CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: capiloton

share info tentang SAKA Harimau..

[Copy link]
Post time 19-7-2016 02:25 PM | Show all posts
Saka cantik korang pernah dengar tak?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-7-2016 11:23 PM From the mobile phone | Show all posts
first time aku dgr org minang ade saka harimau. selalu yg ade saka harimau ni org kerinchi. org bugis pun ade skit.
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2016 08:37 PM | Show all posts
teringat pulak yang budak sekolah ramai ramai dekat n9 tu, saka harimau kan?
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2016 09:20 AM | Show all posts
salam..

arwah atok aku ade saka harimau tapi die jadi harimau tu sbb nak kacau kominis ,
bila nak jadi harimau die tak pakai baju, tapi yg pelik ...
bila atuk aku jadi harimau punggung die jadi kepala harimau kepala die jadi bontot rimau .. yg nie betul ke ?
abah aku citer (keturunan jawa)
tak pasti lah saka ke? harimau jadian ke? hahahah pening aku
ada sapa2 boleh bagi tahu ..
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2016 09:21 AM | Show all posts
kesiannya korang ada saka.... syirik kan... syirik kiranya dah ada tiket masuk neraka kan...
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2016 09:26 AM | Show all posts
tapi atuk aku dah buang keris die kami dah buang kat sungai indonesia....

tpai sekarang family kene gnggu ngn saka belah mak pulak huhhuhuhu
alhamdullilah aku tak di kacau lagi cume mimpi pelik tapi adik bonsu aku ketara sgt die kene kacau ngn akak aku syian aku tengok ...huhuhuh
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-11-2016 12:21 PM | Show all posts
kisah aku ni zaman arwah tok dan nenek sihat lagi.. moyang pun ramai belah mak  at Kampung Ulu Juaseh


Ada seorang pakcik ni asik mengamuk je tanaman dia di kebun tak jadi tiap2 tahun. Asal tanam je, ada ulat la, terbakar la, kemarau la... buat la apa pun atas tanah tu tak menjadik hasil. Last2 dating jumpa moyang aku ni. Janji macam2 kalau2 moyang aku ni boleh tolong selesaikan masalah dia.

Nak jadikan cerita, moyang aku kata kalau la menjadi tanaman kali ni, sedekahkan semua pada orang kampong, masjid, surau yang ada. Jangan kali-kali jual hasil tanaman. Moyang aku suruh la pakcik ni cuba tanam jagung.

Esoknya, pakcik ni pun niat la sebelum bercucuk tanam jagung dan redhakan je kalau menjadi disedekahkan semua hasil.. nak jadi cerita, jagung yang pakcik ni tanam naik, pokok cantik hijau, buah gemuk2 macam jagung Cameron je.. da congak dalam hati kegembiraan.

Tiba musim menuai hasil, pakcik ni lupa janji dia pada moyang aku. Dia pun ingat bukannye orang kampong tau pun niat dia. janji dia tu antara dia dan moyang aku je. Moyang aku pun tak cakap apa2 lagi pasal tanaman dia selepas perjumpaan luah rasa beberapa bulan lepas.

Pakcik ni dengan pertolongan bini dan anak2 dia pun girang gembira la kutip hasil semua jagung tadi, dilonggoknya di tengah-tengah kebun untuk memudahkan pengiraan berapa guni dan conggakan hasil jualan nanti..

Sampai la ke barisan pokok yang akhir, terasa angina kuat menderu2 lak kat kebun dia.. tiba-tiba dengar bunyi harimau mengaum, berjalan sederap sederap dalam kebun.. cuak la diaorang ni anak beranak.. bile bunyi senyap je, diaorg pun lari la nak kutip jagung tengah2 kebun sebelum pak belang jelmakan diri. Sampai je ke tengah kebun, pucat lesi muka pakcik tu Nampak pak belang tengah rilek, chill jaga jagung2.. pandangan tepat ke mata pakcik tu.. kata dia mata harimau tu garang sungguh. berkilat2 dan merah.

Cabut lari la anak beranak dari kebun selamatkan diri. 2-3 hari juga pakcik tu jenguk tapi masih juga ada pak belang di kawasan sama dan memerhatikannya. 24/7 juga pak belang tu pelik tak?
Last sekali, pakcik ni jumpa moyang aku. Dari jauh moyang aku da sergah pakcik tu.. ekau lupo janji  ekau. ekau tamak bona. Ekau tak do bolaih hati pada orang susah. Poie dari rumah den ni,  jangan ekau jojak merayu.. biar la jagung tu mereput

Dan sememangnya jagung tu membusuk sampai hancur.. dan pak belang moyang aku pun hilang dari kebun... Pakcik tu? entah aku pun tak Tanya lak apa jadi sebabkecik sangat aku masa tu. mana la tau benda2 nie

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2016 01:27 PM | Show all posts
Nak share pengalaman gak tengok orang yang ada saka rimau ni... (mmg pengalaman sebenar)

Dalam tahun 2009,  saya ada pegi berubat  dgn sorg perawat di area KL.  Masa tu tgh tunggu giliran.
Perawat ni dok ngubat kat area ruang tamu dia jer...so kami yang mdaftar nak berubat ini kena la ikut giliran.

Sebelum giliran saya ni, perawat tu tgh ngubatkan sorg pakcik ni..umurnya dalam 53 thn klau xsilap...

Perawat ini ngubat  dgn bacaan ayat2 Al-Quran disamping sebiji botol kaca mcm botol sos cili tu...digosok di seluruh sendi2 badan.

Masa sesi ngubat tu..pakcik ni tadi siap mgaum macam rimau dan  marah2 sambil dok cakap .."mati kau orang tua aku kerjakan nanti".. sore pakcik tu mmg seram bila dengar...  Perawat tu ckp  saka rimau ni dh duduk dlm badan pakcik tu dari umur dia 3 tahun lagi... dan dia kata ini mgkin perjanjian kluarga pakcik tu dgn benda Allah tu...

Kami2 yg sedang tunggu giliran ni kecut perut dibuatnya...apa yg saya nampak fizikal pakcik tu..kulit tangan dia dah mcm kering dan mcm ada bulu2 halus di tapak tangan sebelah atas mcm cerita serigala jadian tu....dan pakcik tu merangkak masa sedang diubatkan tu...

Kebetulan masa gi ngubat tu arwah abah ikut temankan saya.  Arwah abah saya bisik kat saya  "Dh 50++ umur abah..ni la first time ..abah tengok org yg ada saka rimau"...(teringat kt abah).. )'

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-11-2016 09:57 PM | Show all posts
Note: Thread has been banned by manager
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2016 10:23 AM | Show all posts
Citer pasal Saka Rimau ni. Baru2 ni ade sorang member aku citer yg dia terkena dgn saka ni. Dia da ada sorang anak pempuan.

Dia citer dia ada fibroid beserta dengan mimpi. Fibroid dia 4x4. Mase tu dia pegi hospital then dokter set next appointment tu sebulan kemudian. Jadi dia ni pun sebelum nak sampai date appointment tu, dia ikhtiar la makan biji aprikot dan daun aroda. Masa dalam sebulan tu jugak dia ade mimpi Harimau Belang tu nak datang dekat dengan dia. Sekali dengan dia mimpi Ustaz Sharhan. Mimpi kali ke-3 tu, dia kata ada ketulan daging jatuh dari rahim dia. Sampai je date appointment mase tu hari ke-6 dia datang bulan, dokter scan, rahim dia bersih!

Lepas hilang fibroid, lain pulak yg datang. Dia asyik keguguran je. Citer ni semua start dari hujung tahun lepas smpai la sekarang. Bila da rasa tak sedap tu, dia pergi berubat dengan ustaz. Dan ustaz kata ada benda nak dekat dengan dia. Dia punya la siasat sampai ke lubang cacing. Rupa-rupanya dia terkena Saka Adat. Yg member aku ni kena Harimau Belang. Tapi adik pempuan dia kena Harimau Putih. Kira Harimau Putih tu yang sulung. Permulaan bagi semua yg jadi. Adik dia berkali-kali mimpi orang nak bagi barang. Nasib baik adik dia cepat tersedar dari mimpi dan tak terima pape.

Sebelum benda ni jadi, dia kata anak pempuan dia pernah bagi "signal" kat dia macam ni. "Bu, kita jadi harimau. Aummmmmm!!". Ank dia buat bunyi harimau tu. Terkejut la member aku kan. Rupanya memang betul ada, cuma member aku je tak perasan benda2 ni.

Sekarang ni dia kata, sepupu pempuan belah ayah dia semua kena 5 beradik. Haish..kesian pulak aku dengar. Sebab dorang semua tak tau menahu pasal ape perjanjian nenek moyang dorang dedulu. Seriau aku dengar. Dia ade bagi gambo ketul darah yang selalu dia kena bila tiap kali datang bulan. Besar la jugak. Ustaz tu kata benda tu makan janin dia.

Member aku kata lagi, sekarang kalau dia nak tau bila benda tu ada dengan dia. Dia akan terbau macam tengik. Macam bau terbakar pun ada. Kuat. Kalau dia terbau je, cepat2 dia baca2 ayat Qursi ape semua. Seram kot kalau memalam tetiba benda tu datang nak tunjuk diri.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2016 11:04 PM | Show all posts
white_musk replied at 12-11-2016 09:21 AM
kesiannya korang ada saka.... syirik kan... syirik kiranya dah ada tiket masuk neraka kan...

Memang senang bagi kita tuduh syirik dan tempah tempat kat neraka, tapi benda nie bukan semudah yang kita baca kat forum.

Yang salah dan syirik tetap salah dan syirik, tapi part saka nie memang mudah bagi kita cakap, kenapa tak buang, kenapa masih simpan. Banyak yang mewarisi saka nie takder pilihan, terutama kalau yang sudah begenerasi. Ko tak ambik, porak peranda keluarga ko dengan pelbagai masalah dan penyakit. Bah kan sampai ada yang gila.

Contoh lah kalau orang tua awak nazak tapi tak lepas lepas sebab saka dia takder orang nak mewarisi. Dimasa yang sama takder orang pun boleh membuang saka tu. Solusi yang tinggal awak untuk mewarisi saka tu.

Bagi saya tak adil lah untuk terus menghukum orang sebegitu, melainkan lah orang tu pergi bertapa dan mengambil hantu untuk menjadi saka di...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2016 09:06 AM | Show all posts
Haer replied at 18-11-2016 11:04 PM
Memang senang bagi kita tuduh syirik dan tempah tempat kat neraka, tapi benda nie bukan semudah ya ...

saya sokong dengan pendapat nie .. bukan kita nak, yg ade tu tak tawu menawu ttg saka nie ttbe ade saka dalam badan..yg mcm nie kesian ..so jgn sng2 nak jatuhkan hukum syirik .. hurm ok
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2016 09:06 AM | Show all posts
Haer replied at 18-11-2016 11:04 PM
Memang senang bagi kita tuduh syirik dan tempah tempat kat neraka, tapi benda nie bukan semudah ya ...

saya sokong dengan pendapat nie .. bukan kita nak, yg ade tu tak tawu menawu ttg saka nie ttbe ade saka dalam badan..yg mcm nie kesian ..so jgn sng2 nak jatuhkan hukum syirik .. hurm ok
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2016 01:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by white_musk at 19-11-2016 01:54 PM
Haer replied at 18-11-2016 11:04 PM
Memang senang bagi kita tuduh syirik dan tempah tempat kat neraka, tapi benda nie bukan semudah ya ...


Kelakar  

Dan kesian yg ada bela saka2 ni.. DOA je lah pada tuhan alloh agar saka x lekat di jiwa masing2.. Takkan alloh tak boleh tolong.. INI akak tgk punya gigeh jumpa tokmoh pelbagai nk buang saka.. Mnta je la pada alloh dik..  
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2016 01:54 PM From the mobile phone | Show all posts
lovehijau replied at 19-11-2016 09:06 AM
saya sokong dengan pendapat nie .. bukan kita nak, yg ade tu tak tawu menawu ttg saka nie ttbe ade ...

Syirik tetap syirik dik..  

Bertaubat lah selagi pintu taubat masih terbuka  
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2016 09:09 AM | Show all posts
white_musk replied at 19-11-2016 01:54 PM
Syirik tetap syirik dik..   

Bertaubat lah selagi pintu taubat masih terbuka

mmg lah adui lahai ....perfect nye lahai kan...sempurna ke ibadah nak syirik kan org sesuka hati.. mmg jenis org tak faham bahasa kottt
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-11-2016 10:21 AM | Show all posts
lovehijau replied at 20-11-2016 09:09 AM
mmg lah adui lahai ....perfect nye lahai kan...sempurna ke ibadah nak syirik kan org sesuka hati.. ...

akak bagitau je supaya adik insaf taknak mengamalkan perbuatan syirik lagi....
akak pun bukan semporna sangat... tak bungkos kepala pon..
tapi akak selalu jugak kena kecam dgn pengamal2 syirik ni kerana akak tidak berbungkos kepala...
akan tetapi apabila akak kecam kembali pengamal2 syirik bahawasanya perbuatan mereka akan mengundang mereka masuk neraka,
mereka marah pula..
padahal sebelum itu sibuk aurat ke hulu aurat ke hilir... mereka pulak sibuk ketemu bomoh (aka pengamal perubatan isle) sana bomoh sini buang saka kononnya... menambah saka lagi ada lah.

wallahualam
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2016 10:22 AM | Show all posts
mawarmatahari replied at 19-7-2016 02:25 PM
Saka cantik korang pernah dengar tak?

ya alloh, orang cantik pun difitnah mengguna saka...
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2016 09:46 AM | Show all posts
white_musk replied at 20-11-2016 10:22 AM
ya alloh, orang cantik pun difitnah mengguna saka...

Tu la pasal..Masa tu teman nenek jumpa kawannya..Dia cakap,ada puteri kat belakang kamu ni..Cantik..Ayyoh,tk pepasal di katakan ada susuk cantik..Kita workout tau makcik...Pakai bedak segala...opkos la santek
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2016 09:56 AM | Show all posts
white_musk replied at 20-11-2016 10:21 AM
akak bagitau je supaya adik insaf taknak mengamalkan perbuatan syirik lagi....
akak pun bukan se ...

owhh... terbaik lah akak ..kita cerita saka die cite kepala bungkus hahhah

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Dividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
AbahmungDividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
Views : 1718 Replies : 0
Wanita Asing Puji Malaysia Negara Selamat, Tak Takut Jalan Sendirian Jam 5 Pagi di jalan lengang berhampiran pasar Pudu.Netizen berbelah bagi
YgBenarWanita Asing Puji Malaysia Negara Selama
Views : 9256 Replies : 43
Restoran Kantan Datin Isma
AngelFreakyAFRestoran Kantan Datin Isma
Views : 23536 Replies : 145
Kedah Ada Work-Life Balance, Gaji Berbaloi’ – Pekerja Belia.Anda nak pindah Kedah?
YgBenarKedah Ada Work-Life Balance, Gaji Berbal
Views : 8809 Replies : 1
[JTBC/Netflix 2024] FRANKLY SPEAKING/NO SECRET ~ Go Kyoung Pyo, Kang Han Na, Joo Jong Hyuk  ~ Release Date 1 May
Rahah[JTBC/Netflix 2024] FRANKLY SPEAKING/NO
Views : 7436 Replies : 14
Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
fadz84Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
Views : 16425 Replies : 102
[Disney+ 2024] BLOOD FREE/DOMINANT SPECIES - Ju Ji Hoon, Han Hyo Joo, Lee Hee Joon, Lee Mu Saeng
Rahah[Disney+ 2024] BLOOD FREE/DOMINANT SPECI
Views : 5430 Replies : 65
Koleksi Foto : Bunga v2
tariKoleksi Foto : Bunga v2
Views : 105370 Replies : 1544
NAZIR RAZAK KAWEN BARU UOLS..
malaysiaku123NAZIR RAZAK KAWEN BARU UOLS..
Views : 69249 Replies : 388
[tvN/Netflix 2024] QUEEN OF TEARS - Kim Soo Hyun, Kim Ji Won, Park Sung Hoon
Rahah[tvN/Netflix 2024] QUEEN OF TEARS - Kim
Views : 21348 Replies : 425

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 05:39 AM GMT+8 , Processed in 0.068316 second(s), 51 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list