CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 45931|Reply: 95

Kisah seram rasukan di bukit larut..

[Copy link]
Post time 17-8-2010 07:05 PM | Show all posts |Read mode
Salam semua..

Hari ni aku nak cerita pasal pengalaman seram sewaktu aku ikut romobngan ke bukit larut. Kalau tak seram harap dimaafkan sebab waktu benda ni jadi aku rasa seram sangat.. Kejadian ni jadi dah agak lama, waktu tu aku masih lagi form 1.. kiranya ada la yang aku lupa-lupa sikit tapi dijamin tiada penokok tambahan cerita dilakukan.. hehe...

alkisahnya aku ni ikut la rombongan office abang aku pegi ke bukit larut, lokasi ni dekat je sebab kami pun semuanya orang taiping.. jadi cadangan dibuat untuk tidur satu malam kat atas bukit tu dengan menyewa sebuah rumah rehat lama.. rumah ni namanya rumah rehat Tempenis@Tempinis dan adalah rumah kedua tertinggi kat bukit ni.. jadi dari kawasan cafeteria ke rumah ni agak jauh jugak la.. okeh ni gambar rumah tempinis yg aku amik kat blog orang..







Rumah ni tinggalan British kiranya dah lebih seratus tahun jugak la usia dia.. jadi tak heran la kalau ada benda-benda mistik..
waktu tu ni la first time aku naik k ebukit larut walaupun dah hidup selama 13tahun dan bukit ni hari-hari boleh nampak dari bandar taiping.. sehari sebelum tu aku dah prepare dengan pil tahan muntah dengan pening sebab kita orang naik jip dari kaki bukit.. jadi jalan dia punya la berbengkang-bengkok.. kami datang dalam 3 jip jugak, lelaki dgn perempuan lebih kurang 11@13 orang (lupa dah jumlah sebenar)..

dipendekkan cerita kami pun sampai la kat rumah tempinis tu dalam pukul 4-5 petang.. waktu ni majoriti pengujung bukit larut dah mula turun ke bawah sebab selalunya akan hujan waktu-waktu begini.. cuaca pun agak gelap.. mula-mula kami sampai aku tengok rumah ni angker semacam je.. dah la besar, tak silap aku ada 3 bilik yang selari dan ruang tamu yg turun ke bawah macam rumah-rumah british lama.. siap lagi dengan tempat unggun api.. setiap bilik ni aku rasa macam besar ruang tamu rumah2 zaman sekarang ni.. dapur pulak dekat bahagian belakang bersebelahan dengan hutan.. keliling rumah ni pulak ada batu-batu besar dengan gaung serta cerun bukit.. jarak dari rumah kami sewa ke checkpoint jip lebih kurang 800meter ke 1km gak..   

aku sampai je terus cari toilet, sebab dh nak terkucil, toilet dia pulak jenis yang turun ke bawah dengan ada sekali thub mandi.. memang angker betul.. aku dah pikir apsal la diaorang sewa rumah ni.. waktu aku tengah kucil, dengar bunyi pintu bergoyang, padahal aku dah tutup kunci.. aku buat bodo je dan anggap mungkin angin walaupun macam tak logik gak sebab toilet ni dalam rumah bukannya kat luar.. ok nanti aku sambung.. cerita part malam pulak.. dah nak berbuka.. hehe..

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-8-2010 07:29 PM | Show all posts
lepas tu.....sambunglah lagi
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2010 07:55 PM | Show all posts
cepat cerita part seram ......hehe
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2010 08:03 PM | Show all posts
x sabar menanti...
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2010 08:35 PM | Show all posts
nk tau nk tau nk tauuuuuuuu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-8-2010 09:05 PM | Show all posts
Post Last Edit by pejai_arts at 17-8-2010 21:06

ok.. sambung pulak..

waktu sampai kat rumah ni aku perasan ada la macam notis serta risalah berkenaan kristian dengan ada tulisan pasal jesus kat dalam laci.. maybe utk pengunjung bukan islam kot.. kami pun letak2 la barang masing-masing. yang lelaki tidur bilik 1 (hujung mengadap pintu depan), perempuan bilik 3 (mengadap ke dapur), maksudnya bilik tengah tu dibiarkan kosong.. sebab bilik yang agak besar jadi takde isu la pasal sempit dgn rimas..

malam tu kita orang pun buat la barbeku kat area luar rumah ni, mujurlah hari tak hujan.. ada la sikit kawasan lapang depan rumah untuk pasang api, sebelum tu kami dah prepare dgn ayam perap dgn bahan2 lain untuk makan malam.. kita org just sembang2, ada yg main chess, tgk tv, ada yg tengok pemandagan bandar taiping waktu malam... sampai la lebih kurang  pukul 1.30pagi.. masing-masing mengantuk  dah nak pegi tidur..  waktu tu dalam bilik laki yang kami tidur ada la lebih kurang 6-7 orang.. tengah tidur, aku rasa muka kena tampar, tapi sebab penat aku buat bodo je. kali kedua lagi kuat pulak, bila aku bukak mata dalam keadaan mamai, rupanya abang aku yang tampar.. ceh..

aku pun heran la pasal apa dia ni kejutkan aku tengah-tengah malam buta.. abang aku ajak pegi ke bilik tempat perempuan tidur, aku perasan bilik yang aku tidur ni dah kosong.. yang lelaki semua dah pergi ke bilik perempuan.. dalam keadaan mamai aku pun pegi la bilik perempuan .. on the way ke bilik perempuan aku dengar la bunyi perempuan menjerit sekali dngan menangis-nangis.. waktu ni tak silap aku dah pukul 3 lebih..

sampai bilik perempuan aku tengok salah sorang anak saudara makcik staff ni dh kena rasuk.. ada la 2 orang lelaki tengah pegang tangan perempuan ni, sorang lagi tengah baca surah yassin, sorang lagi tengah azankan kat perempuan tu.. terkejut jugak aku sebab ni first time aku tgk orang kena rasuk depan mata.. perempuan yang lain pulak duduk kat penjuru bilik.. masing-masing muka dah takut gila.. yang aku ni selaku ahli rombongan paling kecil pun duduk join gak penjuru bilik.. memang takut gak la waktu tu dengar perempuan ni menjerit dgn meracau-racau.. diaorang pegang perempuan ni atas katil tak kasi bangun sebab takut lari keluar rumah.

waktu ni aku ingat lagi nak baca ayat kursi pun memang tak boleh, macam mulut terkunci pulak.. nak baca bismillah pun tergagap tak lepas nak habiskan.. yang tukang baca yassin tu pun aku tgk macam susah gak dia nak baca, bunyi pun keluar seketul-ketul ayat dia.. yang azankan pun lebih kurang gak.. macam dia kena guna sepenuh tenaga nak laung azan tu..

budak perempuan yg kena rasuk ni aku rasa baru je lepas SPM, tapi kederat dia memang sampai budak laki yang pegang pun susah nak handle.. yang takutnya budak perempuan ni menjerit dia nak keluar rumah, nak keluar rumah.. mata dia mengadap kat pintu, bayang la, kat area rumah tu keliling hutan dengan curam bukit.. kalau dia dapat keluar kemungkinan boleh mati jatuh gaung atau sesat hilang dalam hutan.. jadi seboleh-bolehnya memang diaorg pegang tak nak kasi terlepas..

waktu tu ada la orang cakap kat sebelah perempuan ni suruh mengucap, tapi 'benda' tu cakap taknak, dia kata nak keluar rumah jugak.. setiap kali laung azan, menjerit-jerit perempuan ni macam panas.. nasib baik la dalam rombongan ni ada jugak yang tau nak handle benda-benda ni.. kalau tak memang lagi parah la..   

berhempas pulak jugak la nak tenteramkan perempuan ni, ada la jugak dalam sejam lebih.. yang tukang azan pun dah berapa kali
ulang azan., sampai naik letih dia.. yang perempuan ni gigih lagi menjerit-jerit nak keluar rumah sambil meracau.. sampai satu masa dah agak lama gak, perempuan ni pun dh stop menjerit, dia pun baring ja atas tilam, dah tak melawan lagi.. yang sorang perempuan dari ahli rombongan duduk tepi usap muka dia dgn air yassin sambil suruh mengucap.. tiba-tiba je makcik kepada perempuan ni yang duduk kat penjuru bilik cakap.. "apa mengucap-mengucap", yg kami semua pun dah terkejut...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-8-2010 09:14 PM | Show all posts
lagiiii???
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-8-2010 09:16 PM | Show all posts
..tengah mengarang ayat.. maklumlah jarang menulis..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 17-8-2010 09:26 PM | Show all posts
muka makcik (takda la tua sangat dalam awal 40an ja) ni dari takut dah macam jadi pelik pulak.. makcik ni jadi senyap sambil merenung kat satu arah.. muka dia seolah-olah jadi kembang pulak..  

rupa-rupanya 'benda' tu dah berpindah dari perempuan tu ke makcik dia pulak.. dah la makcik ni duduk bersama-sama geng perempuan lain kat penjuru bilik.. bila dah tengok lain macam ja, yang geng-geng perempuan ni terus ke tepi sebab takut.. terpaksa la berubatkan pulak makcik ni macam kes perempuan first tadi..

tapi seingat aku kes makcik ni takda la teruk sangat macam anak sedara dia kena.. meracau-racau sikit ja.. bila orang suruh mengucap dia marah dan bising-bising.. lepas beberapa kali azan dgn baca yassin sebelah makcik ni, 'benda' ni slow-slow hilang bila dah dekat masuk waktu subuh.. yang perempuan dgn makcik ni pun terus tidor..

esoknya tangan budak perempuan ni penuh lebam-lebam sebab bergelut dgn orang yang tolong pegangkan dia.. dia ada cakap yang tak sedar langsung.. bangun-bangun je dah sakit-sakit badan..

dalam pukul 8-9 pagi, kita orang dah pack barang nak cabut., tunggu jip datang dan terus serah kunci kat penjaga rumah tu... rupanya antara punca ialah sebab kami bawak ayam dengan daging mentah (untuk barbeku).. sebab ada orang tua-tua cakap jangan bawak benda berdarah kalau masuk dalam hutan atau pergi ke laut.. waktu turun dgn jip semua senyap ja sampai la kat kaki bukit..

lepas kejadian tu banyak kali jugak aku naik ke bukit larut ni tapi dah tobat la nak tidur sini.. aku akan make sure balik hari punya.. 2 tahun lepas aku tengok rumah rehat Tempinis ni dah jadi tempat tanam bunga tulip pulak.. tak tau sama ada boleh sewa lagi.. sekian kalau tak seram harap maaf.. just nak share pengalaman je..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2010 09:49 PM | Show all posts
Reply 9# pejai_arts


    erk..walaupun pendek tapi seram gak...hehe dah lama dah plan nak gi bukit larut..tapi tak pergi2...memandangkan dah baca cerita u, jadi takut la pulak nak pegi..heheh..by the way, kaw tu sejuk mcm cameron ke?
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2010 09:55 PM | Show all posts
not bad..pengalaman sendiri lagi tue
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2010 10:07 PM | Show all posts
Reply 9# pejai_arts

Off topic skit la... ada bunga tulip rupanya kat Msia ni. Ingatkan kat negeri atas angin jer.

Dulu2 masa skolah ada penah skali kelas aku buat rombong tido semalam kat bukit larut (dulu di panggil maxwell hill). Kita orang tido kat banglo lama macam ni lah, tak da cite seram tapi pacat punyalah banyak sampai atas lantai kat dalam umah tu pun ada.

Pacat tu kira seram gak la... sapo tak goli kena gigit pacat
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-8-2010 10:28 PM | Show all posts
Reply 10# KimoraHakim
memang sejuk macam cameron, dan boleh dikatakan kawasan ni lagi lembap (boleh rasa kat lumut-lumut dekat batu dgn pokok dia, macam basah-basah je) sebab puncak bukit larut ni hampir setiap hari hujan.. waktu pengalaman saya yg first time dulu kwasan ni lagi xda develop apa pun.. sekarang ni dah naik sikit la pembangunan..

dan katanya sekarang kalau takda halangan, tengah on the way untuk buat cable car dari kaki bukit ke kawasan rest house kat atas.. lagi mudah la untuk orang naik berbanding naik jip tu..
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2010 10:28 PM | Show all posts
serammmm..bleh feel keseraman tu sbb sipukk dlu skolah kat bawah kaki bukit larut..n ade lawatan budak skolah ke atas tu pon ade citer keseraman tpt tu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-8-2010 10:30 PM | Show all posts
@chewan
tu yg takut, first time tgk orang meracau kena rasuk depan mata..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-8-2010 10:31 PM | Show all posts
Reply 12# bronches

ada bunga tulip, benih ni bawak dari belanda rasanya, tapi cuma ada hujung taun ja, start september..  dulu bronches duduk rest house yang mana..? kalau yang dekat2 cafe tu mungkin kurang angker kot..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 17-8-2010 10:36 PM | Show all posts
serammmm..bleh feel keseraman tu sbb sipukk dlu skolah kat bawah kaki bukit larut..n ade lawatan bud ...
siputsedut Post at 17-8-2010 22:28



sipuk mesti sekolah mrsm kan, siap ada air terjun kat belakang sekolah.. dah macam cerita lord of the ring jaa.. share la cerita seram sipuk.. kena gigit siput tika mendaki ka..
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2010 10:45 PM | Show all posts
sipuk mesti sekolah mrsm kan, siap ada air terjun kat belakang sekolah.. dah macam cerita lor ...
pejai_arts Post at 17-8-2010 22:36


hehe bukan air terjun...sungai kecik jaaa...ade mcm kolam camtu..tp pernah sampai kat area tu 2 kali je sepanjang 2 thn...



errr citer angker? ..dah penah citer sebelum kat benang dn_vision...classmate kerasukan..nnt nk kene kompol semangat nk taip dlu skang ni mood nk membaca2
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2010 11:00 PM | Show all posts
bagus dan seram citer ni,,,,sok aku bg kredit k....


(posted by mobile)
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2010 11:14 PM | Show all posts
Reply 13# pejai_arts


    oo ye ke? dah dgr cerita mcm ni mcm tak excited la pulak nak bermalam....selalu gak kalau balik kampong kat batu kurau, selalu je nampak bukit larut tu..sebab bukit tu mcm tinggi jugak...tapi selalu tak de peluang nak pegi..sebab balik kampong 2-3 hari je...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 11:22 PM GMT+8 , Processed in 0.079149 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list