CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 13501|Reply: 91

Sehati Berdansa berkubur

[Copy link]
Post time 22-7-2010 11:59 AM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by joboh at 22-7-2010 12:00

NAMPAKNYA program realiti berkonsepkan tarian yang cukup popular di saluran Astro Ria iaitu Sehati Berdansa akan terkubur bersama-sama cinta pengacaranya yang tidak kesampaian. Ada angin sepoi-sepoi bahasa bertiup ke telinga Cik Normah mengatakan program yang pernah menobatkan pasangan Rashidi dan Vanidah, Fauzi dan Lisdawati dan terbaru Sein dan Nana sebagai juara itu tidak akan disambung lagi.

Entah mengapa pihak Astro berbuat demikian, tidaklah pula Cik Normah ketahui. Sebaik saja mendapat tahu perkhabaran itu, tertanya-tanya juga Cik Normah mengapa program popular itu tidak disambung untuk musim keempat. Nak kata tak popular atau rating tak tinggi, mustahil juga sebab Cik Normah yakin, rancangan itu ramai penggemarnya. Lagi pun, orang dalam program itu sendiri sering mengatakan betapa program realiti terbabit mendapat sambutan hangat peminat.

Cik Normah berkata demikian sebab Cik Normah sendiri ialah seorang daripada penonton setianya. Saban minggu, Cik Normah memang tak pernah ketinggalan menyaksikannya. Jadi apabila sumber Cik Normah memberitahu yang program ini dimansuhkan, sedih juga hati Cik Normah mendengarnya.
Apakah keputusan itu ada kaitannya dengan badi yang melanda program terbabit apabila satu demi satu mahligai yang dibina pesertanya menuju kehancuran? Oops! Cik Normah bukanlah nak percaya sangat perkara khurafat seperti ini. Entahkan suratan atau kebetulan saja. Tapi Cik Normah percaya mesti ada sebab mengapa mereka berbuat demikian.

Apabila Cik Normah membuat sedikit risikan, rupa-rupanya pihak Astro mempunyai perancangan tersendiri. Mereka sebenarnya merancang untuk mengadakan sebuah program yang lebih kurang konsepnya dengan Sehati Berdansa. Cuma kali ini pesertanya bukan di kalangan selebriti, tetapi lebih kepada keluarga iaitu suami isteri, adik dan abang, serta kakak dan pak cik.

Wah! Kalau betullah perkara ini menjadi kenyataan, Cik Normah yakin ramai peminat di luar sana yang akan datang pada sesi uji bakat diadakan nanti.

Jangan terkejut jika kelibat Cik Normah dan suami pun akan kelihatan pada sesi pemilihan peserta program itu kerana kami berdua memang suka menari. Persis filem Shall We Dance lakonan Richard Gere dan Jeniffer Lopez rasanya.


: ada ke org nak masuk? takut kena badi yg sama gak..hehehehe
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-7-2010 12:00 PM | Show all posts
xnak tgk laa kalu cik normah masuk....huhuhuhu
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2010 12:01 PM | Show all posts
tu lah terbaca dlm paper hr ni..bagus lah..mungkin x de sambutan dr artis kot..takot terkena badi..scaryyyyyyy.......
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2010 12:02 PM | Show all posts
kebahgiaan dlm umh tangga bkn boleh d perkukuhkan dalam sesebuah prgrm..
hanya sekadar tayangan a.k.a lakonan???
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2010 12:08 PM | Show all posts
Suami Isteri okay lagik....


Adik-Abang, Adik-Kakak, Kakak-Pakcik, ....amatlah weird sekali , walaupun muhrim...amat tak sesuai okayyy...
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2010 12:09 PM | Show all posts
buat nye tarian kena kangkang....x malu ke weh walaupun adik beradik
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-7-2010 12:20 PM | Show all posts
tak yah buat dah laa..:re:
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2010 12:56 PM | Show all posts
Tak sesuai la buat abang adik, mak cik pakcik..dah le manari angkat julang pelbagai....eeeiii....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-7-2010 01:03 PM | Show all posts
somi histeri je la yg seswai khenn..
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2010 01:10 PM | Show all posts
ada tak menambah..takde tak mengurang (betul ke ??)
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2010 01:20 PM | Show all posts
pikir2kan bnda lainlah...
sehati memasak ke..
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2010 01:25 PM | Show all posts
berenti terus tak yah buat lagi pun bagus
cam beruk mat yeh jer
terkinja2 atas pentas
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2010 01:36 PM | Show all posts
berenti terus tak yah buat lagi pun bagus
cam beruk mat yeh jer
terkinja2 atas pentas
chekshu Post at 22-7-2010 13:25



yg bertepuk bersorak kat bawah tu macam apa lak ??
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2010 01:47 PM | Show all posts
sape pengacara nnt?
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2010 02:09 PM | Show all posts
Jangan terkejut jika kelibat Cik Normah dan suami pun akan kelihatan pada sesi pemilihan peserta program itu kerana kami berdua memang suka menari. Persis filem Shall We Dance lakonan Richard Gere dan Jeniffer Lopez rasanya.

cik norma ayat x nak kalah..fefeling jlo kunun..
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2010 02:10 PM | Show all posts
Reply 10# boyak

lebih kurang la tu.. ada tak de pun ..sama jer.. tak de memberi kesan apa-apa ..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-7-2010 02:15 PM | Show all posts
sehati berdosa je ni....
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2010 02:17 PM | Show all posts
bagus....
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2010 02:42 PM | Show all posts
Jangan terkejut jika kelibat Cik Normah dan suami pun akan kelihatan pada sesi pemilihan peserta program itu kerana kami berdua memang suka menari. Persis filem Shall We Dance lakonan Richard Gere dan Jeniffer Lopez rasanya.

cik norma ayat x nak kalah..fefeling jlo kunun..
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2010 02:45 PM | Show all posts
keje kat metrosex buatkan cik normah hilang keupayaan tuk
buat cta tanpa meloyakan org lain.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-6-2024 03:45 PM GMT+8 , Processed in 1.026639 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list