View: 1699|Reply: 9
|
Akim Ahmad Jadi Geng Basikal, "Tapi Tak Nak Membazir, Belanja Mewah"
[Copy link]
|
|
Bagi mengisi masa lapang ketika negara dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), penyanyi Akim Ahmad mula berjinak-jinak dalam sukan berbasikal.
Menurut Akim atau nama sebenarnya Afiq Hakim Ahmad, dia hanya bermula dengan membeli basikal lipat terpakai.
Foto: IG
Masih baharu dalam sukan tersebut, penyanyi berusia 30 tahun ini enggan membazir dengan mengeluarkan kos yang tinggi hanya untuk basikal.
"Bermula dengan basikal lipat yang dibeli ‘second hand’, saya kini memiliki basikal yang gear tidak boleh diubah.
"Tidaklah terlalu mahal, namun harganya bersesuaian dengn orang yang masih baru seperti saya. Bagi saya, tidak perlu membelanjakan terlalu mewah.
"Saya masih baru dan tidaklah terlalu hebat lagi. Cukuplah dengan apa yang dibeli berdasarkan kajian yang dibuat untuk beberapa tempoh.
"Saya hanya ingin mengembangkan lagi kemahiran dalam sukan basikal," kata Akim kepada mStar.
Sebelum ini, suami kepada penyanyi Stacy itu memuat naik foto dia menghabiskan masa dengan aktiviti berbasikal di Instagram.
Dalam pada itu, penyanyi lagu Bayang ini memberitahu dia kerap mengayuh basikal dari rumahnya ke studio.
"Saya mengayuh dari rumah ke studio, walaupun tidak terlalu jauh tetapi keadaan jalan yang berbukit-bukit membuatkan keluar juga peluh jantan saya.
"Apatah lagi, saya sekarang pun sudah masuk usia 30 tahun... jadi perlu la menitik beratkan soal kesihatan.
"Selain dapat membantu mengeluarkan peluh, sukan basikal ini juga menyumbang dari segi stamina," ujar Akim. -CARI
Sumber: mStar Online
|
|
|
|
|
|
|
|
Elokla tu kim.. kalau ada geng mmg syok.. tp jgnlah langgar peraturan jalan raya dan buat jalan tu mcm pak kau punyer yer.. |
|
|
|
|
|
|
|
Haa tengok jalan kalau nak berbasikal tu |
|
|
|
|
|
|
|
da nampak gemuk sikit dia ni..xdela mcm tengkorak dulu |
|
|
|
|
|
|
|
akim nihh khen
cuba ler up diri tuh sikit
heols kan retis
nihhh semedang kepam
padahal heols nih laki bini muka helok
rugi betul kepamkn diri sendiri |
|
|
|
|
|
|
|
sampai sekarang iouls tak faham nape lah dia suka dekat stacy tu
iouls bukan lah minat dia cuma iouls rasa he deserves someone better
carilah perempuan berjenis sikit.... |
|
|
|
|
|
|
|
apasal muka dia rope ceng gitew |
|
|
|
|
|
|
|
Takde gear takpelaa kimm...janji ade brek...pastu tak duk tengah2 hiway hokeyy |
|
|
|
|
|
|
|
aina_shaira replied at 19-10-2021 05:07 PM
sampai sekarang iouls tak faham nape lah dia suka dekat stacy tu
iouls bukan lah minat dia cuma ioul ...
Aku tgk elok je stacy tu, cuma yg tak menahan tu nama islam dia je la |
|
|
|
|
|
|
| |
|