CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: dauswq

♡ Sejarah Kasih ~ Bab 19 (Terkini post 1/5/2015 stlh 5 tahun) ♡

  [Copy link]
Post time 2-7-2010 10:58 PM | Show all posts
daussss.....

baru khatam baca novel ko...

bezz....


cepat la sambung.......
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 2-7-2010 10:59 PM | Show all posts
daussss.....

baru khatam baca novel ko...

bezz....


cepat la sambung.... ...
airwickss Post at 2-7-2010 22:58


akn cuba rilis setiap hari
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-7-2010 06:26 PM | Show all posts
No new chapter released today
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2010 10:18 PM | Show all posts
nape xde? dh la frust umah bling melompat ra8...
lagi.....lagi...lagi.....
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2010 01:07 PM | Show all posts
No new chapter released today
dauswq Post at 3-7-2010 18:26



    kata akan rilis setiap hari....
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2010 01:37 PM | Show all posts
No new chapter released today
dauswq Post at 3-7-2010 18:26



    bagila new chapter.....
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 4-7-2010 01:52 PM | Show all posts
kata akan rilis setiap hari....
airwickss Post at 4-7-2010 13:07


Insyallah ari ni akn rilis
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2010 01:58 PM | Show all posts
Insyallah ari ni akn rilis
dauswq Post at 4-7-2010 13:52



    sila tepek 2 chapter terus ya..
semalam dan hari ini....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 4-7-2010 02:03 PM | Show all posts
sila tepek 2 chapter terus ya..
semalam dan hari ini....
airwickss Post at 4-7-2010 13:58


sila jd assistant writer
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2010 04:01 PM | Show all posts
tetap menunggu N3 walaupun di hari cuti cam ni
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2010 04:19 PM | Show all posts
kami setia mnanti n3
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2010 07:00 PM | Show all posts
sila jd assistant writer
dauswq Post at 4-7-2010 14:03



    wud kind of help yu need mr writer...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-7-2010 07:02 PM | Show all posts
wud kind of help yu need mr writer...
airwickss Post at 4-7-2010 19:00


dah nak siap...lagi berapa words je
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2010 07:06 PM | Show all posts
now..now..now...
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2010 07:10 PM | Show all posts
cepat...cepat....
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2010 07:14 PM | Show all posts
dah nak siap...lagi berapa words je
dauswq Post at 4-7-2010 19:02



    cant wait....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 4-7-2010 07:55 PM | Show all posts
Post Last Edit by dauswq at 4-7-2010 20:16

BAB 5: Bertaut Kembali

Pekan Bangi Lama tidak pernah lekang dek rimbunan warga kampung terutamanya waktu petang. Ada yang bertandang kedai mamak semata-mata untuk berbual kosong dan merasai penangan roti canai. Di luar pula, warga kampung berpusu-pusumembeli-belah di kedai berhampiran menjadikan pekan itu tidak sunyi di lapuk dek kesibukan Bandar Baru Bangi yang terletak tidak jauh dari situ.

Stesen Keretapi Tanah Melayu (KTM) yang didirikansejak berpuluh-puluh tahun dahulu sedikit sebanyak memberikan kemudahan kepadawarga kampung untuk berkunjung ke Kajang. Kedengaran deruman enjin motosikal yang dibonceng seorang posmen berbangsa Cina merentasi jalan ke Kg. Bangi. Destinasi akhirnya di kampung itu ialah rumah kayu usang terbina di ceruk rimbunan hutan. Sebaik sahaja kedengaran kuat enjin motosikal itu, Mak Jijah berlari menuruni anak tangga lalu terus mencapai surat di tangan posmen itu. Gelagatnya seperti orang gila tetapi hati dan perasaannya siapa yang tahu.


“Ini ajakah suratnya, Ah Tek ? ,” tanya Mak Jijah.


“Ini aja. Wa tak de lagi surat lain , “ kata Ah Tek.


“ Hishaammmmmmm....“ jerit Mak Jijah seperti orang histeria. Surat yang diserahkan posmen itu didakapnya dengan erat.


“ Baliklah, nak....mak tak sanggup menanggung rindu ,” tangis Mak Jijah. Ratapan seorang ibu hanya Tuhan sahaja yang tahu.


Ah Tek kebingungan. Dia terus menghidupkan enjin dan meninggalkan rumah usang itu.


“Hishammmm.....,” jerit Mak Jijah lagi. Pohon jambu yang memayungi Mak Jijah menggugurkan daunnya mengiringi tangisan pilu Mak Jijah. Ia bagaikan tahu akan nasib Mak Jijah seperti mana ia menjadi saksi pergaduhan dua beradik sebelum ini.


American Airlines mula melabuhkan kedua-dua sayapnya sebelum bergerak menuju ke udara Virginia.Sarah menutup kedua-dua belah telinganya kerana tidak tahan akan bunyi bingit enjin kapal terbang. Aliah pula sedang nyenyak tidur membaringkan kepalanya ditepi tingkap. Kerusi di sebelah kanan Sarah masih kosong tidak berpenghuni. Dia kemudiannya mengetatkan sabuk keselamatan seperti diarahkan oleh pramugari American Airlines. Lima belas minit berlalu.


“Saya nak duduk sini, boleh tak? . “ Sarah terkejut lalu memandang ke arah manusia yang menyoalnya tadi.


“Awak yang tadi tu kan ? , “ tanya Sarah. Tetapi kali ini Sarah tidak bengang kerana pertuturan lelaki itu tidak kasar seperti sebelumnya.


“Saya lupa nak ucap terima kasih . Sorry tadi saya lagak sangat. Jangan ambil hati. “


Sambung Sarah lagi , “Naper awaknak duduk sini ? Boleh je sebab sejak tadi tak de orang duduk .”


“ Saya tak suka duduk dengan laki gemuk kat depan tu...very annoying, “ kata lelaki itu lalu meletakkan bagasinya di atas dan terus duduk.


“ Saya Sarah. “ Sarah menghulurkan tangan kanannya untuk berjabat dengan lelaki itu.


“Panggil saya kimi. Nama penuh Hakimi .”


“Sedap nama tu. Awak berasal dari Malaysia kan?Kat area mana? ,” tanya Sarah kegembiraan.


“Rahsia ,” ketawa Hakimi.


“Okay.Tak pe. Saya pun berahsia jugak, camtu boleh?, “ kata Sarah dalam nada merajuk.


“Ha HaHa.. Kita pun belum kenal apa lagi. Nanti la dulu , “ jawab Hakimi.


“Sebenarnya saya nak ucap terima kasih pasal tadi ,” kata Sarah.


“ No problem . Nah, mesti dah lama awak tak merasa penangan kerepek Malaysia ! “. Hakimi menyuakan bungkusan kerepek kepada Sarah. Sarah menggenggam kerepek dari bungkusan itu.


“ Sedap kerepek ni. Menyelerakan. Mana dapat ? ,” tanya Sarah sambil menguyahkan kerepek.


“Beli kat area New York. Ada jual kat situ, “ kata Hakimi.


“Oh gituh. Jadi awak buat apa kat Chesapeake? Student Virginia Tech U ker ? , “soal Sarah.


“ Taklah. Saya bukan student situ. Tapi dipanggil tuk sertai conference . Bincang pasal invention kiteorang .”


“Saya student U of Michigan, Ann Borr . Sekarang tgh buat master dalam bidang Electrical Engineering ,” tambah Hakimi lagi.


“ Kami nak pi pantai Miami sebab menang peraduan khas Wallmart tak lama dulu ,” kata Sarah pula.


“Tolong saya kejap boleh tak? ,” pinta Hakimi sambil mengeluarkan poskad dari bagasinya. Rantai kunci yang terselit di bawah poskad itu terjatuh ke atas riba Sarah. Sarah segera menggapai rantai kunci untuk diserahkan kepada Hakimi.


“Cantik rantai kunci ini ,” kata Sarah sambil membelekkan rantai kunci tersebut.


Di sebalik rantai kunci tercatat kalimah berbunyi:


Cinta sehidup semati semekar wadah bicara .


Tiba-tiba Sarah menggenggam ubun kepalanya seperti mengingati sesuatu. Hakimi resah melihat perubahan Sarah dan cuba menenangkannya. Minda Sarah beralih ke dalam sesuatu tempat yang cerah diterangi lampu putih. Di sekeliling tempat itu dipenuhi dengan wayar yang berselirat dan kelihatan doktor yang berhempas-pulas menekan dada seorang lelaki dihadapannya.


“ Abang, jangan tinggalkan daku sendirian ,” kata Sarah sambil menggerakkan tubuh lelaki misteri dalam ingatannya itu. Tubuh lelaki misteri itu kelihatan tidak bermaya dan berlumuran darah. Tetapi wajah lelaki itu masih dalam kesamaran disebabkan ingatan Sarah yang agak kabur.


“ Sarah. Bangun. Naper ni? , “ kata Hakimi sambil menggerakkan tubuh Sarah berulang-ulang kali. Sarah kembali sedar dan dia kelihatan berpeluh sedikit. Aliah yang baru bangkit segera mengelap keringat Sarah dengan sapu tangannya.


“ Sarah kenapa ni ? ,” tanya Aliah dengan pandangannya tajam ke arah Hakimi yang sedang duduk di sebelah Sarah.


“Tak de ape-ape . Cuma pening sedikit. Maklumlah aku ni kan mabuk angin. “ Sarah sempat mengukir senyuman untuk mengelakkan pertanyaan Aliah. Sarah menyembunyikan tentang ingatannyata di dari pengetahuan Aliah dan Hakimi. Dia segera menyerahkan rantai kunci kepada Hakimi.


“Terima kasih. “ Sambung Hakimilagi , “ Saya nak kemas dulu barang sebab nak sampai dah Miami. Lagi 5 minit jelagi . Sori sebab buat awak pening tadi .”


“Tak pe Kimi. Bukan salah awak. Tadi awak nak mintak tolong apa? , “ kata Sarah.


“Oh lupa pula saya. Nak mintak sain sini .” Hakimi menunjukkan poskad itu.


“Tak faham. Kenapa nak sain? ,” tanya Sarah yang kelihatan pelik dengan permintaan Hakimi itu.


“Actually Gilbert, my girlfriend duduk kat Miami mencabar saya supaya dapatkan satu signature dari rakan sebangsa sebagai hadiah harijadinya. Dia kata dia tak mahu hadiah yang mahal-mahal.Cukuplah dengan kedatangan saya bersama poskad ke dalam majlis hari jadi itu, “terang Hakimi.

“Rasanya dia nak menguji keikhlasan awak . “ Sarah meletakkan tandatangan pada poskad tersebut. Cantik dan kemas hasil tulisannya.

“Thank you, “ kata Hakimi sambil mengenyitkan matanya.


American Airlines mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Miami (MIA) dengan selamat setelah satu jam setengah perjalanan dari Chesapeake, Virginia. Pramugari membenarkan para penumpang meninggalkan tempat duduk mereka. Pintu kabin dibuka.


“Saya pegi dulu , “ kata Hakimi sambil membawa bagasi turun dari anak tangga.


“Okay. Nanti jumpa lagi ,” kata Sarahsambil melambaikan tangannya. Aliah mencubit Sarah.


“Oh dah minat orang tu pulak ya ,” ketawa Aliah mempermainkan Sarah.


“ Tak de lah. Cuma gembira dapat berjumpa dengan orang Melayu macam kita kat sini. Tak sangka dialah juga orang sama yang bantu kita menangkap peragut tadi ,” kata Sarah dengan nada gembira.


“Ha ha ha..Okay aku tak mau masuk campur. Kita boleh berjalan keluar sekarang .” Aliah menjinjing bagasinya diikuti Sarah dibelakangnya.


“Jangan bagitahu suami aku ya.Dia kuat cemburu ,” tambah Sarah mengingatkan Aliah.

Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2010 08:18 PM | Show all posts
RP 100

bior benor{:1_126:}
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-7-2010 08:20 PM | Show all posts
RP 100

bior benor
hunt_fear Post at 4-7-2010 20:18


dah tukar...
naik RA sbb nak edit je..
tak seronok korang baca ayat berterabur
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2010 08:20 PM | Show all posts
owh ingatkan naper
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 12:25 AM GMT+8 , Processed in 0.273622 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list