CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 10319|Reply: 31

Kisah Benar di parkir (area K.L)

  [Copy link]
Post time 25-7-2010 07:09 PM | Show all posts |Read mode
Kisah Benar kejadian mistik yang dilalui oleh saya sendiri bersama rakan sekerja
di parkir kenderaan sebuah bangunan bank sekitar kuala lumpur.
lokasi bangunan berhampiran menara KLCC...*harap maklum nama bangunan dirahsiakan
demi menjaga ketenteraman,keselesaan serta keselamatan semua..

4 Julai 2010 jam lebih kurang 13:20

  Bertugas sebagai operator perkhidmatan keselamatan dan kesihatan pekerja kami diarahkan
untuk menjalankan kerja-kerja penyemburan asap untuk mencegah pembiakan nyamuk dikawasan
parkir kenderaan bangunan tersebut.Parkir berkenaan dibina lima aras dibawah tapak bangunan tersebut.
hari itu pula hujung minggu,maka tiadalah pekerja yang bertugas hari tu.yang tinggal pun pengawal dan penyelia
bangunan saja.seperti biasa sebelum melakukan kerja,akan di uji dahulu alatan yang akan kami gunakan
supaya tidak menganggu kelancaran kerja kami...setelah itu,kami yang telah memaklumkan kepada penyelia bangunan
utk memulakan tugas menuju turun ke aras paling bawah parkir bangunan itu.

Tidak Bernasib Baik
sampai kat parkir tu,kami tak berlengah lagi terus memulakan kerja.....TAPI.....
puas saya cuba hidupkan peralatan yg kami bawa,langsung tak mahu berfungsi..Hairan sedangkan
baru tadi diuji elok saja barang ni.fikir saya sejenak..hampir sejam cuba dihidupkan alatan tu tak juga berfungsi..
ditempat sebegini kami mengagak ada yang tak kena.."Ni aku tak suka nak wat kerja kat tempat ni"-kata rakan
saya sambil memandang pada saya supaya saya memahami apa yang cuba disampaikan.
mengerti dengan sinis tu saya mendiamkan diri jer.lgpun penat dan panas pulak tu kat bawah tu.saya cuba lihat
sekeliling,parkirnya kosong tiada kenderaan dan diterangi dengan cahaya lampu yang terhad..
"hee,Bodoh la jangan la ganggu aku nak kerja ni"-saya mengjerkah..."ni mesti kerja mambang"-saya membisik lg pada
rakan saya sambil keduanya tersenyum.kali kami cuba lg hidupkan alatan kami dan kami berjaya hidupkan mesin tu.kami
berdua ketawa kat bawah tu sambil ditemani bunyi bingit dr mesin tu.."ROPPPP"!!..tak sampai seminit bila saya ambil
jer mesin tu nak mulakan kerja.tiba2 jer padam balik..Kami berpaling sesama sendiri.."Huh,kita blah la,`orang` x bg buat tu"-
kata rakan saya menyindir..dalam kami berkemas nak blah tu,masing2 terlintas untuk melihat ke satu arah di hujung parkir tu.
Kami terdiam..........tiba-tiba,kami terdengar suara kanak2 kat situ..apa lagi fikir negatif la...kami cabutlah..haha
tapi kerja belum selesai..kami mesti kembali...Pulihkan semangat dulu..(ye la anak sapa pulak bergurau senda kat bawah parkir)

11 julai 2010 jam lebih kurang 1230

kami kembali...ketempat yang sama,jalan cerita hampir sama...kali ni kami bawa pengalaman minggu lepas..dah tahu sikit cerita..
Kata sekuriti yang menjaga bangunan ni,memang ada seorang budak kecik kat parkir aras bawah tu..tp kalau kau orang tak kacau dia,tak der lah dia kacau kau..dengan semangat baru,tanpa goyang kami ke situ lagi..nak buat kerja,nak cari rezeki kan
apa nak takut sbb itu pun mahkluk Allah juga..mcam biasa peralatan sudah di periksa dahulu...

Kena Lagi

sampai kat bawah parkir tu..rakan saya hidupkan mesin yang nak di gunakan tu..HUH!!!
"Naper ni?,dia buat lagi"-kata kawan saya...hah,saya mula fikir bukan2.."alamak jangan lah jadi yang bukan2
pulak kali ni"-Bisik saya sendirian...`cuba lagi....

rakan saya tu terus mencuba..masa tu saya menghadap rakan saya bersama peralatan yang boleh memantulkan
cahaya kerana permukaan alatan tu berwarna `krum`(berkilat)..rakan saya yang hanya mendiamkan diri terus menghidupkan alatan tu...TAPI KALI INI

anak mata saya tiba2 tertumpu pada mesin tu.......saya mula berasa gelisah,saya rasakan bagai ada `sesuatu mendekati saya.
terkedu saya bila saya terlihat satu kelibat putih pd permukaan mesin tu...`benda` tu menghampiri saya dr belakang lalu melintasi
belakang saya dengan sebegitu saja...dan selepas tu mesin tu dah berfungsi balik..nak taknak saya terpaksa juga siapakn kerja
tu...sepanjang buat kerja tu saya pejam mata jer,takut ternampak lagi benda yang lebih teruk...huuuuuu...siap kerja, kami blah
dr situ...dan saya cuma mampu diamkan diri jer sepanjang hari tu..dan sampai hr ni rakan saya tidak saya
bg tahu apa yang saya nampak hari tu...biarlah ia jadi pengalaman....

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-7-2010 08:28 PM | Show all posts
:re::re:

apasal mcm malas je aku nak bace ??
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2010 08:40 PM | Show all posts
menarik citer ko ni..citi bank?bsn
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2010 11:01 PM | Show all posts
Bangunan baru ni. Kosong je katanya. Ni yang ada shopping lots tapi tak ramai orang parking kat situ. Apa nama bangunannya entah lupa!
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2010 12:40 AM | Show all posts
G Tower? Avenue K? mana ha?
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2010 12:54 AM | Show all posts
Reply 2# mAmAfAieSz


    sama ar ngan aku...cara penyampaian kot mcm ala2 novel...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-7-2010 01:08 AM | Show all posts
maknanya ada budak dan mak dia ke kat situ ...?
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2010 08:58 AM | Show all posts
best gak citer ni tt..takde sambungan lagi ke? bagitaula tempat tu kat mana..leh geng2 seekers carik
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-7-2010 09:37 AM | Show all posts
hehehe interesting story TT... alaa.. reveal je location tu.. hehehe
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2010 09:42 AM | Show all posts
juOn
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2010 09:44 AM | Show all posts
interesting... pengolahan mcm novel seram.. sambung la lg tt.. btw bangunan br near klcc.. near sgt ke atau sekitar klcc? hurm.....................
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2010 11:05 AM | Show all posts
public bank or AMbank????
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2010 11:48 AM | Show all posts
aku rase AMBank kot psl mber aku pnah ckp bangunan tu dlu pun ade mende2 pelik..die ckp la..
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2010 12:12 PM | Show all posts
aku rasa ni mesti bank muamalat btul tak TT? hehe tak yah nak sorok2 dah, parkir situ memang kerasss......
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2010 01:27 PM | Show all posts
hehe..pakat dok 'aku rase..aku rase..."

cepat2 speku!
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2010 01:53 PM | Show all posts
bgtau kat aku lokasi biar aku tempeleng tempoyak budak n mak dia skali... pantang tul aku makhluk2 3rd class kacau anak cucu adam carik makan...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-7-2010 02:01 PM | Show all posts
public bank or ambank la kot..bsn tu kire jauh dah kan dr klcc? ke citibank?
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2010 11:20 AM | Show all posts
aku keje G-tower...mana ada benda camni...
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2010 12:00 PM | Show all posts
sbb tt sebut bangunan bank means nama bangunan dia mesti nama bank...so aku rasa ambank sbb citibank parking dia dua tingkat jer...dulu aku keja sini.
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2010 12:20 PM | Show all posts
sbb tt sebut bangunan bank means nama bangunan dia mesti nama bank...so aku rasa ambank sbb citibank ...
sw00sh Post at 30-7-2010 12:00

ambank mane ade basement parking?
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 11:07 AM GMT+8 , Processed in 0.079947 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list