CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 81881|Reply: 174

Bina tembok sempadan jiran?

  [Copy link]
Post time 27-7-2010 04:10 PM | Show all posts |Read mode
Jika anda membina tembok bersempadan dengan jiran anda...samada tembok porch ke, pagar ke, dapur ke...ada beberapa kategori sifat jiran;

A-bina 100% sama bahan/warna sebelah anda dan dia....kos 100% anda tanggung.

B- sama seperti di atas...kos 50:50.

C - sebelah anda cantik, sebelah dia cover dengan plaster dinding je.

D - sebelah anda cantik, sebelah dia tinggal batu-bata je.

adakah anda jenis A, B, C, D?

Pengalaman seseorang ; tembok porch. Jiran minta izin worker nak masuk porch bekerja. OK la. Tiap-tiap pagi pergi kerja, tak kunci gate. Selepas siap peringkat batu-bata, worker dah tak masuk dah. Hanya bekerja di porch jiran sebelah sana...plaster, cat dan warna. Lepas tu nampak worker kemas nak balik. Bila tanya, "Ngak tahu pak!...disuruhnya buat sebelah rumah dia saja"
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-7-2010 04:28 PM | Show all posts
Jika anda membina tembok bersempadan dengan jiran anda...samada tembok porch ke, pagar ke, dapur ke. ...
tecito Post at 27-7-2010 04:10 PM


Anis kategori mana ya?....
Anis buat pagar tembok keliling...buat masa ni kos pembinaan anis tanggung 100%....pekerja yang buat kerja2 reno tu plaster cantik both (belah rumah anis dan belah rumah jiran)....dan mengenai cat pula...anis cat bahagian anis dengan warna yang anis suka, belah jiran pula anis cat putih sahaja (sebab takut jiran tak suka pulak dengan warna yang kita pilih tu atau dia ada warna idaman dia sendiri, so belah jiran disapu cat warna putih sahaja)...so, anis dalam kategori mana ya?..
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2010 04:39 PM | Show all posts
Saya harap sangat jiran saya tuh bukan kategori C dan D.

Dia buat pun tak inform kami awal2..datang2 lawat rumah tengok pagar besi dah kena cabut dan batu ada dah kena pecah.

Yang sebelah pulak reno dapur...dinding yang mengadap saya memangler menyakitkan bijik mata nih...
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2010 04:42 PM | Show all posts
Anis kategori mana ya?....
Anis buat pagar tembok keliling...buat masa ni kos pembinaan anis ta ...
AnisSuraya Post at 27-7-2010 16:28


Anis kategori A ler kot ...kalau rumah tuh memang asal pagar besi biasa tuh...untung giler jiran sebelah tak kena sharing cost.

Takkan nak cat ikut kaler idaman sendiri pun tak sanggup nak keluar belanja kot hehe.
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2010 04:52 PM | Show all posts
Post Last Edit by AnisSuraya at 27-7-2010 17:17
Anis kategori A ler kot ...kalau rumah tuh memang asal pagar besi biasa tuh...untung giler jiran ...
meya Post at 27-7-2010 04:42 PM


Tunggu tt bagi ulasan anis dalam kategori mana...
Rumah anis tu pemaju mmg boh pagar dawai kaler hijau tu depan tepi dan belakang....(kedekut piang pemaju tu kan)
sebelum anis nak wat reno, anis call jiran sebelah, tepi dan belakang....anis siap inform...kalau nak share kos...pun boleh...kalau tak mahu share kos...anis pun tak kisah/ tak berkira sangat...
Anis reno rumah tarik dapur ke belakang..belah jiran mmg diplaster cantik2 dan dicat putih sekali...
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2010 05:32 PM | Show all posts
sayapun ada renovate porch depan , tambah ruang tamu kat depan
belah jiran macam biasa gak simen sama macam saya , tapi jiran sebelah tu lepas renovation habis macam tak mahu tegur pulak . saya pun tak tahu apa masalah dia .
nak kata saya buat rumah dia tak lawa idak jugak , sebab masa simen belah dia tu laki dia siap ambil kerusi duduk tengok indon tu buat kerja .
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-7-2010 05:40 PM | Show all posts
Ai berckp bg pihak jiran eh sbb skrg ni dok umah sewa.mmg jiran tu ketegori A.

tp itula,x ckp apa pun,tetiba pg tu nampak lori pasir dtg umah dia,time tu baru dia ckp kata nak naik tembok batu.memang jiran dtg tolong alihkan shoe rack umah kita,pastu worker tu buat keje smpai cat complete lah,tp bila dh siap,shoe rack tu x angkat balik letak tempat semula,pastu saki baki simen masih menempek kat lantai.dr lantai semen yg x brapa comel,bertambah x comel sbb bekas semen wat keje tu betompok2.tp ai x kisah pun..sbb umah sewa.cuma ai x tau la kalo owner yg dtg tgk umah dia dah jd mcm tu.

tp yg ai x bekenan tu,buat tempok kalo straight mcm standed tu ai x kisah.ni buat ala-bentuk anak tangga.kalao satu anak tangga x per,dia dua bentuk anak tangga yg jarak dia x sama panjang.ala-ala anak tngga yg x simetri..huduh benor..mcm x der taste je diorng ni..apa2 pun..ai cuma dok umah sewa.lantok ler deme nak wat aper pun umah deme...
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2010 06:42 PM | Show all posts
Post Last Edit by jo_je at 27-7-2010 18:46

saya ketegori A kot buat pagar tembok.. semua ditanggung oleh saya.. belah dia cantik belah saya pun cantik.. cat dia pilih sendiri warna apa dan upah cat saya tanggung. sebelum buat pagar saya bincang dgn jiran dulu kalau dia kata ok saya buat pagar tembok... kiri kanan jiran saya tanya dan tanggung kos semua.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 27-7-2010 06:49 PM | Show all posts
Anis...kategori A. Bertuah jiran anda!

Saya pun sebenarnya kategori A. Bina tembok 6 kaki tinggi (isteri nak jaga aurat). 120 kaki panjang sebelah jiran. Tiap 10 kaki ada lampu cantik. Most house sini,bila menghadap jiran tak ada lampu pun.

Malah, atas nasihat my kontraktor, tembok itu dibina SATU KAKI DALAM tanah i. Katanya kalau bina kat tengah-tengah (sempadan dawai hijau tu)...dan tiada agreement bertulis...di masa depan 20 tahun lagi, anak dia ke boleh komplen dan suruh roboh tembok tu. Pernah terjadi kes macam ni. Masa dirikan batu-bata tinggi 6 kaki ambil foto/gambar menunjukkan dawai pagar hijau dia tu masih ada...dan siap baru naik batu-bata baru jiran tu suruh my worker CABUT pagar dawai hijau dia.

Bangga (bukan riak) bila my tetamu atau jiran punya tetamu tanya siapa tanggung kos?

Kalau ini dibuat sebelum kita masuk atau kenal jiran, like my case, ia beri gambaran positif bahawa bakal jiran baru anda itu amat bersemangat kejiranan. A good start.

Tapi kalau kategori D.....susahlah. Memang jenis fikir diri sendiri je!
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2010 05:09 AM | Show all posts
Intan pon sama dlm kategori A

Ye lah tak kan belah kita je elok dan belah jiran kita tak bercat dan sebagainya kan...kang ada yg mashem muko lak
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2010 08:49 AM | Show all posts
Anis kategori mana ya?....
Anis buat pagar tembok keliling...buat masa ni kos pembinaan anis ta ...
AnisSuraya Post at 27-7-2010 16:28



    Bagus dapt jiran cam Anis ni. Cat tembok jiran warna putih tu dah kira ok. Sbb nanti dia leh pilih sendiri warna yg dia nk cat. Tp jgn la biarkan dinding tu tanpe berplaster. Cat apa tah lagi...Kan.
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2010 09:16 AM | Show all posts
Anis...kategori A. Bertuah jiran anda!

Saya pun sebenarnya kategori A. Bina tembok 6 kaki tinggi  ...
tecito Post at 27-7-2010 06:49 PM


Alhamdulillah....anis pun sentiasa berdoa agar mendapat jiran2 yang boleh bertolak ansur antara satu sama lain..anis jenis suka berbaik dengan semua orang...harap akan dapat jiran yang begitu juga...Mengenai memasang lampu cantik tu...sempadan jiran anis pasang lampu cantik jarak setiap 10'..tapi anis tak pasang atas tembok sebaliknya anis pasang di bahagian dalam area rumah anis..sebab apa buat begitu?..sebab anis sangat risau jika jiran sebelah/sempadan tidak suka anis pasang lampu kat atas tembok tu..mana lah tau diaorang ada fesyen lampu yang lebih cantik dari pilihan anis kan...so anis pasang lampu tembok setiap 10' di tepi tembok bahagian rumah anis dan bukannya di atas tembok....kalau jiran sempadan tu nak pasang lampu cantik..terpulanglah pada dia nak pasang belah mana....bahagian rumah dia...dia berhak untuk tentukan citarasa dia...

Tembok sempadan kiri kanan, anis bina tembok ada lubang2...bahagian belakang anis tutup abis SEBAB aurat...sempadan belakang rumah dapur/bilik rumah anis dengan dapur/bilik rumah jiran terlalu dekat, tambahan pula anis buat renovation kan...jadi untuk menjaga aurat anis dan anak2 dara anis...terpaksalah buat tembok penuh...kalau buat lubang2...mmg boleh nampak apa kitaorang buat dlm rumah (area belakang) sebab jarak terlalu dekat...
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2010 10:04 AM | Show all posts
sebelum kami naik pagar tembok bersebelahan dgn jiran, mmg awal2 sebelum ubahsuai dh bagitau jiran sebelah. Kos kami tanggung 100% termasuk plaster & cat (warna berlainan). Ada cat lebih utk tembok sebelah jiran, kami bagi terus just in case diorang nak touch up apa2.
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2010 10:17 AM | Show all posts
Bila saya beli rumah dulu mmg saya takut benda2 ni terjadi. Takat yg kita mampu mungkin rumah teres atau semi-D. Banglo seunit pun ada yg kongsi pagar jugak. Sebab tu saya tak berhajat nak beli intermediate teres. Kena carik corner atau semi-d. Hari tu tak jumpa corner atau semi-d. Semua dah habis. nasib baik ada 1 unit intermediate corner yg ada jln kat tgh. Still tak kongsi pagar. Yg sebelah jiran yg satu lagi tu, terserah la macam mana. Kalau saay yg buat dulu sy kena jadi kategori A. Kalau dia yg buat dulu, lantak la mcm mana dia nak buat. Kalau dia nak share, saya share je. Kalau dia buat sblh dia je, saya buat sebelah saya... hati org kita tak tau
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2010 10:22 AM | Show all posts
100% tanggung kos sendiri

sebelum buat tembok tu memang dah bagitau awal2 kat jiran nak buat tembok dan bagitau mungkin agak bersepah sikit la laman dia nanti..  bagitau jugak kalau dia nak sama2 share pun boleh, kalau tak mahu share kos... saya pun tak kisah since umah cornet lot, so satu jiran je yang terlibat...

area jiran memang saya bagi plaster sekali tembok tu... kesian la kalau tinggal nampak bata je kan..  saya siap pesan kat kontraktor yang buat tu kalau boleh jaga kawasan jiran, tak nak la tinggal apa2 simen atau rosak kawasan laman dia.. area saya tak apa nak sepah sekalipun.. alhamdulilah mmg tak ada apa2 masalah...
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2010 10:29 AM | Show all posts
mcm soc pula, baru je extend bahagian dapur. since soc tak tau jiran soc mcm mana so soc bina bahagian dalam... means bukan di sempadan.... so soc buat lagu mana pun dia takde hak la nak komen kan.... tapi soc minta tukang tu, plaster dinding bahagian rumah dia cantik2 dan cat warna putih (sama mcm anis nye reason.... nanti kami cat pink dia tak berkenan pula.... walaupun actually tu kawasan soc).
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-7-2010 12:09 PM | Show all posts
Post Last Edit by Hana at 28-7-2010 12:11

aku baru terpikir la hal ini. sebab keliling umah aku jenis pagar hijau.
maybe dlm 1 thn or 1thn setengah lagi (nak kumpul duit) nak bina tembok kat belakang (kiri & kanan - mmg akan ganggu umah jiran)

rumusan yang aku baca dlm thread ini, maknanya - sapa yang nak buat - kena prepare & bear in mind - cost kena tanggung 100%

mmmm....

contractor akan caj lebih ke kalau kita cat sekali kat umah jiran tu? atau mmg sekali pakej.

kalau sekali pakej, boleh la termasuk kategori A. tapi, kalau kena caj lebih, rasa2nya aku nie kategori D or C kot. aku nie rakyat marhein ajer. nak bina tembok sendiri pun kena kumpul duit dulu. takder pun aku buat immediately masa rumah disiapkan. kalau kaya /mampu, dah buat lama dahhh..takdernya nak tunggu tunggu setahun la..setahun lebih la..

kalau nak paling senang..takyah buat tembok belakang langsung.tapi, susah pulak. kot2 nak pakai suar dalam ajer masa nak membasuh pinggan.
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2010 12:15 PM | Show all posts
aku nye umah ni, jiran sebelah terus buat tembok..sbb die pindah awal..mase baru tgk rumah pon dah siap...lpas pindah tanye die, nk bayar berapa, die kate, takpe la...die kire halal jerk..die siap plaster & kemas...cume tak cat je la...
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2010 12:22 PM | Show all posts
i agak blur pulak apa beza antara B & D coz for D, jiran still kena cover dgn kos sendiri, maybe even less than 50% pun sebab batu-bata dah ada kat situ... dia just tepek plaster n cat je.

apa2 pun, i lebih suka B, sebab berpakat elok2, berkongsi kos & sama2 dpt tembok siap serentak ... takde la sepah2 ataupun kos berat sebelah...

utk rumah yg nak g pindah masuk ni pun, tak berpakat lagi dgn jiran2... sbb bajet dah suntuk utk part dalam rumah sendiri dulu... luaran tu kendian cerita laa
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2010 12:25 PM | Show all posts
kalau nak paling senang..takyah buat tembok belakang langsung.tapi, susah pulak. kot2 nak pakai suar dalam ajer masa nak membasuh pinggan.
Hana Post at 28-7-2010 12:09


  aduhlaaa

tapi betul pun... kita ni dok dalam rumah, takkan la nak cover aurat 24jam gitu... jarak antara dapur kita dgn dapur dia berapa kaki la sangat...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 05:03 PM GMT+8 , Processed in 0.316566 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list