CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 6585|Reply: 37

♡[UNDI MINGGU 3&4 - Tamat: 13/9] Carta Lagu Raya 2010 ♡

[Copy link]
Post time 10-8-2010 03:25 PM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by dauswq at 4-9-2010 15:25





♥Salam, tiba masanya anda mengundi lagu raya CT yang terbaik berdasarkan kategori tertentu.Yang manakah anda rasa sesuai dengan kategori yang dipinta? Yang manakah anda rasa termantap antara lagu yang disenaraikan?

Yang manakah menepati citarasa anda? Yang manakah anda rasa layak menduduki carta top 5 untuk tahun ini(2010)?
Kekerapan anda mengundi bakal menentukan jangka hayat top 5 lagu raya yang akan diumumkan setiap minggu. Carta top 5 akan diumumkan pada 15 Sept 2010. Selain itu, beberapa kategori dipertandingkan untuk diumumkan pada 15 Sept 2010.


Kategori dibahagikan kepada 5:
♥




~ ★Tema Meruntun Kalbu★~

Melodi lagu menyedihkan dan membuatkan anda terasa hiba. Lirik amat menyentuh hati mereka yang tidak bersama-sama menyambut hari lebaran. Lagu manakah menjadi pilihan anda untuk kategori ini? Sila ratekan berdasarkan pilihan anda.


~ ★Tema Suka-ria★~

D: Lagu bertemakan kegembiraan, menyeru manusia bersuka-ria menyambut hari lebaran. Lagu manakah menjadi pilihan anda untuk kategori ini? Sila ratekan berdasarkan pilihan anda.

~★Tema Kesyukuran★~

D: Lirik lagu menyeru manusia memuji tuhan dan memanjat kesyukuran pada-Nya. Lagu manakah menjadi pilihan anda untuk kategori ini? Sila ratekan berdasarkan pilihan anda.

~★Tema Keampunan
★~

D: Tema lagu menggalakkan manusia bermaaf-maafan di antara satu sama lain dan juga menyeru manusia memohon keampunan daripada Tuhan agar dihapuskan dosa. Lagu manakah menjadi pilihan anda untuk kategori ini? Sila ratekan berdasarkan pilihan anda.

~★Terbaik sepanjang zaman★~

Lagu manakah yang terbaik sepanjang zaman? Pilihlah berdasarkan pandangan anda dan bukan berteraskan populariti di corong-corong radio.

~★Persembahan LIVE Terbaik
★~

Persembahan lagu raya CT manakah membuatkan anda terpegun? Anda yang tentukan.








☂ Prosedur☂


1. Survey akan diriliskan setiap minggu (Sila check link survey setiap minggu!):

(a) Carta Top 5 Persembahan Live raya CT(16 - 22 Ogos 2010)
Link: http://www.surveymonkey.com/s/ZYRB8LP
Kptsn: 15 Sept 2010



(b) Carta Lagu Raya Minggu 1 (16 - 22 Ogos 2010)
Link: http://www.surveymonkey.com/s/6TKPTGC
Kptsn: 12.00 pm 23 Ogos


(c) Carta Lagu Raya Minggu 2 (23 - 29 Ogos 2010)
Link: http://www.surveymonkey.com/s/6T6Z3XK

Kptsn: 12.00 pm 30 Ogos



(d) Carta Lagu Raya Minggu 3 (30 Ogos - 5 Sept 2010)
Link:
Kptsn: 12.00 pm 6 Sept



(e) Carta Lagu Raya Minggu 4 (6  - 12 Sept 2010)

Link:

Kptsn: 15 Sept 2010 - Carta Akhir



2.  Carta Top 5 Lagu Raya CT pada 15 Sept 2010:

(I) Top 1 setiap kategori
(II) Top 5 lagu raya 2010
(III) Top 5 persembahan Live raya


3. Anda diminta mengundi lagu setiap minggu untuk mengumpul mata. Mata setiap minggu (sehingga minggu ke-4) akan dikumpulkan bagi mendapatkan mata terakhir. Jadi, anda harus mengundi sebanyak 4 kali untuk membolehkan lagu pilihan anda layak ke peringkat pusingan akhir yang akan diumumkan pada 15 Sept 2010.

4. Keputusan carta akan diumumkan setiap minggu. Carta akhir pada 15 Sept 2010.
5. Bagi memeriahkan carta lagu raya ini, pertandingan tekaan akan diadakan serta-merta selepas anda mengundi pada minggu pertama.

5. Selepas mengundi, sila posting "saya sudah mengundi" untuk mendapat kredit. Anda boleh posting bila-bila masa. Kredit akan diberikan selepas 15 Sept 2010. Kekerapan anda mengundi setiap minggu menentukan jumlah undi anda dapat.


6. Anda MESTI mengisi ID Forumer di ruangan survey supaya saya boleh mengesan bahawa anda sudah mengundi. Jika tidak, posting anda tidak membawa makna.




☂Cara meneka☂

1. Untuk setiap kategori, sila nyatakan SATU SAHAJA lagu yang anda rasa bersesuaian dengan tema tersebut.

2. Sila letakkan top 5 pilihan anda untuk CARTA LAGU RAYA dan PERSEMBAHAN LIVE RAYA.

3. Tekaan adalah berdasarkan carta akhir 15 Sept 2010 bermakna anda meneka untuk carta akhir.

4. Tekaan ditutup pada 11.59 am 23 Ogos.
5. Format meneka adalah bebas, tetapi biarlah difahami oleh pembaca.


TEKAAN Carta Lagu Raya 2010-TAMAT 23/8

~ ★Tema Meruntun Kalbu★~

>>Mekar Hari Raya<<

~ ★Tema Suka-ria★~

>>Sesuci Lebaran<<

~★Tema Kesyukuran★~

>>Nazam Lebaran<<

~★Tema Keampunan★~

>>Nikmat Hari Raya<<

~★TOP 5 Terbaik sepanjang zaman★~

1. Nazam Lebaran
2. Bulan Kedamaian
3. Sesuci Lebaran
4. Air Mata Syawal
5. Aidilfitri di Alaf Baru

~★TOP 5 Persembahan LIVE Terbaik★~

1. Code 14
2. Code 7
3. Code 5
4. Code 2
5. Code 1
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 17-8-2010 12:39 AM | Show all posts
-reserved-
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-8-2010 12:55 AM | Show all posts
Post Last Edit by dauswq at 18-8-2010 17:11



1. Nikmat Hari Raya



Lirik:
L:
Takbir di subuh hari
Memecah hawa pagi
Kini ku terkenangkan
Terkenangkan kampung sendiri

NI:
Ampun maaf dipinta
Dari segala dosa
Hulur tangan bermesra
Bersalaman kita bersama

( korus )
( semua )
Selamat Hari Raya
Bersalaman-salaman kita semua
Selamat Hari Raya
Maaf Zahir Batin kita bersama
( 2X )

L:
Tasbih di Hari Raya
Memuji pada Yang Esa
Rasa nikmat bersama
Ayah bonda sanak saudara

SN:
Bergema Aidilfitri
Sedih pilu di hati
Pohon pada Ilahi
Bahagia kekal abadi

( ulang korus 2X )








2. Aidilfitri Di Alaf Baru



Lirik:
Terdengar Syahdu Gema Suara Takbir
Tandanya Tiba Syawal Mulia
Kita Beraya Bersama BerganDing Bahu
Sambut Lebaran Di Alaf Baru
Di AiDilfitri Seiring Kita Berpadu

Selamat Hari Raya
Diucapkan Kepada Semua
Marilah Kita Meraikan
Lebaran Dengan Keazaman
Melangkah Menuju Wawasan

Bermaafan Sesama Kita
Lupakan Semua Sengketa
Jalinkan Rasa Muhibbah
Kan Berseri Hari Raya
AiDilfitri Tambah Ceria

Menyambut Raya Biarlah Berpada-pada
Jangan Dilupa Pada Yang Tak Terdaya
Pada Mereka Bantulah Seikhlas Rela
Agar Mereka Turut Merasa
Bersama Kita Gembira Di Hari Raya

Kan Berseri Hari Raya
AiDilfitri Tambah Ceria








3. Mekar Hari Raya




Lirik:
Rindu dan sepiku bermusim di rantauan
Kini syawal kembali tengah halaman
Fajarnya menghimpun saudara tercinta
Dan wajah ceria ayah dan bonda

C/O 1
Dalam suci lebaran
ku rindukan sinar dan harapan
Anak kecil berlari
Jangan sampai hanyut tak bertali

C/O 2
Miskin kaya tua muda bermaafan
Di bawah sayunya gema takbir hari raya
Senyum tawa sanak saudara
Mewanginya bunga rasa
Kusyukuri nikmat Tuhan Maha Esa

Sekuntum lebaran mekar di sukmaku
Kupetik harumnya di Hari Raya

(Ulang C/O 1 & C/O 2)

Miskin kaya tua muda bermaafan
Di bawah sayunya gema takbir hari raya
Senyum tawa sanak saudara
Mewanginya bunga rasa
Kuhulurkan tangan seikhlasnya
Pohon diampunkan dosa
Salah dan silapku pada semua

(Ulang C/O 1)

Mulianya Hari Raya
Di desa tercinta
Menggamit ku berdoa
Syukur padaNya
Sekuntum lebaran mekar di sukmaku
Kupetik harumnya di Hari Raya







4. Meriah Suasana Hari Raya




Lirik:
Riuh rendah sungguh kampung laman
Sapa salam sahut-sahutan
Manis wajar senyum pun terukir
Budak-budak ke hulu hilir

Ziarahi jiran sanak saudara
Lupakan luka sengketa
Luhur jiwa raga jujur bicara
Di hari raya

Anak rantau pulang keriangan
Lembu kerbau menjadi korban
Ayah bonda turut bergembira
Meriahnya hari bahagia

Berpakaian baru aneka gaya
Bertudung manis si dara
Tertawanlah hati muda teruna
Mula bertanya

(Pak Lang Yang Itu Anak Siapa Tu)

c/o
Mana jauh kita dekat-dekatkan
Bertandang mesra bersembang tawa
Terkenang kisah yang lama

Mana dekat kita erat-eratkan
Terlanjur kata terlampau cara
Bermohon..Ampun dipinta..

Bersyukur pada tuhan
bersenda teman taulan
Hulurlah keinsafan
Salinglah bermaafan

Indah Minalaidil Walfaizin
Menyuci lahir dan batin
Bahagia rasa sama rasa
Meriahnya Di Hari Raya

Indah Minalaidil Walfaizin
Menyuci lahir dan batin
Bahagia rasa sama rasa
Meriahnya Di Hari Raya

(Ulang c/o hingga habis)






5. Sesuci Lebaran




Lirik:
Sesuci... di hening subuh sunyi
Sesuci... terdengar nurani
Sesuci... salam untuk Ilahi
Bagaikan memanggil insafi pada diri

Lebaran... terasa kesayuan
Lebaran... takbir bersahutan
Lebaran... memuji keagungan
Bergema suara syukuri nikmat Tuhan

( korus )
Hiasi diri indah
Riangkan hati gundah
Bersihkan jiwa... sesuci lebaran
Agar sempurna amalan
Berdoalah insan
Di pagi raya
Moga-moga terampun dosa

Pohonlah ampun maaf
Kepada ibu bapa
Sahabat dan sanak saudara
Sama sama kita gembira

Bermesra tua muda
Bantulah miskin hina
Menyambut hari mulia
Sama sama kita gembira







6. Bulan Kedamaian




Lirik:
Duhai Kasih yang ku Puji dan Puja
Di malamnya yg mulia
Sisimu aku mendamba
Tempatku bermanja
Hanya namamu yg ku seru

Duhai kasih yg ku puji dan cinta
Diharinya yg mulia
Ubatila hati luka
Jiwa yg sengsara
Hanya padamu ku menyeru

Berderang malam yg tenang
Terlihat rembulan
Sinar kemuliaan
Tandakan ramadhan
Bulan keampunan

Aidilfitri mengakhiri aku mensyukuri
Hari ini penuh erti
Hadiah illahi

Aidilfiri mengakhiri kita mensyukuri
Hari ini penuh erti
Hadiah illahi

Duhai Kasih yang ku puji dan puja
Di malamnya yg mulia
Sisimu aku mendamba
Tempatku bermanja
Hanya namamu yg ku seru

Semalam dan seharian bawa kedamaian
Alunan Al-Quran doa dan harapan
Sujud kesyukuran

Berderang malam yg tenang
Terlihat rembulan
Sinar kemuliaan
Tandakan ramadhan
Bulan keampunan






7. Panggilan



Lirik:







8. Air Mata Syawal




Lirik:
( 1 )
Sayu... hati ini makin sayup
Rindu... terkenangkan desa permai
Wajah ayah bonda bermain di mata
Mengajak ku pulang ke desa
Di hari bahagia hari raya

( 2 )
Lama kutunggu
Bertemu di pagi mulia
Namun tidak kesampaian
Airmata jatuh berlinangan

( 3 )
Kuingin berulang manisnya bersama
Menyambut hari bahgia
Jarak memisahkan rindu pertemuan
Bilakah hasrat jadi nyata

( 4 )
Duhai ayah bonda ampunkan anakanda
Tak dapat beraya bersama
Jauh dari mata dekat dalam jiwa
Teguh kasihku tidak berubah

( ulang 2, 3, 4 )
( ulang 1 )









9. Bila Raya Menjelma



Lirik:
Anggun si dara jelita berselindang dan ber'baya
Sepadan dengan pemuda tampan dan segak orangnya
Di pagi hari mulia kunjungi sanak saudara
Yang tua tidak dilupa ampun dan maaf dipinta

Yang jauh sudah pun tiba pulangnya untuk beraya
Meriah desa tercinta bagaikan pesta layaknya
Di pagi hari mulia semuanya bergembira
Tua muda miskin kaya berbeza tidak berbeza


Mari adik marilah bang mari kita beraya bersama
Orang jauh janganlah lupa kitalupakan
Sila adik silakan bang sila selera jamu selera
Lemang ketupat dan rendang semua ada

Sebulan kita puasa menahan lapar dahaga
Tiba sudah hari raya yang mulia
Bergembira seadanya kunjungi jiran tetangga
Semoga menjadi amalan selama-lamanya

Pada yang telah tiada kunjungilah pusaranya
Berdoa pada Yang Esa setulusnya
Tanda masih di ingatan sedikit tak dilupakan
Di pagi hari yang mulia tetap dikenang








10. Suara Takbir




Lirik:
Dengar beduk berbunyi
Sayup bergema di subuh sunyi
Memanggil kepada muslimin
Segera berbakti kepada Illahi

Suara azan menyahut
Terdengar sayup memecah sunyi
Memohon restu dengan bakti
Kepada Illahi Tuhan Maha Suci

( korus )
Terdengar suara takbir
Memuji nama Illahi
Rasa dalam kalbu
Tenteram dan aman selalu

Kini tiba masanya
Hati gembira di Hari Raya
Bertemu sanak dan saudara
Bermaaf-maafan dengan keikhlasan





11. Nazam Lebaran





Lirik:
( 1 )
Berdendang mari berdendang
Berdendang di seluruh alam
Bergema suara bergema
Nazam lebaran

Bertingkah rentak bertingkah
Bertingkah paluan rebana
Berkisah alunan berkisah
Nazam lebaran

( ulang 1 )

Kuduskanlah kemaafan
Tuluskan keampunan
Di hari mulia ini
Sucikan diri

Di langit (berkilauan)
Dan di bumi (berkelipan)
Nur Ilahi menerangi
Syukurlah (kepadanya)
Laungkanlah (kepujian)
Zikir rindu pada yang Esa

Bergemalah nazam lebaran

( ulang 1 )

Berkalamlah sejarah
Kehidupan manusia
Kembali jernih hati yang bersih
Di bulan yang mulia

Dendang mari berdendang
Dendang lagu lebaran
Tingkah mari bertingkah
Alun nazam lebaran

Bergemalah nazam lebaran

( ulang 1 )

Bergemalah nazam lebaran
Kuduskanlah kemaafan
Tuluskanlah keampunan
Di hari mulia ini
Sucikan diri

Di langit (berkilauan)
Dan di bumi (berkelipan)
Nur Ilahi menerangi
Syukurlah ( kepadana)
Laungkanlah ( kepujian)
Zikir rindu pada yang Esa

Bergemalah nazam lebaran

Puji pada Ilahi
Takbir di pagi mulia (2x)
Raikan
Lebaran
Di hari kemenangan









12. Anugerah Aidilfitri




Lirik:
Disana Apakah Ertinya Syawal
Tangisan Dan Rintihan Tiada Henti
Alangkah Hibanya Di Aidil Fitri
Buminya Bagai Ambal Duri

Disini Hari ini Lebaran Yang Dinanti
Sanubari Bernyanyi Suci Murni
Amalan Dirahmati Pekerti Lahir batin
Sesuci Sebersih Lebaran Ini

Bersalam Bermaafan
Keampunan Keberkatan
Berdendang Sehalaman
Bersaudara Berpanjangan
Yang Malang Jangan Lupa
Kusyukuri-Mu Rabbani
Anugrah Aidil Fitri Indahnya Hari Ini

Mari Puji Memuji Kepada Tuhan
Titis Kasihnya Melimpah Seluruh Alam
Mari Puji Memuji Tuhan Yang Esa Insyafi Nikmat Diberi Dihari Raya

Disini Hari ini Lebaran Yang Dinanti
Sanubari Bernyanyi Suci Murni
Amalan Dirahmati Pekerti Lahir batin
Sesuci Sebersih Lebaran Ini

Bersalam Bermaafan
Keampunan Keberkatan
Berdendang Sehalaman
Bersaudara Berpanjangan
Yang Malang Jangan Lupa
Kusyukuri-Mu Rabbani
Anugrah Aidil Fitri Indahnya Hari Ini

Mari Puji Memuji Kepada Tuhan
Titis Kasihnya Melimpah Seluruh Alam
Mari Puji Memuji Tuhan Yang Esa
Insyafi Nikmat Diberi Dihari Raya
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-8-2010 01:21 AM | Show all posts
Post Last Edit by dauswq at 17-8-2010 03:01



Code 01:


Code 02:


Code 03:


Code 04:


Code 05:


Code 06:


Code 07:


Code 08:

minit 0.00 - 3.05

Code 09:


Code 10:


Code 11:


Code 12:


Code 13:


Code 14:
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-8-2010 03:13 AM | Show all posts
Dibuka sekarang
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-8-2010 03:16 AM | Show all posts
Carta Top 5 Persembahan Live raya CT(16 - 22 Ogos 2010)
Link: http://www.surveymonkey.com/s/ZYRB8LP
Kptsn: 15 Sept 2010


Carta Lagu Raya Minggu 1 (16 - 22 Ogos 2010)
Link: http://www.surveymonkey.com/s/6TKPTGC
Kptsn: 12.00 pm 23 Ogos

Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 17-8-2010 10:00 AM | Show all posts
yg belum mengundi tu cpt mengundi...

Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2010 05:36 PM | Show all posts
dah...................
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 17-8-2010 05:41 PM | Show all posts
Reply 8# rotibusuk

aku bg kredit minggu ke-4
senang sket
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2010 09:16 PM | Show all posts
eh aku lupa boh id ker??? utk carta lagu raya...daus tolong
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2010 12:17 AM | Show all posts
voted
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2010 10:25 AM | Show all posts
dah undi...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-8-2010 05:15 PM | Show all posts
PANGGILAN sudah diletak...

korang leh la judge lagu tu nnt
undi bnyk2 lagu tu klu korang rasa lagu tu layak
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2010 11:58 PM | Show all posts
voted..........
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-8-2010 12:03 AM | Show all posts
kptsn yg tdk disangka-sangka untuk satu tema

tak de org wat tekaan?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-8-2010 12:08 AM | Show all posts
CTH:

TEKAAN Carta Lagu Raya 2010-TAMAT 23/8

~ ★Tema Meruntun Kalbu★~

>>Mekar Hari Raya<<

~ ★Tema Suka-ria★~

>>Sesuci Lebaran<<

~★Tema Kesyukuran★~

>>Nazam Lebaran<<

~★Tema Keampunan★~

>>Nikmat Hari Raya<<

~★TOP 5 Terbaik sepanjang zaman★~

1. Nazam Lebaran
2. Bulan Kedamaian
3. Sesuci Lebaran
4. Air Mata Syawal
5. Aidilfitri di Alaf Baru

~★TOP 5 Persembahan LIVE Terbaik★~

1. Code 14
2. Code 7
3. Code 5
4. Code 2
5. Code 1
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-8-2010 09:59 AM | Show all posts
dah vote carta lagu raya
top 5 persembahan tak dpt vote, sbb tak nampak code tu...opis block..
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2010 09:59 AM | Show all posts
dah vote carta lagu raya
top 5 persembahan tak dpt vote, sbb tak nampak code tu...opis block..
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2010 10:05 AM | Show all posts
TEKAAN FARAH


~ ★Tema Meruntun Kalbu★~
Bulan Kedamaian

~ ★Tema Suka-ria★~
Sesuci Lebaran

★Tema Kesyukuran★
Nazam Lebaran

~★Tema Keampunan★~
Anugerah Aidilfitri

~★TOP 5 Terbaik sepanjang zaman★~

1. Sesuci Lebaran
2. Nazam Lebaran
3. Anugerah Aidilfitri
4. Air Mata Syawal
5. Meriah Suasana Hari Raya

Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2010 11:17 AM | Show all posts
Post Last Edit by eddysheddy at 21-8-2010 22:43

~ ★Tema Meruntun Kalbu★~
Air mata Syawal

~ ★Tema Suka-ria★~
Sesuci Lebaran

★Tema Kesyukuran★
Anugerah Aidilfitri

~★Tema Keampunan★~
Anugerah Aildilfitri

~★TOP 5 Terbaik sepanjang zaman★~

1. Sesuci Lebaran
2. Nazam Lebaran
3. Anugerah Aidilfitri
4. Air Mata Syawal
5. Bila Raya Menjelma

~★TOP 5 Persembahan LIVE Terbaik★~
1. Code 11
2. Code 12
3. Code 8
4. Code 2
5. Code 5
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 09:05 PM GMT+8 , Processed in 0.443650 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list