CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2364|Reply: 0

Berita@MKST: Petrol RON 95 bukan punca kebakaran

[Copy link]
Post time 30-7-2010 01:46 PM | Show all posts |Read mode
2010/07/30


      KUALA LUMPUR: Kerajaan menolak dakwaan petrol RON 95 menjadi punca kebakaran kenderaan apabila berlaku sesuatu kemalangan, akibat kandungan benzene yang dikatakan tinggi.

  Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Rohani Abdul Karim, berkata RON 95 adalah bahan bakar mematuhi spesifikasi EURO2M yang dapat mengurangkan pencemaran udara akibat pelepasan sulfur.
           Katanya, di bawah spesifikasi EURO2M, jumlah maksimum penggunaan benzene adalah lima peratus saja, dan benzene yang terkandung di dalam RON 95 berfungsi sebagai ‘octane booster’ yang sebelum ini menggunakan plumbum.
  “Pernyataan bahawa RON 95 menjadi punca berlaku kebakaran sekiranya berlaku kemalangan akibat kandungan benzene yang tinggi adalah tidak benar,” katanya ketika menjawab soalan Senator Ahmad Hussin di Dewan Negara, semalam.

  Ahmad dalam soalannya ingin tahu sama ada benar dakwaan penggunaan RON 95 menyebabkan kenderaan terbabit  kemalangan mudah terbakar.

Mengulas lanjut, Rohani berkata berdasarkan kajian, kebakaran berlaku ketika kemalangan disebabkan tiga perkara iaitu percikan api daripada sumber penyalaan, enjin yang tiba-tiba terbakar serta kebocoran atau tumpahan minyak berlaku di bahagian tangki minyak. – BERNAMA     

Sumber: BeritaHarian
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-5-2024 04:37 AM GMT+8 , Processed in 0.348189 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list