CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: dauswq

♡ Sejarah Kasih ~ Bab 19 (Terkini post 1/5/2015 stlh 5 tahun) ♡

  [Copy link]
 Author| Post time 1-7-2010 09:23 PM | Show all posts
hamboiii RA  melebih3
jingga007 Post at 1-7-2010 21:17


aku naikkan RA sbb nak edit je
tak seronok la baca kalau ayat tunggang langgang
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-7-2010 09:25 PM | Show all posts
Reply 61# dauswq


    xpe2 mek xkesah punnn cuma terkejut lah jgk

nak smbg baca part 1 pun xkhatam lg katanyaa
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2010 09:33 PM | Show all posts
Dr. Ryan
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2010 09:35 PM | Show all posts
ngaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa ~~ ternganga mulut aku, daus.... tidak ku sangka ahli fizik pun ada bakat menulis mcm ko. aku ni takat merapu2 tu boleh jer even ada gak keinginan nak menulis mcm ko hatta cerpen pendek sekali pun... aper2 pun fighting ek...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-7-2010 09:37 PM | Show all posts
Reply 64# rukiaichigo

selamat membaca
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2010 09:49 PM | Show all posts
Reply  rukiaichigo

selamat membaca
dauswq Post at 1-7-2010 09:37 PM


erk, kalo aku speku boleh x??
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 1-7-2010 09:50 PM | Show all posts
erk, kalo aku speku boleh x??
rukiaichigo Post at 1-7-2010 21:49


haha...
rmi dh spoiler
tp aku risau mengganggu kosentrasi pembaca kt snih
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2010 09:55 PM | Show all posts
haha...
rmi dh spoiler
tp aku risau mengganggu kosentrasi pembaca kt snih
dauswq Post at 1-7-2010 09:50 PM


hahahahahaha ~~ sbb aku ni suka bab speku2 ni...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-7-2010 09:58 PM | Show all posts
bila watak suci iols nak diletak jgk?
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2010 01:29 PM | Show all posts
genre novel ni ape? thriller?
x sabar nak tunggu bab seterusnya
nak2 pasal Y.A.T.I tu
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2010 01:43 PM | Show all posts
nama iols pls....................







Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2010 04:18 PM | Show all posts
Mak Jijah


mcm hade kena mengena dgn mek jahhh
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2010 04:54 PM | Show all posts
kalu free letak n3 lagi tau...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-7-2010 09:12 PM | Show all posts
Post Last Edit by dauswq at 8-8-2010 12:51

BAB 4: Pengakuan Cinta Sarah



Langsir merah berayun-ayun dihembus bayu lembut laut Virginia. Genggaman langsir itu tidak cukup untuk menepis panahan bayu, seterusnya mendinginkan tubuh wanita yang sedang mengisi borang insurans perjalanan itu.


“Sejuknya,angin malam ni ,” bisik Sarah sambil menggosok kedua-dua tangannya dan menyarungkan
sweater musim panas yang dihadiahkan oleh Dr. Azmin sempena hari kelahirannya lepas.


“Abis je borang ni. Bolehlah aku enjoy kejap “ .


“Tapi, ku tidak mengerti kenapa hatiku masih sakit, “ kata hati kecilnya pula. Sarah meletakkan telapak tangannya di atas dada lalu menutup kedua-dua belah matanya. Sarah kembali tenang seperti lambaian bayu lembut yang membasahi tubuhnya tadi.


Sarah tersentak dari khayalannya apabila namanya disahut bertalu-talu. Jiran Eva Gardens agak rimas dengan perubahan
suasana tersebut. Ada antara mereka marah dan memaki, yang lain pula terus menutup jendela.


“Shut up, drunkard ,” maki salah sorang jiran itu.


Sarah tahu benar siapa yang menyebut namanya itu kalau bukan Dr. Azmin. Tanpa berfikir panjang, Sarah menyarungkan ‘sweater’ dan segera mencapai beg tangan buatan Calvin Klien. Dia bergerak menuju ke pintu hadapan rumah untuk menyarungkan terompahnya. Bonggol pintu ditarik dengan kuat. Begitulah perasaan Sarah yang begitu bimbang akan suaminya itu.

Sesaat Sarah menarik bonggol pintu itu, rebah seorang lelaki ke atas bahu Sarah. Sarah terkejut tetapi segera bertenang. Dia menyambut tubuh Dr. Azmin dengan dadanya. Kelihatan Dr.Azmin yang mabuk seperti orang yang separuh tidur sedang mengingau. Dr. Azmi merengek seketika.


“Sarah, jangan tinggal abang.Apa-apa pun yang berlaku ,” pinta Dr. Azmin.


“Sarah tau. “ Sarah mengusap rambut Dr. Azmin.


“Sarah cintakan abang? , “ tanya Dr. Azmin dalam keadaan separuh sedar.


Sarah diam membisu. Tidak berkata apa-apa.


“Belum ada ungkapan cinta keluar dari bibirmu ,” kata Dr. Azmin yang kesedihan itu.


“ Meh, Sarah angkat abang kejap .“ Sarah membimbing bahu Dr. Azmin. Dr. Azmin yang mengingau sebentar tadi terus lelap di pangkuan Sarah. Sarah tidak melatah malah tersenyum. Dr. Azmin dibimbing ke ruang tamu. Sarah membaringkan Dr. Azmin di atas sofa dan menyarungkan selimut.


“Sarah tidak tahu. Sarah belum dengar kata hati Sarah lagi. Jiwa Sarah belum terbuka untuk cinta abang. "


Sambungnya lagi ,” Tapi Sarah bersyukur atas jagaan abang selama ini, “ kata Sarah sambil menitiskan airmatanya. Kemudian, dia mengusap lelehan air matanya dengan segera kerana tidak mahu dirinya dilihat oleh Dr. Azmin. Dr. Azmin tidak sedar akan percakapan Sarah kerana telah lelap. Sarah berjalan menuju ke biliknya.


Panas terik mentari menghangatkan udara musim panas Khamis itu. Bahang terasa kuat tetapi peluh pula tidak terhasil berbeza dengan keadaan cuaca di bumi Malaysia. Kelihatan seorang wanita berbaju putih lengan pendek tergesa-gesa keluar dari rumah. Seorang lagiwanita berbaju T-Shirt ringkas menyambut bagasi dari rakannya itu untuk diletakkan ke dalam bonet BMW. Mereka adalah Sarah dan Aliah. Seorang lelaki tua berbangsa Inggeris dan berkumis tebal kelihatan duduk di atas kerusi drebar BMW itu sambil memasang earphone. Dia memakai topi koboi dan menghisap tobacco.


“Macam mana ko leh dapat permission? “ tanya Aliah.

“Hubby aku kata ok je. Tapi aku tak leh melilau pas melancong kat Miami , “ kata Sarah meyakinkan Aliah akan izin suaminya itu.

“Tak per la. Lagipun kita jalan-jalan kat situ je. Bukan pi mana pun ,” kata Aliah pula.


“ Jom bergerak. “


“ Do you want to start now?, babies ,” kata drebar BMW itu lalu memasukkan kuncinya ke dalam lubang bagi menghidupkan enjin. Aliah membuka pintu kereta hadapan dan terus melabuhkan punggungnya ke atas kerusi manakala Sarah duduk di kerusi belakang dan meletakkan bagasi disampingnya.


“ So the destination will be Chesapeake Regional Airport, isn’t it? ,” tanya drebar itu.

“Yes, dear. Please drive as soon as you can ,” kata Aliah kepada drebar tersebut.


Kedengaran deruman enjin yang kuatdan ekzos berasap sebaik sahaja mereka keluar dari rumah. BMW bergerak meninggalkan Eva Gardens dalam sekelip mata sahaja.


Gerai roti canai Pak Amin sememangnya menjadi lumrah tempat persinggahan warga Kuala Lumpur kerana hidangan roticanainya yang agak menyelerakan pelanggan Melayu dan tempatnya yang strategik terletak di Kg. Baru, Kuala Lumpur. Kadang kala, Inspektor Julia membawa anak buahnya, Hoe Lin, Mohd dan Azli bersarapan pagi di gerai tersebut.


Di sebelah gerai Pak Amin, terdapat beberapa gerai lain termasuklah gerai Nasik Lemak Antarabangsa yang kebetulan didirikan di hadapan gerai Pak Amin.

“Pak Amin, roti canai empat ,”pinta Inspektor Julia.


“ Puan belanja ker ? ,” tanya HoeLin tersipu-sipu.


“Ha Ha Ha.... Macamlah korang taktau puan kita ni. Nak mintak kita dibayar sendiri, tak mahu pula ,” ketawa Azli.

“Korang sumer macam adik aku je. Kat sini tak perlu sangat formal. Maklumlah I pun manusia biasa. Panggil jah Kak Ju,” kata Inspektor Julia.

“Roti canai sudah sampai. Air? Teh tarik kah ? , “ tanya Pak Amin.

“ Seperti biasa ,” kata Inspektor Julia. Semua mengangguk setuju.

“ Kak Ju, saya ada sesuatu nak bincang. Mengenai Dr. Azmin .” Hoe Lin mengoyakkan roti canai. Inspektor Julia nampak Hoe Lin agak bersemangat.

“ Sabar dulu korang . Tak seronok bincang masa makan. Pas makan kita bincang , “ arah Inspektor Julia.


Sementara itu, Sarah dan Aliahbaru menurunkan bagasi mereka di terminal Lapangan Terbang Chesapeake. Drebar BMW tadi sudah lama meninggalkan mereka. Tidak kelihatan langsung sheriff yang biasanya melakukan patrol di kawasan terminal. Aliah bergerak masuk ke dalampintu automatik sambil menjinjing bagasi, meninggalkan Sarah yang sedang menaip SMS.


Tiba-tiba, seorang lelaki berkulit hitam meragut beg tangan Calvin Klein milik Sarah dari bahu kirinya. Sarah terjatuh akibat momentum kuat lelaki itu manakala lelaki itu berlari dengan pantas meninggalkan Sarah.


"Help me ," jerit Sarah.


Aliah tergamam sambil menggigit kelima-lima jari tangan kirinya. Tanpa berfikir panjang, dia segera meluru ke arah Sarah lalu mencapai ‘First Aid Toolkit’ dari bagasinya.


Pada masa yang sama, kelihatan seorang lelaki Autronesia sedang berlari dari arah kiri, mungkin dengan niat mengejar peragut itu. Pergerakannya agak pantas kerana berjaya menangkap peragut.Sheriff yang kebetulan baru keluar dari tandas berdekatan berlari mendapatkan peragut dan menggarikan tangannya. Orang ramai bertepuk tangan akan aksi berani lelaki Autronesia itu. Aliah pula sedang menyapukan iodin ke atas luka yang terhasil akibat pergeseran dengan peragut tadi. Sarah memakukan pandagannya ke arah lelaki Autronesia dan peragut yang berjaya ditumpaskan sheriff. Lelaki Autronesia itu membawa beg tangan dan berjalan ke arah Sarah.


“ Nah, ni beg tangan you! “Lelaki itu menghulurkan beg tangan kepada Sarah.


“ Awak Melayu ? ,” tanya Sarah manakala Aliah seperti sedang khusyuk menyapukan ubat.

“Semestinya. Lain kali berhati-hati. Sebab sini not safest place.Lagi-lagi bila tiada polis macam keadaan tadi ,” jelas lelaki itu dalam nada marah.


“Nape pulak nak marah-marah ni ?,” soal Sarah. “ Lain kali tak payah tolong. Kami tak mintak pun , “ kata Sarah dengan geram.


Lelaki itu tidak mempedulikan Sarah dan dia terus bergerak masuk ke dalam terminal.


“ Aik, pelik lah dia ni. Dia marah kita pula. “


“Terlupa pulak aku nak ucap terima kasih ,” kata Sarah sambil menepiskan dahinya.


“Jom masuk terminal. Nanti tak sempat nak check-in. Luka kau pun aku dah balut tadi. Tak de lah teruk sangat. Thanks to him. Beg tangan dah kembali kepada kau ,” kata Aliah pula.

“Yup. Kalau aku jumpa dia balik nanti, aku nak ucap terima kasih . “ Sarah tersenyum. Mereka menjinjing bagasi masing-masing ke dalam terminal.


*Disclaimer: Kisah novel tidak berkait dengan agama.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-7-2010 09:40 PM | Show all posts
genre novel ni ape? thriller?
x sabar nak tunggu bab seterusnya
nak2 pasal Y.A.T.I tu
yetta Post at 2-7-2010 13:29


thriller + melodrama + romantic
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2010 09:44 PM | Show all posts
masuk melaporkan diri...
novel ni ala triller dan penuh saspen..
banyak yg nak diketahui...
menarik ktorg asik nak mintak n3 jer
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 2-7-2010 10:10 PM | Show all posts
masuk melaporkan diri...
novel ni ala triller dan penuh saspen..
banyak yg nak diketahui...
menar ...
mijot Post at 2-7-2010 21:44


actually apa maksud n3 tu
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2010 10:17 PM | Show all posts
Reply 77# dauswq


    n3 = ENTRY!
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2010 10:21 PM | Show all posts
Reply 77# dauswq


n3 tu new entry...bahasa pasar bod WR ni
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-7-2010 10:22 PM | Show all posts
Reply  dauswq


n3 tu new entry...bahasa pasar bod WR ni
mijot Post at 2-7-2010 22:21


oh..thx
masih baru dlm bidang penulisan
tmbh lagik ai newbie kt bod ni

yorosgonzimass
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Dividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
AbahmungDividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
Views : 1718 Replies : 0
Emma Maembong mohon maaf, tersilap langkah 'voice note' Ruhainies isu Bella Astillah
YgBenarEmma Maembong mohon maaf, tersilap langk
Views : 4690 Replies : 28
Penyondol Tetap Isteri Sah, Boleh Tuntut Hak’ – Kenyataan Watak Imani Dalam ‘Lelaki Itu’ Mula Dibenci Netizen
YgBenarPenyondol Tetap Isteri Sah, Boleh Tuntut
Views : 12926 Replies : 165
Hanya cakap "apa khabar" sudah dapat kerja...  pempengaruh Imran Bard kata kita terlalu mengagung orang luar seperti Korea berbanding layanan mereka terhadap orang kita.Anda setuju?
YgBenarHanya cakap "apa khabar" sudah dapat ker
Views : 8797 Replies : 61
Sheriff kutip RM16 juta 5 hari
maklukpenggodaSheriff kutip RM16 juta 5 hari
Views : 7111 Replies : 98
FATTAH FAZURA FATIMA bergandingan dalam drama HERO SEORANG CINDERELLA 2.0
FORUMCARIIIFATTAH FAZURA FATIMA bergandingan dalam
Views : 281056 Replies : 9523
Lelaki 45 tahun ada lebih RM1 juta KWSP cetus inspirasi
ultra78Lelaki 45 tahun ada lebih RM1 juta KWSP
Views : 21515 Replies : 165
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 54933 Replies : 2750
Gambar Hantu Zaman Kodak
tumpanglalu74Gambar Hantu Zaman Kodak
Views : 10082 Replies : 1
Koleksi Foto : Bunga v2
tariKoleksi Foto : Bunga v2
Views : 101294 Replies : 1536

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 11:39 AM GMT+8 , Processed in 0.074253 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list