CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: hart_attack

[Penerbit] ** ALAF21 (Bahagian 2) **

  [Copy link]
Post time 20-11-2012 07:41 PM | Show all posts
terima kasih semua atas sokongan. sy pun berdebar2 ni. dah besarkan mata utk pastikan x ada kesalahan typo, fakta atau whatsoever dlm TPH.

Rayyan al-Haimi akan menjawab sebarang persoalan kalian dalam Tolong Pikat Hatinya...oh dan Nurjia Amani juga...Rezman dan Dena juga ada
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-11-2012 01:39 PM | Show all posts
izzaaripin posted on 20-11-2012 07:41 PM
terima kasih semua atas sokongan. sy pun berdebar2 ni. dah besarkan mata utk pastikan x ada kesalaha ...

  yg ditunggu...

Mijot..hehehe..sendiri tanya sendiri jawab...bagus cam tu...


Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2012 11:47 PM | Show all posts
Selesai sudah Asam  pedas untuk dia-nureen mirza X smpai separuh hari pn
Nk bg 3 setengah bintang..
Penulis baru kot sbb x pernah dgr lg nama dia..Apapun best citer dia..Penulisan dia pn bleh tahan.mcm2 rasa ada.
Hangin ja dgn ziyad si hero yg asyikla berangin tp penakut tu
Kisah psl ainin yg jd pembantu rumah.then ziyad anak majikan dia ajak kawen secara rahsia dgn alasan nk bantu hidup keluarga ainin..
Best..kategori x nyesal beli la Kali ni berbnding yg bulan lps punya tu

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2012 10:52 AM | Show all posts

semalam mengkhatamkan Asam Pedas Utk Dia..boleh tahan..marathon baca dr kol 9pm-2am
berbaloi utk di baca bagi seorang penulis baru walaupun jln cerita biasa2 saja..
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2012 11:02 AM | Show all posts
Mmm. Aku dah baca yg novel ada watak jimmy tu. Not bad la. X mbosankan. Cuma, utk mbacanya sekali lgi dlm masa terdekat mungkin tidak la. Maaf. Nasib ada discount 20%. Xde la frust sgt. Uhuhu.
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2012 08:51 AM | Show all posts
adalia posted on 22-11-2012 11:47 PM
Selesai sudah Asam  pedas untuk dia-nureen mirza X smpai separuh hari pn
Nk bg 3 setengah bintang ...

wah kena beli ni... tambah2 tgk covernya memikat hati...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-11-2012 10:40 AM | Show all posts
aku pun dah beli novel asam pedas untuk dia.
review yg memberangsangkan.
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2012 04:35 PM | Show all posts


Daripada novelis thriller prolifik, Alaf 21 mempersembahkan karya terbaharu RAMLEE AWANG MURSHID! Bakal terbit Januari 2013, nantikan! =)

SEORANG pengarang novel cuba menulis naskhah terbaharu. Malangnya, gejala writer’s block melanda. Suatu masa... dalam keadaan separa sedar ketika terlena, dia terlihat ‘seseorang’ menggunakan komputer ribanya. Namun kelibat orang itu samar-samar. Sebuah cerita
yang siap ditaip terpamer pada skrin. Sebuah kisah yang mengujakan, tetapi bukan dia penulisnya. Teorinya – mungkin dia ada berkarya tanpa disedari, tetapi minda logiknya ragu-ragu.

Satu demi satu cerita baharu ditemui lagi dalam komputer ribanya. Dia semakin galak mencuri idea-idea tersebut. Gaya dan teknik penceritaan memang menyerupai cara dia berkarya. Dia semakin seronok mengakui semua cerita itu adalah miliknya. Kemudian... semakin banyak kejadian pelik yang mengitari kehidupannya. Dia diburu sesuatu yang meremangkan bulu roma. Ada bahana muncul bertubi-tubi. Siapa suspek yang bertanggungjawab menghuru-harakan kehidupannya?

RAMLEE AWANG MURSHID ada sebuah rahsia yang lama dipendamkan. Rahsia dirinya sendiri sejak bergelar seorang penulis novel. Lama-kelamaan... andai belenggu misteri yang menggelisahkan ini tidak dirungkaikan segera, maka berakhirlah kariernya...

Tajuk: Aku Bercerita
Penulis: Ramlee Awang Murshid
Harga: RM25.00
Halaman: 624
ISBN: 978-983-124-836-2
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-12-2012 01:55 AM | Show all posts
dah selesai baca : oh mama tiriku - herna diana

dicadangkan oleh member sbb memang nak baca cerita lawak. boleh lah tahan lawaknya cuba tak semualah. kt aku cuma lawak bila part ekin-razif-rayyan-ain sahaja. part cerita iman aku langkau .dah abes baca ruangan penulis rupanya cita ni boleh dikatakan kesinambungan novel pertama penulis. kali kosah anak buah penulis.

kesimpulannya, dah 2 novel drpd alaf 21 yg buat kesinambungan dr novel terdahulu tapi dlm sinopsis watak baru tapi jalan cerita lebih banyak watak novel terdahulu. sama mcm novel ainul hazrah yg terbaru. aku kurang suka bila terlalu banyak watak dr novel terdahulu diceritakan dlm novel terbaru sbb dah nampak novel terbaru wataknya org lain.
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2012 01:56 AM | Show all posts
chit_ana posted on 28-11-2012 04:35 PM
Daripada novelis thriller prolifik, Alaf 21 mempersembahkan karya terbaharu RAMLEE AWANG MURSHID ...

woo otai nak keluar novel baru.
kena masuk dalam senarai wajib dibeli ni.
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2012 08:50 PM | Show all posts
chit_ana posted on 28-11-2012 04:35 PM
Daripada novelis thriller prolifik, Alaf 21 mempersembahkan karya terbaharu RAMLEE AWANG MURSHID ...

wow.. yg ni memang kategori mesti beli
tak pernah miss novel RAM
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2012 06:21 PM | Show all posts
adalia posted on 22-11-2012 11:47 PM
Selesai sudah Asam  pedas untuk dia-nureen mirza X smpai separuh hari pn
Nk bg 3 setengah bintang ...

terima kasih preview adalia....terus aja akak beli novel ni masa sales alaf hari tu
... cuma sayang penulis ni tidak bertugas hari tu...

Bila akak tgk tinta penulis.... nama asal Hendan Yahaya bertugas sebagai seorg guru dan pernah mengajar di sekitar K.L
terus akak teringat pada seorg penulis Creative Enterprise Hendan Yahaya seorg guru jugal.... terkenal dgn novel Nabila & Nabila 2
keputusan terakhir & Aku Yang Kau Tinggalkan...mungkinkah mereka org yg sama?????

Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2012 12:14 PM | Show all posts
qimi08 posted on 2-12-2012 06:21 PM
terima kasih preview adalia....terus aja akak beli novel ni masa sales alaf hari tu
... cuma say ...

Haah...perasan gak nama penulis tu hendan bt yahaya...tp dia tulis kt situ karya pertama..
Klu org yg sama mungkin karya pertama dgn alaf kot..
Tp novel nabila 1 dan 2 dah baca..best kan..


Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2012 06:04 PM | Show all posts


Daripada novelis prolifik ALEYA ANEESA, Alaf 21 mempersembahkan karya terbaharu beliau, DIA TAK TANYA! Bakal terbit JANUARI 2013, nantikan! =)

Tajuk: Dia Tak Tanya!
Penulis: Aleya Aneesa
Harga: RM26.00
Halaman: 672
ISBN: 978-983-124-833-1

Sinopsis: ISTILAH sahabat merangkap jiran antara Najid dan Najihah akhirnya tersimpul sebagai suami isteri. Sayangnya, mereka berkahwin atas dasar eksperimen. Kononnya dunia perkahwinan mereka boleh bahagia tanpa cinta! Berjaya, okey. Tak berjaya pun okey.

Orang lain hidup bahagia, tapi rumah tangga mereka huru-hara. Ada saja yang tidak kena. Masalah kecil dibesar-besarkan. Rajuk, marah dan prasangka membakar diri. Sudahnya, mereka tidur asing- asing; seorang ke timur dan seorang lagi ke barat. Najid dan Najihah lupa... dalam sesebuah perkahwinan, tidak ada istilah ‘try and error’. Mereka saling ego, hipokrit dan suka menuding jari. Ada isteri, tapi lagak macam bujang. Ada suami, tapi langkah macam hidup seorang!

“Maaf, sayang. Najid betul-betul minta maaf. Tapi percayalah, Najid sayang sangat kat Jiha.”
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2012 06:06 PM | Show all posts


Daripada novelis Biar Kusentuh Hatimu, Alaf 21 mempersembahkan karya terbaharu EMY RAZIELA! Bakal terbit JANUARI 2013, nantikan! =)

Maria dibesarkan di rumah anak yatim. Demi mencapai cita-citanya, dia nekad mengubah nasib diri dengan bekerja di rumah keluarga bangsawan. Malangnya, dia sentiasa dihina oleh majikannya. Air mata menjadi peneman setia. Namun, dalam diam ketabahannya telah menarik ha
ti seseorang.

Tengku Ezairul, lelaki ego yang memandang darjat dan kedudukan. Dia bencikan Maria. Tiada sekelumit rasa belas kasihan tatkala mamanya mendera gadis itu. Namun, cinta tidak mengenal siapa. Dia tidak dapat membohongi hatinya bahawa dia sebenarnya menggilai gadis itu. Tembok keegoannya runtuh dalam sekelip mata. Mampukah dia mempertahankan rasa cinta itu?

Kata Maria, cinta mudah untuk diucapkan. Cinta mudah untuk diluahkan. Tapi cinta juga mampu menghancurkan. Dia tidak meminta untuk dicintai, apatah lagi disakiti. Dia wanita biasa yang lemah dalam cinta. Tapi perasaan itu tidak akan terkubur bila hatinya terukir nama lelaki itu.

Tajuk: Takkan Kulepaskan
Penulis: Emy Raziela
Harga: RM22.00
Halaman: 544
ISBN: 978-983-124-832-4
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2012 06:07 PM | Show all posts


Daripada novelis Sayang 3 Dalam 1, Alaf 21 mempersembahkan karya terbaharu WEEDA AIRIZA! Bakal terbit JANUARI 2013, nantikan! =)

Ditakdirkan Auni Hafya bertentang mata dengan Rayyan Ziqri. Ouch! Sekelip mata, rasa tenang mereka terus terbakar! Aura negati f kedua-duanya telah bertembung! Oh tidak! Perang perasaan ini telah menyebabkan masing-masing tercampak ke Kutub Utara dan Kutub Selatan!

Nam
un, tugasan akhir semester telah menarik mereka semula ke zon tengah. Berbaldi air mata Auni bila profesor mengesahkan bahawa dia perlu menjadi pengganti heroin program realiti yang dibintangi oleh Rayyan! Paling tragis, dialah penulis skripnya. Penulis skrip merangkap pelakon? Ah, terasa macam gila kuasa.

Tiba masanya, mereka ibarat pasangan bahagia yang sedang diulit cinta, namun… itu semua hanya lakonan di hadapan kamera! Bila arahan ‘cut!’ kedengaran, masing-masing mula bercakaran. Oh TUHAN! Kalau begini caranya, bila masa tugasan drama cinta mereka akan berakhir?!

Tajuk: Cinta 2U Dot My
Penulis: Weeda Airiza
Harga: RM23.00
Halaman: 600
ISBN: 978-983-124-831-7
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-12-2012 11:29 PM | Show all posts
dah hebis juga baca asam pedas untuk dia.
boleh tahan juga bagi penulis baru.
memang terasa geram ya amat kt ziyad tu. rasa nak cincang2 jer si ziyad.
sukati jer nak perlakukan anin sewenang-wenangnya.

yang tak bestnya, kenapa mesti buat ziyad jatuh cinta bila ternampak ainin berkemban keluar dari bilik air. tak suka sgt dgn cara nak lembutkan hati suami dgn sex dan seksi meksi ni.

lagi satu nak komen, sejak kebelakangan ni, editing novel alaf21 teruk. banyak juga kesalahan ejaan, tertinggal hurif dlm novel2 keluaran mereka.
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2012 01:53 PM | Show all posts
banyak novel baru... menunggu 'dia tak tanya' di pasaran
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2013 01:33 AM | Show all posts


Tajuk: Cinta Untuk Disewa
Penulis: Lynn Dayana
ISBN: 978-983-124-838-6
Harga: RM23.00
Halaman: 592
Terbitan: Alaf 21

Sinopsis:

Hei, ini doktor cintalah! Doktor cinta yang menyewa cintanya untuk mereka yang buntu dalam menilai rasa. Itulah Anis Sofea. Namun, bila cinta mula bertandang di hati, dia kibar bendera putih. Dia menjadi doktor cinta yang gagal.

Pertama; Anis jatuh cinta pada Iskandar, sahabat baiknya. Tapi... cintanya tidak berbalas, malah terus terpendam. Parah!

Kedua; Hatinya terpaut pada Kamarul Bahrain. “He is amazing!” Tapi sayang, Kamal lelaki yang sudah berhenti percaya pada cinta.

Ketiga; Ashraf Hadi, lelaki paling cerewet yang pernah Anis jumpa. Kamal kata, Ashraf itu sesuai untuk dirinya. Gila apa? Ashraf itu karbon dioksida, bukan oksigen!

Susahnya mahu menggapai makna bahagia. Namun, janji ALLAH... manusia diciptakan berpasang-pasangan. Jangan sesekali mudah mengalah
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2013 01:34 AM | Show all posts


Tajuk: Jangan Lupakan Aku
Penulis: Iza Safiya
Harga: RM22.00
Halaman: 576
ISBN: 978-983-124-840-9



Zara rela apabila Izack meluahkan cinta terhadapnya. Kesungguhan Izack serta restu keluarga membuatkan Zara pasrah menerima lafaz akad seorang lelaki. “Aku suami dan kau isteri... bersetialah kita pada janji sehingga mati!”

Namun, kebahagiaan mereka bagai terhenti apabila Izack kemalangan. Dia mengalami kecelaruan ingatan. Izack yakin dia masih bujang dan sedang bercinta dengan Nyiela, kekasihnya yang hidup bebas. Tetapi, hatinya jadi sakit pada hakikat yang dia seorang suami pada wanita yang suka berbaju kurung dan bertudung litup.

Menerima hakikat Izack tidak mengingatinya, Zara jadi sengsara. Nama Nyiela sering disebut oleh suaminya dalam sedar atau mimpi. Akhirnya, Zara relakan Izack mencari Nyiela demi satu hakikat. “Abang... Cinta kita adalah benar! Perkahwinan kita adalah benar! Zara sangat cintakan abang. Abang pun memang cintakan Zara!”

Masihkah ada sisa kasih di hati si suami? Masih belum cukupkah air mata Zara agar ingatan Izack kembali pulih? Hanya takdir yang merungkai segalanya.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-5-2024 05:54 PM GMT+8 , Processed in 0.092207 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list