CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: pejai_arts

Kisah seram rasukan di bukit larut..

[Copy link]
Post time 29-8-2010 11:59 PM | Show all posts
Reply  siputsedut

house mate saya..pegi a month after, pegi by group ramai3. yg group lelaki sta ...
dyea Post at 29-8-2010 23:57



    erkkkkkkkkkk motippp citer time mlm2 niii..dah la sipukk dok sorang2 kat umahhhh..meremang bulu romaaa kkkkkkkkk
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-8-2010 12:15 AM | Show all posts
erkkkkkkkkkk  motippp citer time mlm2 niii..dah la sipukk dok sorang2 ka ...
siputsedut Post at 29-8-2010 23:59



motip ...... cik siput nak baca gak thread ni malam2 buta
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2010 12:18 AM | Show all posts
motip ...... cik siput nak baca gak thread ni malam2 buta
dyea Post at 30-8-2010 00:15



    ngeh3....dah uols quote iols..harus la gegeh bace kann apekah reply nye..skalik citer hantu daaaaaaaa
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2010 12:27 AM | Show all posts
kami satu family pernah tido kat bukit larut ni.. bawak roti,meggi n sardin n etc. ada couple cina jgk dok satu umah ngn kami. kat rumah tu ada family india duduk jgk. dia jaga rumah tu. rumah india tu kat blakang rumah bunglo ni je. kita boleh oder makan kat india tu. kami tak la oder sbb india yang masak. tp couple cina tu ada oder. satu family kami enjoy bercuti tanpa technology.. best n sejuk. tade kene gangguan pape pun. siap malam tu jalan2 kat luar rumah amik angin. sejuk n sunyi sangat. esk paginya kami jalan kaki pegi turun bwh n singgah makan kat restaurant yg ada kat bukit larut tu. best n tade kene kaco pun. maybe sbb tade niat bukan2.
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2010 11:54 AM | Show all posts
Reply  siputsedut

humm...
saya tinggal kt rumah Rehat Bukit Larut. dua malam.  bawah skit dari  ...
dyea Post at 29-8-2010 22:03



    aku rasa, dekat rumah rehat tu ada rumah jin/ bunian kot? tu yang boleh dengar depa masak masak tu.

    yang kononnnya tak boleh bawak ayam/ dagin mentah tu mungkin disebabkan depa alergik, ataupun mungkin vegetarian, tu yang depa marah tu?

err.kalau bawak pek ayam goreng frozen ayamas tu boleh agaknya? sebab dah tak bau hanyir darah ?
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2010 02:03 PM | Show all posts
if im not mistaken Bukit Larut ni kawasan paling lembab kat Malaysia dan taburan hujan paling banyak..seronok g sini, sebab ada bunga tulip... cuaca mcm kat oversea bila winter...hehehe
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-8-2010 04:35 PM | Show all posts
wah...aku pon penah tido kat Bukit Larut ni..saje mengidam, walaupon org Taiping. Bukak pintu rumah mak ayah aku memang straight terus nampak Bukit Larut ni.

Kat atas tu memang best, sejuk je. Nak bangun subuh pon gigil terketar. TV pon dpt canel Indon je..huhu..

Sket baik la time aku and family naik dulu tak kena cam TT ni. Dah la bawak budak2. Dan kitaorang pon bawah makanan mentah jugak sebab buat sesi memasak kat atas tu. Tapi aku respek la kat pekerja yang kena jaga rumah2 tumpangan kat atas tu. Waktu aku pegi tu, pakcik India yang jaga, sorang2 pulak tuh..memang terer. Tapi tak terpikir le nak tanya pasal menda2 hantu ni.

TT, nak tumpang sat..bukan cerita seram pon..

Mak aku penah la citer, tapi tak tau la 'menda' tu ke ape.
Ada sekali tu, dia dgn kawan dia exercise la kat Bukit Larut tu.
Kat situ memang orang ramai rajin jalan2 naik setinggi yang boleh.

So mak aku berdua dengan kawan dia, berjalan kat sana, dalam area 7pagi gitu.
Kat kaki bukit kan keadaan gelap, banyak pokok jalan pon bengkang bengko cam TT ckp, orang tak ramai lagi time tu..

Dah sampai dalam lebih kurang separuh tu, kat pondok ke-berapa tah (dorang ni memang jalan laju, aku yg muda belia pon mengah kalau ikut dulu...), bertembung la dengan seorang pompuan ni, kira macam sebaya dorang la, dari arah bertentang, kira on the way turun la..

so, dengan semangat 1Malaysia, bertegur sapa la sesama mereka ni.
Mak aku tanya ' dari mana?'
pompuan tu jawab ' dari atas'
so, pastu masing2 bergerak la kan
pastu baru la mak aku dan kawan dia terpikir
dia datang dari atas..
sorang-sorang pulak tu..
kalau dalam 7lebih dah turun, naik tadi pukul bape?
terer gila la kalau sorang2 naik subuh, perempuan pulak tu..huhu
memang time tu mak aku citer takde orang pon before dorang..

pastu dua2 dah seram, blah je la..gi brekfes...lols
sampai sudah taktau pompuan tu betul ke tak..
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2010 08:02 PM | Show all posts
menarik lepas baca semua nih...tak sangka kat mesia especially kat tepen to be specific bukit larut ada tulips......ekekekkekekekek
selama ni lalu depan pagar bukit larut pai kat mak cik yg jual kueh tu je....plan nak naik lepas kawen nnt...ekekekkekeke
hurmmmmmm nak dok kat cafe tu la.....huuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-10-2010 09:53 PM | Show all posts
serammmm..bleh feel keseraman tu sbb sipukk dlu skolah kat bawah kaki bukit larut..n ade lawatan bud ...
siputsedut Post at 17-8-2010 22:28


siput sekolah mana dulu???
mrsm tepen??seratas??ka sm tmn tasek???
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2010 11:31 PM | Show all posts
Aku selalu juga daki Bukit Larut ni terutamanya masa sekolah dulu.
Ini pengalaman aku sendiri tak tahu la angker ke  tidak ok...

Kejadian ini berlaku masa aku Form 2. Pada satu hujung minggu bulan Julai kalau tak silap  English Teacher aku ajak student english group kitaorang (kt sekolah aku belajar BI ikut group) buat aktiviti daki bukit larut ni. Lagi pula dia dah tak lama kat sekolah kitorang sebab kena transfer ke negara lain (coz teacher BI ni org australia) jadi dia nak la ada special moment bersama kami semua.

Oleh itu, salah seorang dari ahli English Group kami dikehendaki menguruskan semuanya dari tempah makanan nk makan kt atas tu,pengankutan pergi dan balik,hinggalah buat surat utk permission pihak sekolah bagi mintak kebenaran keluar dan buat aktiviti di luar. Orang yang dipertanggungjawabkan untuk buat semua itu adalah aku sebab orang lain tak nak buat. Apabila tiba hari yang ditetapkan, kitorang pun pergi la ke kaki Bukit Larut dengan dihantar oleh driver sekolah dengan menaiki coaster(betul ke eja) sekolah.

Kami  sampai di kaki Bukit Larut pada pukul 8 pagi. Masa ni dah x sejuk sangat. Kami start mendaki dalam pukul 8.15 sebab buat warming up dulu di bawah. Tujuannya untuk mengelakkan kejadian yang tidak  diingini seperti kaki krem masa nak daki nanti. Bekal makanan yang kami bawa air botol 1L dan 0.5L sorang satu ,roti sebungkus sorang dan nasi goreng sorang sebungkus.

Masa nak naik memang penat utk orang yang tak biasa trekking ni. Sebabnya di kaki bukit tu mcam cerun sikit. Tapi lepas tu oklah. Jalan bukit Larut ni ada 180 selekoh yang memang tajam dan bahaya. Lebih kurang 3 jam lepas tu kitorang sampai dekat Tea Garden. Perjalanan lambat sbb kami jalan berkumpulan, tggu kawan2 yg lambat lagi, berhenti di checkpoint bila ada kawan yang dah letih.

Dekat atas tu mmg cantik. Boleh nampak Selat Melaka dari situ {tapi sekarang tea garden ni dah x mcm dulu.Baru semalam pegi tgk dah berubah.Rumah yg dulu dah tak ada.Pokok besar kat situ dengan taman dekat situ pun tak ada dah.}

Kami berhenti di sini sahaja sbb teacher kata tak payah naik sampai atas Nanti nak turun lambat. Mase sampai kt sini mmg kami semua rasa takut tgk rumah disitu. Mmg seram. Dengan cermin pecah-pecah. Kerusi rotan zaman dulu ada di anjung luar,lepas tu rumah tu mmg bersepah kt dalamnya. Mcm ada orang yang tinggal disitu sbb ade baju bergantungan di dalam salah stau bilik tapi takde orang. Mungkin pekerja yang jaga kwasan situ kot. Rumah tu tak berkunci sebab tu kitaorang selamba je masuk. Tapi ade satu bilik di bahagian depan berkunci. Mmg kami explore habis tmpt tu. Kitorang main game hide and seek di situ. Di bawah rumah tu ada toilet dan mcm tempat kurungan. Di bahagian belakang rumah tu mmg semak samun dan ada toilet dan stor. Masa di atas tu tak rasa mcm takut ade hantu ke apa.
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2010 11:46 PM | Show all posts
biasa naik bukit larut tu.masa naik,kami jalan kaki ja.masa turun,naik jip sbb dh petang sgt.ada la jgk 2-3 org member barai lepas turun dr jip tu.tp alhamdulillah,takdak la pulak nmpk benda bukan2......
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2010 11:59 PM | Show all posts
Post Last Edit by qislea at 22-10-2010 00:09

Kisahnya selepas kitaorang balik dari Bukit Larut tu...

Masa ni cuti panjang hujung tahun bulan 12. Kejadian ini berlaku waktu maghrib. Mak aku mintak tolong aku caskan hp dia. Masa tu kakak aku tgh pakai telekung nak solat maghrib. Dia nampak aku pegang hp mak aku. Sambil pakai telekung tu dia jerit ngadu kat mak aku kata aku main hp mak aku. Tak tahu kenapa dengan tak semena-mena aku rasa marah ya amat sampai boleh pegi tolak kakak aku yg masa tu baru nak angkat takbir sampai jatuh. Pastu aku sepak, pukul dia macm orang gila. Kakak aku menjerit-jerit panggil mak ayah aku. Ayah aku pegang aku, aku tolak ayah aku mcm jentik semut je. Berapa kal iayah jatuh sebab aku tolak dia sebab dia halang aku dari nak pukul kakak aku. Kipas stand dekat dalam bilik tu patah dua sebab aku hempuk di lantai. Bilah fan tu patah. Lama la jugak masa yang diambil untuk ayah aku nak tenangkan aku . Mak aku sampai nangis tgk aku buat kakak aku mcm tu. Masa kejadian ni ade sorang makcik ni kt rumah aku. Kira sedara jauhla. Dia cuba pegang aku nak halang aku tapi bila dia tgk aku tenung dia terus dia lepas tangan aku dan lari keluar daribilik.

Esoknya ayah aku bwak pegi jumpa atuk sedara aku. Atuk tanya aku ade masuk hutan tak. Aku cakap la selalu sebab bila cuti sekolah memang ayah aku slalu ajak aku trekking masuk hutan. Pastu aku cerita la kata aku pegi bukit larut dengan English teacher dan kawan-kawan yang lain. Aku cerita jugak kisah kitaorang main di kwasan rumah dekat situ siap explore lagi semua tempat disitu. Pastu atuk sedara tu ckp benda tu marah dekat aku dan kawan-kawan aku sebab kacau tempat dia. Dia marah kitorang sesuka hati pergi jengah tempat dia pastu siapmain-main lagi dekat situ. Tapi yang paling dia marah dekat aku sebab masa nk masuk rumah tu semua orang takut nak masuk tp disebabkan aku selamba je masuk jd kawan-kawan aku ikut masuk sekali.

Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2010 12:17 AM | Show all posts
tapi mase kajadian tu berlaku aku tak ingat apa-apa pun. aku tak sedar pun aku pukul kakak aku macam orang gila. yang aku ingat perasaan aku masa tu lain sangat. aku rasa marah yang tak tahu macam mana nak cakap.

mengikut makcik yang ade sekali tu,dia tgk muka aku lain macam. dia kata bila aku tenung dia, pandangan aku tu mmg menakutkan..

sekarang ni bila sekali sekal kita orang adik beradik cerita pasal benda ni, serius kalau tanya masa tu aku rasa apa, aku mmg x ingat apa-apa.

yang aku tolak ayah sampai jatuh banyak kali tu pun adik aku yang cerita..adik-beradik aku yang lain cakap dorang semua mmg takut tgk aku masa tu..
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2010 12:23 AM | Show all posts
Post Last Edit by qislea at 22-10-2010 00:32

tapi, lepas bukak sekolah aku lupa nak tanya pada kawan-kawan english group yang adakah mereka juga mengalami sama macam yang aku alami.. sampai sekarang aku lupa nak tanya benda tu..
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2010 09:46 PM | Show all posts
Reply 9# pejai_arts


    serammmmmmmmm,,,,,,,,
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2010 10:04 PM | Show all posts
ok.. sambung pulak..

waktu sampai kat rumah ni aku perasan ada la macam notis serta risalah berke ...
pejai_arts Post at 17-8-2010 21:05
ini saja jer perempuan bohsia yang ingin tarik perhatian
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-11-2010 10:27 PM | Show all posts
ini saja jer perempuan bohsia yang ingin tarik perhatian
Vokuro Post at 6-11-2010 10:04 PM

tetiba pakcik rasa macam nak ke tandas la...
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2011 10:49 AM | Show all posts
ni tak tau la seram ke tak misteri ke tidak..but please read the news!

2011/04/26
TAIPING: Pasukan mencari dan menyelamat (SAR) yang dikerah mengesan guru Sekolah Menengah King Edward VII, Abdullah Zubair Ismail, 27, yang dilaporkan hilang selepas mendaki Bukit Larut di sini, pagi kelmarin, mendengar suara orang meminta tolong namun tidak menemui sesiapapun di lokasi suara itu kedengaran.

Empat belas anggota SAR yang terdiri daripada anggota polis, Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) serta Jabatan Bomba dan Penyelamat Taiping menyertai operasi itu bermula jam 10 pagi semalam, namun tidak menemuinya sehingga jam 6 petang semalam.
Mangsa yang berasal dari Alor Setar, Kedah dan sudah setahun setengah mengajar di sekolah itu dikatakan mendaki bukit peranginan berkenaan bersendirian kira-kira jam 10 pagi kelmarin tetapi tidak pulang selepas itu.
Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Yusuf Mohd Diah, berkata kehilangan Abdullah Zubair dilaporkan rakannya selepas gagal menghubungi telefon bimbit mangsa sebelum ke kaki Bukit Larut pagi semalam dan terkejut menemui kereta mangsa masih berada di tempat letak kenderaan di situ.

“Selepas menyedari kemungkinan sesuatu perkara buruk berlaku, rakan mangsa memaklumkan kejadian itu kepada polis. Berikutan laporan itu satu pasukan SAR ditubuhkan untuk mengesan mangsa.

“Ketika melakukan operasi, mereka mendengar suara mangsa meminta tolong di lokasi tertentu tetapi apabila tiba ke lokasi itu, mangsa tiada di situ. Jika keadaan ini berterusan kita kena ambil ikhtiar lain untuk menyelamatkannya,” katanya pada sidang media di sini, semalam.

Yusuf berkata, pihaknya juga akan menggunakan khidmat unit anjing pengesan (K9) bagi mengesan mangsa dan tidak menolak kemungkinan meminta bantuan Unit Udara Polis Diraja Malaysia (PDRM) jika mangsa masih gagal ditemui hari ini.
Sesiapa yang mempunyai maklumat berhubung mangsa diminta menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Taiping di talian 05-8080222.
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2011 11:16 AM | Show all posts
Reply 78# syahoney

kena sorok  ngan hantu/setan ke apa, dengar sore tapi tak jumpe
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2011 11:17 AM | Show all posts
Reply  syahoney

kena sorok  ngan hantu/setan ke apa, dengar sore tapi tak jumpe
bukanomi Post at 29-9-2011 11:16


tu la pasal...tapi yg dia nak pegi sorang2 tu pun satu hal jugak...tak jumpa tu pun satu hal lagik..bukit larut tu dah la agak creepy...ni pengalaman lalu depan pagar je nih..nak pegi tak terpegi2 lagik...payah sangat nak naik atas tu..nak kene naik jip bagai
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 08:32 PM GMT+8 , Processed in 0.085698 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list