CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 11759|Reply: 109

mati TERhumban 10m dari AKLEH!!

[Copy link]
Post time 28-7-2010 03:37 AM | Show all posts |Read mode
Mati terhumban dari laluan bertingkat 10m

2010/07/27



KUALA LUMPUR: Seorang kakitangan sebuah bank maut selepas tercampak dari ketinggian 10 meter sebaik motosikal ditungganginya gagal dikawal di Kilometer 7.1, Lebuhraya Bertingkat Ampang-KL (Akleh) berhampiran Kampung Baru, di sini, semalam.




TRAGEDI...gambar kanan menunjukkan laluan mangsa tercampak.
Gambar kiri, mayat mangsa terbujur dilaluan bawah. Gambar kecil, Muhammad Fuad.


Dalam kejadian jam 5 petang itu, mangsa yang dikenali sebagai Muhammad Fuad Ahmad, 28, dipercayai menunggang secara berseorangan di laluan bertingkat berkenaan sebelum secara tiba-tiba gagal mengawal motosikalnya sebelum merempuh penghadang jalan.


Jurucakap polis berkata, berikutan rempuhan itu, mangsa melambung lalu terjatuh dari ketinggian kira-kira 10 meter ke laluan bawah lebuh raya bertingkat itu.


“Berdasarkan dokumen yang ditemui padanya, mangsa didapati berasal dari Kampung Datuk Ahmad Said, Ipoh, Perak,” katanya.


Mangsa mati serta-merta di tempat kejadian. Mayatnya dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk bedah siasat.




hah!!! bukan dulu kata tanak bagi dah ler.... motorcyclist kat AKLEH nih..... ni ler dia!!

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-7-2010 06:55 AM | Show all posts
ade dua kemalangan melibatkan motosikal kat akleh time tu..
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2010 06:59 AM | Show all posts
Mulanya memang tak boleh, tapi pada tahun 2008 kalau tak silap, masa harga minyak naik, itu salah satu gula-gula untuk menutup mulut penunggang motosikal.  Supaya AKLEH boleh dijadikan laluan short cut untuk mereka.  Sedangkan AKLEH tiada langsung peruntukan laluan untuk motosikal.  Memang sangat2 merbahaya bagi motosikal sebab kereta sangat2 laju di situ.
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2010 07:00 AM | Show all posts
komen dari ondscene..

AKLEH - Ampang-Kuala Lumpur Elevated Highway (Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur) mula digunakan pada 17 Mei, 2001.

Ia sepanjang 7.9 kilometerbermula dari Jalan Sultan Ismail merentasi Sg Klang dan Sg Aampang dan mempunyai 4 susur keluar.

Pembinaannya bagi menyuraikan laluan trafik yang begitu padat setiap hari terutama dari Ampang, Jelatek , MRR2 dan kawasan sekitar pada waktu puncak.

Hanya Kereta, bas dan lori sehingga 40 ton, dibenarkan melaluinya.

Motosikal kemudian dibenarkan melaluinya kira-kira 2 tahun lalu, hingga kini, ketika krisis harga minyak melanda.

Oleh kerana ia dibina secara bertingkat, maka ruangnya adalah terhad, maka tiada lorong kecemasan, dan ia mempunyai banyak selekoh.

Kadar tolnya dianggap ramai orang antara yang termahal berbanding jaraknya RM1-50 untuk kereta.

Bagaimanapun, dengan harga itu, banyak masa dapat dijimatkan kerana anda tidak perlu melalui kesesakan di laluan biasa di bawah.

Sebagai anggaran, menggunakan AKLEH, dari Jalan Sultan Ismail ke Ampang, hanya mengambil masa kurang 10 minit, sedangkan menggunakan jalan biasa, boleh mencapai sehingga 1 jam di waktu puncak.

Isu membenarkan motosakal menggunakan lebuhraya ini telah lama timbul , sejak diberi kebenaran oleh menteri.

Pandangan saya, sebenarnya, motosikal sepatutnya tidak dibenarkan menggunakan lebuhraya ini kerana ia amat merbahaya.

Memang banyak kemalangan berlaku, malah jika sebuah motosikal rosak, maka laluan akan tersekat kerana tiada lorong kecemasan.

Bukan kerana kesalahan pihak lebuhraya, kerana , lebuhraya ini memang direka untuk menyuraikan trafik yang disebabkan oleh kereta/bas/lori yang banyak lalu mereka diberi pilihan menggunakan lebuhraya ini dengan kadar tol yang agak tinggi.

Sejak 2001 hingga 7 tahun (anggaran), tiada sebarang masalah ditimbulkan kenapa motosikal tidak dibenarkan, kerana semua telah maklum, ia direkabentuk bukan untuk laluan motosikal.

Tetapi tindakan membuka laluan ini kepada motosikal oleh kerajaan, adalah satu keputusan yang amat silap malah sebenarnya menggadai nyawa penunggang motosikal itu sendiri.

Sebenarnya, ramai penunggang motosikal sendiri 'seram' melalui AKLEH ini, tetapi, apabila dah dibuka, kenapa tidak digunakan.

Kenderaan yang melalui AKLEH memang laju, kerana ia memang lebuhraya yang selesa, walaupun mahal.

Bagi saya, secara peribadi, tidak menyalahkan penunggang motosikal menggunakan AKLEH kerana kerajaan sendiri yang membenarkannya.

Namun, demi keselamatan semua, saya rasa ia perlu menguatkuasakan semula larangan itu- bukan kerana menganaktirikan penunggang motosikal , tetapi ia sebenarnya memang direkabentuk untuk kereta, lori dan bas disamping harga yang mahal perlu dibayar oleh mereka.
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2010 07:15 AM | Show all posts
simpati pada keluarga mangsa...tp mmg betul..kat AKLEH tu kete2 semua rempit tahap pelesit...tak sesuai utk penunggang motosikal..
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2010 07:27 AM | Show all posts
Mulanya memang tak boleh, tapi pada tahun 2008 kalau tak silap, masa harga minyak naik, itu salah sa ...
KakFie Post at 28-7-2010 06:59



    yup..betul tu..time minyak naik.... tp mcm mana pun, akleh pu highway biasa yer, limit pun standard kelajuan highway kat tgh bandar yer so, motosikal still buleh guna wut. cuma kalau buleh di tambahkan lagi aspek2 keselamatan mungkin dapat memberi banyak impak yg baik kpd pengguna jalan raya, especially time kemalangan spt tersebut, misalalnya terdapat pagar atau penahan yg lebih kukuh.......
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-7-2010 07:50 AM | Show all posts
Masalahnya manusia ni kalo dah dibagi nak ambik blk mau kiamat....dulu sebelum dibenarkan motor masuk hiway ni pun dah ramai wat2 terlajak...
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2010 07:53 AM | Show all posts
macam mana sampai boleh langgar penghadang
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-7-2010 08:08 AM | Show all posts
kelajuaan membunuh
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2010 08:13 AM | Show all posts
Tayar pecah kot......tu yang hilang kawalan.....
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2010 08:17 AM | Show all posts
inalillah...
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2010 08:40 AM | Show all posts
kat belakang opis aku jer
hiway ni...

nampak gak
keta polis semalam parking kat hiway ni
tutup sebelah lorong

tapi memang betul lah
tak sesuai motor lalu hiway ni

kereta2 yg lalu hiway ni
laju berdesup
tak de maaf dah kalo kena langgar
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2010 08:45 AM | Show all posts
hah!
apa sudah jadi?

Ir Zin yg dah kene tendang toh dari jawatan toh nak kata apa skang?

the godem hiway was never intended to accomodate motorcyclists.

bodo. bangang. tolol takbleh di ajar.
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2010 08:49 AM | Show all posts
sian mamat ni..al-fatihah utk dia
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2010 08:55 AM | Show all posts
utk perhatian semua, arwah adalah staf adik aku...ni cerita drp adik aku...

arwah on d way nak balik ke ofis (bank) di tmn melawati drp jumpa vendor kat KL. dia bwk motor kapcai je, pak mertua bagi, ada kereta langgar dari blkg, jatuh ke bwh...ada hamba Allah ni nampak dan sempat pangku arwah, arwah even sempat bagi tau yg dia dilanggar drp belakang. bos & colleague drp melawati semua pi sana & arrange ambulan / polis bagai...almost 5 pm baru settle.

adik aku ckp, arwah is one of the exemplary staff & mmg workaholic & soft spoken, sehari sblm tu dia kata dia nak buat extra work sikit sbb dah dekat raya harap2 boleh dpt komisien extra.

arwah tinggalkan isteri dan sorang anak umur 4 bulan, wife keja di bank yg sama tp kat HQ.......

takde kena mengena dgn kelajuan ke hapa ke, kes hit & run...al-fatihah....
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2010 09:10 AM | Show all posts
Al-fatihah buat arwah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-7-2010 09:11 AM | Show all posts
innalillah....sapa yg langgar lari tu, tak rasa bersalah ker?
tapi gambar mayat arwah tu mcm elok jer....wpun tinggi giler jatuh tu nampak cam takder pecah or darah melambak kerrr...mesti kecederaan dlman teruk.
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2010 09:14 AM | Show all posts
Reply 17# Orange_7491


    org yg langgar tu mesti akan rasa bersalah seumur hidup...garenti !!!!
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2010 09:24 AM | Show all posts
10m tak tinggi sgt..tp kalo jatuh kepala dulu sure patah tengkuk..
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2010 09:25 AM | Show all posts
Al fatihah dan takziah utk keluarga beliau. Org yang langgar tu ade berhenti tolong x? ke dah lari awal2...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-12-2024 02:15 AM GMT+8 , Processed in 0.608084 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list