CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3150|Reply: 4

Berita@MKST : Glasier Indonesia diancam bahaya

[Copy link]
Post time 2-7-2010 03:00 PM | Show all posts |Read mode
Glasier Indonesia diancam bahaya

GAMBAR menunjukkan sebuah helikopter sedang mendarat di glasier Gunung Puncak Jaya, Papua baru-baru ini.



JAKARTA - Saintis-saintis antarabangsa bimbang salji yang membentukglasier di atas Gunung Puncak Jaya di pulau Papua, timur Indonesia akanhilang akibat kesan pemanasan global.

Kawasan salji seluas 4.8 kilometer meliputi puncak gunung berkenaanpada ketinggian 4,884 meter merupakan glasier terakhir di rantau LautanPasifik.

Kehilangan glasier itu disedari sepasukan penyelidik diketuai olehsaintis Amerika Syarikat (AS), Lonnie Thompson semasa melakukanekspedisi ke Puncak Jaya baru-baru ini. Menurutnya, gunung berkenaankehilangan kira-kira 80 peratus glasiernya sejak 1936 dengan duapertiga kehilangan tersebut berlaku sejak ekspedisi saintifik terakhirke lokasi berkenaan pada tahun 1970-an.

Kini glasier yang pernah meliputi sebahagian besar pulau Papuaribuan tahun dahulu kini cuma tinggal seluas dua kilometer persegi dansedalam 29 meter. - AP
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 2-7-2010 03:03 PM | Show all posts
terlalu besar perubahan yg berlaku sepanjang 30 tahun......syg ia yg terakhir di rantau asia pasifik
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2010 10:09 PM | Show all posts
masalah pemanasan global,masalah satu dunia....
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2011 09:03 PM | Show all posts
wah kt indonesia pon ade salji ,sayang jauh sangat papua 2
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2011 10:30 AM | Show all posts
Teringat citer The Day The Earth Stood Still. Patutnya sekaranglah masanya elien tu nak datang dan selamatkan bumi. huhuhu. ending citer tu aku teringin betul nak realitikan. satu dunia terhenti pergerakan. baik elektrik, mekanikal, kapal dilaut, kereta, jam pun brenti. dapat suasana macam tu setahun jadik ler. mesti segar balik dunia kita ni kan.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 08:45 AM GMT+8 , Processed in 0.057006 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list