CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 25472|Reply: 120

Lima Sebab AC Mizal Dipecat Dari Muzikal Cuci 2

  [Copy link]
Post time 16-7-2010 09:46 AM | Show all posts |Read mode
BUKAN hanya satu, tetapi ada lima sebab pelakon AC Mizal dipecat dari menyertai pementasan teater Muzikal Cuci 2 pada 27 Julai hingga 9 Ogos ini.

Walaupun AC telah menghantar surat rasmi kepada produksi Cuci 2 untuk menarik diri daripada berlakon dalam teater itu sebelum ini, pihak produksi juga berhak melayangkan surat pemecatannya daripada dia terbabit dengan teater itu.

Penerbitnya, Hans Isaac menjelaskan, jika dipendekkan cerita mengenai sebab pemecatan itu adalah AC telah melanggar kontrak dengan produksi.

“AC telah mengikat kontrak selama tiga tahun dengan Cuci The Musical. Jadi, sebab itu kita telah menghantar surat rasmi yang menunjukkan dia telah dipecat.

“Ikutkan, kita pecat dia bukan disebabkan dia tak mahu lagi berlakon Cuci The Musical 2 sahaja tetapi ada lima sebab.
Antaranya, kita tidak berpuas hati dengan masalah etikanya seperti 60 peratus tidak hadir ke sesi latihan dan tidak hadir ke sidang media pertama Cuci The Musical dulu,” beritahunya kepada mStar Online.


Tambah pelakon teater itu lagi, AC siap boleh berikan alasan yang dia berada di China sewaktu majlis sidang media itu pada tahun lalu. Sedangkan, tarikh itu dipilih untuk mengadakan sidang media kerana semua pelakon sepatutnya menjalani latihan teater.


AC juga tidak sepatutnya membuat kenyataan kepada media tentang cerita dalaman produksi sebaliknya perlu meminta kebenaran daripada produksi.


Dia tak sepatutnya bercakap apa-apa tentang produksi,” ujarnya lagi menerusi telefon.

Namun begitu, Hans enggan mengulas lanjut ketika disoal sama ada Tall Order Productions Sdn Bhd (TOPSB) akan mengambil tindakan saman terhadap AC.
“Kita belum tahu lagi kerana kita perlu berbincang dengan rakan kongsi lain. Mereka melaburkan berjuta ringgit dan lebih layak bercakap tentang hal seperti ini,” jelasnya.

Ditanya sama ada terdapat punca lain yang menyebabkan perselisihan faham itu timbul, Hans juga enggan memberikan komen.
“Saya hanya boleh katakan yang dia telah melanggar kontrak dengan kita. Walaupun dia membuat banyak kerenah, kita telah menjelaskan semua bayaran kepadanya.

“Untuk tahun 2010 ini, saya mahu menumpukan kepada Cuci The Musical 2 dengan melakukan yang lebih bagus dari tahun lepas,” katanya mengenai teater yang diarahkan oleh pengarah yang sama, Harith Iskander dan Zahim Al-Bakri.
Bercerita tentang pembaharuan lain yang dilakukan oleh Cuci 2, Hans mahukan syarikat korporat  dan swasta melihat teater itu sebagai tanggungjawab sosial korporat swasta (CSR).

“Kita mahu syarikat korporat dan swasta memberi sokongan kepada Cuci The Musical 2 dengan membeli tiket untuk anak-anak yatim,” beritahunya yang turut sibuk dengan pra-produksi filem kedua arahannya, Lemak Kampung Baru.

Selain itu, album yang memuatkan 11 buah lagu Cuci The Musical yang dirakamkan semasa pementasan teater itu sebelum ini akan dipasarkan dalam bentuk cakera padat (CD) pada bulan depan dengan harga RM39.
Peminat Muzikal Cuci boleh dapatkan album itu dengan membuat tempahan di Facebook menerusi akaun Cuci The Musical atau layari laman web cucithemusical.com atau di kaunter Box Office, Istana Budaya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-7-2010 09:53 AM | Show all posts
aku rasa AC dah tak minat berlakun tak kira samada teater atau filem/drama sebab 'pokcik dah kayo'.......  tapi rasanya.. macamana kaya pun kita.. tak boleh la nak riak... takut nanti lain plak jadinyerrrr..... kekawan yg sama2 sanggup bersusah payah ngan kita, kita kena ingat selalu...
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2010 09:57 AM | Show all posts
tak kemana kekayaan dia tu. dgn nafkah tak bayar. pastu kencing kawan baik pulak. tak lama lingkuplah tu
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2010 10:00 AM | Show all posts
oc tu nak defend ac kat sini ke?
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2010 10:18 AM | Show all posts
elokla ko kuar AC oi..
makin jelak aku tgk
dah la citer cuci ni mcm harem..dtambah lg plk ko ada..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-7-2010 10:22 AM | Show all posts
watak AC ni dh ditukar ngn Nabil..
hopefully nabil boleh bwk watak tu lg best dr die..jgn same² hampeh sudahhh..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-7-2010 10:23 AM | Show all posts
oc tu nak defend ac kat sini ke?
sribayu Post at 16-7-2010 10:00




jap lg si  oc a.k.a pmpn metallic 2 mroyan plak kat thred nih
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2010 10:26 AM | Show all posts
padan le muka AC...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-7-2010 10:28 AM | Show all posts
bile time susah..dia la kwn baik aku..
bila dah senang...lupa daratan...sok kalo terjelepok meskin blk..mcm hanjeng kurap la nanti...
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2010 10:32 AM | Show all posts
budget dh bagus sgt si AC tu
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2010 10:33 AM | Show all posts
aku dari 4U2C dulu tak minat mamat ni..... perasan bagus....
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2010 10:33 AM | Show all posts
kuarkan jer... nyampah aku nengok muka dia
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2010 10:37 AM | Show all posts
aku rasa AC dah tak minat berlakun tak kira samada teater atau filem/drama sebab 'pokcik dah kayo'.. ...
twins Post at 16-7-2010 09:53


kaya ka kayap ac ni?? nafkah anak pun xmampu nak bayo..
kesian anak2 bini 1st..terpinggir mcm tu je..
kalau aku la jd anak dia, mesti terasa hati sgt2 ada ayah mcm ni
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2010 10:37 AM | Show all posts
kot dapat ciput....
tak sepadan dengan apa yang dia dpt sekarang nih...
sebab tuh dia dah tak pandang....
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2010 10:38 AM | Show all posts
mamat jongos bongok!
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2010 10:39 AM | Show all posts
bestnyer org kaya kan
hilang job pun ader aku kisah??
ader byk pokok duit2 kat umah, katanya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-7-2010 10:40 AM | Show all posts
aku rasa AC dah tak minat berlakun tak kira samada teater atau filem/drama sebab 'pokcik dah kayo'.. ...
twins Post at 16-7-2010 09:53 AM


haku rasa pun sama gak..
maybe dia rasa.. berlakon ni dah jadi remeh temeh kat dia
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2010 10:40 AM | Show all posts
Reply 12# mauminumapa


    sila baca PM anda..
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2010 10:44 AM | Show all posts
deols bukan best fren ke
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2010 10:46 AM | Show all posts
kaya ka kayap ac ni?? nafkah anak pun xmampu nak bayo..
kesian anak2 bini 1st..terpinggir mcm ...
shazm85 Post at 16-7-2010 10:37



    'tak mampu' bayar dengan 'tak mau' bayar adalah 2 benda berbeza... aku rasa AC yg kedua... tak mungkin dia tak mampu.. tapi janda dia pun mintak yg bukan2 la plak.. sampaikan sewa rumah pun mintak gak... gaji maid pun mintak... itu mana termasuk dalam nafkah anak.. itu nafkah janda dia sekali... baik mintak nafkah batin terussss.... malu plak nak 'fight' kut...   dan aku rasa AC cuma nak fight for custody niii.... macam Awie.. kalau anak2 bawah dia, dah confirm nafkah anak2 jer yg dia tanggung.. bukan nafkah janda dia.......
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-5-2024 11:26 PM GMT+8 , Processed in 0.077949 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list