CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: dauswq

♡ Sejarah Kasih ~ Bab 19 (Terkini post 1/5/2015 stlh 5 tahun) ♡

  [Copy link]
 Author| Post time 13-7-2010 12:58 PM | Show all posts
Post Last Edit by dauswq at 13-7-2010 13:05

BAB 13: Imbasan kisah silam

Sarah membuka matanya secara perlahan-lahan. Badannya terbaring di atas katil. Di sebelahnya kelihatan seorang lelaki berpakaian doktor sedang menongkat dagu. Matanya tertutup rapat. Sebaik sahaja Sarah terjaga, Dr. Azmin yang duduk disampingnya merapati Sarah dan memegang erattangannya.

“Sarah,dah bangun? ,” kata Dr. Azmin kegembiraan.


“Siapa....siapa..siapaawak? ,” tanya Sarah kebingungan.


“Ini Azmin...takkan Sarah dah lupa ,” kata Dr. Azmin. Wajahnya tertimbul sedikit mimik kerisauan.Peluhnya jatuh menitis.


“Dr.Hamid...panggil Dr. Hamid ke mari, Florence,” arah Dr. Azmin kepada jururawat yang berdiri di hadapannya. Florence bergegas keluar selepas diarah oleh Dr. Azmin.


“Sarah,tunggu dulu ya. Abang pi jumpa Dr. Hamid dulu ,” kata Dr. Azmin lalu melepaskan tangannya dan beredar dari wad tersebut.


Dr. Azmin berjalan ke bilik Dr. Hamid, pakar otak dan neurologi Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM). Nampaknya tindakan Florence pantas mendapatkan Dr.Hamid. Dr. Hamid kelihatan berlari ke arah Dr. Azmin.


“Kenapa ni kau ? ,” tanya Dr. Hamid.


“Tolong brain scan Sarah...Aku rasa dia dah hilang ingatan, mungkin trauma akibat kematian kawan aku semalam..aku risau sangat...ker dia ada brain tumor? ,”pinta Dr. Azmin dengan nada yang gelisah.


“Okay...kau tunggu aku buat brain scan esok pagi...results dalam pukul 2 petang pas tu,” kata Dr. Hamid yang bersetuju dengan permintaan Dr. Azmin itu.


“Aku pi maklumkan kat Sarah.” Dr. Azmin gembira bukan kepalang.


Keesokan harinya, Sarah kelihatan sedang membaca senaskah majalah di wad pesakit. Pehanya ditutup kemas dengan selimut tebal.Bantal dilapik di belakang tubuhnya. Kadang kala dia ketawa membaca intipati artikel yang tertulis dalam majalah itu.


Dr.Azmin mengintai di sebalik langsir. Dia menunggu masa untuk membuat kejutan. Setelah selesai membaca, Sarah meletakkan majalah itu di atas meja di sebelahnya.


“Cak ,”sebut Dr. Azmin memunculkan dirinya.


“Azmin...yang semalam tu kan? ,” kata Sarah yang masih belum pasti mengecam wajah lelaki yang bertandang ke biliknya semalam.


“Nah,sejambak bunga ros khas yang ditempah khas untuk Sarah! ,” kata Dr. Azmin sambil Dia mengukir senyuman di bibirnya.


“Wah,Sarah suka sangat..terima kasih Azmin ,” kata Sarah yang gembira akan hadiah misteri Dr. Azmin itu.


“Kejap lagi Dr. Hamid akan buat pemeriksaan...Azmin bawa Sarah ke sana nanti ,” kata Dr. Azmin menerangkan tujuannya ke mari.

“Sarah rasa macam hilang ingatan..sebab Sarah tak dapat kecam abang Azmin, even dua kali datang semalam pun...Sarah masih ragu-ragu ,” keluh Sarah.


“Sarah rasa macam new bornbabies...memori Sarah sebelum ini sudah terhapus kesemuanya..Sarah tak dapat ingat...abang ada hubungan ker dengan Sarah? ,” kata Sarah lagi.


Dr. Azmin tersenyum. “Yup, nanti abang bagitahu pas Dr. Hamid check...Sarah jangan risau ,” terang Dr. Azmin.


Dr. Azmin menghulurkan kedua-dua belah tangannya untuk membimbing Sarah. Sarah dipimpin tangannya ke bilik Magnetic Resonance Imaging(MRI) untuk pemeriksaan otak.


“Tu Dr. Hamid....Sarah baring atas tilam tu...Nanti kami check otak ,” kata Dr. Azmin lalu membawa Sarah ke dalam bilik itu.


Lamunan Dr. Azmin terhenti apabila namanya dipanggil dengan lantang. Dr. Azmin sekarang berada di lapanganterbang Chesapeake, Virginia.


“Hello Mr. Azmin.... “ kata agen yang menguruskan penerbangan domestik itu.


“How? Do you find any available flight ticket?..Urgent ,” kata Dr. Azmin.


“Sorry sir. All the flights toMiami tonight have been cancelled due to bad weather .” Agen penerbangan itu menggelengkan kepalanya.

“The latest flight we can get for you is 10.00 am tomorrow. Otherwise, you have to wait till the second days after tomorrow....It is $358 plus with tax. But, you have to check in to Norfolk International Airport ,” terang agen itu lagi.


“Damn it.” Dr. Azmin melepaskan geramnya dengan menumbuk tiang di sebelahnya.Dia cuba untuk menenangkan dirinya.


“Okay, I purchase the ticket...the 10.00 am flight ,” kata Dr. Azmin lantas mengeluarkan kad debit Chase untuk diserahkan kepada agen itu. Setelah sahaja membuat pembayaran, dia segera ke zon letak kereta. Dr. Azmin menghidupkan enjin . Kereta dipandu laju ke Lapangan Antarabangsa Norfolk yang terletak 7 batu dari bandar Chesapeake.


“Sarah, abang dah jadi gila...abang khuatir...takut akan kehilanganmu ,” bisik hati kecil Dr. Azmin.Matanya kuyu memikirkan Sarah. Tangannya masih kekal memegang stereng.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-7-2010 02:04 PM | Show all posts
okay, dah selesai baca... Sarah hilang ingatan sbb x dpt nak tahan stress dgn kematian kwn Azmin?? adakah Hisyam org itu?? hmmmmm, makin byk speku speki yg akan keluar ni... aper2 pun, thanks for the pm & update soon!!
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2010 02:06 PM | Show all posts
kans.. macam jahat je Gilbert
dauswq Post at 12-7-2010 06:55 PM


motip ko nak join menyirap dgn kitorg?? ko yg writer nyer kan, so sukati la ko nak buat Gilbert tu betul2 insaf or tidak...
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2010 02:24 PM | Show all posts
Banyak puzzle.....NEXT please
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2010 08:35 PM | Show all posts
hisham dan hakimi ialah org yg sama....
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2010 08:50 PM | Show all posts
hisham & hakimi adik kembar...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-7-2010 09:47 PM | Show all posts
banyak da speku...
banyak kena rungkai
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2010 11:17 PM | Show all posts
aku rasa ar,,, sarah ngan azmin tak kahwin, sebab tu diorang tidur lain-lain bilik.
dia buat gitu sebab sarah nyanyuk,,,, sory,,,bahasa aku lembut sikit...
sebab aku geram dengan azmin ni,,,,

hakimi pulak dia cari prempuan yang buat abg dia merana dan meninggal,, dia tak tau bahawa sarah adalah orangnya.  kan..kan..kan...daus
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 14-7-2010 09:39 AM | Show all posts
aku rasa ar,,, sarah ngan azmin tak kahwin, sebab tu diorang tidur lain-lain bilik.
dia buat gitu s ...
wwannurr Post at 13-7-2010 23:17


azmin loyal key
jgn salah fhm
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-7-2010 09:39 AM | Show all posts
ari ni tak pasti nak rilis bab baru ke tak..
tgk dulu camne
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2010 10:08 AM | Show all posts
baru berkesempatan membaca.
tak macam 1st time menulis pun..
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2010 10:36 AM | Show all posts
ari ni tak pasti nak rilis bab baru ke tak..
tgk dulu camne
dauswq Post at 14-7-2010 09:39



    ala.... smbunglah...
    hilangkan rasa saspen kmi
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2010 12:54 AM | Show all posts
memang byk yg perlu dirungkaikan...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-7-2010 03:58 PM | Show all posts
baru berkesempatan membaca.
tak macam 1st time menulis pun..
rezal_khan Post at 14-7-2010 10:08


memang first-timer
gigih gak selak kamus dewan lama
ayat banyak berterabur


p/s: thx singgah kt snih
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-7-2010 04:00 PM | Show all posts
Post Last Edit by dauswq at 16-7-2010 02:12

BAB 14: Saat Genting


“Kita suami isteri ? Dah kahwin? Really? ,” kata Sarah ternyata gembira dengan pengakuan Dr. Azmin. Mereka sedang duduk di sebuah kafe yang terletak di bawah HUKM. Sarah menghirup teh tarik manakala Dr. Azmin memandang Sarah dengan penuh mesra.


“Sarah tak sangka....tapi naper Sarah tak dapat ingat kenangan kita yang dulu? ,”tanya Sarah terpinga-pinga. Sarah menggarukan kepalanya.


“Abang rasa Sarah dah hilang ingatan sebab kemalangan hari itu... Sarah perlu masa untuk kembalikan memori itu...kita tunggu esok results Dr. Hamid, tengok macammana dulu ,” kata Dr. Azmin. Dia mengukir senyuman.


“Sarah akur...Biarpun Sarah dah lupa abang..tapi Sarah yakin cinta yang akan menyatukan hati kita balik ,” kata Sarah lagi.


Memori lama kembali menjengah dalam ingatan Dr. Azmin. Dr. Azmin tidak dapat menahan sebak. Perasaan rindunya terhadap Sarah bergolak laksana belati yang merobek sanubarinya. Perit rasanya tanpa kehadiran Sarah di sini. Dirinya terasa terhuyung-hayang. Dr. Azmin memecut keretanya dengan laju.


Sementara itu, Gonzales sedang memantau Sarah manakala dua orang rakannya sedang tidur mati. Adakalanya bot bergoyang akibat penangan ombak laut yang bergelora. Dua rakannya itu mungkin mabuk laut dan terlelap, tambahan lagi mereka pun sudah kenyang menjamah daging panggang tadi.


“Gibbs was so late,” marah Gonzales sambil meneliti jam tangannya. Jam menunjukkan 9.50 pm.


“We supposed to get money tonight ,” kata Gonzales lagi.


Sekali sekala matanya tertumpu ke arah Sarah. Hati kecilnya berbisik, bilalah aku dapat peluang untuk meramasnya. Gonzales lebih mengutamakan habuan yang akan diperolehinya nanti berbanding gelora nafsunya yang kian membuak-buak. Maka,dia tidak menyentuh Sarah lagi malah jauh sekali untuk memperkosa wanita itu.


Tiba-tiba, satu sinaran cahaya datang dari pelusuk kiri bot memintas anak matanya . Gonzales agak terkejut dengan kehadiran cahaya misteri itu kerana bot mereka hanya berbekalkan lampu neon yang malap. Dia memandang ke arah sinaran cahaya itu dengan teliti dan tergerak untuk menjejaki sumbernya.


Gonzales mengejutkan dua orang rakannya itu. Timothi membuka matanya manakala Torres masih tidur lagi.


“Timothi, go and check , now ,”arah Gonzales.


Timothi berjalan menghampiri sumber cahaya itu. Kelibat Timothi hilang dari pandangan Gonzales sebaik sahaja dia melangkah ke sudut ‘blind spot’ bot itu. Mata Timothi melilau mencari sumber cahaya itu. Dia menghela nafas reda tatkala menyedari sumbernya adalah lampu suluh mereka yang terjatuh semasa bergelut dengan Sarah tadi. Belum sempat Timothi mendapatkan lampu suluh itu, tengkuknya dipukul dengan sebatang rod yang keras. Timothi jatuh rebah dan pengsan.


Menyedari akan bunyi paluan rod tersebut,Gonzales mengeluarkan sepucuk pistol Beretta 92 dari koceknya. Dia mengamati tempat Timothi diserang. Dia mengambil langkah berjaga-jaga dengan tidak terus berjalan ke arah lokasi serangan itu. Kerana tidak juga lelaki yang menyerang tadi memunculkan dirinya, Gonzales mengacukan pistolnya ke arah Sarah untuk mengugut lelaki itu keluar dari tempat persembunyiannya.


“Reveal yourself....Otherwise, I will kill this girl ,” pekik Gonzales.

Pistol ditodong tepat ke dahi Sarah. Sarah yang baru terjaga meronta-ronta melepaskan dirinya. Dia cuba melonggarkan ikatan dengan menggeselkan kedua-dua pergelangan tangannya berulangkali. Tetapi, usahanya tidak berhasil kerana ikatan yang dikenakan lebih ketat.Gonzales tersenyum melihat gelagat Sarah. Pisang tidak akan berbuah dua kali,fikir Gonzales.


Tetekkala Gonzales asyik memerhati Sarah, dia tidak sedar akan kelibat manusia yang mendekatinya dari kanan. Lelaki itu dengan sekilas sahaja mengencang tubuh Gonzales lantas Gonzales rebah tertiarap . Pistolnya pula terlepas dari pergelangan tangannya. Gonzales terbaring pitam.


Wajah lelaki yang memukul Gonzales itu remang-remang kerana kegelapan malam, tambah lagi mereka berada di tengah lautan yang kusam gelita melainkan lampu neon bot tersebut.


Tanpa mensia-siakan masa, lelaki itu berlari ke arah Sarah. Sarah terdiam. Tampaknya dia tahu akan identiti lelaki yang menghampirinya itu kendatipun matanya tertutup rapat. Isi hatinya kuat mengatakan lelaki itu ialah Hakimi. Sarah kembali tenang.


“Kimi?...Kimi ker ni? ,” tanya Sarah sambil mengalirkan air matanya. Ternyata redap hatinya jerih bersangga. Tidak tahan lagi Sarah untuk melepaskan rindunya pada sang kasih. Lebih-lebih lagi lelaki yang menyelamatkannya itu ialah Hakimi.


“Sarah.....” Hakimi memeluk Sarahlalu membuka kain yang menutup matanya. Gonzales bangun semula, cuba untuk mendapatkan pistolnya daripada cengkaman Hakimi. Dakapannya itu membuatkan Hakimi leka, tidak menyedari akan Gonzales yang sudah mengacukan pistolnya di belakang kepala Hakimi. Hakimi mengangkat kedua-dua belah tangannya tanda dia menyerah.


“Hey idiot...do you think you can beat me easily like that? ,” marah Gonzales. Jarinya pun sudah memetik picu pistol. Sarah menjerit dan meminta belas kasihan Gonzales untuk tidak melepaskan tembakan.


“Don’t do it...Please don’t doit..I beg you ,” pinta Sarah. Hakimi pula bergeming. Matanya mengerling ke arah pistol. Peluhnya pula jatuh menjurai, terasa bagaikan dididih.


“Gonzales, you got a sms from Gibbs.... but ,” jerit Torres yang baru bangun. Gonzales memandang ke belakang.


“What did he say? ,” tanya Gonzales.


“Gibbs can’t catch up us today since the marine corps do a patrol... ,” terang Torres.


“What the hell? ,” marah Gonzales, geram kerana mereka tidak dapat menjual Sarah seperti yang dirancang.


“Eh, who is he? ,” tanya Torres kehairanan.


“Just a trash...who came to save his beloved girl ,” ketawa Gonzales terbahak-bahak.


Melihat keadaan yang agak terkawal dan Gonzales yang leka berbual, Hakimi menaikkan tangan kirinya untuk mencengkam pistol Gonzales.


“Watch out, Gonzales ,” pekik Torres mengingatkan Gonzales tentang tindakbalas Hakimi.


Gonzales menoleh kepalanya semula ke depan. Namun, tindakan Hakimi yang pantas itu berjaya menepis pistol yang berada di tangan kanan Gonzales. Gonzales geram lantas mendepak dada Hakimi. Hakimi jatuh tersadung. Gonzales mengutip kembali pistol yang terlepas dari tangannya itu.


“Now you get it “ Gonzales melepaskan tembakan ke arah Hakimi.


Sarah terkejut. Dia mengenggam kepalanya. Kepalanya sakit seperti mengingati sesuatu.

“Bodoh...berlagak hero ,” kata dua penjahat dengan salah seorangnya memegang pistol. Pistol diacu tepat ke dada lelaki yang terbaring di atas lantai itu. Wajah lelaki itu masih samar dalam ingatan Sarah. Lelaki tersebut memandang Sarah. Mulutnya terkumat-kamit melafazkan sesuatu. Sarah mengerti. Air azimat keluar dari pucuk matanya. Dia menangis mendengar lafaz yang diucapkan oleh lelaki itu.


“Dah terlambat!! ,” ketawa penjahat tersebut lalu melepaskan das tembakan. Lelaki itu memuntahkan darah kerana momentum tembakan yang tepat didadanya. Sarah memejam matanya. Dia pitam.


Tembakan ke atas Hakimi menyebabkan Sarah mengimbau kembali kenangan yang hanyut dari kamus memorinya. Sama seperti keadaan yang berlaku dalam kotak ingatannya. Matanya tertumpu ke arah Hakimi yang berlumuran darah.

Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2010 04:35 PM | Show all posts
memang first-timer
gigih gak selak kamus dewan lama
ayat banyak berterabur

...
dauswq Post at 15-7-2010 15:58


bagus guna ayat lama lama..sebab org tak guna sgt..so ayat ayat tu boleh dipopularkan balik.
   
kalo sempat..memang nak round semua rumah..tapi apa leh buat.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-7-2010 04:44 PM | Show all posts
tq... 4 d n3
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2010 04:45 PM | Show all posts
oh no...
xkn hakimi mati..
sapa nk selamatkan sarah
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2010 04:47 PM | Show all posts
hakimi tu........ada kaitan dgn kenangan lama sarah ke???
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-7-2010 04:53 PM | Show all posts
oh no...
xkn hakimi mati..
sapa nk selamatkan sarah
amandaatika Post at 15-7-2010 16:45


semoga ada keajaiban berlaku

jika tak, nangis berjemaah ler
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 03:54 AM GMT+8 , Processed in 0.079194 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list