CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 6108|Reply: 20

CERPEN: Seroja - Al Jawaher

[Copy link]
Post time 10-7-2010 09:25 PM | Show all posts |Read mode
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 10-7-2010 09:45 PM | Show all posts
Mari menyusun seroja, bunga seroja.. aaaaa...hiasan sanggul remaja puteri remaja…

Terlihat di paparan telefon bimbitku read new massage. Aku menekan punat yes.


Salam.  Alhamdulillah Bintang, aku sudah diijabkabul  seminggu yang lalu, doakan ya.



Aku tersenyum seiring mengucapkan puji syukur yang sangat mendalam.  Setelah menjalani kisah kisah roman yang begitu panjang namun berkisah cerita yang hampir sama, akhirnya sahabatku sejak sekolah menengah itu bertemu juga dengan jodohnya.

Aku dail no telefon Zahra dengan senyum memenuhi bibirku. Ya, aku gembira Zahra sudah menemui jodohnya.


”Salam,”   ucapku riang.

”Salam,”   suaranya serak.

”Kau sakit ?”

”Penat saja.”  Kedengaran tawa halus darinya. Nyata, penatnya dalam riang.

”Ooooo…. Tahniah ya Zahra, mudah mudahan pernikahan kau penuh dengan kebahagian, membawa barakah, cepat dianugerahi anak yang sihat dan pintar,”   doaku ikhlas.

”Terima kasih,”  suaranya masih serak.

”Suami kau orang mana? Bertemu di mana, Zahra?”   tanyaku tak sabar.

”Orang Thai. Melayu Thai, bertemu waktu aku berubat,”  jelasnya.

”Berubat?”   tanyaku bingung.

”Waktu aku dibuat orang itu lah, yang pernah aku cerita kat kau hari tu. Suami aku ini sedaranya orang yang mengubati aku itu, katanya memang benar aku memang dibuat sama Syukri!”   jelasnya penuh semangat.

Menyebut nama Syukri aku mula  teringat cerita Zahra sekitar tujuh bulan yang lalu.

”Aku pergi jumpa isteri Syukri, Bintang.”

”Kau nekad menemuinya ?”  tanyaku hairan.

”Ya, aku dimarahi isteri dan adik adiknya.”

Ya memang patut pun, ucapku.  Namun hanya dalam hati.

”Aku ajak isterinya berbicara dari hati ke hati sebagai seorang wanita.”

”Apa yang korang bicarakan ?”

”Aku minta maaf padanya, aku akui aku salah kerana menjadi perempuan lain dalam hidup suaminya, aku minta hubunganku dan dia baik baik saja setelah itu bagilah peluang kepada aku menjadi saudaranya.”

Bersaudara dengan wanita yang pernah merebut hati suami?  Mana mungkin ???!!  Umpatku, sekali lagi hanya dalam hati.

”Dia juga aku menasihati agar tetap menghargai dan menghormati suaminya meskipun tidak ada penghasilan.  Aku cakap lagi kepada dia dalam agama haram hukumnya seorang isteri tidak menghormati suami!”   jelasnya mulai mengebu gebu.

” Aku juga berkata kepada dia, jangan salahkan suami mencari perempuan lain kalau dia sendiri tidak boleh merubah sikap!”  katanya bangga dengan ceramahnya.

”Apakah dalam agama dihalalkan manjalin hubungan dengan perempuan lain dengan alasan isteri tidak menghargai, apa tidak ada penyelesaian cara lain yang lebih bermoral?”   Tiba-tiba emosiku naik ke kepala.  Zahra terdiam, mungkin dia terkejut mendengar tanggapanku.

”Bukankah dalam agama memenuhi keperluan rumahtangga adalah tanggungjawab seorang suami ?”   tambahku.   ”Apa kau tidak boleh mencari pendamping yang baik baik saja?  Meskipun taraf ekonominya tidak tinggi seperti kau tapi yang penting baik, ada pekerjaan, dan satu lagi BUKAN SUAMI ORANG !”   Sengaja aku beri intonasi yang kuat pada tiga perkataan itu.
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2010 09:50 PM | Show all posts
Lagu ini memang best,
ingatan utk adik2 yang mahu mengenal dunia cinta

pernah dialunkan oleh Biduanita Datuk Syarifah Aini, Jamal Abdillah,
Al-Jawaher; masing-masing punya kekuatan suara yang tersendiri.
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2010 09:58 PM | Show all posts
xcukup ni... belum dpt tangkap psl apa....
- ada maksud tersirat nih..
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2010 12:34 AM | Show all posts
menarik gak nih bintang...wah banyak betul idea ekkk...sambung lagi ye bintang...
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2010 12:44 AM | Show all posts
Post Last Edit by qimi08 at 11-7-2010 00:46

Cerita bintang pasti ada pengajaran yg tersirat
Teruskan
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 11-7-2010 12:55 PM | Show all posts
Post Last Edit by bintang at 11-7-2010 21:46

”Tak tau la Bintang, aku sendiri hairan kenapa boleh jatuh cinta pada Syukri, apa kelebihannya, padahal aku kan seorang yang susah jatuh cinta?”  Suaranya mulai melemah.

”Susah jatuh cinta?  Biasanya orang yang susah jatuh cinta itu jangankan jatuh cinta dengan orang yang bermasalah, dengan orang yang tidak bermasalah pun susah..!”   sindir aku.  Aku masih ingat dengan kisah romannya sebelum dengan Syukri.


                                                                                             

Zahra menjalin hubungan dengan duda beranak satu.  Sebenarnya tidak ada masalah dengan status duda itu.  Tetapi lagak yang sama sekali tidak sesuai sebagai lelaki yang nantinya menjadi tunjang keluarga itu yang menjadi masalah.

”Kalau hanya sesekali aku yang bayar makan dan berbelanja aku tak kisah, tak jadi papa pun aku ni.  Tapi ini…  setiap hari..!  Pulak tu dia tak mahu makan di tempat yang murah. Selalu nak makan di tempat eksklusif ,”    keluhnya dengan mimik muka kesal.

”Mungkin duitnya sudah habis untuk sara hidup anaknya,”    ujarku cuba berfikir bijak dan tidak berprasangka.  Meskipun aku sendiri terasa ada yang tidak kena.

”Tidak mungkin Bintang. Dia tidak bekerja, anaknya tinggal dengan bekas isterinya.”

Aku terkejut mendengar penjelasannya. Aku memandang wajahnya tepat.    ”Lalu?  Apa yang membuat kau suka padanya?”    tanyaku hairan kerana dari cerita Zahra tadi rasanya tidak ada yang istimewa dari lelaki itu. Malah sangat menyakitkan.

”Entahlah,  aku sendiri hairan kenapa boleh jatuh cinta padanya, aku belum pernah merasakan cinta seperti ini sebelumnya,”   jelasnya haru biru. Kalau orang lain yang bercakap seperti itu, pasti aku sudah tinggal jauh jauh.

Aku menatap wajahnya geram.

”Bagaimana ni Bintang… apa yang harus aku lakukan?”

”Kau serius dengannya?”

”Sangat!”  jawabnya yakin.

”Dengan status dia yang tidak ada pekerjaan, apa kau bersedia menjadi tulang belakang keluarga?”

”Tentu saja tidak Bintang, sebenarnya aku tidak menuntut banyak, yang penting dia ada pekerjaan, tak penting penghasilannya lebih rendah atau lebih tinggi dibanding aku”.

”Betul itu Zahra, jangan sampai dia nanti cuma mengikis harta kau saja !”  balasku.

”Tapi Bintang, setiap kali aku suruh mencari pekerjaan ada saja alasannya. Padahal setiap kali aku hubunginya kalau di siang hari dia hanya tidur. Dan waktu malam clubbing, duit pulak minta kat aku.”

”Hah..!?  Tinggalkan saja dia !”    gesa aku, marah.   Aku memang paling tidak suka dengan lelaki sebegini, mengambil kesempatan dengan cinta perempuan.

Zahra diam.  Dia nampak kecewa. Parasnya sayu dan mulai menangis.

”Ya lah….  kalau begitu, teruskan saja berhubungan dengan dia.  Kau kerja, kaki dibuat kepala, kepala dibuat kaki.  Lelaki tu hanya bersantai di rumah, menadahkan hasil dari titik peluh kau,”   kata kataku lembut namun semakin sinis. Geram.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-7-2010 04:14 PM | Show all posts
”Zahra, apakah kau sudah jemu dengan desakan sekeliling yang menuntut kau segera bernikah, ya?”

Tidak terdengar jawapan.  Zahra diam menunduk.  Aku bertanyakan hal tersebut kerana Zahra sering mengeluh pada aku dengan statusnya yang masih sendiri.

”Kau tak sendiri Zahra. Kau ada ramai sahabat, saudara, kenapa resah? Kenapa perlu gelojoh?”   hiburku saat itu. Setahu aku waktu itu Zahra memang belum pernah menjalin hubungan istimewa dengan lelaki.

”Siapalah yang mahu kat aku, tidak cantik, tidak pintar, tidak punya kelebihan apa apa,”   katanya penuh kerendahan diri.

”Tak usah merendahkan diri. Kau kan punya banyak kelebihan.  Kau kan pandai masak, tidak seperti aku, masak air je boleh,”   selorohku.  Zahra tertawa.

Dia memang bukan jenis wanita yang cantik dan cerdas, namun manis dan menyenangkan.  Di saat teman teman yang lain mulai merintis karier, dia masih menganggur. Jangankan bekerja,  SPM pun belum habis.  Kerana tiga kali dia mengulang.

Hingga suatu waktu Zahra menemukan dunianya yang mengubah kehidupannya.  Pada peringkat permulaan Zahra bekerja dengan orang lain sebagai pekerja bahagian produksi di perusahaan katering.  Selain bekerja Zahra juga mempelajari bagaimana mengurus suatu perusahaan. Akhirnya dengan modal tabungannya dan kepandaian memasak, Zahra membuka perusahaan sendiri.  Permulaan, pelanggannya hanya terbatas jiran tetangga, kawan kawan dan keluarga dengan modal tak lebih dari seribu sebulan.  Tapi sekarang paling sedikit berbelas ribu dia dapat pulangan setiap bulan.  

Dengan harta yang berlimpah dia boleh melakukan apa saja.  Dulu ke mana mana naik pengangkutan awam.  Sekarang kereta keluaran terbaru siap menghantarkannya ke mana mana.  Dulu tinggal di flat sempit.  Sekarang Zahra mampu membeli kondominium mewah meskipun dengan cara pinjaman bank.

Aku bahagia dan bangga dengan perubahan hidupnya.  Zahra pun nampaknya juga bahagia dengan perubahan hidupnya.  Perubahan hidup Zahra tidak hanya menyangkut material tetapi juga kehidupan romannya.  Seiring dengan perubahan hidupnya itu, kaum lelaki mulai mendekatinya.  Antara lain Syukri, seorang penganggur dan suami orang.  Seorang lagi duda beranak satu penganggur juga.  Mulanya aku mengira memang tiba waktunya Zahra didekati lawan jenis.  Tetapi keluhan demi keluhan yang hampir sama setiap kali dia menjalin hubungan dengan lelaki yang disampaikan padaku, membuat aku mulai menjadi penganalisis, apakah perubahan tingkat darjat hidup Zahra menjadi daya tarikan bagi lelaki untuk mendekatinya   -   yang materialistik tentunya?  Dan mungkin kerana terlalu lama tidak pernah didekati lelaki dan desakan sosial, akhirnya Zahra tidak mempunyai pilihan menerima calon pendamping hidup?  Mungkin analisisku begitu kejam, tetapi mendengar kisah kisahnya yang hampir sama, apakah analisis aku salah?.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 11-7-2010 04:27 PM | Show all posts
Post Last Edit by bintang at 11-7-2010 17:06

”Bintang !”   Zahra menyergah aku. Ternyata fikiran aku melayang cukup lama.  Entah apa agaknya yang sudah diceritakannya tadi.

”Maaf, Zahra… bagaimana tadi ?”

”Kisahnya tiga hari setelah bertemu kami bernikah,"  jelasnya.

”Cepatnya. Bukankah proses permohonan dan pendaftaran nikah akan ambil masa paling cepat pun satu minggu?”   kataku hairan.

”Belum siap lagi semua permohonan tu, tapi sudah diselesaikan akadnya secara hukum,”  jelasnya.

“Oooooo.”

Seminggu setelah percakapan kami di telefon, aku menerima kad undangan perkahwinan dari Zahra.  Untuk seorang sahabat tentu saja aku ingin memberikan hadiah istimewa kepadanya. Ketika keluar dengan suami dan anak di suatu mall, aku melihat gaun muslimah bersama tudung  berwarna hijau lembut.  Aku teringat Zahra yang menyukai warna hijau.  Segera aku hubungi Zahra.  Siapa tahu sejak bernikah dengan suami yang beragama, Zahra kini bertudung?

“Mau saja Bintang, sekarang aku memang bertudung.”   Kedengaran suaranya berbaur gembira.  Wah tepat dugaanku.

”Tapi aku bertudung kalau tak ada suami.”

”Ya sepatutnyalah tu Zahra, kalau di rumah hanya berdua dengan suami jangankan tidak pakai tudung, tidak pakai apa apa pun tak ada masalah,”  kataku sambil tertawa.

”Bukan begitu Bintang, keluar rumah pun kalau dengan suami aku tak pakai tudung.”

”Hah…?”   Bukannya faham dengan penjelasannya, aku malah menjadi tambah bingung.

”Kerana suami aku tak suka aku pakai tudung.”

”Haahh..?”   Aku bertambah bingung.  Seorang lelaki yang beragama tidak suka isetrinya bertudung? Aneh atau tidak?

”Membahagiakan suami kan ibadah, Bintang.  Jadi aku tidak bertudung demi membahagiakan suami, itu kan ibadah.”


Apakah begitu?  Logiknya meskipun seorang isteri keluar rumah didampingi suami, tidak ada jaminan lelaki lain tidak memandang kan?  Jadi apakah tidak lebih aman kalau seorang isteri menutup auratnya?  Tak tahulah, aku tidak bertanya lebih dalam pada Zahra.  Mungkin pengetahuan agamaku yang cetek. Yang penting kehidupan perkahwinan Zahra bahagia.


”Bagaimana dengan bisnes kau?”   tanyaku mengganti topik perbicaraan.

”Aku serahkan kepada suamiku, aku hanya di rumah saja sekarang, suami aku tidak mengizinkan aku keluar rumah.”

”Sedapnya kau, menjadi boss ya..?  Mengawasi dari jauh?”   Aku berjenaka.

”Tidak juga, aku menjadi suri rumah tangga saja sekarang, perusahaan seratus peratus aku serahkan kepada suami, termasuk hak milik sekali.”

”Bagaimana dengan pekerjaan suamimu sendiri?”

”Dia tidak ada pekerjaan Bintang. Kerana itu aku serahkan perusahaan kepadanya.”

”Dan..  kau mau situasi kau begitu saja ?”    Opps.. ! untuk apa aku bertanya, ini kan bukan urusanku.

”Permohonan aku agar dia dapat memenuhi kewajipannya sebagai ketua keluarga.”

Aku cuba mengerti,  meski dahiku berpeluh memikirkan yang bukan bukan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-7-2010 04:35 PM | Show all posts
Suatu hari ketika aku makan di luar bersama suami dan anakku, seorang makcik datang menyapa.  Ternyata dia adalah ibunya Zahra.  Terus saja aku dan suamiku mengajaknya makan bersama kami, agar kami dapat melepas rindu kerana cukup lama juga aku tidak bertemu dengan beliau. Perbualan kami sampai juga ke topik puterinya yang baru saja bernikah itu.  Dan cerita beliau membuat aku susah menutup mata pada malamnya.


”Kasihan Zahra, Bintang. Dia tidak boleh ke mana mana.  Berkunjung ke rumah makcik pun tidak boleh.  Menelefon makcik pun kena sembunyi sembunyi, kalau suaminya tahu akan dimarahi.”

”Kenapa sampai begitu, makcik?”

”Katanya takut kalau makcik mintak duit, padahal makcik ni tak suka meminta minta dengan anak.  Pencen arwah ayah Zahra sudah mencukupi buat perbelanjaan seharian makcik.”

”Kalau pun Zahra memberi duit kepada makcik kan tidak salah.  Bukankah duit itu hasil dari perusahaan yang dirintis Zahra!”  Kataku.

Suamiku Kasturi mengisyaratkan dengan kerdipan matanya agar aku bertenang, jangan terlalu meninggi suara. Dan tanganku dielusnya perlahan. Ya, dia sangat memahami aku.  Ombak dadaku kembali menurun.

”Makcik tidak dikasihani pun tak apa, Bintang, Kasturi… Makcik ikhlas. Tapi yang membuat makcik kesal, Zahra sama sekali tidak diberi duit belanja.  Pembantu rumahnya minta gaji dan perbelanjaan dapur terus dengan suaminya, siap dengan senarai barang dan harga sekali.  Baki perbelanjaan nanti harus dikembalikan kepada suaminya.”    Ibu Zahra mengeluh berat.   Dia menarik nafas seketika dan kemudian dia menyambung lagi.     “Yang lebih menyakitkan lagi, Bintang, Kasturi... makcik dengar dari pekerjanya, dia mengambil sekretari baru dan sekarang mereka sangat rapat.”


Zahra, Zahra…  kenapa nasib engkau seperti ini, pekerjaan susah payah dibangun dari hasil titik peluh sendiri,  setelah berhasil dibangunkan dan maju dikuasai suami yang tidak bertanggung jawab pula.  Pendamping  diri yang dinanti nantikan sebegitu lama, tiba tiba dapat lelaki yang tidak tahu diri. Penyamun hasil titik peluh isteri..!

Zahra tidak patut diperlakukan seperti ini.  Zahra wanita yang baik, lelaki yang mendapatkannya sangat beruntung.  Cukup banyak kisah serupa itu aku dengar dari teman temanku yang lain, dan aku juga sering membaca kisah begini di majalah. Lagi lagi aku hairan, apa yang membuat seorang wanita bersedia berkorban sangat besar untuk lelaki yang tidak berterimakasih menerima pengorbanan?


”Belum tidur?”   Suamiku bangun.  

”Berfikir pasal Zahra?”    Dia sangat mengerti tentang aku.

Aku memandangnya tanpa berkata apa apa, kerana apa yang diduganya sangat tepat.

“Didoakan saja agar suaminya dapat hidayah dan segalanya sedikit demi sedikit menjadi lebih baik.”

Aku masih diam. Kerana kata katanya benar. Tiada apa yang dapat aku lakukan kecuali memohon doa kepada Allah, bantulah Zahra.

”Sekarang tidurlah.”   Suamiku merebahkan tubuhku dan menyelimutiku.

“Pejamkan mata,” bisiknya.

Aku menurut.  Dikucupnya kedua pelupuk mataku, kemudian mencium dahiku. Rambutku diciumnya lama.

Dia beranjak dari tempat tidur. Kalau dinihari begini dia bangun pasti untuk melaksanakan solat tahajud.  Puji syukur kepadaMu ya Allah atas anugerah yang Kau berikan padaku, ucapku sebelum lelap.



TAMAT.
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2010 05:38 PM | Show all posts
eeeiiiii....sakit ati sangat baca cite nih... tapi tu la kenyataan hidup...kat luar sana banyak yang terjadi sebijik macam cite bintang nih... berat mata memandang, berat lagi bahu memikul....
dah nasib zahra..kesiannnnn
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2010 07:16 PM | Show all posts
EEEEE .................. geramnya. Lelaki demikian sememangnya wujud.
Kasihan dia kalau selepas ini suaminya menceraikannya selepas mengambil
semua harta isteri.
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2010 07:24 PM | Show all posts
satu lg kisah yang ada dlm kehidupan kita...
satu pengajaran yang baik...
tq bintang
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2010 11:04 PM | Show all posts
banyak iktibar yg boleh diambil dr citer ni...
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2010 11:29 PM | Show all posts
terima kasih bintang.. mmg bg pengajaran..
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2010 11:36 PM | Show all posts
Walaupun cerita pendek
tapi ada pengajaran... memang berlaku disekeliling kita.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-7-2010 08:17 AM | Show all posts
sebab itu kalu nak mencari suami perlu mengikut garis panduan yg islam tetapkan..kalu boleh selidik dulu...jgn berkahwin krn terdesak @ takut jd andartu..isteri  pula sanggup menjadi mangsa suami yg tdk bertanggungjawab asalkan suami tidak tinggalkan dia dan takut utk bergelar janda...semoga cerita ini menjadi pengajaran buat kaum wanita di luar sana dan kepada lelaki2 jgn sesekali mengambil kesempatan atas kelemahan seorg wanita...
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2010 10:25 AM | Show all posts
hi bintang morning hari ni baru masuk ada cerpen baru best ni
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2010 10:29 AM | Show all posts
eeeeeeeee...geram sungguh baca cite nie... memang cite byk terjadi di luar sana.. sepatutnya kita patut brsyukur sbb kita bukan sebahagin daripadanya
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-7-2010 11:01 AM | Show all posts
Moralnya ;  jangan biarkan cinta menyedut segala kemestian tentang hidup yang wajib dilunasi..
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 09:31 AM GMT+8 , Processed in 0.247602 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list