CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: babyghost

Hantu di Tempat Kerja korang

  [Copy link]
Post time 13-6-2011 11:34 AM | Show all posts
Reply 160# fatehana

aha kalo tgh lebat mmg kena tukar seberapa kerap yg boleh lah, biasanya dua tiga hari yg first mmg kena kerap tukar, masuk hari ke-4 tu dah kurang sket. erm, malu tau kalo lelaki dah sound mcm tu, kita yg 'jaga' ni pon terasa tau
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-6-2011 03:32 PM | Show all posts
meh aku cite sket pasal kisah2 kat opis aku..

aku skg keje dgn developer kat JB. jadi office kami ni dulunya kwsn kelapa sawit. Iyelah, dah nama pemajukan jadinya kamilah org pertama yang tinggal kat kawasan taman kami.
Masa tu belum banyak rumah di jual lagi pada customer. Ada lagi banyak rumah-rumah kosong. Satu hari ni, pakcik security aku namanya Y ni tengah meronda kawasan satu taman perumahan yang depannya ialan ladang kelapa sawit. Masa tu memang tengah maghrib. Kat kawasan perumahan tu ada taman permainan.
Suasana dah suram sikit dan cuaca pun dah makin malap. Pakcik Y ni dok meronda kat taman tu tiba-tiba terkejut sebab ada seseorang sedang bersenam kat taman permainan tu.
Cara dia bersenam takdelah best sangat tapi entah kenapa pakcik Y ni tak boleh nak berganjak matanya dari tengok dia sedang bersenam. Cara orang yang bersenam tu ialah dengan berdiri tegak, cuma badannya sahaja bergerak ke bawah dan ke atas (macam buat sit up lah tapi dengan cara berdiri.) Orang tu pun membelakangkan dia.
Dok pakcik Y ralit tengok orang tu buat senaman, tiba-tiba dia terkejut bila orang tu takde kepala bila part dia tengah berdiri tegak. Kelam kabut pakcik Y tu start engine motor and terus blah dari situ. Esoknya, pakcik Y demam seminggu akibat di ganggu oleh benda tu...
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2011 06:17 PM | Show all posts
Reply 152# melinda_kerr


    aduyaiiiii....pengsan!!!! nampak muka ker?
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2011 04:01 PM | Show all posts
muka tak nampak. dr jauh tu cume nampak blkg dia jek. tup tup tetiba takde kepala. mmg lah demam pakcik tu...
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2011 10:52 AM | Show all posts
Ofis lama dulu mmg seram sebab hampir setiap minggu ada cerita misteri, saya sendiri pernah alami dua kali.
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2011 10:59 AM | Show all posts
Yang pertama

Masa tu hari jumaat so biasalah semua orang keluar, bilik saya ni yang hujung sekali, lepas bilik saya ada bilik fail dan ruangan untuk pantry. Hari tu saya malas nak keluar, ingat nak tido je kat bilik. Lepas main game kat pc, saya pun baring le kat sofa untuk teruskan hajat nak tido. Masa tu mungkin dalam jam 1 lebih2 sikit. Tak sampai dalam seminit, saya dengar bunyi orang bernafas betul2 kat telingga sebelah kiri. Ingatkan memula tu nafas sendiri, yelah masa tu tengah penat mungkin sebab tu bernafas agak kuat. saya pun bangun cuba dengar, sunyi je..pastu saya sambung tido balik, dan mmg tak sampai seminit dengar lagi bunyi orang bernafas kat telinga sebelah kiri. apa lagi saya pun terus switch on lampu bilik dan duduk depan pc.

Nak dijadikan cerita sbb masa rehat panjang lagi saya pun calling la member yang kerja tempat lain (kira best fren la ni), saya bgtau dia kejadian tadi tu, tetiba talian telefon saya terputus siap ada bunyi berdengung lagi. Saya call member guna hp plak dia ckp tetiba tak dengar suara saya. Mungkin jugak benda tu tak nak kitaorg sembang pasal dia kot..hehe
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-7-2011 11:03 AM | Show all posts
Yang kedua

Masa tu boss pegi kursus so kiranya dia tak masuk ofis la. Tapi tetiba masa saya nak balik dalam jam 5-5.30petang, saya lalu bilik dia saya nampak dia kat dalam bilik (bilik dia ni ada cermin yang tinted warna hitam so bole kalau dari luar bole nampak la bayang2 dia dalam bilik tu). Pergerakan dia seolah2 dia berjalan dari meja dia untuk ambil barang kat tepi meja dia. Saya pun tanya la PA dia boss balik ofis yea so dia takdapat la balik awal. PA dia ckp boss tak balik ofis mungkin balik umah terus. Saya pun apalagi bgtau PA tu yg saya baru je nampak bos kat dlm bilik. Dgn rasa tak puas hati kitaorg jenguk kat dalam bilik dia, mmg dia takder pun..so, aper yang saya nampak tadi tu??
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2011 11:08 AM | Show all posts
Pernah jugak masa saya pergi berkursus, ada sorang kerani tu nampak sorang perempuan dalam bilik saya tengah belek fail kat tepi kabinet fail (kabinet fail ni saya letak kat tepi pintu, maksudnya kalau saya duduk kat meja org takder la nampak saya sbb terhalang dengan kabinet fail ni) pompuan tu pakai skarf ikat belakang. muka dia terhalang dengan kabinet fail. Masa tu dalam jam 5.30 - 6 petang lebih kurang. Dengar je cerite tu balik kursus saya terus alih kabinet fail tu supaya tak halang pandangan dari pintu..sbb kat ofis mana ader orang pakai skarf ikat belakang??
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-7-2011 01:49 PM | Show all posts
Reply 156# fatehana


   yg ni aku setuju, cukup bengang spesis cam ni. aku mmg tak respek, buat malu kaum aje
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2011 01:51 PM | Show all posts
Reply 166# no_air7
ada opismate penah tekena....masa tu baru kol 8.00. dia tgh potostat...tiba2 rasa cam angin panas/org benafas kt tepi dia. meremang bulu roma, terus dia stop keje. ingtkan takde apa2 sbb awal lagi
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2011 01:59 PM | Show all posts
masa baru duduk kt kawasan perumahan  yg asalnya kawasan kelapa sawit, selalu dengar petang2 nmpk ada org naik moto tak pakai baju.....

sekali terjadi anak kawan i, dok main tangga kt kawasan sekolah dia, tiba2 dia berlari ketakutan ke kelas dan bertembung ngan cikgu yg on the way nk masuk kelas jugak. mula2 dia cam elok je ckp nmpk ada org tak pakai baju tapi still ketakutan la. bila cikgu tanya kt mana, terus dia menjerit/meraung....

bila dah dengar mcm2 cite horror persatuan penduduk pon aktif anjurkan mcm2 aktiviti keagamaan. ada la jugak kebaiknnya...alhamdulillah kurang la dengar cite2 seram

cuma kadg2 je la ada yg kena usik, cam kalau balik lewat malam ke.....
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2011 03:07 PM | Show all posts
Reply 170# bukanomi

huhu..tapi masa dgr bunyi bernafas tu takder lak rasa cam meremang bulu roma..mungkin sbb masa tu bukan memalam hari kot..hehe
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2011 04:29 PM | Show all posts
Ello sume..Nak cerciter ttg kawan opis wawa..chinese gurl..

Dia ni QS,slalu balik lmbt sbb nk settlekan keje.. Ada skali tu,dia sorg je dlm opis. Tgh syok wat keje,tetibe dia dgr mcm ada org mgeluh kat ujung opis.. Dia tkejut la,dia ingat ada org,bgun n jenguk tp xde sesape.. Xpikir pjg dia trus je angkat beg balik.. Kdg2 masa dia tgh wat keje,dia rasa mcm ada org bnafas sebelah dia n terasa mcm ada org belakang dia..
Tp amoi ni kental orgnye..dari kene marah dgn boss,sggup dia abihkan keje wlupon da meremang bulu n rase xsedap ati.. Janji keje siap maaa.. Huhuhu.. Klu wawa la,sggup wawa kene marah dr kene kacau.. {:3_83:}
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2011 10:09 PM | Show all posts
bear juz nak kongsi cerita yang tak seberapa ni..
cerita1:
berlaku thn lepas. masa tu dalam pukul 12.30 tghari. bear dgn kawan opis, pompuan. 2 orang je. kitorang duduk bertentangan dan toilet dalam opis tu pun bertentangan jugak dengan bear. tgh leka buat keja, pintu toilet tu tertutup sendiri. macam ade org tutup. terperanjat kitorang. bear tanya kawan bear ada sesiapa lagi ker dlm opis@toilet. dia kata takde. yang lain semua dok opis atas. bear dah cuak sikit tp still kontrol & ada semangat lagi la coz kakak2 senior yg dah lama kerja byk cerita pasal opis tu.

cerita 2:
berlaku dlm thn ni. 2 minggu lepas. time ni bear kat dlm opis dgn dak2 laki lak. memula pintu stor tertutup kuat. macam ada org tendang. bear jengah tgk kot2 ade org tendang pintu tu. takde pulak. dak2 laki opis bear plak masing2 tgh wat keje. tak lama lepas tu pintu toilet lak tertutup. bunyi sama kuat macam pintu stor tadi. ahhh...kali ni bear dah malas nak layan..suka hati la nak main ke ape ke janji jangan kacau bear.

cerita 3:
bear dah pernah cerita kot kat thread lagi satu. kes ni Operation Manager(OM) bear sendiri yang lalui. OM bear ni suka sgt balik lambat..kenkadang sampai kul 2-3 pagi baru balik umah. 1 hari tu dia balik lambat. bilik OM bear ni kat opis atas. so kalau nak balik mesti la kene turunkan..masa tu dlm kul 2 pagi. masa dia nak turun ke bawah, dia dah nampak dah 'ahkak' ni port baik betul2 kat tepi pintu. pintu opis pakai cermin so mmg leh see thru. nasib baik OM bear ni 'berisi'. dia bukak je pintu & lalu kat sebelah 'ahkak' tu. nasib 'ahkak' tu tak kacau or buat ape2..huhuh

cerita 4:
sorang kakak kat opis bear pregnant. so keje dia memang turun naik opis tu la coz dia jaga admin. nak bg surat kat opis bawah la..nak kunci pintu stor kat bawah la..so satu hari tu masa dia nak turun pegi opis bawah, tah macam mana dia leh tersilap langkah jatuh gedebuk sampai bawah. masa tu kandungan dia dalam 3 bulan kot. anak kembar lak tu. lepas bwk gi spital kakak ni ckp dia ada mintak air penawar kat ustaz. ustaz tu ckp kat tangga yang dia jatuh tu ade makhluk dah bergayut..so punca dia jatuh gedebuk tu pon sebab makhluk ni jugak. makhluk ni dah usik dia..bertenggek kat belakang. kakak tu ckp 'ptt ler aku sakit2 bahu..sengal2 pinggang. berurut tak baik2. rupa2nya ada yang dah menumpang'..

so..end of story..eh..lupa lak..opis bear ni ade operasi 'bersih'. akan ada satu waktu pada malam hari, CEO bear akan panggil somebody utk 'bersih' kan opis tu..hasil nya.. esok pagi tu berterabur beras kuning, garam kasar, dan air cuka kat sekeliling opis. dan..kitorang pernah jumpa satu botol kecik yang ditutup kain diletakkan kat atas aircond. tp tak semua bilik ada botol ni..hanya bilik2 tertentu je..utk tujuan apa..tak pasti pulak bear..huhuhu
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2011 12:09 AM | Show all posts
micha sllu oncall kt hospital malam2.....
haritu, micha tgh berjalan sorg2 kol 2 3 pg menuju ke wad ( br lepas beli air kt 7e), pastu tibe2 ternmpk ade org tgh baiki siling. dia punye kepala da msk dlm siling, kt luar ade bahagian leher ke bwh. micha buat dek je..smpi kat lif, kt situ ade pakgad, tibe2 dia tnye, haiii Dr , jln mlm2 kt laluan td x jmpe ke org tgh baiki siling. pastu aku jwb, 'ade'......  pastu pakgad tu gelak. aku tnye nape?, dia ckp nsb baik x tegur, kalo tegur nnt dia keluarkan kepala dia dr siling, tp xde kepala pn. ade leher je...... haha. mana de org baiki siling malam2 nih. hehe.... lain kali hati2 ye.....

oo god, nsb baik dia x kacau aku...... sumpah aku x lalu dah laluan tu mlm2.
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2011 12:19 AM | Show all posts
Reply 174# orangebear


    So, akak tu dan bb's dia skang ni per citer nya? Ok dah?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-7-2011 08:03 PM | Show all posts
Reply 176# iskans

akk tu misscariage..huhu....tp dia still continue amek air penawar dari ustaz.
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2011 08:12 PM | Show all posts
Reply 177# orangebear


    Kesian. Moga kakak tu bersabar dengan kehilangannya. Insya'allah akan Allah gantikan anak-anak itu di masa akan datang. Amin.....!!!
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2011 01:42 PM | Show all posts
Benci... dalam masa 3 minggu ni dah 2 kali ash kene kacau kat toilet ofis :@

1st time jadi masa around kul 4 petang. ash masuk toilet dan nampak stall kedua tu ada orang. so ash pegi stall ketiga (ada 5 stall dalam toilet ni). pastu dengar la org sebelah flush then kuar pastu dengar pintu utama toilet tu ditutup (kira ash tinggal sorang la ni). tetiba ash dengar bunyi cam sanitact bin kat stall sebelah ni berbunyi cam ada orang gerakkan. ash bajet ada org lain masuk la kot walaupun ash xdengar org tutup pastu lock pintu stall. kebetulan ash pun dh nak kuar so bila ash bukak lock, terus bunyi tu stop.

tapi bila ash keluar, tengok semua stall pintu ternganga. ash sorang dalam tu. ash siap jenguk stall sebelah tapi memang xde apa. takkan punya cepat org tu kuar smp ash xnmpak... tp ash still buat bodo jer, siap basuh tangan pastu lap2 tangan ngan paper towel dengan rileksnya (serius macam xleh terima kenyataan jer kene kacau )

2nd time baru jadi tadi lam kul 10 pagi. toilet yg ash slalu pegi tu tengah cuci so ash kene menapak sket pegi toilet wing satu lagi. sebelum masuk lagi memang ash dah bau cam minyak kelapa yang kuat gila. tapi sebab emergency sgt2, ash redah jugak la. tahan jer hidung. bukak2 pintu utama tu, ada sorang minah tengah tunduk berkumur kat sinki betul2 depan pintu ngan tudung putih, kemeja putih ngan sluar hitam. dia pun cam terkejut nmpak ash masuk. pastu kat stall ketiga ada sorang lagi pakai baju sama tengah dok pegang plastik hitam sambil kuarkan isi dalam sanitact bin tu. dia membelakangi ash la.

so ash cepat2 masuk stall 1st and dengar la org tu dok clearkan semua tong2 lam setiap toilet. masa tu bau lam tu xyah cakap la, hanyir campur bau minyak kelapa tu. tapi bila ash keluar balik, budak pompuan kat sinki tu dh xde. yg ash nmpak, plastik hitam dok terkeluar daripada stall yang last tuh... masa ash tengah basuh tangan, dengar plak pompuan tu macam dok merengus. ash pun pe lagi, cabut la. baru teringat tak mungkin tu cleaner sebab diorg pakai baju merah hitam! xpenah la plak nmpak geng pakai baju putih nih!
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2015 04:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Ala semua crite kat ofis je...  :lol
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-5-2024 03:10 PM GMT+8 , Processed in 0.070018 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list