CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 35323|Reply: 51

Gunung Reng di Jeli : Lagenda atau Sejarah? (Ada gambar)

[Copy link]
Post time 29-6-2010 08:13 PM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by dn_vision at 15-7-2010 10:57

"..gunung itu wujud adalah ekoran kifarat Tuhan terhadap makhluknya yang telah melanggar tatasusila..."



        Gunung Reng yang tersergam indah di pinggir jalan Lebuh Raya Timur Barat di Kampung Batu Melintang, Jeli, mempunyai banyak catatan sejarah selain daripada pusat pelancongan yang unik dan sebelum ini pernah dikunjungi beberapa pengkaji sejarah serta pelancong. Ketinggian gunung ini 1889 meter dari paras laut. Gunung yang unik itu dipercayai ada kaitan dengan legenda Puteri Sa'adong serta khazanah yang ada di dalamnya masih menjadi rahsia sehingga ke hari ini. Legendanya juga masih belum terungkap secara jelas dan hanya menjadi misteri serta tanda tanya kepada masyarakat hari ini tentang kewujudannya dengan keunikan struktur batu-batannya. Sebagaimana gua-gua yang terdapat di gunung-gunung lain yang ditemui dan diterokai oleh penggemar dan pencinta alam, Gunung Reng juga mempunyai keistimewaan tersendiri.


         Menurut papan catatan sejarahnya yang terletak di pintu masuk ke kawasan gunung itu, tapak asal gunung berkenaan dikenali sebagai Kampung Tala yang dibuka oleh Tok Tadeh dari keturunan Pulang Hari, Jawa. Mengikut catatan itu, gunung itu wujud adalah ekoran kifarat Tuhan terhadap makhluknya yang telah melanggar tatasusila masyarakat waktu itu kerana mahu kelainan dalam pesta atau bahasa tempatan dipanggil 'bergalak'. Ketua Kampung Tala pada masa itu dikatakan ingin mengadakan temasya secara besar-besaran selama tujuh hari tujuh malam dengan pelbagai permainan hingga ke acara penutupnya Ekoran itu permainan yang tidak pernah diadakan sebelum itu ialah melagakan kucing dengan anjing di atas bumbung rumah sebagai menyambut kemuncak perayaan tersebut. Acara itu dikatakan telah diadakan di waktu Zuhur dan telah mendapat sambutan dari masyarakat yang tidak pernah melihat acara ganjil yang dipersembahkan itu.

         Menurut ceritanya lagi, disaat orang ramai bersorak-sorai, dengan tiba-tiba berlaku ribut taufan yang dahsyat diikuti hujan lebat. Di waktu kelam-kabut itu dikatakan tiba-tiba seorang perempuan tua dan cucunya berlari balik ke kampung mereka dikenali dengan 'Kampung Gantang' berhampiran Kampung Tala untuk mengangkat padi jemuran. Selesai memunggah padi yang dijemur dan keadaan hujan semakin reda, perempuan tua bersama cucunya itu telah pergi semula ke Kampung Tala, tetapi alangkah terkejutnya apabila melihat kampung itu telah dihempap batu besar atau gunung yang melenyapkan sama sekali kampung itu. Menurut catatannya lagi, perempuan tua dan cucunya inilah yang menjadi pencerita kepada generasi-generasi sehingga sekarang mengenai sejarah kemunculan 'Gunung Reng' itu.  

*Reng bermaksud kudrat atau tenaga dalam dialek Kelantan.



Permandangan Gunung Reng.


Salah satu pintu masuk ke gua di Gunung Reng.


        Gunung yang menghempap Kampung Tala itu dikatakan berasal dari Ulu Sungai Reng yang terletak di negeri Perak dan jaraknya kira-kira tiga malam perjalanan di sempadan Kelantan dan Peka untuk sampai ke Kampung Tala. Bukti yang paling jelas ialah tempat asal gunung ini telah menjadi kolam dan sehingga sekarang dikatakan tapak kolam yang terdapat di Hulu Sungai Reng seperti berbentuk Gunung Reng yang terdapat di Kelantan.
        Gunung berkenaan juga dikatakan menjadi tempat tinggal Puteri Sa'adong untuk seketika setelah berpindah dari Bukit Marak di Pasir Puteh. Kerana itulah juga Gunung Reng mempunyai gua-gua dalam pelbagai bentuk seperti tempat hulubalang, tempat bermain makyung, serta bilik-bilik seperti Gua Badak, Gua Payung, Gua Kaca, Gua Rimau dan Gua Bedak. Melalui Gua Payung itulah dikatakan ia menjadi pintu masuk lereng gua-gua berkenaan. Bagaimanapun, mengikut catatan sejarahnya Puteri Sa'adong tidak tinggal lama di Gua Reng disebabkan beliau kecewa dengan sikap penduduk kampung yang meminjam barang-barangnya seperti pinggan mangkuk tetapi tidak menghantar pulang. Ekoran daripada itulah dikatakan Puteri Sa'adong telah merajuk dan lari menyembunyikan diri di Gua Ayam di Gua Musang dan barang-barang atau khazanah yang tersimpan di gua tersebut turut menjadi batu, termasuk seekor gajah.




Permandangan gunung ini pernah tercatat pada setem malaysia pada tahun 1983.



Sebahagian pengunjung bergambar di hadapan pintu gua.



Gambar dari jalan Lebuh Raya Timur Barat di Jeli.


Sumber:
http://fazamania.blogdrive.com/archive/cm-7_cy-2006_m-7_d-4_y-2006_o-25.html

http://delimamalaysia.blogspot.com

http://www.google.com.my/images?hl=en&source=imghp&q=gunung+reng&gbv=2&aq=f&aqi=&aql=&oq=&gs_rfai=


(Kredit untuk tuan punya blog )


betul ke kisah ni...menarik tapi mcm xde bukti kukuh je menunjukkan ia benar..jom bincang!
Wallahuallam..

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-6-2010 10:56 AM | Show all posts
Post Last Edit by TimahMulia at 29-6-2010 17:57

di tahun 70an dulu..ada dua pengembara bangsa eropah  telah menjelajahi gua2 yang terdapat di dalam gunung reng ini...
satu hilang..tak jumpa sampai hari ini..hatta tulangnya
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-6-2010 11:12 AM | Show all posts
Post Last Edit by dn_vision at 15-7-2010 10:58

Reply 2# TimahMulia


       misteri tu...:cf:
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2010 11:37 AM | Show all posts
  1. Kerana itulah juga Gunung Reng mempunyai gua-gua dalam pelbagai bentuk seperti tempat hulubalang, tempat bermain makyung, serta bilik-bilik seperti Gua Badak, Gua Payung, Gua Kaca, Gua Rimau dan Gua Bedak. Melalui Gua Payung itulah dikatakan ia menjadi pintu masuk lereng gua-gua berkenaan. Bagaimanapun, mengikut catatan sejarahnya Puteri Sa'adong tidak tinggal lama di Gua Reng disebabkan beliau kecewa dengan sikap penduduk kampung yang meminjam barang-barangnya seperti pinggan mangkuk tetapi tidak menghantar pulang. Ekoran daripada itulah dikatakan Puteri Sa'adong telah merajuk dan lari menyembunyikan diri di Gua Ayam di Gua Musang dan barang-barang atau khazanah yang tersimpan di gua tersebut turut menjadi batu, termasuk seekor gajah.
Copy the Code
sy penah kesana dn masuk dlm gua tersbt.. mmg benar ..kalau dperhatikn kt dlm tu mcm " pentas" dtaran yg bertingkat2....lapang dn luas..cume biasa la dlm guakan byk kelawar...2 yg la seram rasanye...

pasal putri sa'dong tu ..susah gak nak komen... nanti len palak orang cakapkan.. tapi  seorang  sdra sy ( pgkat atuk2 la ) ada dn masih myimpan pingan dr tuan putri ni..dn mgkut citer dia samalh ngan petikn diatas...

..so saper2 yg pinjam rete orang tu jgan la wt rete sndiri..hehehehe
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2010 02:39 PM | Show all posts
Reply 5# mje

oooohhhh atuk hang ler yg tak amanah tu...wat tuan puteri merajuk

    tepek gambar pinggan tu
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2010 02:47 PM | Show all posts
Reply  mje

oooohhhh atuk hang ler yg tak amanah tu...wat tuan puteri merajuk

    tepek gamba ...
sepiITUindah Post at 30-6-2010 14:39


Pandai la nko ni.... dia tu dapat hadiah la...aku pn x tau sangt pasal menda2 mitos ni.. mngikut pak aku dia dapt dr tuan putri sbg hadiah la.. pingan tu jenis tembikar kaler biru2 kit... ada sumbing kt tepi.. scara pribadi aku pun blum jumpa orag tua ni.. nti la aku tanya pak aku scra detail...dan aku pun nak sgt tengok pingan tu....
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 30-6-2010 02:52 PM | Show all posts
Reply  mje

oooohhhh atuk hang ler yg tak amanah tu...wat tuan puteri merajuk

    tepek gamba ...
sepiITUindah Post at 30-6-2010 14:39



      

ha'ah mje tepek la gambar..nak tgk gak..
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2010 02:59 PM | Show all posts
mana gambar...nak tgk gajah batu...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-6-2010 07:03 PM | Show all posts
nice place...nak visit satu hari
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2010 09:35 PM | Show all posts
menarik cerita ni....org tak de agama buat pesta mcm tu...tak ingat dosa pahala dan balasan dari tuhan...
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2010 10:22 PM | Show all posts
uih..citer ni sama mcm yg aku dgr ms skolah rendah
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-6-2010 11:45 PM | Show all posts
Post Last Edit by dn_vision at 30-6-2010 23:53

lagi gambar gunung reng...

[img]http://t0.gstatic.com/images?q=tbnkEol0KSxbGA9M[/img]
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2010 11:44 AM | Show all posts
gamabr yg top tu memang cantik... dengan sungai mengalir menuju ke gunung tu... marbeles!
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2010 12:25 PM | Show all posts
nice pic.. view dia mmg cantik sgt2... boleh wat tempat picnic ni... hijau jer rumput dia... mcm ader org jaga lak... ader kaitan ngn puteri saadong kan TT...?..

**pu3 suka gi kelantan.. wpun jauh tapi environment dia best jer..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-7-2010 12:42 PM | Show all posts
Post Last Edit by dn_vision at 1-7-2010 12:44

Reply 15# puterisalju


    ha'a tempat persinggahan puteri Saadong.. puterisalju bila pulak nak singgah..?
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2010 02:18 PM | Show all posts
Reply 16# dn_vision


    beta belum berkesempatan untuk singgah... cewahhhh hehehe
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-7-2010 02:44 PM | Show all posts
aku slalu singgah kat sini kalo nak balik terengganu, berenti picnic di kawasan masjid....view die mmg cantik
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-7-2010 02:45 PM | Show all posts
Reply 17# puterisalju


   
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2010 04:59 PM | Show all posts


ni gmbar pingan umah mje........hihhihiihih..sori la sy ka jb ..nt la kalau balik kmpg sy tanya sama pak.. tp honestly my pak x brapa suke bila sy bertanyakan menda2 macam ni.. dan pnah sy ke gnd stong ngan kwan2 balik kana mrah... sy pn x tau nape.. dr crita adik baru sy tau  pak sy kata " sy x beh jalan sembagan"...

bgtu jg menda2 mcam ni sy x beleh cakap sembarangan....
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2010 05:07 PM | Show all posts
aku slalu singgah kat sini kalo nak balik terengganu, berenti picnic di kawasan masjid....view die m ...
card_reader Post at 1-7-2010 14:44



kat situ pun kira tmpt picnic gak..

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 109534 Replies : 6851
Diesel, petrol Malaysia dijual macam ‘air minuman’ di Selatan Thai
AbahmungDiesel, petrol Malaysia dijual macam ‘a
Views : 15945 Replies : 11
madu gula tok matahari
aaanf14madu gula tok matahari
Views : 72968 Replies : 664
Bekas isteri Hafidz Roshdi diperintah hadir ke makamah Januari depan
maklukpenggodaBekas isteri Hafidz Roshdi diperintah ha
Views : 89217 Replies : 3456
Sabah negeri paling selamat ,kedudukan kedua dipegang oleh Kelantan manakala ketiga  Terengganu.Anda nak pindah?
YgBenarSabah negeri paling selamat ,kedudukan k
Views : 31644 Replies : 84
Isteri pakai susuk di alat kelamin nak halang suami curang
ultra78Isteri pakai susuk di alat kelamin nak h
Views : 37345 Replies : 26
Berita malam seram:Viral isu Iblis, syaitan dan sekutunya bina HQ di tengah laut.”
YgBenarBerita malam seram:Viral isu Iblis, syai
Views : 26899 Replies : 28
Makin banyak tanda suka, 'live' Fattah cetus fenomena
maklukpenggodaMakin banyak tanda suka, 'live'
Views : 47117 Replies : 114
Bil, Sewa, Grocery Semua…” – Neelofa Kongsi Pengalaman, PU Riz Tegas Tentang Nafkah Dan Tanggungjawab Keluarga
YgBenarBil, Sewa, Grocery Semua…” – Neelofa
Views : 41595 Replies : 120
Kuiz dan Kenali Borneo
VellfireKuiz dan Kenali Borneo
Views : 27720 Replies : 680

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-10-2024 01:53 PM GMT+8 , Processed in 0.341823 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list