CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: dauswq

♡ Sejarah Kasih ~ Bab 19 (Terkini post 1/5/2015 stlh 5 tahun) ♡

  [Copy link]
Post time 18-7-2010 12:00 PM | Show all posts
next..next...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 18-7-2010 12:03 PM | Show all posts
Reply 421# wwannurr

tak start lagi tulis
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-7-2010 12:04 PM | Show all posts
motip polis lmbt bertindak?? aku ingat kan gonzales dah mampus kena tembak polis... wakakakaka ~~  ...
rukiaichigo Post at 17-7-2010 20:30


hehe
jap lagi dtg la tu klu ade
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-7-2010 12:05 PM | Show all posts
bukan gonzales dan kuncu2 nye diikat ker??
sempat lagi nak bercanda diorg nih
kot ye pon cepa ...
Kia_picanto Post at 18-7-2010 04:57


rilis tension katenye
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2010 12:22 PM | Show all posts
Reply  amandaatika


cinta 3 segi amin,hakimi & sarah
rasanya azmin main kotor ni nak dptkan sa ...
pizza88 Post at 18-7-2010 11:55


pastu secara x sengaja..
azmin bunuh hisham..
sebab dia igt hisham tu hakimi...
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2010 02:55 PM | Show all posts
Reply  amandaatika


cinta 3 segi amin,hakimi & sarah
rasanya azmin main kotor ni nak dptkan sa ...
pizza88 Post at 18-7-2010 11:55


nampak cam baik je c azmin ni
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-7-2010 03:29 PM | Show all posts
sarah tu adik ipar kimi kan???  
dia nak cari orang yang buat abg nya menderita,
padahal dah depan mata, dia ingat sarah yang
buat abang dia menderita, tapi sebaliknya abang kena
bunuh depan sarah,
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-7-2010 03:47 PM | Show all posts
Reply 427# wwannurr

good analysis

tp kita tgk dulu apa jd pas ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 18-7-2010 03:47 PM | Show all posts
ari ni tak dpt rilis chapter baru
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2010 06:20 PM | Show all posts
daus nih serba boleh ,
malam2 wa baca .
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2010 06:23 PM | Show all posts
Reply 424# dauswq

betul gak.. dah penat lawan.. kene side track kejap..
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2010 06:24 PM | Show all posts
Reply 419# amandaatika
itu la kan.. ala2 hindustan gitu
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2010 06:25 PM | Show all posts
kalau sarah itu isteri hisham
sebab musabab sarah boleh cintan sama hakimi
sebab muka mereka ada iras-iras
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2010 06:49 PM | Show all posts
Reply 432# Kia_picanto

bagus citer daus ni...versi hindustan ada, penyiasatan, thriller pn ada...
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2010 07:29 PM | Show all posts
hahaha.. ok la tuh.. byk variasi
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2010 08:58 PM | Show all posts
hahaha.. ok la tuh.. byk variasi
Kia_picanto Post at 18-7-2010 19:29



tu yg mnyebabkn tangan kita, lancar je taip ...next...next
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-7-2010 11:57 AM | Show all posts
hehe
jap lagi dtg la tu klu ade
dauswq Post at 18-7-2010 12:04 PM


kalo ada la ek? kalo xder tu, polis2 semua g maner?? dok sibuk melantak roti canai & teh tarik??
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2010 04:26 PM | Show all posts
next...next...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-7-2010 04:29 PM | Show all posts
Post Last Edit by dauswq at 20-7-2010 16:35

BAB 16: Adakah ia suatu pengakhiran?


Canda tawa dua merpati sejoli menggamit suasana hening malam di tengah lautan itu. Di tambah pula dengan kemesraan yang terjalin antara mereka.

Wajah Sarah suatu ketika masam mencuka. Sarah menundukkan kepalanya bagi menyembunyikan mimik mukanya itu.Namun, Hakimi menyedari akan perilaku luarbiasa Sarah.


“Kenapa Sarah? ,” tanya Hakimi.


“Kimi... .” Sarah menoleh kepalanya semula ke arah Hakimi. Dia memegang tangan Hakimi dengan kuat.

“Sarah ada sesuatu nak cakap...Kimi nak marah Sarah pun, terpulanglah...Sarah bagitau sebab Sarah tak mau simpan lama.. harap Kimi terima dengan hati yang lapang,” kata Sarah.


Hakimi tersentak seketika dengan pengakuan Sarah itu. Dia memandang Sarah dengan wajah yang kebingungan.


“Sebenarnya,Sarah.... .” Hakimi meletakkan jari ibunya ke bibir Sarah sebagai isyarat untuk Sarah menghentikan percakapannya itu.


“Syyyhhhh....jangan cakap,” pinta Hakimi dengan wajah yang keanak-anakan manja.


“Biar Kimi tau sendiri nanti ,” sambung Hakimi.


Sarah merasakan Hakimi mencintainya dengan sepenuh jiwa raganya. Dia tidak sanggup lagi menyembunyikan statusnya di hadapan Hakimi. Dia berasa kesal menyimpan rahsia itu selama ini. Rahsia statusnya sebagai isteri kepada seseorang. Rahsia yang bakal membuatkan sesiapa sahaja kecewa, tidak terkecuali Hakimi.


Sarah tahu akan batas seorang isteri. Sarah waham. Keliru dengan kewajarannya mendedahkan hal sebenar kepada Hakimi. Hakimi berhak tahu, bisik hatinya.


Air mata Sarah bergenang di kelopak matanya. Berathati untuk dia mengungkap ucapan perpisahan. Begitu sukar untuk dia melafazkan “noktah cinta” . Adakalanya air mata Sarah mengalir sesekali teringat akan kisah manis sepanjang mereka bersama. Namun, ikatan perkahwinannya dengan Dr. Azmin menjadi benteng pemisah cinta mereka.Sekali sekala dia teringat akan Dr. Azmin, hatinya tidak dapat menahan kepiluan, mengenang jasa Dr. Azmin yang menjaga kebajikannya selama ini. Apatah lagi Dr. Azmin yang bertindak sebagai suami penyayang dan memenuhi segala permintaannya. Selama dia hilang ingatan, dia tidak sesiapa untuk bergantung melainkan Dr. Azmin. Jika dia berpihak pada Hakimi bermakna dia telah mengecewakan hati Dr. Azmin. Sampaikah hati Sarah untuk menamatkan rumahtangga mereka bina selama ini demi Hakimi?


Sarah terdiam. Air matanya tidak berhenti mengalir. Sedih. Waham. Hakimi membiarkan Sarah meluahkan segala yang terbuku di hatinya. Hakimi tahu Sarah sengsara tetapi dia tidak menyoal akan penderitaannya itu. Dia hanya memandang Sarah dengan wajah yang sayu.


Tampaknya Sarah nekad. Dia mendakap Hakimi. Tetapi pelukannya itu tidak semesra sebelum ini. Hakimi merasakan Sarah cuba untuk menjauhinya. Dia bertentang mata dengan Sarah.


“Kimi.... Sarah harap Kimi dapat terima ,” kata Sarah tersedan-sedan.


“Sarah sudah berkahwin..denganseorang doktor... ,” sambung Sarah. Sebelum Sarah mengakhiri bicaranya, tangan Hakimi sudah jatuh dari pelukannya. Matanya membuntang. Dia agak terkejut dengan pengakuan Sarah itu. Dia menolak Sarah dengan perlahan lantas bangun dan berdiri membelakangi Sarah.


“Dah berapa lama Sarah?,” kata Hakimi cuba untuk menyembunyikan perasaannya amarah itu. Marah dan kecewa,itulah perasaan yang mengabui diri Hakimi ketika ini.


“Dah lama Kimi...maafkan Sarah menyembunyikan perkara ini selama kita bersama....Pertama kali Sarah pandang Kimi hati Sarah dah terpaut...tambah lagi keikhlasan Kimi masa di parti semalam...Sarah cuma nak beritahu Sarah cintakan Kimi sepenuh hati Sarah dan biarlah takdir sahaja penentu segala jodoh kita,” tangis Sarah lalu menoleh kepalanya ke depan.


“Kenapa? Kenapa ia berlaku? Salahkah aku mencintaikan seorang....arrrrrggghhh..KENAPA???? ,” pekik Hakimi dengan nada yang geram berbaur kesedihan. Suaranya yang lantang itu menjengah seluruh ceruk lautan Miami. Dia bergerak ke arah Sarah lalu memegang tangan Sarah.


“Belum pernah ada lagi wanita yang berjaya memikat hatiku melainkan Sarah......biarlah Sarah dah berpunya pun...tapi pinta Kimi jangan tinggalkan Kimi ,” kata Hakimi meluahkan perasaannya.


“Kimi...rumit, Kimi ,” kata Sarah menidakkan permintaan Hakimi itu.


“Sarah dah kahwin, Kimi... itu adalah perkara yang tidak boleh diubah...dan curang memang sangat dibenci orang...orang akan mencela,mencaci, menghina....Sarah tak sanggup melihat Kimi dicerca atas hubungan cinta yang terlarang ini...Kimi carilah wanita baik yang lain..wanita yang lebih baik dari Sarah ,” kata Sarah sambil menjatuhkan tangan Hakimi dari bahunya. Air matanya mengalir kepiluan kerana terpaksa berdusta menidakkan isi hatinya.


“Tiada wanita lain sebaik Sarah....Sarah hanyalah ratu Kimi selama-lamanya ,” kata Hakimi dengan nada yang jelas dan tegas.


“Tidak Kimi...Tidak...Kita harus tamatkan hubungan ini....Semuanya harus berakhir hari ini...Biar kita pahat sahaja cinta kita...Sarah akan ingat segala kisah cinta kita selama-lamanya...Sarah akan simpan... ,” kata Sarah memujuk Hakimi yang seperti tidak keruan itu.


Lelaki gagah seperti Hakimi juga tidak tahan untuk mengalirkan air matanya. Dia hanya terdiam tidak berkata-kata dan terduduk. Sarah merebahkan tubuhnya duduk di hadapan Hakimi. Dia lantas memeluk Hakimi dengan perlahan-lahan. Sarah dan Hakimi hanya mampu menangis.Tampaknya Hakimi sudah bersetuju menoktahkan hubungan mereka, tetapi tidak jalinan cinta antara mereka. Hakimi mendakap Sarah dengan penuh mesra. Mukanya digesel pada bahu Sarah. Begitu juga Sarah. Air mata Sarah kelihatan membasahi bahu Hakimi. Tangan Hakimi pula erat mendakap pinggul Sarah.


Pelukan mereka berlanjutan sehingga subuh hari. Sarah melelapkan matanya di bahu Hakimi. Hakimi pula memerhati suasana dinihari lautan Miami sambil tangannya erat memeluk Sarah. Tiada tanda penat kelihatan di mimik muka mereka, malah hanya kepuasan dan kemesraan sahaja yang terpancar.

Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2010 04:38 PM | Show all posts
kesian ko kimi...
xpe... bnyak lg bunga2 di taman
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 03:33 AM GMT+8 , Processed in 0.073550 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list