Masalah aku adalah sentiasa je ada orang yg kata aku ni hensem tapi aku sendiri takdelah rasa diri aku ni hensem mana pun. Yg kata aku hensem ni dari pelbagai bangsa. Melayu, Cina, India etc. Tua dan muda. Lelaki dan perempuan. Pernah sekali mak aku cakap kat aku ada sorang kawan tempat kerja dia (lelaki) dok puji kata hensemnya anak awak (aku la tu). Baru-baru ni pun aku pi urut refleksologi kaki, uncle tua tu puji kata aku hensem. Kalau jumpa/selisih dgn awek2 lak, dorang akan pandang2 aku.
Puas la aku belek kat cermin. Aku rasa aku biasa je. Aku memang la tinggi sikit, 176cm dan berdada bidang. Aku selalu work-out bina badan sikit2. Kulit tak putih sangat (typical Malay).
Jadi inilah masalah dlm hidup aku. Adakah aku menghidapi sindrom Anahensema Nervosa?