|
Post Last Edit by along3746 at 13-5-2011 12:38
* pengurus kita zaman muda2 dulu..
Dalglish dilantik pengurus tetap
LIVERPOOL - Kenny Dalglish semalam dilantik sebagai pengurus tetap Liverpool selepas menandatangani kontrak tiga tahun, kata kelab Liga Perdana England itu.
Dalglish, yang dianggap sebagai pemain legenda Reds, berjaya memberi harapan baru kepada kelab itu sejak mengambil tugas daripada Roy Hodgson sebagai jurulatih sementara pada Januari lalu dan berpeluang membawa pasukan tersebut menamatkan saingan di tangga kelima.
Jurulatih Steve Clarke, yang menyertai kelab tersebut selepas Dalglish, turut mengikat kontrak tiga tahun.
John Henry, pemilik Liverpool yang berpangkalan di Amerika Syarikat - Fenway Sports Group, berkata, tiada calon lain yang dia mahukan untuk menggalas tugas tersebut selepas perbincangan mengenai kontrak itu selesai dengan Dalglish, yang kini memikul tanggungjawab sebagai pengurus sepenuh masa Reds buat kali kedua.
"Kenny merupakan legenda Liverpool, dia merupakan pemain yang dianugerahkan bakat sebagai bintang bola sepak dan juga pengurus yang berjaya.
"Sejak kembali pada Januari lalu, dia telah menunjukkan sikap kepimpinan yang luar biasa dan keupayaannya memberikan yang terbaik kepada kelab ini.
"Sejak kehadirannya dalam kelab ini, suasana berubah. Tiada orang yang mampu mewujudkan maklum balas sehebat ini.
"Sebab itu, saya gembira dan bersetuju untuk memeterai kontrak baru, kami tidak perlu mencari orang lain untuk mengurus pasukan ini," kata Henry dalam kenyataan. - AFP |
|