beri. Janji Allah itu benar..... jika usaha, insyaallah rezeki akan datang..
berniaga ni kena ada ilmu. Ilmu tak pernah berkurang. belajarlah cara2 bersaing dengan lebih kompetitif. Saya percaya jika harga yang ditawarkan adalah munasabah, pelanggan akan sanggup berhabis asalkan pelanggan happy dgn cara kita serve mereka.
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2012 12:35 PM | Show all posts
kos sara hidup di KL mmg mencabar......hubby keje gomen jo gaji rm 900.....ank 3 org smua dh skolah......hmmmm....dh tu tau bw moto je....

smua kat KL di dh cukup...perniagaan makanan, pakaian, dobi, topup.....smua dh ada.....

tetiba dtg idea nk start biz....tapi modal n tmpt la plak x de.......lalu lalang dpn umah.....hmmm...ada satu kedai kecik...tp ada org sewa wat letak brg pelamin....tmpt cantik dh....depan skolah n pejabat agama.....main road lak tu....

x pe cari suplier brg dulu.....ceyyy....tmpt n modal (cash) x de nie...nk loan mmg x lyk la....

2 bln slps itu....aikkkk...kedai dh kosong....semangat kembali b'kobar2....modal plk??.....try masuk brg kemas dlm ar-rahnu la.....tgk cukup tak wat modal (untung la ada brg kemas 2, 3 urat..

pegi tanya kedai lak.....ada syarikat produksi plak nk sewa, wat letak brg2 shooting.....alahai......pujuk punya pujuk...akhirnya....dpt jg....

alhamdullilah.....ALLAH SWT perkenankan doa aku.....niat nk cari duit utk ank2.....mmg jalan aku dipermudahkan.....berbekalkan semangat n modal yg cukup2 je......terbangun la sebuah perniagaan yg kecil.....cukup la buat duit belanja dapur n belanja skolah ank hari2..... mmg itu pun niat aku....aku bkn la nk meniaga smpai jadi jutawan pun.....

hari ni baru 7 bln biz aku berjalan.....kini hanya kutip keuntungan bersih je bln2....coz smua modal aku dah di tebus..... syukur alhamdulillah....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-5-2012 02:11 PM | Show all posts
Terasa kecil diri ini bila nak di bandingkan dngan mentor2 disini..
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2012 09:46 AM | Show all posts
Reply 109# julia5094


tu la....bile bace crite2 yg dah berjaya...selalu gak tanye diri sendiri...kenapa aku still xberjaya2 lagi....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-5-2012 10:26 AM | Show all posts
antara pepatah pepatih orang berjaya..

1. betulkan niat hendak berniaga - hendak jadi kaya? hendak hidup senang? hendak kawal waktu kerja sendiri? hendak jadi boss?...mmmmm..... so bila berniaga 20-30tahun tapi tak kaya, tak hidup senang, kerja 24jam, asyik kena marah dgn customer (yg jadi customer kita), maka hilanglah semangat...

cuba tukar niat berniaga.. cth... nak sumbang kpd ekonomi islam dgn bayar zakat perniagaan, hendak menolong keluarga yg susah, hendak ada masa utk solat dan beribadah yg lain (yelah actually solat masa waktu bekerja - kan waktu itu kita dibayar utk bekerja - mmm... susah juga nak keluar fatwa.. tapi kalau majikan tak redho... agak2 sendirilah) dan niat2 utk menjaga kebajikan akhirat kita

2. kalau nak berjaya - berkawan dengan orang yang sudah berjaya - krn mereka ikhlas utk  berkongsi ilmu - especially bagaimana hendak memulihkan semangat yang semakin pudar.. cuba cari thread belakang2 pasal "jatuh bangun susah senang jadi usahawan"

3. janganlah kalau dah sampai pantai, tengok laut... belum berenang dah tahu boleh lemas..

tu sikit2 jer pepatah pepatih...
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2012 01:20 PM | Show all posts
mmg bernas sekali apa yang diutarakan oleh hazel tu..apa yang penting niat yang kita pasang masa kita berniaga tu..niat saya dulu rasanya agak murni jugak la..(hu..hu..ada aura2 prasan sndiri ni)..tapi memmang betul..dengan gaji tak seberapa dan dgn ank2 kecil..mmg agak sukarjika sekadar makan gji je..sebab tu la..ikat perut semata2 nak kumpul duit buat modal..akhirnya daripada modal tak sampai Rm 200...saya teruskan berniaga..Mmg rezeki nk tu sntias ada..alhamdulillah..

Tapi saya ni jenis yang mudah selesa..bila ada pelanggan ramai sikit, saya mula leka..jd malas..tapi bila nampk pelanggan dh kurang, baru la terhegeh2 cari pelanggan baru..dok slalu mcm tu la selama 2 tahun ni..

Salah satu sebab, saya rasa tak ada sokongan..suami mmg tak ambil pot langsung apa yng say buat..tak ada nak bg pendapat @ ambil tahu tentang perniagaan saya..Apa yang saya nak buat supaya dia ada minat sikit nak tolong bagi idea dalm perniagaan ini..
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2012 01:32 PM | Show all posts
Reply 106# melaura


    Sama..salah satu faktor down...bukan sebab orang jual barng yang sama..tapi msalahnya, jual barang yng sma tak apa lagi..tapi setiap hari ada je yang jual lagi murah dari apa yng kita jul..saya sebelum jual barang..musti tengok harga yang biasa orang jual...mesti letak harg yang sama..bru l adil untuk penjual2 kat luar sana kn...ni kalau hari2 ada je yang sesuka hati turunkn hrga..last2..untung yang dpt tk setimpal dengan penant lelah dan kos barang...terpaksa cari brng lain untuk jual..biar berbeza dengan orang lain..

     Tapi harap2 semangat saya akan terus kental..ye la..hutang belajar pun tak hbis lagi ni..at least duit berniaga ni la yng saya buat bayar loan belajar, bagi mak dan top-up mana yang tak cukup bulan2..tak tau la kalau tak ada perniagaan ni..cuma sekarang ni masa terhad sgt...sebab2 anak2 dah masuk sekolah rendah..Balik kerja dah la lewat..nak kena masak, bagi makan anak2 dan bapak, nk kena gosok baju dan siapkn baju pg skolah dengan nursery...esoknya nak kena siapkan anak2 pegi skolah, ambik anak2 dari sekolah, hantar pg nursery...ambik dari nursery...fuh..teramatla letih!!!!
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2012 09:14 PM | Show all posts
Semangat kena kuat.. telinga tahan makian dari kaum keluarga pun kena kuat juga..
Ini mmg penting klu kau ni dah 3 ,4 kali gagal.. dan xpernah mengalah utk berusaha lagi..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-5-2012 11:51 AM | Show all posts
pernah jumpa satu tokoh usahawan.

Mula berniaga awal tahun 80an

1988 - bisnes jatuh buat kali pertama - terduduk lah kejap. Tapi  sebab ada anak2 - bersemangat bangun semula sehngga berjaya hingga dapat lesen import  barang masuk negara.

1998 - bisnes jatuh lagi buat kali ke 2- sebab euro naik mendadak. Kali ni betul2 terduduk. Tapi sebab committment dgn supplier dan customer - dan cepat2 cari modal tambahan.

2007 - dah boleh agak - bisnes akan jatuh - so cepat2 turun naik bank, cari fasiliti - simpan duit - buat segala plan - marketing plan, financial plan, cut cost ect ect ect - dan betul -
2008 beliau jatuh semula buat kali ke 3- tapi takdelah sampai terduduk macam kali ke-2.

2012 - beliau dah boleh tersenyum - sebab kejatuhan membuatkan beliau cekal semangat.

SO morale of the story - Jatuh bangun ni perkara biasa - tanyalah cina2 yg berjaya tu - pernah tak dorang jatuh? yg penting - apa nak buat masa bila jatuh.
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2012 02:48 AM | Show all posts
Reply 115# hazel23

kalau ikut trend tu... kena tunggu 2018 pulak..

kalu prepare dari sekarang... selamat laa tuuu...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 31-5-2012 09:02 AM | Show all posts
Reply 116# aarie


   ha ha -- 2018? i predict 2013!
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2012 02:46 AM | Show all posts
kalau dulu mmg saya risau betul part ni.. "NAK MENIAGA TAKDE MODAL"
Perlu risau ke sebenarnya? hehehe... sebenarnya banyak teknik nak meniaga tak perlu modal. Gunakan IQ kita. nanti..bila dah running.. modal yang datang gulik2 cari kita.. bank sana call. bank sini call suruh kita buat pinjaman ;)
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2012 06:48 AM | Show all posts
kalau dulu mmg saya risau betul part ni.. "NAK MENIAGA TAKDE MODAL"
Perlu risau ke sebena ...
elle_gogo Post at 2-6-2012 02:46



  mohon anda sudi share teknik.

Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2012 09:28 AM | Show all posts
spirit, capital, wisely, the fate of creative ideas that will make the business successful
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

23-4-2024 08:29 PM GMT+8 , Processed in 0.091476 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list