CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6866|Reply: 93

[Tempatan] Pemangku Raja kembali jadi pemegang saham terbesar syarikat bina PDF Lynas

  [Copy link]
Post time 28-10-2021 02:01 PM | Show all posts |Read mode
Edited by EJALTI at 28-10-2021 06:05 AM

Pemangku Raja kembali jadi pemegang saham terbesar syarikat bina PDF Lynas

https://www.malaysiakini.com/news/597027

Low Choon Chyuan
Diterbitkan:  Oct 28, 2021 10:46 AM⋅
Dikemaskini: 12:39 PM



Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah memperoleh semula pegangan sahamnya dalam Gading Senggara Sdn Bhd (GSSB), sekali gus menjadikannya pemegang saham terbesar dalam syarikat yang ditugas melaksanakan pembinaan tapak pelupusan kekal sisa (PDF) Lynas Malaysia di Kuantan itu.

Perkembangan itu direkodkan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

GSSB ialah kontraktor utama bagi rancangan pembinaan kemudahan tapak pelupusan kekal (PDF) Lynas di Kawasan Perindustrian Gebeng di Kuantan, Pahang, menurut laporan penilaian kesan alam sekitar (EIA).

Rancangan asal Lynas adalah untuk membina PDF di Bukit Ketam, Mukim Kuala Kuantan tetapi EIA untuk ini telah ditolak oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS) pada April.

GSSB juga merupakan kontraktor projek untuk PDF Bukit Ketam.

Tengku Hassanal, 26, adalah putera Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah.

Tengku Hassanal menjadi pemangku raja Pahang selepas ayahandanya diangkat sebagai Yang di-Pertuan Agong bagi menggantikan Sultan Kelantan Sultan Muhammad V.

Pada 17 Feb, Tengku Hassanal dan Naib Ketua Umno Bentong Johari Harun, yang merupakan pemegang saham kedua terbesar dalam GSSB, melepaskan pegangan saham masing-masing.

Pengarah GSSB Ahmad Radzi Zaini kini memegang 90 peratus saham GSSB yang pernah dimiliki Tengku Hassanal dan Johari.

Ini berlaku selepas Malaysiakini pada hari yang sama melaporkan Tengku Hassanal merupakan pemegang saham majoriti dengan 50 peratus pegangan saham syarikat terbabit.

Bagaimanapun, GSSB mengemas kini profil syarikatnya pada 21 April, yang menunjukkan Tengku Hassanal dan Johari telah memperoleh semula saham mereka.

Rekod SSM, yang dibeli pada 24 Sept, tidak menjelaskan sebabnya.

Menurut laporan EIA, kerajaan negeri Pahang memainkan peranan dalam rancangan Lynas untuk membina PDF di Kawasan perindustrian Gebeng di Kuantan itu dengan menjadikan GSSB sebagai kontraktor utama.

“Walaupun Lynas Advanced Materials Plant (Lamp) mempunyai kemudahan pelupusan sisa di tapak sendiri, adalah lebih baik untuk mempunyai premis berasingan oleh entiti bebas atau berbeza untuk menguruskan sisa.

“Ini adalah antara keperluan kerajaan negeri untuk memastikan semua pembaziran diambil kira dan diurus dengan bertanggungjawab. Pelantikan GSSB adalah atas dasar itu,” menurut laporan itu.

NGO Center for Combat Corruption and Cronyism (C4) dalam satu kenyataan sebelum ini turut mempersoalkan kelayakan GSSB untuk membangunkan tapak pelupusan kekal sisa Lynas.

Ini kerana GSSB adalah pengendali sisa berjadual berlesen, menurut Lynas.

Bagaimanapun, nama GSSB tidak ditemui dalam senarai syarikat berlesen JAS.

C4 juga mendedahkan bahawa dalam laporan kewangan GSSB untuk tahun yang berakhir pada Jun 2018, yang diserahkan dua tahun lambat ke SSM pada bulan Mei 2020, (menunjukkan)  retained earning (pendapatan bersih selepas ditolak dividen kepada pemegang saham) tampaknya negatif, tidak ada pendapatan, dan mengalami kerugian selepas cukai.



Laporan tersebut, turut menyatakan bahawa tapak baru yang dicadangkan itu terletak di Kawasan Perindustrian Gebeng, di Lot 31375, yang terletak di sebelah Lamp.

Lot 31375 meliputi 28.33ha (70 ekar), dengan 25.25ha daripada kawasan itu akan digunakan untuk projek terbabit.

Projek yang dicadangkan itu dianggarkan siap pada 2026.

Laporan EIA mendedahkan bahawa Lot 31375 adalah tanah persendirian yang telah diambil alih oleh GSSB.

Menurut surat bertarikh 12 Ogos, setiausaha kerajaan negeri Pahang memaklumkan GSSB bahawa mesyuarat exco kerajaan negeri telah bersetuju untuk menuntut semula (ambil balik) Lot 31375 dan menyewakannya kepada GSSB.

Malaysiakini telah menghubungi pejabat kerabat diraja Pahang, kerajaan negeri Pahang, GSSB dan Lynas untuk mendapatkan maklum balas mereka mengenai perkara ini.

PDF Lynas akan dibangunkan di atas tanah seluas 58.25ha.

Ini termasuk dua sel penyimpanan besar dengan kapasiti 1.35 juta meter padu atau bersamaan dengan 540 kolam renang Olimpik untuk menempatkan pelupusan residu pembersihan air radioaktif (WLP).

Bagaimanapun, di bawah projek PDF baru di Gebeng, empat sel penyimpanan akan dibina, tetapi jumlah kapasiti telah berkurangan sebanyak 18 peratus kepada 1.10 juta meter padu.

Ini telah menimbulkan kebimbangan mengenai ruang yang tidak mencukupi untuk penyimpanan sisa.

Rancangan PDF Bukit Ketam sebelum ini dibatalkan selepas laporan EIA.

Mengikut terma rujukan (TOR) untuk penilaian kesan alam sekitar (EIA), Sahabat Alam Malaysia (SAM) telah meminta EIA mewajarkan dan membincangkan secara terperinci jika cadangan tapak baru itu mempunyai kapasiti yang mencukupi untuk menampung 1.53 juta tan metrik sisa WLP.



Laporan itu tidak menjelaskan kebimbangan secara terperinci tetapi hanya menyediakan graf untuk menunjukkan kapasiti dan isipadu setiap sel storan dan WLP.

Laporan itu menganggarkan bahawa menjelang Jun 2023, Lynas akan mengumpul 1.10 juta meter padu WLP.

Laporan EIA diterbitkan oleh JAS dan disiapkan oleh syarikat perunding Dr Nik & Associates Sdn Bhd.

Orang ramai boleh melihat laporan EIA bermula semalam (12 Okt) hingga 10 Nov, manakala tarikh tutup untuk memberikan maklum balas adalah pada 25 Nov.

Bulan lalu, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Dr Adham Baba mengesahkan kerajaan memberikan lanjutan masa kepada Lynas untuk membina PDF sehingga Mac 2022.

Dengan kata lain, GSSB perlu mendapat persetujuan pihak berkuasa dan menyiapkan pembinaan dalam tempoh lima bulan akan datang.

Ini adalah kali kedua kerajaan bersetuju untuk melanjutkan tarikh akhir pembinaan PDF.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-10-2021 02:02 PM | Show all posts
now u know la kan........... y tun det dot dot dot dot dengan puak yinnihhh
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2021 02:55 PM From the mobile phone | Show all posts

Kenapa bina kemudahan lupus sisa Lynas dekat sumber air, soal Ahli Parlimen
FMT Reporters -October 28, 2021 2:00 PM


Menurut Ahli Parlimen Kuantan Fuziah Salleh, tapak cadangan bagi PDF Lynas yang terletak berhampiran loji pengeluar nadir bumi di Gebeng, Pahang itu mempunyai air bawah tanah dengan kedalaman kurang daripada 1m. (Gambar Facebook)



KUALA LUMPUR: Seorang Ahli Parlimen pembangkang mempersoalkan rasional kerajaan memilih tapak di Gebeng untuk Lynas membina kemudahan pelupusan kekal (PDF) bagi menguruskan sisa radioaktif peringkat rendahnya.

Fuziah Salleh (PH-Kuantan) berkata, menurut penilaian kesan alam sekitar awal oleh Lynas pada 2008, tapak yang terletak berhampiran loji pengeluar nadir bumi itu mempunyai air bawah tanah dengan kedalaman kurang 1m.

“Apakah rasional memilih Gebeng sebagai tapak pelupusan kekal memandangkan kawasan itu adalah kawasan yang air bawah tanahnya kurang daripada 1m, dan memandangkan sisa ini adalah sisa radioaktif yang mempunyai jangka hayat 14 bilion tahun?

“Memandangkan tapak pelupusan kekal yang awal sebelum tapak yang dipamerkan sekarang ini, di Bukit Ketam, ditolak oleh DOE (Jabatan Alam Sekitar) kerana ia adalah kawasan tadahan air,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Ketika dihubungi, Fuziah yang selama ini lantang mengkritik Lynas berkata, antara syarat yang ditetapkan bagi membina PDF adalah ia dibina jauh daripada sumber air.

Beliau turut menzahirkan kebimbangan bahawa keadaan PDF itu boleh merosot selepas 50 tahun.

“Tiada jaminan sisa itu tidak akan bocor dan mencemarkan alam sekitar,” katanya.

Walaupun ia memancarkan radiasi tahap rendah, masih boleh mendatangkan bahaya jika terdedah kepadanya bagi tempoh yang lama, tambah Fuziah.

Beliau juga tidak faham, katanya, mengapa operasi Lynas masih belum digantung sehingga PDF dibina.

Pada Ogos, dilaporkan bahawa Lynas telah diberikan lanjutan enam bulan untuk mula membina PDF.

Bulan berikutnya, Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Ahmad Amzad Hashim berkata, sekatan pergerakan berikutan wabak Covid-19 telah melambatkan pencarian tapak yang sesuai.
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2021 03:03 PM | Show all posts
alhamdulillah muncul balik acik lynas selepas 22 bulan masuk gua. bapak kau kerja keras carik duit tengah singsing lengan baju lah tu nak masak lauk untuk rakyat demi menyucikan imej
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2021 07:57 PM | Show all posts
untungnyaaaaaaaaaaaaa
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2021 08:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Takde pendapatan & rugi tapi boleh declare dividen, acaner tu?
Mesti tender direct nego ni kan, tunjuk surat kuning jer.

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-10-2021 05:49 AM From the mobile phone | Show all posts
Takpe banjir nanti suci murni balik
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2021 05:50 AM From the mobile phone | Show all posts
isbritneybich replied at 28-10-2021 03:03 PM
alhamdulillah muncul balik acik lynas selepas 22 bulan masuk gua. bapak kau kerja keras carik duit t ...

#dengkiker sis
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-10-2021 06:00 AM | Show all posts
Nanti elaun dia semua disedekahkan pada yang misekin
Musim banjir dah tak lama, mari la mendayung sampan
Nanti anak2 dengki ke sorang2 dok pikul beras seguni
Ohh... sungguh molia hatinya....
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2021 02:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Orix replied at 28-10-2021 01:02 PM
now u know la kan........... y tun det dot dot dot dot dengan puak yinnihhh


Dah lama tau. Selain Tun siapa je berani. Tun buat sikit2 pun ramai yg kutuk konon derhaka kt ghajer.
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2021 02:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Boleh lak kejap lepas kejap dapat balik. Hehe #gengrebenijo
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2021 02:15 PM | Show all posts
ala, nanti azmee buat karangan dah takleh kutip kerang tanda sokong rakyat benci lynas, suci la balik deme anak beranak...
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2021 03:05 PM | Show all posts
Fuziah punya bebal tu memang tak boleh cover. Masa PH take over jadi kerajaan, takde pulak nak tutup Lynas ni. Dulu bukan main siap buat video lakonan cringe pasal Lynas dengan kesan radioaktif. Ni, bila tak jadi kerajaan lagi, sibuk lagi pasal ni. Dasar PH bebal.
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2021 03:28 PM From the mobile phone | Show all posts
ok sapu wzsatu
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2021 03:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Orix replied at 28-10-2021 02:02 PM
now u know la kan........... y tun det dot dot dot dot dengan puak yinnihhh

2x5 sajer..kalau dapat kat2 anak2 tun m, mesti dia pun on jugak..
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2021 03:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Timortimur replied at 29-10-2021 05:50 AM
#dengkiker sis

iols terbakar ye dgn hashtag tu.. kite yg burung pipit ni hmmm
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-10-2021 03:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Belibis replied at 29-10-2021 03:31 PM
2x5 sajer..kalau dapat kat2 anak2 tun m, mesti dia pun on jugak..

Nope. Atok x pernah bg tender kt anak dia spjg atok jadi piyem
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2021 05:15 PM | Show all posts
Belibis replied at 29-10-2021 03:31 PM
2x5 sajer..kalau dapat kat2 anak2 tun m, mesti dia pun on jugak..

mana ada....anak2 dia billionaire dengan usaha sendiri tau
ahahahahahaha



Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2021 07:35 PM | Show all posts
Orix replied at 29-10-2021 07:58 AM
Nope. Atok x pernah bg tender kt anak dia spjg atok jadi piyem

manalah dorg nak caya. atok tu kan dictator. semua benda nak bg kat kroni
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2021 07:47 PM | Show all posts




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

30-4-2024 08:07 PM GMT+8 , Processed in 0.161916 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list