CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12
Return to list New
Author: AceHand

JIZZZ... KLONG! KLONG! Pertandingan Sajak Kemerdekaan Minggu 03...

[Copy link]
Post time 15-7-2010 08:57 AM | Show all posts
Reply 18# AceHand
Dah, aku dah edit. Sorry.
Ye la..takut momod kompius! 'padang' muka aku nnt!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-7-2010 10:34 AM | Show all posts
salam...

kenapa bnm rasa buntu sangat dengan tajuk minggu ni??

terasa samar2 sangat pengetahuan tentang siapa sarjan hasan ni?????

Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2010 11:15 AM | Show all posts
Tajuk : Sarjan Hassan


Hasan anak kelahiran kampung pantai
Lahir mu piatu menumpang kasih
Hasad dan iri kamu hadapi
Cerca hina menjadi semangat



Kelulusan darjah lima Sekolah Melayu
Askar Melayu kerjaya pilihan
Bangkit semangat penjenayah ditentang
Amarah membara dendam dituntut
Demi isteri dan keluarga yang terkulai



P.Ramlee kreatif mencipta watak
Namamu dijulang dalam filem
Sarjan Hassan wira negara
Kami rasai sengsaramu
Kami insaf, kami sedar
Kerana kuasa, nyawa tak berdosa terkorban
Kasih hilang tinggal dendam..



Sarjan Hassan..
Usaha mu tidak sia-sia
1953, “Medal Military” anugerah untuk mu
Pingat Jasa kebaktian (PJK)
Ahli Mangku Negara (AMN)
Kamu sandang..
Bukan pangkat menjadi nilai
Jasamu yang kami julang



30 April 1991, terpadam nyawamu
Al-Fatihah kami panjatkan
Tenanglah kamu di alam akhirat
Namamu tetap dalam lipatan sejarah..



Nukilan dr Keyboard : bnmbnm
11.09 am 15 Julai 2010


Rate

3

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2010 11:38 AM | Show all posts
Niat Seorang Wira


Kerana niatku
Segala kemungkinan akan terjadi
Aku tekad mendambakan diri pada pertiwi
Lalu segala larangan ku tangkis
Segala tohmahan ku pandang remeh
Ke puncak impian aku jejaki
Askar Melayu nantikan aku

Kerana niatku
Segala kemungkinan akan terjadi
Ku tinggalkan kasih seorang ayah
Ku biarkan cinta seorang kekasih
Hanya untuk perjuangan menyahut panggilan
Tanah air perlu ku bina kubu
Benteng dari penjajah yang ingin menakluk
Bendera merah aku lunyaikan

Kerana niatku
Segala kemungkinan akan terjadi
Ku jejaki hutan rimba
Bergadai nyawa menjejak pengganas
Biar keringat lenjun di seragam
Aku bangga tidak di kampung
Bergelumang kebun dan bendang

Kerana niatku
Segala kemungkinan akan terjadi
Rakan sekampung aku perangi
Tali barut nippon aku lunasi
Tidakku gentar pembelot bangsa
Demi kedamaian sebuah desa.

Kerana niatku
Segala .kemungkinan akan terjadi
Tidak ku harap sebuah sanjungan
Aku bangga dipanggil sarjan
Sarjan Hassan pembela tanah air.


iwimz

Rate

3

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2010 05:45 PM | Show all posts
ada jgk tinta III  
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2010 04:28 PM | Show all posts
"Dialamatkan kepadamu, anak bangsaku. Sekeping marsum,
    yang telah kutulis dari tinta darah. Penanya adalah badik
    luk tujuh yang bersepuh pekat dendam. Telah dilimau siaga
    dalam zulmat tiga tahun lapan bulan yang derita. Kertasnya
    lembar daun lontar sehangat selaksa semangat warisan
    pejuang lampau tanpa gentar.
attokz Post at 14-7-2010 01:03



Waahh... bait yang sangat teruja...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-7-2010 08:39 PM | Show all posts
Post Last Edit by bintang at 16-7-2010 21:52

Guratan Sejarah Sarjan Hassan.


Saya sering mendengar sang pejuang meringis
menahan sakit pada jiwanya yang teriris
walau tubuh penuh luka, hati dipalu duka
semangat di dadanya tetap membara

Saya membaca guratan sejarah Sarjan Hassan
saya melihat dari dirinya lahir pejuang bertatih
hasil berkumpulnya dendam, semangat dan keberanian
meski merintih menahan perih.

Daun daun basah menebarkan aroma sejarah
jiwa yang menjadi syurga dalam ketiadaan
menurunkan barakah.

Membaca ulang nama di batu nisan
nama milik darah yang telah tumpah
menjadi kekasih bumi ini
membaca ulang riwayat kembang kembang zaman
sajak hutan belantara
yang dikenali para gerilawan

Lingkaran waktu melahirkan bangsa
pada bayangan pepohonan
burung burung liar
yang datang dari berbagai mazhab dengan segala sebab
bertemu dalam langkah airmata yang sama
mengaturkan terima kasih pada kehadiranmu Sarjan Hassan
yang mewariskan keberanian mengorbankan semua
kecuali harga diri
kemerdekaan yang tak boleh dinodai.


[http://www2.arkib.gov.my/hids/print.php?type=A&item_id=1051

Bintang, 8.39pm.

Rate

3

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2010 12:02 AM | Show all posts
minggu ke 3 telah tamat

terima kasih kepada semua yg menyertai
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 28-7-2010 11:16 PM | Show all posts

Jizzz... Klong! Klong!



Berikot adalah senarai pemenang yang telah pong aku bagi 'ketolang batunya' mengikot ranking... Tahniah kepada pemenang dan semer yang telah terpileh...

01 Marsum Khayali Seharum Kasturi (Pesan Sarjan Hassan : Potret Memoir Di Layar Tancap) - attokz (10)
02 Guratan Sejarah Sarjan Hassan. - bintang (09)
03 Sarjan Hassan - bnmbnm (08)
04 Niat Seorang Wira - iwimz (07)
05 Tinta III - hunt_fear (06)


Jizzz... Klong! Klong!

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2010 11:42 AM | Show all posts
Terima kasih daun keladi~
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2010 03:56 PM | Show all posts
Reply 29# AceHand


    Timekasih ubi keladi
Reply

Use magic Report

12
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 04:37 AM GMT+8 , Processed in 0.078759 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list