CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: lostnfaun

[Accesories & Hobbies] PRUDENTIAL BSN TAKAFUL

  [Copy link]
Post time 30-12-2014 12:01 PM | Show all posts
about to decide
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-1-2015 10:08 PM | Show all posts
peacock.bass replied at 29-12-2014 06:00 PM
i baru nk ambil plan.kawan advice either health enrich select atau takaful heath 2.any advice?

Ambik aje Enrich Select Full COverage ... TH2 skg ni mmg kena Ko Takaful ....

Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2015 10:09 PM | Show all posts
Ada kemungkinan benefit elaun CASH Wad harian akan ditarik keluar dari Takafulink .. apa pendapat anda?
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2015 12:26 PM | Show all posts
Ada orang datang opis pagi ni dan berminat menyertai Program Pembangunn Usahawan di Prudential. Tapi kesudahanya tidak layak sebab ada rekod CTOS ... kesudahannyer wife da pula yg sign up Plan Medikal Kad
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2015 05:22 PM | Show all posts
Program Pembangunan Usahawan ( Entrepreneur Development Program - EDP) bermula ... hanya 10 calon saja dicari .. Income bulanan RM 3000 menanti pada yg berjaya.
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2015 02:24 PM | Show all posts
Saya sarankan dan nasihatkan agar bakal mommies ambil Takaful untuk baby sejak dalam kandungan dan anak2 yg sedang membesar. Jika bayi dah ada penyakit seperti bronchitis atau pneumonia sebagai contoh, jika ingin apply Takaful, pihak Takaful akan "hold" sehingga 2 tahun atau certain period yg dikira munasabah.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-3-2015 09:43 AM | Show all posts
just nak sharing especially for ladies

FEMALE ILLNESS
------------------------
Female illness is a separate package (we called rider) that been added to the package. Mostly semua kampeni insurance plays the same rule; added rider.
Utk ladies plan -
* Pays benefits for life events such as marriage, childbirth, and more
* Covers female illnesses not covered by critical illness plans.
* Pays benefit for female cancers, even if you receive payment from a critical illness plan
* Covers pregnancy complication and delivery of an infant with congenital illness, not covered by most other medical plans

NOTA KAKI: mana-mana Takaful atau insurans tak cover keguguran atau first stage or second stage kanser. Kecuali virus dah malignant.
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2015 02:47 PM | Show all posts
Program Pembangunan Usahawan ( Entrepreneur Development Program - EDP) bermula ... hanya 10 calon saja dicari .. Income bulanan RM 3000 menanti pada yg berjaya. Bonus RM 4500 selepas 3 bulan..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-4-2015 12:42 PM | Show all posts
Just nak sharing..........

Last saturday saya berpeluang menghadirkan diri dalam seminar Hibah dan Takaful. Dibawah nie adalah salah satu infor yang diberi...

Aplikasi konsep Hibah dan pembahagian manfaat Takaful bertarikh 21 April 2003/19 Safar 1424:

1. Manfaat Takaful boleh dihibahkan kerana ia merupakan hak para peserta. Justeru, para peserta mesti dibenarkan untuk melaksanakan hak-hak mereka berdasarkan pilihan mereka selagi mana ia tidak bertentangan dengah shariah

2.Berdasarkan Hibah yang digunakan dalam pelan Takaful tidak akan berubah menjadi wasiat, kerana jenis Hibah yang digunakan ialah Hibah bersyarat di mana Hibah yang dibuat ialah tawaran kepada penerima untuk tempoh masa tertentu.

Nak tahu lebih lanjut boleh layari blog saya di http://akupenjualinsurans.blogspot.com/. Nak post di sini agak panjang artikelnya.

Moga Ilmu ini memberi manfaat buat semua
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2015 04:41 PM | Show all posts
Kita gunakan analogi-analogi ini untuk mencerahkan pemahaman tentang takaful

1- KWSP :- Kenapa kita simpan duit dalam KWSP semasa muda? Untuk guna hari tua kan? Adakah kita pasti kita akan capai hari tua itu? Tidakkah kita boleh tidak capai tua (meninggal muda)..pelbagai soalan kita boleh lemparkan. Cuma kita mengambil pendekatan jika berlaku hari tua itu kita telah mempunyai duit saat itu. Sama juga dengan takaful, kenapa kita menyimpan dana kecemasan itu? Adakah kita pasti sakit? Bila Sakit? Jadi kita tak tahu adakah kita akan sakit atau bila akan sakit. Sunnah alam manusia biasanya sakit. Sihat sebelum Sakit. Maka bilamana kita sakit, takaful adalah penolongnya.
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2015 02:28 PM | Show all posts
Edited by sepul at 5-5-2015 02:30 PM

Suatu penjelasan dituntut...

TAKAFUL PRUDENTIAL PENIPU BESAR INSURAN

Saya Muhd Shakir Assalam Bin Ya (850925-115717) merupakan bapa kepada UWAIS BIN MUHD SHAKIR ASSALAM (121219-03-1057) No. Sijil Prudential : 95680918.

Anak saya dimasukkan ke Hospital Pakar Perdana Kota Bharu Kelantan pada 29 April 2015 kerana mengalami demam akibat keracunan makanan. Sebagai pemegang polisi insuran Takaful Prudential semenjak September 2013, anak saya akan di`cover` akan kos rawatan hospital oleh pihak Takaful Prudential.

Apabila anak saya dimasukkan ke wad 433, isteri saya dimaklumkan bahawa anak saya gagal mendapat GL daripada Takaful Prudential. Agen Takaful Prudential terus menghubunggi saya dan memaklumkan bahawa terdapat sedikit masalah pada GL anak saya dan mohon berjumpa untuk memberi penerangan selanjutnya.

Melalui perbincangan saya dan agen Takaful Prudential anak saya bernama ABDUL AZIZ MOHAMED, dia menyatakan bahawa pihak Takaful Prudential menghantar Decline Letter sebab anak saya telah masuk hospital sebanyak 3 kali dalam tempoh 12 bulan. Maka kali ini adalah kali 3, maka anda kena pay and claim.

Saya menyatakan bahawa polisi Insuran anak saya tidak terdapat syarat sedemikian. Dia menyatakan `ya` , tidak terdapat syarat sedemikian dalam POLISI INSURAN anak saya.

Saya mendapatkan Decline Letter yang dihantar oleh pihak Takaful Prudential kepada Hospital Pakar Perdana . No. Ruj Surat : Claim/15040825/sclbus Tarikh : 29/04/2015. Dalam surat tersebut menyatakan: We regret to inform that we are unable to admit liability on the above claim due to the following : 1. 20. In any case Covered Person requires three (3) or more admissions for minor illess within a twelve (12) month period, the Covered Person may pay and file claims which will be subjected to reimbursement rules.

Akibat tidak berpuas hati dengan alasan yang diberikan oleh pihak Takaful Prudential, saya terus menghubunggi Customer Care 03 20537188. Panggilan saya dijawab oleh pegawai bertugas yang bernama Puan Hanum. Beliau menggesahkan bahawa Decline letter adalah astas sebab yang saya nyatakan tadi. Saya tekankan bahawa tidak terdapat syarat tersebut dalam polisi anak saya. `Ya Betul` tidak terdapat dalam polisi anak tuan tetapi Members of Committe telah buat satu undang-undang kecil dan ia tidak terdapat dalam polisi , jelas Puan Hanum. Saya bertanya , semenjak bila undang- undang ini diperkenalkan ? . Ia berkuatkuasa semenjak JANUARI 2015. Saya tegaskan lagi bahawa polisi yang saya tandatangani untuk anak saya adalah pada SEPTEMBER 2013 dan mengikut ilmu matematik 2013 adalah sebelum 2015. Puan Hanum membalas undang-undang ini terpakai kepada setiap pemegang polisi baru dan lama. Adalah tidak adil semasa saya tandatangani polisi syarat ini tidak ada dan kamu kenakan syarat baru kepada kami, ini adalah kerja-kerja syaitan, jelas saya. Saya meminta No. Telefon pegawai yang Members Of Commitee yang meluluskan undang-undang kecil ini setelah Puan Hanum gagal menjawab pertanyaaan saya, dia engan memberi No. Telefon berkenaan.

Untuk memastikan perbualan saya ini adalah betul, saya cabar pihak Takaful Prudential untuk mendedahkan rakaman perbualan saya dan Puan Hanum

Apa yang pasti sekarang ialah undang-undang itu baru sahaja diperkenalkan tetapi pemegang polisi yang telah lama pun turut serta tertakhluk kepada undang-undang baru ini. Dalam maklumat saya POLISI TAKAFUL PRUDENTIAL anak saya, tidak ada klausa yang menyebut POLISI TAKAFUL PRUDENTIAL ini adalah tertakhluk kepada perubahan semasa yang dilakukan oleh SYARIKAT TAKAFUL PRUDENTIAL.

Hari ini, anak saya boleh keluar daripada Hospital Pakar Perdana dan saya terpaksa membayar bill hospital.

Hari ini juga, sudah terang lagi bersuluh, bahawa Takaful Prudential menipu dalam kes ini. Penipuan yang dilakukan ini benar-benar menzalimi Pemegang Polisi Takaful Prudential. Penipuan yang berlaku ini adalah amalan Syaitan dan sekutunya. Paling menyedihkan nama TAKAFUL yang ada pada PRUDENTIAL itu adalah melambangkan syarikat ini adalah Islamic dan mendapat pengiktirafan Bank Negara, maka penipuan yang berlaku ini sudah cukup untuk anda buangkan nama TAKAFUL pada syarikat anda. Semua dana diurus secara Islamic tetapi menipu dalam polisi adalah kerja Dajjal. Dalam sejarah, Islam dan Dajjal tidak pernah bersama.

Kes ini cukup membuatkan saya tidak berpuas hati terhadap Takaful Prudential, saya memikirkan untuk memfailkan kes ini ke Mahkamah atau terus membuat laporan kepada Bank Negara. Tetapi ada baiknya saya cuba untuk siarkan kes ini di media elektronik dan media massa.

Apa kata sekiranya saya mencetak Bunting dan Bena sebanyak 2000 keping dan menggantung diseluruh Kelantan dan Kota Bharu secara khususnya. Ini semua kerja-kerja gila. Tetapi awas, apabila anda berurusan dengan syarikat yang gila anda terpaksa membalas kegilaan mereka dengan tindakan yang gila-gila.

Saya sebarkan surat saya ini kepada pihak Takaful Prudential dan kepada kenalan saya supaya kita lebih berhati-hati memilih syarikat-syarikat Insuran.

Sekian

Terima Kasih

MUHD SHAKIR ASSALAM BIN YA

saya copy dari FB

mungkin pihak berkenaan ada penjelasan mengenai perkara ini
Wallahualam

Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2015 02:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Alhamdulillah.... sudah diselesaikn cara baik...

TERIMA KASIH PRUDENTIAL BSN TAKAFUL BERHAD.

Selepas membuat aduan kepada Prudential Bsn Takaful pada 1 Mei 2015 jam 10.48 am, pada jam 3.47 pm hari yang sama, Mr Ahmir ud Deen selaku COO PruBSN telah menghubunggi saya dan memohon maaf terhadap perkara yang saya adukan kepada pihak PruBSN.

Dia menyatakan bahawa GL akan dikeluarkan dengan serta-merta. Malangnya, saya telah menjelaskan bil hospital anak saya pada jam 11.51 am sebanyak RM 2,237.90 shj.

Oleh yang demikian dia berjanji akan segera menggeluarkan cek `claim` saya pada hari Selasa depan 5 Mei 2015 dan berjanji kes seperti ini tidak akan berulang lagi di masa hadapan.

Manusia kadang-kadang sukar untuk menggelakkan daripada membuat kesilapan, tetapi mereka yang menyedari mereka telah tersilap dan segera memohon maaf adalah langkah yang bijaksana dan terpuji.

Sekali lagi saya tabik hormat kepada Agen PruBSN anak saya Mr Abdul Aziz Mohammed No. Agen (RM 400001) kerana bertindak secara profesional sepanjang krisis ini berlaku. Beliau tidak menghalang tindakan saya yang tidak berpuas hati dengan PruBSN Takaful kerana ia menjadi hak pelanggan untuk mengutarakan kritikan dan aduan terhadap masalah yang berlaku.

Akhirnya, saya sekali lagi mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak PruBSN Takaful kerana telah mengambil tindakan yang segera dan sewajarnya terhadap kes ini.

Sekian

Terima Kasih

MUHD SHAKIR ASSALAM BIN YA
CEO
Sri Ayu Fine Gold Sdn Bhd ( www.sriayu.com )
Sri Ayu Development Sdn Bhd ( www.sriayudevelopment.com )
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2015 11:54 AM | Show all posts
terima kasih banyak tuan
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2015 01:35 AM From the mobile phone | Show all posts
Sama-sama tuan
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2015 02:27 PM | Show all posts
Tanya-tanya Takaful
--------------------------


Jika ditanya kepada perut perlukah ia Takaful?
Tentulah tidak kerana lebih baik duit itu dibeli makanan yang enak enak.

Jika ditanya kepada tubuh badan perlukah ia Takaful?
Tentulah juga tidak kerana lebih baik duit itu dibeli pakaian yang indah indah.

Dan jika ditanya pula kepada hati dan perasaan, perlukah ia Takaful?
Tentulah juga tidak kerana lebih baik duit itu dibelanja ke jalan keseronokan yang sedap lagi mewah.

Namun jika ditanya kepada duit itu sendiri, kemanakah ia mahu pergi supaya ujudnya bermanfaat meliputi seluruh kemanusiaan dan masyarakat?
Maka pastilah Takaful antara yang bakal mendapat tempat.
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2015 04:22 PM | Show all posts
"If a child, a spouse, a life partner, or a parent depends on you and your income, you need life insurance."
- Suze Orman (1954- ), American author, financial advisor, motivational speaker and TV host
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-6-2015 03:29 PM | Show all posts
Banyak Viral berkaitan dgn PruBSN skg ni ... Kes yg tak boleh claim tu tak banyak ... tapi tukang viral tu yg banyak.... then kes yg tak boleh claim tu ... bila dihubungi sendiri oleh Pihak PruBSN ... pandai pulak mengaku salah mereka sebab tak declare sakit lampau.... dan tak diviral pulak kesalahan di pihak client tu... mmm
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2015 09:45 AM | Show all posts
Jemputan ke Majlis Berbuka Puasa bersama

Prudential BSN Takaful Bhd

Tarikh : 6 julai 2015
Masa   : 4 ptg - 10 mlm
Tempat : ( Sila PM saya )


Sila PM jika anda berminat nak join majlis ni.
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2015 12:59 AM | Show all posts
Semakin banyak anda berhutang .... semakin banyak perlindungan dala bentuk Khairat Kematian dan Perlindungan Penyakit Krikal yg mesti anda ada.
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2015 09:38 PM | Show all posts
Sebarang kemuskilan berkaitan PruBSN Takaful ... boleh rujuk disini ...kami sudi membantu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 02:34 PM GMT+8 , Processed in 0.108240 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list