CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4083|Reply: 11

Hobi Buat Miniature Army

[Copy link]
Post time 20-7-2010 03:11 PM | Show all posts |Read mode
Assalamualaikum suma,
Ada tak sapa2 yang sekarang ni tengah berhobi dengan miniature army.  Mai la kongsi idea projek korang dengan aku.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 21-7-2010 12:56 PM | Show all posts
Post Last Edit by isna8627 at 22-7-2010 14:07

Hobi ni bermula bila saya tengah dok "browse" google untuk anything yang sedap mata memandang.  Jadi pandangan saya tersekat pada miniature kecik askar2 dan kenderaan zaman perang dunia ke-dua.  Cari punya cari dalam web jumpa la satu web ni namanya www.flamesofwar.com.

Menarik gak laman tu, sebab miniature dia kiut2 belaka.  Sekarang ni saya tengah belajar macam mana nak bina satu sampel miniature army.  Nanti dalam next entry saya cuba kongsikan bersama....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-7-2010 02:06 PM | Show all posts
Saya memilih satu kumpulan karakter miniature yang akan saya gunakan sebagai konsep untuk karakter saya.  Gambar ni saya ambil dari laman www.flamesofwar.com.  

Jadi kena letak kredit sikit dekat gambar nih...

[Picture taken from www.flamesofwar.com .. not for commercial purpose]

Lepas itu saya telah terbaca satu lagi laman yang berguna untuk cara-cara membuat miniature ini.  Nama laman dia stormthecastle.com untuk belajar cara-cara membuat miniature tu saya recommend link nih .. .

http://www.stormthecastle.com/mi ... sy-miniatures-1.htm

Sekian untuk hari ni.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-7-2010 11:55 AM | Show all posts
Setelah membaca laman www.stormthecastle ... pergh ... banyak jugak benda yang kena buat dan banyak jugak kemahiran yang kena belajar.  Kalau yang jenis tak sabar nih ... rasanya hobi ni tak sesuai kot...

Walaubagaimana pun, nama pun hobi kan...jadi masa untuk menyiapkan projek ni bukan masalah..tak ada siapa pun yang nak push kita..

Jadi saya senaraikan dulu kemahiran yang perlukan dalam membuat miniature ni dari awal.

1. Kemahiran mengukir ... (part nih ... kena lama sikit sebab ... jari jemari ku sudah keras)
2. Kemahiran membuat "mold & casting" ... (tak sempat tengok kamus )
3. Kemahiran mengecat model ...

Lepaih ni nak cari kamus ... dalam bahasa depa panggil miniature army ape yek?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-7-2010 03:15 PM | Show all posts
Gambar ni saya ambil dari laman www.stormthecastle.com untuk menunjukkan barangan yang diperlukan untuk kerja-kerja mengukir.

[Taken from www.stormthecastle.com]

Kalau kita tengok betul-betul barangan tu, kita boleh dapatkannya dari kedai-kedai buku dan kedai-kedai hardware.  Gambar tu gambar dari orang yang memang kerja dia buat miniature.

Jadi memandangkan saya ni kedekut sikit nak keluar duit nanti saya letakkan gambar alatan yang saya sediakan sendiri untuk membuat miniature saya sendiri.
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2010 09:23 PM | Show all posts
kreatif
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 28-7-2010 02:39 AM | Show all posts
Post Last Edit by isna8627 at 29-7-2010 03:50

Sekarang ni saya bertugas diluar pejabat untuk beberapa minggu, jadi aktiviti meletak gambar terbantut sekejap.  Namun untuk pengisian kali ini saya cuba cari gambar-gambar yang berkaitan dulu dalam web site sini dan letakkan nya di sini.  Bila saya kembali dari tugasan luar saya akan letakkan kan gambar-gambar yang saya tangkap sendiri di sini.

Untuk pengisian kali ini saya ingin menunjukkan alatan rumah yang boleh digunakan untuk membuat ukiran.  Saya senaraikan dulu dibawah nih:

1. Plastisin : Anda boleh melawat kedai buku dekat rumah anda dan dapat kan plastisin yang label dia "Modelling Clay".  Plastisin ni kita akan gunakan untuk sesi praktis.  


2. Plastisin ni lembut jadi kita tak perlu lah cari alatan ukir professional untuk itu.  Gunakan lidi satay, batang aerial radio yang dah rosak tu pun boleh digunakan.
3. Untuk benda2 tajam untuk membentuk lurah-lurah atau garisan-garisan kecil, kita boleh gunakan klip kertas.
4. Untuk memotong, plastik potong kek pun jadik.
5. Saiz miniature perlu ditentukan, saya bercadang untuk membuat miniature yang tinggi dia 3 cm.  Jadi untuk nampak miniature tu tak lembik, saya akan gunakan dawai halus yang orang selalu buat bunga.
6. Bila dah ada dawai, pemotong dawai pun kena ada. Pemotong dawai ini boleh di dapati di kedai hardware ataupun pergi ke kedai 2 Ringgit tuh.
7. Memandangkan saiz miniature tu 3 cm, perlu lah kanta, sekali lagi kanta ni boleh di dapati di kedai hardware, kedai buku ataupun kedai 2 Ringgit.
8. Gabus, biasa lah kedai hardware. Carilah gabus yang agak2 boleh pegang miniature masa kita mengukir.
9. Kertas lukisan, pembaris dan pensil.  Barang2 standard kedai buku.

Seterusnya saya akan tunjukkan secara teori dulu macam mana nak buat lukisan, dan mengukir miniature nih.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-7-2010 10:27 PM | Show all posts
Sekarang ni kita akan mula menentukan macam mana nak melukis miniature kita nih.  Saya memilih miniature yang saiz dia 3 cm.  Sebabnya:
1. Miniature ni kecik je dan tak banyak perincian yang perlu kita tekankan.
2. Masa untuk membentuk miniature nih tak ada lah nak ambil sampai seminggu. Mungkin dalam 2-3 hari je.
3. Bahan-bahan sokongan pun tak perlu pakai banyak.

Cara mula:

1. Ambil kertas kosong, pensil, pembaris, dawai dan pemotong dawai.
2. Untuk membentuk miniature 3 cm, lukiskan satu segi empat dan bahagikan segi empat tu kepada lapan bahagian yang sama besar.
3. Dekat tengah segi empat tu bahagikan kepada 2 bahagian.
4. Kita definisikan bahagian dalam segi empat tempat kepada susunan begini; 1 bahagian untuk kepala, 2 bahagian badan, 1 bahagian pinggul, 2 bahagian peha, 2 bahagian lutut hingga ke kaki.
5. Hasilnya adalah seperti dibawah:




Tujuan dia: Kita akan membuat "wireframe" menggunkan dawai dan pemotong dawai. Ini saya akan ceritakan di pengisian yang seterusnya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-7-2010 01:45 PM | Show all posts
orang yang suka hobi ni ialah orang yang tekun dan teliti.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-8-2010 03:21 AM | Show all posts
Sekali lagi saya telah amik gambar dari stormthecastle.com.  Tak sabar nak tunggu abih outstation nih .. sampai rumah nanti masa lapang sikit nanti saya akan tukarkan gambar2 dalam ni kepada hasil kerja saya...

Okey,  "wireframe" yang saya maksudkan adalah seperti dibawah:


[taken from www.stormthecastle.com]

Lepaih nih .. part yang best .. menempek clay ke "wireframe" ... tang nih sapa2 pun boleh buat...heheheh


p/s: batricia...yes walaupun hobi ni untuk yang tekun dan teliti...tapi hobi jugak terapi bagi mereka yang kerja dalam "stressfull" environment, sebab hobi ni memang menutup terus fikiran kita dari dunia luar untuk seketika waktu.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-8-2010 08:29 PM | Show all posts
Untuk pengisian hari ni...saya akan tunjukkan hasil tempelan plastisin atas wireframe...ini bukan saya yang buat .. ini saya ambil dari laman web yang saya tengah baca sekarang.


[taken from http://www.stormthecastle.com/mi ... sy-miniatures-5.htm]

Aih ... tak sabar nak balik ghumah nih ... information setakat ni dah cukup dah nak buat miniature nih...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-8-2010 02:25 AM | Show all posts
Saya follow web site stormthecastle.com dan lepaih nih adalah kerja-kerja mendetailkan tempelan plastisin.  Alat-alat yang kita boleh pakai adalah test pen atau skru driver kecik, lidi satay ataupun klip kertas.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 01:53 AM GMT+8 , Processed in 0.085912 second(s), 38 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list