CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 11851|Reply: 116

Penggunaan BlackBerry diharamkan..

[Copy link]
Post time 10-8-2010 09:14 AM | Show all posts |Read mode
Rais Yatim kemarin kata kat Malaysia masih dok kaji.   Banyak Negara Mengkaji Telefon BlackBerry Yang Boleh Mengancam Keselamatan Negara

ALGIERS, 6 Ogos — Algeria sedang mengkaji penggunaan telefon BlackBerry dan akan mengharamkan penggunaannya jika boleh mengancam keselamatan negara.

“Kami sedang melihat isu ini. Jika kami mendapati ia mendatangkan bahaya kepada ekonomi dan keselamatan kami, kami akan menghentikannya,” kata akhbar El Khabar yang memetik Menteri Telekomunikasi Moussa Benhamadi semalam.

Algeria muncul negara terbaru memperlihatkan kebimbangan berhubung ciri-ciri Blackberry yang mendapat perhatian ramai sejak awal minggu ini khususnya di kalangan negara Teluk.

Dalam pada itu Amerika Syarikat mahu mengadakan perbincangan teknikal dengan Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan beberapa negara lain berhubung pertimbangan untuk mengharamkan komponen Blackberry Messenger.

Mengumumkan perkara itu semalam, Setiausaha Negara Hillary Clinton memberitahu, pihaknya sedang berusaha untuk mengadakan perundingan dan menganalisis isu itu secara menyeluruh.

“... kami tahu bahawa ada isu yang sewajarnya diberi perhatian, malah terdapat juga kewajaran tentang soaln kebebasan penggunaan dan akses kepada kemudahan ini,” kata beliau di Washington.

Tiga hari lalu, pengeluar BlackBerry, Research in Motion (RIM) menyatakan tekad untuk tidak akan menjejaskan keselamatan pengguna selepas dua kerajaan Teluk mengancam untuk menyekat perkhidmatan pentingnya.

Syarikat yahg beribu pejabat di Kanada menyatakan yang ia “tidak akan mengambil mudah dalam soal integriti dan keselamatan BlackBerry.”

Kerajaan UAE dan Arab Saudi bersedia mengharamkan fungsi ‘Messenger’, e-mel dan web atas sebab keselamatan yang berpunca dari kebimbangan ia mungkin digunakan untuk aktiviti haram.

Dalam kenyataannya, RIM mengakui ia membincangkan isu keselamatan dengan kerajaan tertentu, namun syarat perundangan kerajaan serta keperluan keselamatan dan privasi syarikat dan pengguna turut dipatuhi.

BlackBerry mempunyai lebih 700,000 pelanggan di Arab Saudi dan 500,000 di UAE, sebuah negara yang kini menjadi hab perniagaan terutama sekali di Dubai.

RIM cuba menyakinkan pelanggan perniagaan bahawa rahsia syarikat yang dikawal rapi ketika dihantar melalui e-mel atau messenger tidak berdepan sebarang risiko.

“Keselamatan BlackBerry direka khas untuk membekalkan pelanggan korporat dengan keupayaan menghantar maklumat tanpa wayar selain memberikan keyakinan bahawa tiada sesiapa termasuk RIM sendiri boleh mengakses data mereka,” demikian kata syarikat itu.

Keputusan UAE dibuat ketika pemantau media, Reporters without Borders menuduhnya sebagai “mengganggu dan menahan pengguna BlackBerry Messenger yang cuba mengaturkan protes menentang kenaikan harga petrol.”

Indonesia juga sedang mengkaji soal penggunaan BlackBerry.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 10-8-2010 09:14 AM | Show all posts
Indonesia nafi larang telefon BlackBerry
JAKARTA - Pihak berkuasa Indonesia semalam menafikan untuk mengharamkan perkhidmatan telefon pintar BlackBerry seperti yang dilakukan kerajaan Emiriyah Arab Bersatu (UAE) dan Arab Saudi.

Jurucakap Kementerian Komunikasi, Gatot Dewa Broto dalam satu kenyataan memberitahu, pemerintah Indonesia telah meminta pengeluar BlackBerry, Research in Motion (RIM) supaya membuka sebuah pusat pengendalian data di negara itu.

"Adalah tidak benar bahawa kami merancang untuk melarang perkhidmatan BlackBerry di Indonesia. Kami cuma menyarankan supaya RIM membuka pusat data di Indonesia supaya pengendalian data tidak lagi perlu melalui Kanada," katanya.

Sebelum ini, UAE dan Arab Saudi menyekat perkhidmatan BlackBerry kerana bimbang maklumat yang dihantar dan disimpan di beberapa pangkalan data di Kanada boleh dipintas pengganas atau penjenayah.

Setakat ini, terdapat kira-kira 1.2 juta pengguna BlackBerry di Indonesia. - AFP
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2010 09:18 AM | Show all posts
Bagi yang dah guna blackberry kena buang ke laut ke ?

{:2_74:}
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-8-2010 09:18 AM | Show all posts
Perkhidmatan Blackberry di Arab Saudi digantung Jumaat ini
RIYADH 4 Ogos - Pengawal selia industri telekomunikasi Arab Saudi mengarahkan perkhidmatan BlackBerry digantung mulai Jumaat ini kerana pengeluar peranti tersebut gagal memenuhi syarat-syarat yang dikenakan.

Suruhanjaya Komunikasi dan Teknologi Maklumat (CITC) dalam kenyataannya semalam berkata, penyediaan perkhidmatan BlackBerry buat masa ini tidak memenuhi kriteria kawal selia dan syarat pelesenan yang ditetapkan oleh suruhanjaya itu.

Menurut kenyataan yang disiarkan oleh agensi berita rasmi SPA itu, CITC sudah mengarahkan ketiga-tiga penyedia perkhidmatan di Saudi supaya menggantung perkhidmatan BlackBerry mulai Jumaat ini selepas memberi tempoh kepada mereka untuk menggesa pengeluar alat tersebut, Research In Motion (RIM) supaya 'memenuhi tuntutan pengawal selia'.

CITC berkata, pihaknya telah memberi amaran kepada syarikat-syarikat tersebut lebih setahun yang lalu mengenai keperluan untuk menangani isu yang dibangkitkan.

Perkhidmatan Blackberry akan diharamkan sehingga tuntutan dipenuhi, menurut CITC tanpa menghuraikan syarat-syarat yang dikenakannya.

Pengumuman itu mengesahkan laporan awal bahawa Arab Saudi akan mengikut jejak langkah Emiriah Arab Bersatu (UAE) dengan menggantung perkhidmatan komunikasi BlackBerry yang buat masa ini tidak dapat dipantau oleh agensi keselamatan negara.

UAE pada Ahad lalu mengumumkan, pihaknya akan menggantung perkhidmatan utama BlackBerry iaitu pengiriman mesej, e-mel dan pelayaran Internet mulai 11 Oktober ini disebabkan isu keselamatan sehinggalah perkhidmatan tersebut mematuhi peraturan negara itu.

Kedua-dua negara menapis Internet dan menyekat laman web yang memaparkan kelucahan dan pornografi serta laman web berunsur politik.

Blackberry mempunyai lebih 700,000 pelanggan di Arab Saudi dan 500,000 di UAE, negara yang mahu menjadi sebuah hab perniagaan utama terutamanya di emiriah Dubai.

Ketegangan semakin meningkat antara RIM dengan negara-negara yang tidak berpuas hati kerana tidak mendapat akses kepada data-data yang disimpan dalam bentuk kod dalam Blackberry. - AFP
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2010 09:19 AM | Show all posts
mek org miskin tak mampu pakai blackberry nak tanya, dari segi macamana yg dikata mengancam keselamatan tu?
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2010 09:20 AM | Show all posts
blueberry CSL kan ada
good for malaysia
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-8-2010 09:21 AM | Show all posts
entah entah lam blackberry
ada cip bagi memantau aktiviti
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2010 09:24 AM | Show all posts
horrayyyy....
tgh kaji tu maksudnya tak lama dah tuh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-8-2010 09:26 AM | Show all posts
banned blackberry messenger je kot?
kang kalo ban the whole phone, nak kena beli phone baru lak..
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2010 09:27 AM | Show all posts
blackberry mahal spec pun x power...lg berbaloi beli nokia E72
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2010 09:28 AM | Show all posts
mek org miskin tak mampu pakai blackberry nak tanya, dari segi macamana yg dikata mengancam keselama ...
hzln Post at 10-8-2010 09:19



I pun tak tahu lah mek...I hanya pakai henpon Nokia skrin hijau zaman 90's tu aja...
Nak email2 tu semua pun I kena masuk siber-kafe..:re:
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2010 09:28 AM | Show all posts
banned blackberry messenger je kot?
kang kalo ban the whole phone, nak kena beli phone baru lak.. ; ...
baby_pingu Post at 10-8-2010 09:26

klau dah byk function takleh guna... ape pekdah beli blackberry....
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2010 09:28 AM | Show all posts
blackberry mahal spec pun x power...lg berbaloi beli nokia E72
kecimpret Post at 10-8-2010 09:27

kan... dah la design buruk jah...
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2010 09:29 AM | Show all posts
so sapa2 yang pakai blackberry ni cepat2 la jual sebelum harga merudum jatuh
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2010 09:29 AM | Show all posts
kecanggihan blackberry dah tak berguna lagi kat negara teluk..... ini mesti takut pengganas salah guna ni  sooo........... malaysia bila lagi nak haramkan blackberry ni   
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2010 09:30 AM | Show all posts
kecanggihan blackberry dah tak berguna lagi kat negara teluk..... ini mesti takut pengganas salah gu ...
devilito Post at 10-8-2010 09:29

india pun bakal mengikut jejak agaknya
aku tumpang sedih
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-8-2010 09:34 AM | Show all posts
aku pun tak tau kenapa. adakah sebab blackberry messaging well encrypted sampai depa tak bole nak "curi baca" utk tujuan pemantauan?
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2010 09:36 AM | Show all posts
aku pun tak tau kenapa. adakah sebab blackberry messaging well encrypted sampai depa tak bole nak "c ...
mysterio Post at 10-8-2010 09:34

rasanya itu la sbbnya...
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2010 09:38 AM | Show all posts
Kerajaan UAE dan Arab Saudi bersedia mengharamkan fungsi ‘Messenger’, e-mel dan web atas sebab keselamatan yang berpunca dari kebimbangan ia mungkin digunakan untuk aktiviti haram

-so, henpon2 pintar yg lain yg boleh hantar email, boleh browse website semua, tidak mengancam keselamatan? :re:

-adakah intelijen Amrika dan Yahudi telah pre-installed supermicrochip ke dlm enjin Blackberry, yg membolehkan mereka kesan dengan satelit mereka apa apa perbualan dan mesej ketenteraan ?
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2010 09:42 AM | Show all posts
Blackberry ni unik, setiap pemilik ada tagnyer sendiri ...

yg jadi mengancam keselamatan tu sbb communication antara satu blackberry ke blackberry lain yg tidak dpt ditapis dan di rekod dek internet service provider .. in other words only the two of them yg tau .. lain laa mcm kita guna gmail, ymail seme2 tu melalui service provider kan.

~~ biasalahhhh ... kang rahsia kerajaan bertukar tgn senangggg jerr .. .dah laa negara2 teluk tu terrorist prone .
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-1-2026 02:50 AM GMT+8 , Processed in 0.095434 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list