CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 35118|Reply: 306

Oh Juwita (Lagu Dendangan Nubhan)

[Copy link]
Post time 6-7-2010 12:57 PM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by babyanah at 6-7-2010 12:58

Salam semua

Sempena menyahut cabaran Pakcik Ace (semua forumer panggil Pakcik Ace, kiter pun panggil Pakcik Ace jugak arr) untuk pertandingan novel berjudulkan tajuk lagu....tak tau sempat x nak siapkan sebelum 31 Julai, 2010..

Asalnya nak letak tajuk 'Mr Nobody vs Juwita' tapi dipendekkan jadi Oh Juwita....

So, semoga korang suka.....sudi2kanlah bg komen...

Bab 1

“Babah, kenalkan ini teman lelaki Azryn, Ahmad Khairul Zariq.” Datuk Ma’asud yang sedang bersembang segera berpaling ke arah suara lunak milik Azryn Zafira anak tunggal perempuannya. Rakan-rakan sembangnya juga turut menoleh sama. Pandangan masing-masing tertumpu pada lelaki yang memakai kacamata hitam, berkemeja-t putih serta berseluar jeans dengan fesyen rambut ala-ala pelakon korea Jung Ji-Hoon (Rain) dalam drama A Love to Kill.

“ Mana you dapat mamat sengkek ni?” Tengku Izuddin memandang sinis lelaki yang hadir bersama Azryn Zafira.

“Berapa dia bayar awak untuk menyamar jadi teman lelaki dia?”

Hey, bro! Watch your mouth, you could end up bleeding with broken ribs all over.” Tenang saja suara lelaki yang ditujukan soalan itu menjawab. Azryn segera memaut lengan lelaki itu. Hati Tengku Izuddin yang memandang seakan membengkak dengan adegan itu. Baru sahaja dia ingin bangun dari sofa, cepat-cepat Tengku Ikhsham menghalang sambil memandang tajam ke arahnya.

“Iz…behave.” Tengku Ikhsham, ayah kepada Tengku Izuddin segera mengawal situasi. Dia tak mahu suasana di bilik conference milik syarikat Datuk Ma’asud itu bertukar menjadi keruh. Dia faham sangat dengan kerenah anaknya yang cepat baran itu.

“Babah, Azryn beredar dulu. Nampaknya Azryn tersilap memilih hari untuk memperkenalkan ‘buah hati’ Azryn pada Babah.” Azryn sengaja menekan perkataan buah hati sambil matanya melirik ke arah Tengku Izuddin yang sedang menahan rasa amarah. Dia tahu Azryn sengaja mengundang kemarahannya.

“Baiklah, nanti kita bincang di rumah. Hmm…siapa nama awak tadi?”
Datuk Ma’asud mengalihkan perhatian kepada lelaki yang berada disisi anaknya itu.

“ Ahmad Khairul Zariq.” Belum sempat lelaki itu menjawab, Azryn sudah mendahuluinya. Datuk Ma’asud sekadar mengangguk.

“Selamat berkenalan, Datuk.” Lelaki itu segera menghulurkan tangan bersalaman dengan pemilik syarikat Ma’asud Holdings itu tanda hormat.
Kemudian dia menghampiri Tengku Iksham dan anaknya Tengku Izuddin pula. Tengku Izuddin segera memalingkan muka, cuma ayahnya saja yang sudi menghulurkan tangan untuk bersalaman dengannya.

“Okeylah, Kay mari kita pergi.” Azryn segera menarik lengan Kay sebelum beredar keluar dari bilik tersebut. Suara dan lenggoknya sengaja dimanjakan. Kay menurut saja langkah Azryn.

*****

“Nah! Ini upah awak.” Azryn menyerahkan sampul berisi not RM100.00 sebanyak 20 keping kepada Kay.

“Kiralah, mana tahu terkurang terlebih ker?” Azryn duduk santai di atas kerusi pejabat yang berwarna biru gelap itu. Ruang pejabat yang sederhana besarnya itu dihiasi dengan cat kuning cair dengan binder warna senada pada tingkap cermin sebesar dinding di sebelah kiri mejanya. Sebuah pasu dengan pokok hiasan diletakkan di salah satu sudut agar ruang tidak kelihatan kosong.

“Tak perlu, saya percayakan cik Azryn.” Kay tersenyum sebelum duduk tegak. Dia segera menyimpan sampul tersebut di dalam beg sandang yang dibawanya bersama. Dia tidak tahu mengapa anak kepada tuan punya bangunan itu memilih dirinya untuk berlakon jadi kekasih atau apa sekali pun tujuannya tapi apabila memikirkan upah yang agak lumayan itu dia terus saja bersetuju.

Ketika menghantar bungkusan yang dialamatkan kepada Azryn Zafira pagi tadi, dia tidak menyangka akan ditawarkan dengan upah yang sebegitu banyak untuk lakonan yang mengambil masa kurang dari setengah jam dengan dialog yang tidak banyak. Kay sekadar ingin menolong Fesol, rakan serumahnya yang tiba-tiba diserang sakit ketika ingin melunaskan penghantaran yang terakhir. Tugas rakan serumahnya itu yang membawanya ke bangunan tersebut. Dia sebenarnya tidak ada kena mengena pun dengan syarikat penghantaran express yang bertanggung jawab ke atas bungkusan yang dibawanya tadi.

Terbayang kembali peristiwa sebelum babak-babak lakonan terancang yang berlaku di bilik conference sebentar tadi.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-7-2010 01:04 PM | Show all posts
citer baru
go baby..
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2010 01:05 PM | Show all posts
nasib merah mmg baik la hari ni.. dpt masuk forum pg2, dpt baca citer baru dr bakat2 baru kat WR. tima kasih lah pakcik Ace wat pertandingan ni....
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2010 01:06 PM | Show all posts
nasib merah mmg baik la hari ni.. dpt masuk forum pg2, dpt baca citer baru dr bakat2 baru kat WR. ti ...
merahsilver Post at 6-7-2010 13:05



    betul3 merah.. dari pagi duk jd penunggu kat sini.. hari ni keja tak byk hahaha
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2010 01:09 PM | Show all posts
Reply 4# blueberry80


    bestnya,,,blueberry jadi penunggu tenet dari pagi
akak je main sorok sork dgn bos..
nak masuk tenet..keje masih tak clear juga...
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2010 01:10 PM | Show all posts
go..baby go...
masuk n3 byk byk..nanti akak
followww dari jauh...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-7-2010 01:10 PM | Show all posts
yeahhh..calong ke 2 ke nih... teruskan usaha...sambung la lagiiiii...
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2010 01:11 PM | Show all posts
seronok cerita ni...sambung lagi
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-7-2010 01:19 PM | Show all posts
mana2 yang bakat terpendam n terendam tu blh berkarya kat cni.
merah sokong sambil tolong  baca je....
keep up the gud work BABY!!!!
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2010 01:37 PM | Show all posts

Hmmm...

Post Last Edit by AceHand at 6-7-2010 13:39
Salam semua

Sempena menyahut cabaran Pakcik Ace (semua forumer panggil Pakcik Ace, kiter pun pang ...
babyanah Post at 6/7/2010 12:57





Tak sempat habes pong takpe... Nanti karang kurang berkualiti dari burger plak sebab nak kejar due date...

Ni nak letak kaler hapa ni citer ni...? Ni ajer kaler Crayon Sin Chan ada...

Black
Red
Dark Orange
Sienna
Sea Green
Deep Sky Blue
Blue
Dark Orchid
Magenta


Jizzz... Klong! Klong!
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2010 01:40 PM | Show all posts
oh... tajuk lagu....
hm... interesting.... macam nak tulis gak...
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2010 04:17 PM | Show all posts
best2 intro yg menarik...
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2010 04:17 PM | Show all posts
best2 intro yg menarik...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-7-2010 03:14 AM | Show all posts
Reply 13# asnita


    terima kasih semua.....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-7-2010 03:15 AM | Show all posts
“Azryn Zafira Binti Ma’asud?” Dia bertanya pada seorang gadis yang berada di meja yang terletak berhadapan dengan pejabat milik orang yang dimaksudkan. Sudah menjadi tugas gadis tersebut sebagai P.A untuk mengambil sebarang surat-menyurat, bungkusan, kurier dan sebagainya bagi pihak Azryn Zafira tapi kebetulan ketika itu majikannya itu sedang melangkah menuju ke arahnya dari sebuah pejabat milik salah seorang kakitangan syarikat yang sama. Dia memandang lelaki itu dari jauh dan bila tiba di meja Suhana, dia bertanya.
“Kenapa?”
“Tak ada apa cik puan, dia nak hantar bungkusan.”
“Tak apa, biar dia masuk ke pejabat saya. Saya ada hal nak cakap dengan dia.”
“Mari, ikut saya. Awak minum kopi?” Lelaki itu mengangguk.
“Suhana, awak bawakan secawan kopi untuk lelaki ini dan air mineral untuk saya. Nanti hantar ke pejabat saya.” Suhana mengangguk sebelum berlalu pergi.
“Silakan duduk.”
“Terima kasih.”
“Siapa nama awak?”
“Nama penuh, Ahmad Khairul Zariq bin Ahmad Shah. Kengkawan panggil Kay.” Pelik juga dia bila ‘cik puan’ ini bertanya. Dia memandang wanita yang pada firasatnya berumur lebih muda darinya, mungkin dalam lingkungan 25 – 26 tahun. Apa yang dinakkannya dari aku siap kena masuk kat dalam pejabatnya? Mesti awek ni berpangkat besar, kalau tidak masakan dia disediakan sebuah ruang pejabat oleh pihak syarikat.
“Kenapa cik nak jumpa saya?”
“Kalau saya tawarkan RM2k untuk berlakon jadi kekasih saya untuk sehari ini, awak terima?” Hah?! Jatuh rahang dia mendengar tawaran yang tidak disangka itu. Pelik? Dia sebenarnya tak heran pun dengan duit RM2k tu.
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2010 03:21 AM | Show all posts
ingat nak letak lagu A love to Kill tuh
citer best nih.. nak lagiii
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-7-2010 08:52 AM | Show all posts
baby... ari ni sambung la lagiiii... banyak2 la yer...
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2010 09:03 AM | Show all posts
best...
sambunglah lagi
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2010 10:51 AM | Show all posts
kelako tau berlakon jadi pasangan kekasih nie...
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2010 12:40 PM | Show all posts
intro yang terbaekkkk..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-6-2024 04:03 AM GMT+8 , Processed in 0.068736 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list