CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 248508|Reply: 502

SIAPA SELEBRITI BERTUDUNG TERCANTIK?

  [Copy link]
Post time 17-8-2010 10:00 AM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by serojabiru at 20-8-2010 08:05

Di bulan ramadhan ni, mari kita pakat ramai2 mengundi siapakah selebriti wanita bertudung tercantik dan boleh kita pakat buat baju raya ala2 selebriti itu. Di sini serba sedikit "kerja mereka"/portfolio terkini.

HELIZA-----Bekas AF5, Heroin filem syurga cinta,Tiba2 ada syarikat sendiri dan jadi ceo di syarikatnya itu. Di gossip dgn datuk sponsor tersebut. Juga duta Garnier muslimah. (Bermata galak/ tapi penuh misteri.)
FIDA------- Juara PANTENE mencari bintang, Heroin tele hits Epilog syurga cinta dan cinta tikar sejadah. Boleh menyanyi. Suara merdu persis Ct. Kini terkenal dengan fesyen/trend sanggul tudung tebuan Fida.(Cute/ stylo sweet.)
EKIN--------Isteri Mawi. Bekas model dan pelakun drama. Di kritik hebat gara2 suka enter frame kerjaya Mawi. Very High taste. Duta Jakel.(Muslimah glam/ muslimah milennium sexy.)
WAHEEDA--Isteri ustaz rock Akhil hayy. Bekas penyanyi dan pelakun. Dulu semi gedik tapi kini berpurdah.(cantik/ elegant)
FARAH AF2-Bekas AF2 yang terkenal dgn perwatakkan gediks. Tapi kini bertudung selepas dapat hidayah di kemboja. Pengacara program popular Rasa halal orient. (Muslimah periang/sweet/ceria.)
LIZA HANIM-Penyanyi seangkatan Tok Ti yg popular. Suara power. Baru bertudung. Kini duta Horlicks.(Biasa2 aje/ masih berjerawat/ chubby tembam menuju ala2 Aishah)
BIENDA-----Penyanyi seangkatan Waheeda. Pernah berlakun drama. (Cantik/ tapi make up tebal)
INA NAIM---Bekas tunang Mawi yang hantar Mawi ke ujibakat AF3.Pernah menyanyi tapi kini isteri bahagia seorang penyanyi nasyid. (kemanisan gadis desa)
WARDINA--Bekas pelakun sitkom spanar jaya.Dulu seksi yang amat tapi kini bertudung tapi bermulut laser.Pengacara MHI/ WHI dan duta susu Anmum(Elegant/ cantik tapi garang look n berimej high class)
OGY--------Dulu sexy, penuh kontroversi, sensasi dan meletup2.Primadonna film melayu 80an. Pernah menyanyi antara lagu popular ialah Gerhana.Anak seniwati Saadiah. Janda aktor hebat Eman Manan. Laser,garang dan hyperactive tapi kekadang sangat lucu. Pernah jadi pengacara Melodi dan bergaduh dgn Azwan Ali. Kini pengarah drama dan juri AF berimej tudung kekadang nampak leher dan cuping telinga.(maintain glamour dan terus vogue)
ERMA FATIMA--Primadona film melayu 90an.Kontroversi dan bermulut jujur giler n berani mati.Dulu Sexy dan glam macam ogy juga tapi kini sutradara tersohor dgn naskhah Natrah/Perempuan melayu terakhir/Embun. Kakak kepada aktress ternama Umie Aida yg bertanggungjawab. Isteri pengarah Bade. Bela 4 anak angkat. (Imej muslimah nusantara sederhana)
NORANIZA IDRIS--Ratu etnik malaysia. Bertudung satu badan yang melekat2.Kontroversi juga kekadang. Kaki naik pentas satu kampung. (Muslimah separa seksi/ make up cantik)
DATIN NORJUMA--Dulu personaliti tv3 kini isteri kepada seorang datuk vvip. (cantik/ayu/mega elegant)
SHEILA RUSLY----pelakun berbakat yang pandai melawak dan jadi cacat ini juga bermulut bertih ini juga baru bertudung.Pengacara tv dan penerbit drama airmata. (biasa2 aje tapi nampak manis dalam iklan mayonais tu)
CATRIONA ROSS---Pelakun drama tv yang baru nak naik tapi terlibat dalam kemalangan ngeri. Kini kurang berlakun dan baru berkahwin. (Manis)
AISHAH------------Penyanyi hebat di awal 90 an dulu siap tarik2 beg lagi atas pentas.Pernah popular dgn group FanClub di New Zealand. Vokal ke 3 terbaik di malaysia selepas ct dan Adira AF8. Tapi kini mmm...mmm(no komen/ imej keibuan2)
ZIELA JALIL--------Dulu tarzan raja rimba tapi kini antara penerbit drama wanita yang paling berjaya menerbitkan drama2 berkualiti. Isteri seorang pak menteri.(sangat cantik n kulit persis kulit telur/mulus/mega glam)
AZIZAH ARIFFIN---Personaliti TV3 sesaing Normala Samsuddin dolu2. Cantik dan sederhana. (Karisma dan nampak bijak)
ANNE NGASRI-----Antara pelakun cilik terbaik negara dolu2 tapi kini baru bercerai tatkala sedang mengandung. Naib juara sehati berdansa1. (imej seperti pelajar ipt je/ belum nampak glam tapi tetap manis)
NOOR KUMALASARI---Primadonna filem melayu 70an dan supermodel malaya yang pertama. Antara artis wanita paling hebat dan unik di lahirkan dlm industri hiburan malaysia. Bintang airmata no1 dan ligat di pentas. Tapi kini..wanita bertudung serba hitam. (aura)
Single Polls, Total 531 Users voted
15.82% (84)
2.26% (12)
1.13% (6)
1.32% (7)
4.52% (24)
0.38% (2)
1.88% (10)
0.56% (3)
42.37% (225)
0.38% (2)
0.56% (3)
0.19% (1)
19.40% (103)
0.56% (3)
0.94% (5)
1.32% (7)
0.75% (4)
0.75% (4)
1.13% (6)
2.45% (13)
1.32% (7)
Your User group have no permission to vote
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-8-2010 10:04 AM | Show all posts



ko ni TT..memang takleh blah!! adeehh
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2010 10:17 AM | Show all posts
Kenyataan TT buat ku
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2010 10:22 AM | Show all posts
hazab la ko TT.....
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2010 10:28 AM | Show all posts
ai vote for wardina
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2010 10:29 AM | Show all posts
ok je thread ni....nanti bukak plak thread artis bertudung paling hazab...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-8-2010 10:29 AM | Show all posts
WARDINA--Dulu seksi yang amat tapi kini bertudung tapi bermulut laser.Pengacara MHI/ WHI dan duta susu Anmum(Elegant/ cantik garang)
serojabiru Post at 17-8-2010 10:00

WAH....xbleh blah dia punya description...

Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2010 10:33 AM | Show all posts
nah..sekadar membantu apa yg patut.....

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-8-2010 10:33 AM | Show all posts
Post Last Edit by _19788 at 17-8-2010 10:37

tambah satu lagi catriona ross bahrin...dh bertudung gak..


Catriona Ross Bertudung!



Catriona Ross kini bertudung
Perubahan imejnya mengundang perhatian ramai ketika bertandang ke Balai Berita baru-baru ini. Sungguh, dia sangat cantik bertudung hingga pujian meniti di bibir beberapa teman media yang menyapa. Sambil tersenyum manis, pelakon berdarah kacukan Melayu-Scotland ini meminta izin ke studio kerana jurusolek sedia menunggu.



Sebelum melangkah, seorang teman bertanya bila dia bertudung. Sambil mengusap mesra ubun puteri sulung kesayangannya yang turut dibawa bersama, Catriona Ross yang mesra membahasakan dirinya Cat menjawab ringkas penghijrahan itu berlaku tanggal 16 Julai lalu.

Berkongsi momen itu dengan Selebriti, pemilik nama sebenar Catriona Noorhayati Ross Bahrin Ross ini menjelaskan, sampai masanya dia bertudung dan niat murni itu dilaksanakan dengan ikhlas tanpa paksaan suami mahupun keluarga.




Tidak mampu menyembunyikan rasa sebak, Cat berkata, semuanya bermula apabila dia menemani sahabat karibnya ke sebuah butik tudung di KLCC pada 14 Julai lalu.

Tergerak hatinya mencuba satu tudung dan ketika melihat wajah di cermin, tiba-tiba terbit satu perasaan pelik hingga bergenang air mata. Sepantas kilat ditanggalkan tudung itu.

Dia yang dihenyak perasaan pilu, hiba dan syahdu kemudian berpusing ke arah temannya seraya spontan meluahkan hasrat mahu memakai tudung. Luahan itu bagaimanapun mengundang tawa sahabatnya kerana menyangka dia bergurau.

"Ketika memandu pulang ke rumah, saya menangis. Sukar untuk jelaskan perasaan saya ketika itu. Sebak, syahdu, hiba, semuanya bercampur-baur. Saya sedar perasaan pelik yang muncul tiba-tiba itu adalah hidayah dari Allah.

"Sepanjang perjalanan, saya tak henti-henti mengucapkan rasa syukur ke hadrat Ilahi. Terharu dan rasa istimewa apabila Allah buka pintu hati saya. Memang sebelum itu pernah terfikir untuk menutup aurat tetapi teragak-agak untuk melaksanakannya.

"Esoknya di rumah, saya gelisah dan rasa serba tak kena. Asyik terfikir untuk memakai tudung dan malamnya saya tidak boleh tidur. Kebetulan pula suami tiada di rumah kerana bertugas di luar Kuala Lumpur, jadi tiada tempat untuk saya mengadu," katanya sambil menghela nafas panjang.

Pagi Jumaat (16 Julai lalu), berjam-jam pelakon yang popular menerusi drama rantaian Sephia ini menyelongkar almari mencari hijab namun kecewa apabila yang ada hanya selendang.

Dia kemudian menghubungi teman karibnya untuk meminjam tudung. Terkejut dengan permintaan itu, temannya mengajak Cat ke butik untuk belikan beberapa helai tudung. Selesai membuat pembayaran, hijab yang dihadiahkan temannya itu terus disarungkan di kepala.

"Sejak itu saya terus bertudung. Tekad saya, sekali bertudung Insya-Allah saya akan kekal begitu hingga ke akhir hayat. Itu prinsip yang saya pegang sejak kecil.

"Apabila pulang ke rumah, suami menyambut saya di muka pintu dan dia terkejut dengan perubahan itu. Dia bertanya adakah saya benar-benar serius. Selepas berkongsi apa yang saya alami dalam tempoh 48 jam itu, dia ternyata gembira dengan keputusan saya.

"Banyak nikmat yang Allah beri kepada hamba-Nya dan apa yang saya mohon selama ini dalam doa dimakbulkan. Masih segar dalam ingatan, selepas terbabit dalam nahas jalan raya, saya tidak putus-putus berdoa supaya boleh berjalan semula dan doa itu Allah perkenankan.

"Kemudian, ada suara sumbang bercakap saya tak boleh hamil kerana mengalami kecederaan teruk dalam kemalangan itu tetapi Allah makbulkan doa saya. Alhamdulillah saya bunting pelamin. Jadi, nikmat Tuhan yang mana lagi nak saya dustakan?

"Saya nekad bertudung kerana tidak mahu terus menerus buta hati. Jiwa saya bagai disiat-siat ketika mendapat hidayah dalam butik itu. Jauh di sudut hati, saya dapat rasakan itu adalah seru daripada Allah.

"Syukur, saat mula-mula pakai hijab hingga sekarang, hati saya tenang dan damai. Ada rasa bahagia yang tidak boleh dizahirkan dengan kata-kata. Ketenangan itu cuma Allah, saya dan teman sehijrah yang faham," kata anak jati Kota Bharu Kelantan ini yang menahan air mata daripada mengalir.

Perasaan gembira melakukan penghijrahan itu turut dikongsi bersama ibu tercinta. Sebaik mengetahui Cat bertudung, ibunya bergegas terbang ke Kuala Lumpur, malah turut dibelikan tudung untuk dihadiahkan kepada aktres itu.

"Ibu sanggup terbang dari Kelantan semata-mata mahu melihat perubahan saya. Terharu saya melihat riak gembira di wajah ibu dan berita itu turut dimaklumkan kepada bapa saya yang bertugas di Romania.

"Ramai juga teman terkejut dengan perubahan saya dan masing-masing bertanya apa menyebabkan saya tiba-tiba ubah imej. Terus-terang saya sangat bersyukur diberi hidayah dengan cara begini.

"Tak pernah saya rasa setenang ini, sesungguhnya saya antara manusia bertuah," kata Cat sambil mencium pipi montel buah hatinya, Sephia Rania Ross-Iddin.

Hadir berdua ke Balai Berita, Cat cekap menguruskan Rania. Lebih menarik, bayi comel berusia empat bulan setengah itu seakan-akan memahami komitmen ibunya yang perlu memberi pose terbaik di depan lensa kamera tidak banyak kerenah.

Berkongsi pengalaman sebagai ibu, Cat meluahkan rasa syukur kerana dikurniakan cahaya mata yang mudah dijaga. Lumrah ibu beranak kecil, pasti kurang rehat dan tidur, namun berbeza dengannya apabila tidak berdepan situasi itu.

Zuriat hasil perkahwinannya dengan jejaka pilihan, Shahruddin Mokhtaruddin itu senang dibawa ke mana-mana, malah dari kecil dia yang menguruskan segala keperluan Rania. Jika terbabit dengan penggambaran, Rania ditinggalkan dengan mentua atau ibunya kalau bertandang ke Kuala Lumpur.

"Mula-mula memang kekok, maklumlah tidak ada pengalaman, tetapi lama kelamaan saya dapat menyesuaikan diri. Rania anak yang baik dan bukan jenis suka merengek atau menangis.

"Saya gembira dapat melihat dia membesar depan mata. Setiap perkembangannya dapat saya saksikan dan itu momen yang sungguh bermakna.

"Daripada pemerhatian saya, Rania mudah mesra, sangat berdikari dan suka berkawan tetapi mudah terasa hati. Dialah permata hati saya dan suami," kata lulusan Bachelor Komunikasi Universiti Putra Malaysia ini.

Beralih perihal karier, Cat masih aktif berlakon, cuma seperti kebanyakan teman artis yang mempunyai anak kecil, aktiviti seninya sedikit terhad di mana dia hanya menerima tawaran penggambaran sekitar Kuala Lumpur.

Dia tidak ralat meskipun banyak tawaran terpaksa ditolak demi Rania. Ini kerana sebagai ibu dia mahu memberikan perhatian terbaik buat anaknya.

Serentak perubahan imejnya, ada suara nakal berbisik kononnya ruang untuk berkarya dalam persada lakonan kian terbatas, namun bagi Cat itu cuma omong kosong yang sedikitpun tidak berbekas di hati.

"Saya sedikit pun tak risau soal ini. Ada doa yang berbunyi: 'Ku mohon rezeki dari langit Kau turunkan, rezeki dari bumi Kau keluarkan, rezeki yang jauh Kau dekatkan, rezeki payah Kau permudahkan'. Saya pegang doa ini. Sesungguhnya rezeki itu datang daripada Allah dan sebagai manusia kita kena berusaha dan bertawakal.

"Tiada apa perlu saya takutkan dengan perubahan imej ini. Bukankah menutup aurat itu tuntutan agama. Jika kita perhatikan sudah ramai artis bertudung, tak ada masalah pun.

"Kalau benar kerana memakai tudung tawaran selepas ini mula berkurang, saya pasrah. Dalam tempoh lima bulan kebelakangan ini pun saya tidak ralat kerana tawaran ada, cuma saya perlu lebih selektif kerana tidak sampai hati berjauhan dengan Rania. Jika penggambaran di lakukan sekitar Kuala Lumpur saya akan terima.

"Andai tidak terbabit dengan penggambaran, sambil uruskan Rania saya ambil tempahan biskut cip coklat dan sibuk dengan bisnes aksesori serta pin tudung. Alhamdulillah, sambutan menggalakkan, termasuk dari Kota Bharu.

"Seperti saya katakan tadi, dengan izin Allah rezeki ada di mana-mana saja dan datang dengan berbagai cara. Justeru, tidak perlu ragu-ragu bila ada suara sumbang cuba menakutkan kita," katanya.
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2010 10:33 AM | Show all posts
Catriona Ross mana...? Minah Kelate ni cantik laa....Baru aje pakai tudung....
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2010 10:34 AM | Show all posts
Post Last Edit by masnina at 17-8-2010 10:38

tak nak vote sebab takde DATIN NORJUMA :@


datin norjuma.. the best!



Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2010 10:38 AM | Show all posts
Post Last Edit by elorna at 17-8-2010 10:44

mek dah vote tuk wardina..

errkk.. camne plak selebriti2 yg x bertudung tp bila bertudung lg cantik dr mrk ni??
cam tiz zaqyah, ayu raudah, fatin, fasha sandha & linda hashim??

bagaimana plak sheila rusly & diva no. 1 negara, kak datuk siti nurhaliza.. depa kan bertudung gak??

Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2010 10:40 AM | Show all posts
description mmg spot on lah.. ai loike
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2010 10:43 AM | Show all posts
muka yg tembam2 memang cantek kalau bertudung...... kalau muka yg tulang pipi timbul selalunya kurang cantek sikit... tapi apa2 hal pun.. hukum tetap hukum......
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2010 10:47 AM | Show all posts
ni kira bertudung gak..


jgn carut mek!! larrriiiiiii....
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2010 10:51 AM | Show all posts
klu ikut yg disenaraikan wardina dgn fida la plg cumill..azizah arifin takde ke??
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-8-2010 10:53 AM | Show all posts
ko ni TT..memang takleh blah!! adeehh
idolfan Post at 17-8-2010 10:04



    ko nie .. cuba support adik sendiri!!! cian die tau!@!!
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2010 10:54 AM | Show all posts
aku suke norjuma...
die paling lawa bertudung

Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2010 10:54 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2010 10:55 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

18-4-2024 12:16 PM GMT+8 , Processed in 0.818755 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list