CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: fendyanna

MENARA MARINARA

  [Copy link]
Post time 13-8-2010 11:11 PM | Show all posts
Reply 58# fendyanna


    walaupn dah di bersihkan menara to still look spooky
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-8-2010 11:13 PM | Show all posts
Reply 59# otomen_taro

haah btol 2..r..sblm pagar xbwk klua bnde 2, main pagar jer...alik2 bnde 2 mengamuk xdpt keluar.
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2010 12:03 AM | Show all posts
hak aaa...rasenya adek pown ade dengar cite la..ade ustaz yang pi redah "bersih" kan marin ...
fendyanna Post at 13-8-2010 21:18


Salah satu Ustad yang tolong bersihkan kawasan tu adalah colleague aku. Muda lagi Ustad ni.
Dia ada cerita ..............yang paling serem, kawasan basement. Mula2 jumpa cam kabus kendian perlahan2 kabus membentuk satu figure.
Lif pun satu hal..................lif tahu turun je ke basement je. Bila kita masuk nak naik atas............aaaa mula lah buat hal. Jem lah, rosak lah.

P/s . Cerita mulut dari Ustad tu. Kalau dia kelentong aku.............aku pun terkelentong gak kat korang. Tapi aku yakin dia tak tipu punya.
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2010 12:04 AM | Show all posts
adek,,,ape "bende" yg adek nampak tuh?
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2010 12:26 AM | Show all posts
Marinara ni, dr aku bujang sampai le anak 5, ttp spooky dan x berseri. bangunan celcom tu elok je la pulak kan? rasanya bangunan marinara ni emak ida nerina punya dulu kan?  klu x silap aku dia terbengkalai masa kes anuar ibrahim dilucutkan jawatan dulu....rasanya marina ni dulu org kuat anuar ibrahim...rasanye la, kalau salah mintak ampoooonnnnnnnn...
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2010 12:32 AM | Show all posts
dgr2 cerita ramai yg mati masa bangunan marinara ni didirikan.....

medangmru Post at 13-8-2010 20:35


kalau nak ikut kan... seme bangunan tinggi selalunya ada je kes pekerja mati... tapi tak bising la... pasal abai safety kan... tu yang jadik kes tu...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-8-2010 03:45 AM | Show all posts
Marinara ni, dr aku bujang sampai le anak 5, ttp spooky dan x berseri. bangunan celcom tu elok je la ...
noradaniez Post at 14-8-2010 00:26



    yupp.. owner dia omak si Ida Nerina (marina yusoff).. beliau dulu loyar, politician (zaman Tun Mahathir)... pastu ada kes ape tah, berkaitan Anuar kot time tu , tu yg sangkut.. pastu ada la con2 lain masuk dok repair2 , renovate mende lagi tah...
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2010 06:25 AM | Show all posts
dulu tak tau pun cite pasal marinara ni..tapi penah skali park kat basement menara celcom. masa tu mmg ade ternampak mcm kabus putih kat landing atas satu kereta ni. memang seriau la bulu roma bila tngk kabus tu mcm jenazah je. bila jalan kaki nak pegi kat lif, terasa mcm ada org follow. last2 patah balik, stat kereta and terus keluar.. peluh tu tak yah cite la.. seb baik tak terkucil kat situ je
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-8-2010 07:34 AM | Show all posts
Reply 65# noradaniez

nora, rasanya terbengkalai masa kes "Semangat 46" dulu tu ...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-8-2010 10:32 AM | Show all posts
Reply 69# stroberi_80


    kes ape 2??maklum la adek niy budak lagi tak tau kes ape..hehehhehehe
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2010 11:10 AM | Show all posts
betul ke?aku tiap2 malam lintas takde apa2 pun
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2010 11:42 AM | Show all posts
btl mmg seram gak marina tower,lg pn die bersebelahan dgn kolej sal,tp aku dh duk kt kl nie 25tahun, ...
chubbyza Post at 13-8-2010 20:27


maaf yer..nak betulkan fakta ni..parking marinara tak bersambung langsung dgn parking/bangunan celcom..sekian
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2010 11:43 AM | Show all posts
property agent dia byk kali approach bank tempat aku kije
utk bukak cawangan kat situ....
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2010 12:45 PM | Show all posts
Reply 69# stroberi_80

Bukan time "Semangat 46", tapi masa Marina Yusoff join KeAdilan. Masa election 1999, Marina Yusoff one of orang kuat KeAdilan dan dia juga calon Pilihan Raya Parlimen Wangsa Maju, tapi kalah dia YB Zulhasnan (Bekas Menteri Wilayah). Tak silap aku, time ni la project Marinara ni jadi problem and terbengkalai. Skrg tak silap, Marina Yusof dah keluar PKR. Tapi dia dulu memang bekas S46 gak.
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2010 02:05 PM | Show all posts
citer ni mcm citer slot seram kt tv3..kalu buat cmfirm laku..
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2010 02:10 PM | Show all posts
Post Last Edit by SakuraMiyagi at 14-8-2010 14:57

LATARBELAKANG  MARINARA
Pada 2hb Julai 1983, Hajjah Marina Yusoff (HMY) telah tubuhkan syarikat Pekeliling Triangle Sdn Bhd. (PTSB) dengan tujuan membeli tanah dan bina bangunan. Dalam tempoh lima tahun beliau telah membeli tiga keping tanah dan mencantumkan menjadi satu tanah yang besar jumlah 2 1/2 ekar. Bersama dengan beberapa Arkitek dan Konsultant beliau telah reka dan membina 36 tingkat bangunan kommersial, pejabat dan kondominium mewah yang dinamakan MARINARA, telah diberi bantuan oleh Bank Negara dengan mendapat pinjaman Tabung Pemulihan Usahawan (TPU)
melalui ERF (Entrepreneur’s Rehabilitation Fund) sebanyak 23 juta untuk memulakan kerja cerucuk. Bank Negara telah mengaturkan pinjaman dengan Bank Bumiputra Sdn Bhd berjumlah RM169,800,000.00 yang diluluskan seperti berikut:
(i) Kemudahan  Term Loan  I  RM26,000,000.(hanya RM20 juta digunakan)
(ii) Kemudahan  Term Loan  II  RM 21,000,000 (hanya 17juta digunakan)
(iii) Kemudahan  Bank Guarantee  RM122,800,000.* (tidak digunakan kerana
kontraktor  tidak siapkan bangunan dan Bank Guarantee ini tidak boleh dibayar)
Melalui  Tripartite Agreement ERF juga telah memberi jaminan untuk membayar segala bayaran sementara bangunan belum siap dan dijual. PTSB di beri satu tahun dari tarikh bangunan disiap untuk dijual dan selesai hutang. Mengikut Perjanjian PTSB dibenar menjualkan sebahagian sahaja bangunan tersebut sekiranya ia mencukupi untuk selesaikan hutang dan menyimpan baki bangunan yang tidak dijual. Tetapi apabila Danaharta tidak membenarkan HMY menjual sebahagian daripada bangunan di sini lah timbul punca masalah. Semua developer lain dibenar menjual melalui pecahan unit tetapi HMY tidak dibenarkan berbuat demikian. Memang sukar nak jual seluruh bangunan besar kepada satu pembeli dalam tempoh masa yang tersingkat dan dengan adanya begitu banyak halangan dari Prokhas dan Duar.
Dokumen  Securiti dengan Bank ialah:
(i). Perjanjian  Tripartite antara PTSB, BBMB dan ERF Sdn Bhd**
(iii).  Cagaran        
(iv). Debentur            
(v). Serahak  Hasil Jualan      
(vi). Serahak  Bon Pelaksanaan
(vii).  Jaminan bersama dan perpisah olih Pengarah Pengarah :-
  • Marina  bt Mohd Yusoff (HMY)
  • Ida Nerina  bt Hussain
  • Razak Malique  bin Hussain.
HMY dan  Pengarah Pengarah lain ada lah Penjamin utama Pinjaman
semua kemudahan  Bank. Penting bagi mereka untuk memastikan bangunan
disiap  dan dijual untuk membayar balik pinjaman. Selagi hutang ini tidak
selesai  mereka tidak dapat membuat sebarang pinjaman Bank untuk perniagaan
lain kerana  di masuk kan kedalam senarai hitam dalam rekod Bank sehingga
ke  hari ini.

*Bank Guarantee  yang diberi kepada kontraktor, Chase Perdana Berhad,
menjamin  bayaran sebanyak RM122.77 million dalam tempoh 30 bulan dan
hanya boleh  dibayar apabila Certificate of Practical Completion dikeluarkan olih
Akitek.  Walaupun selepas lanjutan masa yang diberi oleh Akitek tarikh
bangunan  ini patut disiapkan ialah 28 Februari 1998 tetapi kontraktor tidak
menyiapkan  bangunan dan dikenakan denda lewat (Liquidated and
Ascertained  Damages) sebanyak RM77.5 million pada tarikh  kontraknya
ditamat  pada 3 October 2002 yang sepatutnya dibayar kepada PTSB.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-8-2010 02:12 PM | Show all posts
Post Last Edit by SakuraMiyagi at 14-8-2010 14:50

PINJAMAN PTSBBUKAN DALAM KATEGORI LOAN TIDAK BERBAYAR.

Pada tahun 1999 atas arahan Menteri Kewangan semasa, Daim Dzainuddin, semua akaun-akaun perniagaan HMY, iaitu PTSB dan Marina Sdn Bhd (MSB), telah dipindahkan kepada Danaharta dan semua akaun Bank PTSB dibeku serta-merta walaupun projek BELUM TERBENGKALAI dan bukan dalam kategori pinjaman tidak berbayar.(NPL) dan sebelum ini tidak pernah ada apa apa surat tuntutan hutang daripada Bank (kerana belum tiba masa membayar) atau mana-mana pihak.


Semasa tarikhpindah ke Danaharta, pinjaman pokok yang telah diguna hanya RM37,350,411. Danaharta tidak berhak melantik Pentadbir Khas kerana pinjaman bukan dalam kategori pinjaman tidak berbayar (NPL) tetapi, tanpa sebab, pada 15 October 2002, Danaharta Urus Sdn Bhd melantik Pentadbir Khas untuk PTSB. Disitulah bermula segala usaha dibuat untuk gagalkan projek MARINARA kerana Pentadbir Khas mempunyai kuasa menyeluruh yang luar biasa dan mudah diselewengkan dan disalahgunakan.


Apabila Danaharta di istihar tutup pada akhir tahun 2005, pada 9 December 2005 Pentadbir Khas telah melepaskan jawatan mereka, tetapi mereka tidak memenuhi keperluan syarat-syarat Akta Danaharta 1998, khususnya Seksyen 44,kerana gagal menyediakan Cadangan (“workout proposal”) dan langsung tidak menyediakan akaun-akaun dan rekod rekod syarikat sejak 2002 sehingga kehari ini. Tidak ada sebarang penyerahan rekod rekod kepada mana-mana pihak apabila mereka lepaskan jawatan. Pada tarikh yang sama Danaharta melantik Duar Tuan Kiat (Duar) sebagai Pengurus dan Penerima atas “Debenture” tanpa sebarang perintah Mahkamah, walaupun syarat-syarat Debenture tidak dipenuhi dan tidak ada sebarang “default”. Semua hak-hak PTSB dan HMYdan pengarah-pengarah dan pemegang saham diketepikan begitu sahaja. Disini lah bermula kehancuran PTSB dan HMY.


**PerjanjianTripartite sepatutnya mengatasi Debentur kerana ERF bertanggungjawab membayar semua yang perlu dibayar sehingga bangunan siap dibina dan dijual dalam tempoh satu tahun selepas mendapat C.P.C. (‘Certificateof Practical Completion”). Fakta ini sengaja diketepikan oleh mereka termasuk Mahkamah.

Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2010 02:13 PM | Show all posts
Post Last Edit by SakuraMiyagi at 14-8-2010 14:45

PerjanjianPenyelesaian


Usaha untukcari jalan Penyelesaian telah dibuat oleh Datuk Zukri Samat dengan mencadangkan Perjanjian Penyelesaian bertarikh 16.9.2004. Jumlah RM122.7 juta (harga penyelesaian) dalam Perjanjian Penyelesaian telah dipersetujui oleh Danaharta dan semua pihak setelah mengambil kira semua factor termasuk kegagalan kontraktor Chase Perdana Berhad menyiapkan bangunan dan masih hutang RM 77.5juta kepada PTSB.


Walaupun satu-satunya tugas Pentadbir Khas ialah untuk berusaha mendapatkan pinjaman oleh kerana mereka berkuasa penuh atas syarikat dan akaun-akaun, tetapi mereka gagal berbuat demikian dan tidak memberi kuasa sepenuh kepada HMY berbuat demikian. Walaubagaimana pun HMY terus berusaha dengan Maybank untuk dapat pinjaman untuk menyelamatkan bangunan MARINARA ini. Segala usaha untuk mendapatkan pinjaman dari Maybank telah digagalkan oleh beberapa pihak lain termasuk satu syarikat dari Singapore PRESIDIO INTERNATIONAL yang halang Maybank dari memberi pinjaman kepada PTSB.


Atas galakan Datuk Zukri Samat, Pengarah Eksekutif Danaharta semasa itu, HMY berusaha melalui syarikat pembinaannya, MARINA SDN BHD (MSB), untuk siapkan bangunan dan mendapatkan Sijil Kelayakan.. Oleh kerana sukar mendapat pinjaman Bank, HMY telah menjual semua aset-aset nya termasuk rumah kediaman peribadinyanya untuk menampung perbelanjaan menyiapkan bangunan MARINARA.


Satu-satu daripada syarat Maybank untuk memberi pinjaman ialah PTSB mesti sewakan/jualkan sekurang-kurangnya 50% ruang di dalam bangunan dan mesti menunjuk hasil. Akhirnya, HMY telah berjaya sewakan sebahagian bangunandan masih dalam proses pemasaran. Tan Seri Samy Velu pun berususaha membantu dengan mengarah JKR menyewa seluruh bangunan MARINARA untuk dijadikan headquarters sementara selama beberapa tahun kerana headquaters mereka dalam pembinaan, tetapi Menteri Kewangan II Tan Sri Nor Mohamed Yakcop, telah mengarahnya jangan berbuat demikian atas alasan “mereka nak ambil Injunksi terhadap HMY” Surat dari Kementerian Kewangan juga telah dihantar kepada beberapa Insititusi Kerajaan dan mengarah mereka “jangan menyewa Bangunan Marinara tetapi cari alternatif lain”. Jelaslah disini bahawa angkara mengambil Injunksi dan halau HMY keluar dari bangunan ialah angkara dan arahan Tan Sri Nor Mohamed Yakcop.


Selepas Prokhas mengambil-alih PTSB dari Danaharta, HMY telah pergi berjumpa Pengarah Urusannya, Fadzlur Abdul Rahman Ebrahim, awal tahun 2006. Beliau segera mengarahkan HMY supaya serahkan saja bangun MARINARA kepada beliau kerana beliau telah mendapat mandate sepenuh dari Tan Sri Nor Mohamed Yakcop untuk berbuat apa saja dia suka dengan bangunan ini. Beberapa saksi pegawai pegawai kanannya dan dua Chartered Accountant yang berada bersama HMY, Wahab Sidek dan Othman Shah mendengarnya: “Baik awak serahkan bangunan ini kepada saya, kalau tidak saya akan gunakan Akta Danaharta terhadap awak”. HMY beritahu dia bahawa bangunan MARINARA sudah pun disiapkan seperti dipersetujui oleh Danaharta sebelum ini. Dia menjawab “ Saya tak peduli apa Danaharta buat dulu”. HMY beritahu dia hanya perlu dapatkan redemption sum untuk mengatur pinjaman bagi pihak Marina Sdn Bhd untuk membeli bangunan ini dan sudah ada Perjanjian Jual Beli antara PTSB dan MSB. Jawabnya: ”Bangunan belum siap lagi! Saya nak ambil-alih dan siapkan bangunan ini.” Bila HMY ajak dia melawat dan memeriksa bangunan dia enggan pergi.


Selepas itu, Duar (atas arahan Prokhas) telah tutup bangunan dan matikan segala aktiviti di MARINARA. Sekuriti guard dia telah bermula dengan mencuri semua CCTV camera dan selepas itu memotong dan mencuri kabel kabel letrik dalam bangunan. Bangunan yang cantik dan berfungsi menjadi suatu bangunan yang terbiar dan tidak berfungsi lagi. Ia terpampang di Jalan Tun Razak untuk disaksikan oleh semua pihak (gambar gambar kecurian kabel ada untuk bukti). <--Gambar nie aku x jumpe..


Duar telah mengeluarkan Iklan-Iklan memburuk kan bangunan MARINARA sepanjang tahun beberapa kali dengan besar- besaran dalam semua akhbar utama, serta memburukkan HMY dan mengatakan “bangunan ini tidak selamat, tidak siap dan tidak mempunyai sebarang Sijil Kelayakan dan semua orang dilarang memasukinya,khususnya Hajjah Marina Yusoff” sengaja untuk menghina dan memalukan HMY.


Selepas itu proses “tender” dibuat sebanyak tiga kali. Tak hairan lah tiada mana-mana syarikat besar sanggup memasuki tender yang telah diadakan tiga kali dan harga-harga yang ditawarkan begitu rendah. Semua pembeli-pembeli yang dibawa oleh HMYdari Saudi Arabia dan luar Negara diketepikan dan tidak dibenar tengok kedalam bangunan pun sebelum itu. Dalam tender kali yang ketiga apabila Danaharta Hartanah masuk tender mereka menerimanya dengan mudah dan membuat penilaian sebanyak RM171 juta oleh Penilai C.H. Williams yang mengatakan dia tidak masuk bangunan pun untuk membuat penilaian!


Sekarang Duar dalam proses mengambil MARINARA untuk anak syarikat Danaharta, Hartanah Danaharta dengan harga RM171 million (Harga ‘redemption” yang Prokhas tuntut dari HMY ialah RM 202 juta). Fadzlur Rahman Ebrahim (saudara kepada Tan Sri Nor Mohamed Yakcop) adalah satu daripada Pengarahnya. Harga pasaran pada 2006 ialah RM 430 million dan Laporan Penilian ini telah pun diberi kepada Duar danProkhas. Walaupun jelas Duar gagal dalam tugas-tugas Berkanun tetapi masih berselindung dibawah Akta Danaharta yang memberi kuasa luar biasa sehingga timbul salahguna kuasa dan penyelewengan dari tujuan asal dan tidak keadilan berlaku kerana Mahkamah terikat dengan seksyen 66 dan 72 Akta Danaharta.


Beliau bertindak melulu menghancurkan syarikat PTSB dan HMY. Mereka telah menghalau semua pekerja pekerja dan menutup pejabat MSB yang masih dalam proses menyiapkan kerja dan mengendalikan bangunan. Duar telah membawa kes ke Mahkamah terhadap HMY untuk menghalaunya keluar sebaik saja HMY memasuki permohonan untuk mendapatkan Sijil  Kelayakan ke DBKL . Jelas Duar berniat jahat atau “mala fide” dan mengkhianati segala usahausaha HMY untuk menyiap, menyewa dan/atau menjual bangunan tersebut. Duar berbohong di Mahkamah bahawa HMY telah mencerobohi memasuki dan duduki hartanah tersebut selepas beliau di lantik walhal HMY berada di tapak bangunan atas site ofis sejak bangunan belum di bina lagi


HMY berusaha dgn cuba berunding dan meminta kerjasama dari Duar untuk menyewadan/atau menjual bangunan tetapi belia u enggan berbuat demikian walaupun sebelum itu Datuk Zukri Samat, Pengarah Urusan Danaharta telah memberi kebenaran untuk menyiapkan dan memasarkan bangunan dan segala usaha telah diambil dan berjaya di buat oleh HMY sebelum ini. Dewan Bandaraya Kuala Lumpur telah puas hati dengan kerja-kerja yang telah disiapkan oleh Pemohon dan telah mengeluarkan kelulusan Sijil Kelayakan pada 9hb November 2007. Duar terus menghalau keluar semua penyewa dan penghuni yang terdiri daripada Diplomat daripada Kedutaan Saudi Arabia dan Oman dan peniaga-peniaga berprofail tinggi. Tindakan menutup bangunan telah mengurangkan penarikan dan menjatuhkan nilai harga jualan bangunan.

Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2010 02:14 PM | Show all posts
Post Last Edit by SakuraMiyagi at 14-8-2010 14:30

InjunksiErinford


Walaupun Perintah Injunksi telah diberi pada pagi 15th September 2006

terhadap HMYtetapi HMY telah berjaya mendapat Injunksi Erinford (yang

berkuasa menahan perintah Injunksi awal) yang dipohon pada petang hari yang

sama. Tetapi Duar tidak mempedulikan perintah Erinford dan terus

menganggu dan menggugut HMY sehingga security guard mereka Falcon

Sekurity telah mengugut membunuhnya sekiranya beliau duduk berterusan di

bangunan MARINARA.


Duar juga membawa kes menghina Mahkamah bertujuan memasukan HMY

kedalam penjara dan kes ini masih berterusan.Tindak tanduk Duar telah

menjejaskan hak-hak dan imej HMY yang tidak boleh diganti dengan wang

ringgit dan merugikan syarikat PTSB yang berterusan.


Duar sengaja bertindak merugikan syarikat PTSB apabila menamatkan semua

penyewaan dan tutup bangunan. Sepatutnya Duar membenarkan PTSB

meneruskan penjanaan pendapatan untuk PTSB.


Danaharta dan Prokhas diuruskan oleh orang yang sama, Fadzlur

Rahman Ebrahim. Dia juga Pengarah dalam anak syarikat Danaharta Hartanah

yang dikatakantelah membeli bangunan ini. Pejabat Danaharta Urus Sdn Bhd

telah di ambilalih oleh Prokhas Sdn Bhd.


Lembaga Pengarah dan Jawatankuasa Pengawas yang di peruntukan dalam Akta

Danaharta 1998 tidak wujud atau berfungsi lagi. Tidak ada ‘ transparency’ atau

tanggungjawab dalam semua keputusan yang di buat oleh Prokhas yang masih

berselindung dibelakang Akta Danaharta apabila ada kes di Mahkamah

terhadapnya.

Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2010 02:15 PM | Show all posts
Post Last Edit by SakuraMiyagi at 14-8-2010 14:58

SALAHLAKU OLEH DUAR TUAN KIAT DAN AGEN-AGEN NYA:

1. Marina SdnBhd telah dilantik oleh Syarikat Pekeliling Triangle Sdn Bhd

sebagai kontraktor sejak 5hb Oktober 2002 dan telah dibenarkan oleh

Danaharta padabulan November 2004 untuk menyambung kembali tugas-

tugas sebagai kontraktor bagi memperbaiki kerosakan yang berlaku serta

menyiapkan Bangunan MARINARA seperti yang sepatutnya yang dikehendaki

oleh DBKL danjuga menjalankan program pemasaran.


2. Selain daripada menyiapkan kerja-kerja, MSB telah menjaga bangunan

MARINARA dengan sempurna dan telah mengeluarkan perbelanjaan yang

besar bagi menjaga “maintenance” bangunan sehingga mendapat C.P.C. dan

C.F. dari Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.


3. Sehingga kini MSB telah membayar segala perbelanjaan untuk

menyiapkan bangunan serta “maintenance” bangunan MARINARA seperti

bil letrik, bilair, perkhidmatan sekuriti, bil pencuci bangunan malahan MSB

juga telah membayar deposit kepada SYABAS dan TNB bagi memastikan

bekalan air dan elektrik terus diberi tetapi malangnya Duar telah mengarahkan

kedua-dua badan tersebut supaya menutup akaun dan memotong bekalan.

Mereka meminta duit deposit yang telah dibayar oleh MSB dikembalikan kepada

mereka walaupun Duar mengetahui bahawa terdapat penyewa-penyewa pejabat

dan apartmen didalam bangunan tersebut.


4. Bermula pada 6 haribulan Mei 2006, sekumpulan Pengarah-Pengarah dari

Syarikat Ernst & Young dan pekerja-pekerjanya berserta dengan

pegawai-pegawai keselamatannya telah cuba mengambil bangunan MARINARA

secara paksa daripada HMY tetapi mereka terpaksa meninggalkan

premise bangunan tersebut kerana mereka tidak dapat membuktikan apa-

apa dokumen.


5. Sejak itu, Duar serta agen-agennya telah mencerohoh bangunan dan

terus-menerus mensabotaj Plaintif dengan cara mengagalkan usaha

pemasaran yang telah dilakukan oleh MSB seperti menghebahkan kepada

orang ramai bahawa Duar adalah pemilik bangunan dan bukan HMY dan

menghalang orang ramai daripada memasuki bangunan, membuat iklan iklan

negative mengenai bangunan MARINARA di dalam akhbar akhbar utama, tidak

mengalakkan dan menakutkan orang ramai daripada menyewa bangunan

kononnya bangunan ini tidak mempunyai sijil layak memduduki dan

sebagainya.


6. Duar juga telah menghantar surat-surat kepada bakal bakal pembeli

dan penyewabangunan yang berminat untuk membeli dan menyewa

bangunan dan akibat daripada itu, badan badan kerajaan yang pada awalnya

berminat untuk menyewa telah menarik balik niat mereka dan mencari

alternative lain. Kementerian Kewangan dibawah arahan Menteri Kewangan

II telah mengeluarkan surat arahan kepada badan badan kerajaan

mengarahkan mereka “ tidak dibenarkan menyewa bangunan MARINARA tetapi

mencari alternative lain.” Beberapa surat telah ditulis olih HMY kepada Menteri

Kewangan II Tan Sri Nor Mohamed Yakcop tetapi beliau tak peduli langsung.


7. Duar dan agen-agennya, khususnya , sekuriti guard Falcon, sentiasa

menimbulkan kekacauan dan gangguan diseluruh “shopping Complex” dan

“Coffee Lobby” bangunan yang telah mengakibatkan kedua-duanya terpaksa

ditutup dan MSB terpaksa menanggung kerugian dan pulang balik sewa sewa

dan deposit dan sehingga kehari ini masih berusaha untuk menyelesaikan

bakinya dengan Kedutaan Saudi dan Oman dan penyewa penyewa lain yang

telah banyak belanja mengubahsuaikan pejabat dalam bangunan MARINARA.


8. Duar danagen-agennya telah:-
       (i) memotong, mencuri dan menyebabkan kerosakan kepada kabel-kabel elektrik utama bangunan yang menyebabkan bekalan elektrik terputus dan panghawa dingin dan saluran air tidak dapat berfungsi dan dianggarkan kerugian berjuta-juta ringgit


(ii) Mencabut dan mencuri CCTV yang dipasang di tempat-tempat

tertentu didalam dan disekitar bangunan.


(iii) Memotong bekalan air didalam bangunan semasa ada penghuni


(iv) menghalang orang ramai daripada meletakkan kereta mereka disekitar

bangunan.Tindak-tanduk Duar yang tersebut diatas telah mengakibatkan MSB

dan HMY terpaksa menanggung kerugian yang amat besar dan berterusan.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 06:18 AM GMT+8 , Processed in 0.111500 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list