CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12
Return to list New
Author: AceHand

JIZZZ... KLONG! KLONG! Pertandingan Sajak Kemerdekaan Minggu 05...

[Copy link]
Post time 28-7-2010 10:38 PM | Show all posts
pernah...hantar kat board ni juga....tapi kalah memanjang......


tetapi oleh kerana sem ...
bnmbnm Post at 28-7-2010 08:01

Tak... Maksud me kat luar... Penguasaan BM Bnm sangat2 excellent, ada advante kalau terlibat dlm penulisan sbb tak ramai saingan... Boleh kira dgn jari penulis bukan Melayu yg aktif macam Lim Swee Tin, Uthaya, Seroja Thaevy  tu...

Kalau pertandingan besar2 pun biasa ada hadiah khas utk penulis bukan Melayu....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-7-2010 01:09 AM | Show all posts
Post Last Edit by hunt_fear at 29-7-2010 01:13

Tinta V


Sebuah nukilan penyambung kata,

dari hati kedada kertas,

merakam rasa, menterjemah jiwa,

untuk tatapan kelian manusia.

Dari pena tinta yang masih belum kering,

Maka dipersembahkan tinta seharum kemboja buat Patriot Adnan bin Saidi.



Ini lakaran kata sebuah kronologi pertahanan terakhir.





Askar British kata:

Pertahankan Singapura!!!

Tempat terakhir sebelum Penjajah Tanah Ratu kalah sepenuhnya,

Askar Melayu harus bersedia menentang Penjajah Matahari Terbit bersama-sama.





Lf Adnan kata:

Biar putih tulang jangan putih mata,

Biar kami usir mereka dari Pasir Panjang,

Walau tiada peluru, boyonet kami hunus,

Pertempuran jarak dekat tak pernah kami gentar,

Kerana ini pertempuran hidup atau mati.





Catatan kata dari bukit candu:

Ini tempat terakhir pertahanan,

Kalah disini petanda berakhir perjuangan,

Bom tangan, Lewis gun, senapang dan juga nyawa,

Semua telah digunakan,

Tanda..

tidak mampu lagi menyekat kemaraan Penjajah dari Timur.

Akibat geramnya penjajah kamikaze itu atas semangat membaramu Lf Adnan,

Jasad kaku mu diperlaku begitu kejam,

Pertahanan terakhir telah kecundang.





Askar Jepun kata:

Jika ada 10 orang seperti Lf Adnan, belum tentu mereka berjaya menawan Malaya,

Lf Adnan satu dalam beribu.

dan dari itu,

Jepun terus megah tatkala berkumandang lagu Matahari Terbit di tanah Melayu.




Kata Tintaku:

Semilir malam kuutus untuk membawa wangi seharum kemboja,

Agar dapat kuhilangkan hanyir darah,

Jalinan awan kutitip satu persatu,

Agar dapat kujahit luka-luka,

Ku kirim doa,ku utus fatihah,

Agar kau tenang disana duhai Patriotku.




Hunt

1.00 ( 29 Julai2010-Khamis)

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2010 01:19 AM | Show all posts
Minggu ni and minggu dpn saya bizi:cry:

so dah sampai yg ke 5, it should be enough lah kan.
Tinta pon dah sampai had beku.
n dah dapat banyak batu bata dari encik ace ngan mek jing.
kasik ore lain kumpul batu bata pulak
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2010 01:21 AM | Show all posts
Reply 12# sourplum


    dah ada dah...
cian kena tunggu
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2010 01:23 AM | Show all posts
Reply  sourplum


    xsabar niyh nk baca tinta 5
jingga007 Post at 28-7-2010 03:19


rasa nak sekeh mek jing tetiba
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2010 08:23 AM | Show all posts
Tak... Maksud me kat luar... Penguasaan BM Bnm sangat2 excellent, ada advante kalau terlibat dlm p ...
sourplum Post at 28-7-2010 10:38 PM



ish ...sp ni buat bnm tersipu2 malu jer.....mana ada sampai excellent   tq SP

bnm suka buat sajak....dan berpantun...walaupun dah jadi rojak.....   

klu menulis pula...rasanya boleh menulis resepi ajer kot  
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-7-2010 03:06 PM | Show all posts

Lt Adnan bin Saidi, (1915 - 14 February 1942)



Titisan Darah Terakhir
(Lt Adnan Saidi)

Aku lah anak bangsa
Ku sanjung budi janji pewira
Bersedia mengatur setiap langkah
Menyahut semangat maruah bangsa

Berdiri aku dibumi ini
Hadir mengoyak jiwa yang rintih
Darah dan nyawa ku semai dilangit esok
Megah bersama rintihan ku tahan

Teguh dan tekat azamku
Tidak mampu rebah jatuh tersungkur
Biar namaku terpahat ditinggal ngeri
Biarpun badanku lumat maut menyapa
Biarpun azab siksaan datang berganti
Terbungkam tubuh tidakku peduli
Dalam memburu jejak semalam
Tetap lurus mengepak kejayaan

Aku ingin menabur budi
Jasad dan nyawa relaku korbankan
Tak ku gentar darah yang mengalir
Demi pertahankan tanah pertiwi

Tidak bisa aku berundur lagi
Membangun nusa dipuncak dunia
Hingga titisan darah terakhir ku….

iD….29/07/2010



"After two hours of heavy shelling and mortaring, the Japanese attacked the Malay Regiment which was holding Pasir Panjang Ridge. The latter fought magnificently, but suffered heavy casualties, and by afternoon the enemy had reached the Gap (Pasir Panjang Ridge) "

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2010 03:21 PM | Show all posts
KERANA DIA

Kerana dia
kita kenal perjuangan,
Jasanya  tiada tandingan,
Curahan bakti yang ditaburkan ,
Tidak akan luput ditelan zaman.
Dambaan kebebasan tersemat di jiwa,
Perjuangan tiada  ternoktah,
Mutiara kecekalan tidak dijual beli,
Kukuh terkunci di sanubari.
subur tersemat di ceruk hati,
Tidak tergugat walau diuji
Demi menuntut sekelumit kebebasan

Gambaran luaran jelas menampakkan
Tingkahnya yang tegas
Cerminan peribadi
Menjadi gerunan penjajah durjana
Menjadi sasaran bedilan bonet.

Kerana dia
Segala helah telah dirancang
Bermacam helah berjaya ditepis
Ramai batalion tumpah akhirnya
Membuka ruang untuk dekatinya
Kepungan demi kepungan dilakukan
Akhirnya dia gugur jua...

Setelah badan ditoreh dicalar,
Seluruh anggota terapung di awan,
Mengalir darah perjuangan
Namun itu tidak pernah dikesalkan
Demi sebuah negara tercinta
Agar  terpateri satu kemenangan
Di Bukit Candu tumpasnya pahlawan
Namun itu kita jadikan semangat
Semangat demi melakar kebebasan

Kerana dia
Kita bangkit
Kita berjuang ketitisan akhir
Kerana dia
Adalah Leftenan Adnan Saidi.

iwimz

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-7-2010 03:29 PM | Show all posts
tunggu atokkz tepek sajak....
cepat atokkz nanti mekjing doh x bg lg cam aritu
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2010 05:31 PM | Show all posts
mlm ni last utk hantar penyertaan ye
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2010 05:33 PM | Show all posts
Reply 23# hunt_fear


    huwaaaaa

nnt mek jing akan rindukan tinta hunt chan
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2010 05:36 PM | Show all posts
Reply 29# iwimz


    hari tu mek kasi la kt attokz heols pujuk mek dkt gathering ? voleyh
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2010 01:35 AM | Show all posts
jingg, mana yg lain2.....
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2010 02:30 PM | Show all posts
motip akp xajak kp join pertandingan sajak
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2010 04:52 PM | Show all posts
motip akp xajak kp join pertandingan sajak
chenta_dewi Post at 11-8-2010 02:30 PM



Kp kan suka subject lukisan dan Pendidikan Jasmani jer...


mana lah AKP tahu Kp nak berkarya... lain kali masuk mengundi AKP tahu....wa ka ka ka
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-8-2010 12:31 AM | Show all posts

Jizzz...Klong! Klong!



Berikot adalah senarai pemenang yang telah pong aku bagi 'ketolang batunya' mengikot ranking... Tahniah kepada pemenang...

01 Titisan Darah Terakhir (Lt Adnan Saidi) - iDputera (10)
02 Leftenan Adnan, Terima Kasih!- bnmbnm (09)
03 KERANA DIA - iwimz (08)
04 Tinta V - hunt_fear (07)


Jizzz... Klong! Klong!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-8-2010 12:35 AM | Show all posts
Berikot adalah senarai pemenang yang telah pong aku bagi 'ketolang batunya' mengikot ranking...  ...
AceHand Post at 16-8-2010 00:31



  asyik nomor last
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-8-2010 01:07 AM | Show all posts

Errr...

asyik nomor last
hunt_fear Post at 16/8/2010 00:35




Tak ada worang undi pong bleh dapat nombor 4 tu.. Hik! Hik! Hik!


Jizzz... Klong! Klong!
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2010 01:09 AM | Show all posts
Tak ada worang undi pong bleh dapat nombor 4 tu.. Hik! Hik! Hik!


Jizzz... Klong! Klong!
AceHand Post at 16-8-2010 01:07



    ai takmoh undi diri sendiri..
kalu tak dpt satu undi kan

Hehe
Reply

Use magic Report

12
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 07:35 AM GMT+8 , Processed in 0.067594 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list